ANWAR : NAJIB HARUS BERANI MENJAWAB DAKWAAN WIKILEAKS



BELAKANG DEWAN (KIRI) TEPI DEWAN(KANAN)




DALAM DEWAN





YANG DATANG NI SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH PENEROKA.MAKA JIKA ADA YANG BUTA PERUT NAK KATA ANAK MUDA JADI PENEROKA ..MEMANG BUTA PERUT LAH..ANAK MUDA KAWASAN PENEROKA DAH LAMA BERHIJRAH TEMPAT LAIN.

TAPI INI LAH YANG KITA NAK LIHAT KERANA SALURAN 5,6,7,8,9.......GOLONGAN INILAH SELALUNYA MENYOKONG BN/UMno.JADI KALAU ADA YANG KOMEN GOLONGAN TUA YANG DATANG...MAKNANYA YANG DATANG INI TERDIRI DARI DATO,PEGAWAI FELDA YANG DAH BERSARA,MAKA PERKEMBANGAN SIHAT LAH NAMANYA.....INI HUJAN LEBAT NI...KALAU TAK HUJAN..DENGAN NENEK,TOK WAN DATO/ DATIN SEMUA HADIR.....

BAK KATA LEMAN...DALAM WARTAMAYA....MUAKAKAK........RAMAI DATANG NAK DENGAR ANWAR....

DATO SERI........KENA KERAP TURUN LAGI NI.......








KIRI DAN KANAN BAHAGIAN DEPAN.




SUDUT PENJURU PADANG KANAN




Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Bera Pahang dalam rangka jelajah beliau dalam siri penjelasan kepada rakyat bukan sahaja mendedahkan dokumen APCO dan UMno, malahan menjelaskan bahawa setelah beliau diaibkan dengan pendedahan wikileaks , dan apabila akhbar dan berita memainkan isu tersebut, Najib menyatakan bahawa isu tersebut adalah isu kecil.

Menurut Anwar lagi, saya telah dimalukan bukan sahaja dengan pertuduhan dan dihina , namun , kegagalan Najib untuk menjelaskan tuduhan yang sama dalam wikileak mengenai kelemahan kerajaan beliau, mempuyai kepentingan diri, dan hanya akan bertindak jika di kritik,dan pernglibatan dengan kes Altantunya tidak di endahkan Najib.

Beliau berucap di hadapan lebih 5,000 yang hadir di markas PAS Bera .Turut hadir ialah Pengerusi PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ,Pengerusi PKR Dato Fauzi Abdul Rahman , ADUN Kuala Semantan Syed Ibrahim, ADUN Triang Leong Ngah Ngah , Pengerusi ANAK Sdr Mazlan Aliman,Peguam peneroka En Hanipa Maideen, PKR Cabang Temerloh Sdr Nizam Hamid.

“ Mana mungkin seorang ketua kerajaan , apabila adanya tuduhan menyatakan kerajaan beliau tidak konsisten, dan kerajaan beliau lemah dan takut dihantui dengan kes pembunuhan Altantunya,dan beliau mempunyai kepentingan diri , beliau masih berdiam diri ? . Jika beliau berani, beliau seharusnyalah mencabar akan apa yang di katakan oleh Lee Kuan Yew dan menyaman mereka ”, demikian cabaran Anwar terhadap kerajaan pimpinan Najib .

Malah beliau juga turut membidas akhbar lidah Umno dengan menyatakan bahawa laporan itu sengaja ingin merosakkan nama beliau dan tidak berakhlak dalam menyiarkan laporan yang telah di siarkan. Namun apabila ianya menyentuh Najib, akhbar tersebut diam membisu, malah menteri-menteri juga turut membisu seribu bahasa.Utusan serang guna wikileaks , namun akhirnya makan tuan.Namun utusan diam membisu.

“Kita lawan bukan kerana kepentingan kita, kita lawan kerana kita tahu mereka memang sedang tenat dan adanya system yang korup, sebagaimana yang di dedahkan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebelumnya menyatakan betapa laporan salahurus kewangan kerajaan Negeri Pahang. Mereka angkuh dan sombong dalam menghina dan mengaibkan orang, maka kerana itulah kini mereka diam membisu” jelas beliau lagi

Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya


Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Selepas tepat setahun berlalu, Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 hari ini di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Setahun lalu iaitu pada 19 Disember juga, Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertamanya di Dewan MBSA, Shah Alam.

Kali ini mereka dijangka mengadakan konvensyen terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 dan juga pilihan raya kecil ke 14 untuk sessi ini iaitu untuk Dun Tenang, Labis, Johor.

Konvensyen yang disertai oleh 1800 perwakilan ini dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menghadapi kedua-dua pilihan raya penting itu kerana ia akan mencorakkan masa depan politik negara.

Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.

Ia akan diikuti nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya ucapan dari tiga pemimpin utama parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR akan memberikan ucapan pertama diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan seterusnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selepas itu, majlis berehat sementara mereka melawat pameran kejayaan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah di samping Perak (setahun setengah di bawah Pakatan) dan Terengganu (1999 - 2004).

Majlis kemudiannya diteruskan dengan perbentangan kertas kerja utama konvensyen dari tiga pemimpin Pakatan dan akan dibahaskan oleh 12 orang perwakilan.

Pada sebelah petangnya, ucapan penggulungan akan dibuat oleh pemimpin utama parti masing-masing iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudiannya akan menantangani dokumen bersama yang diluluskan dalam konvensyen ini.