DIA JA MELAYU DIA JA ISLAM..

 


INI YANG ADA PADA PIMPINAN PAS.


 

GUANE BOH


 

ANWAR TUNGGANG ISU PALESTINE.? JOM BACA

 

Norman Daud


Saya perasan banyak komen dalam media sosial ni cakap PMX menunggang isu palestin. Tersengih saya membaca komen macam ni, nampak sangat yang komen ni jenis malas membaca sejarah. 








Sebenarnya...ada satu benang merah dalam hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang jarang orang sedar. Dari zaman mahasiswa, ke zaman menteri, jatuh ke penjara, bangkit jadi Perdana Menteri ..satu perjuangan tak pernah padam dari lidah dan nadi beliau adalah Palestin.


Bayangkan, pada tahun 1971 – ketika baru berusia 23 tahun  Anwar sudah dijemput ke Sidang Belia Sedunia di New york sebagai wakil belia Islam Asia Pasifik. Tahun yang sama beliau tubuhkan ABIM, sebuah gerakan anak muda yang jadi wadah dakwah dalam dan luar negara. Dari situlah bermula langkah kecil yang akhirnya mengangkat beliau ke pentas dunia Islam dan antarabangsa.


Tahun 1972, kerajaan Arab Saudi jemput Anwar ke persidangan penubuhan Kesatuan Belia Islam Sedunia di Riyadh. Umur baru 24 tahun, tapi sudah duduk semeja dengan pemimpin Islam antarabangsa. Setahun kemudian, beliau dilantik jadi penasihat belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Tak lama selepas itu, beliau dinobatkan Tokoh Belia Antarabangsa pada tahun 1974.


Hubungan Anwar dengan dunia Arab makin kukuh. Tahun 1979, beliau menerima anugerah "Ulama Iqbal" daripada Presiden Zia Ul Haq di Pakistan. Dan ketika Revolusi Iran tercetus, Anwar adalah antara orang luar pertama yang dijemput oleh Imam Ayatollah Khomeini. Itu semua tanda beliau sudah dikenali sebagai pemikir Islam yang disegani.


Kemuncaknya, pada tahun 1983, Yasser Arafat  pejuang Palestin yang menjadi ikon perjuangan keadilan dunia  mengisytiharkan Anwar sebagai “Anak Palestin”. Bukan calang-calang pengiktirafan. Ia membuktikan hubungan erat dan kepercayaan Palestin terhadap Anwar sebagai suara mereka di dunia Islam dan juga di Barat.


Bila Arafat pergi, perjuangan itu tidak mati. Anwar terus berbicara dengan Mahmoud Abbas, dengan Hamas, dengan sesiapa sahaja yang membawa nama Palestin. Baginya, Palestin bukan milik parti. Palestin adalah darah, tanah, air mata  dan setiap tetesnya perlu dipertahankan.


Dan hari ini, bila Anwar sudah jadi Perdana Menteri ke-10, suara itu makin lantang. Di Parlimen, di OIC, di PBB  beliau tidak pernah tunduk. Ingat lagi waktu beliau duduk semeja dengan Presiden Joe Biden? Ramai pemimpin lain pilih untuk senyap, tak mahu sentuh isu sensitif. Tapi Anwar bangkitkan juga Palestin. Biden mungkin tak menjawab, tapi dunia dengar suara Malaysia.


Malah di Berlin, depan Canselor Jerman Olaf Scholz, ketika Scholz ulang naratif basi “Israel ada hak mempertahankan diri”, Anwar terus balas di hadapan media antarabangsa: “Bagaimana dengan hak rakyat Palestin yang dibunuh setiap hari? Atau itu tidak kita kira sebagai hak?” Satu dunia terkejut. Itu bukan suara lembut seorang diplomat, itu suara hati seorang pejuang.


Inilah Anwar Ibrahim. Dari doa kecil mahasiswa di surau kampus, sampai ke mimbar agung dunia, Palestin tetap hidup dalam nadinya. Ia bukan sekadar agenda diplomasi, ia adalah amanah. Amanah dari darah yang tumpah, dari jeritan anak kecil yang tidak pernah kenal apa itu erti merdeka.


Dan kita, rakyat Malaysia, jangan pernah biarkan suara ini padam. Selagi Palestin melawan, selagi itu kita mesti berdiri bersama. Kerana Anwar sudah tunjuk jalan  bahawa keadilan bukan untuk dijual beli, tapi untuk diperjuangkan dengan seluruh jiwa.


Dan.. suara suara yang mempertikaikan keperihatinan beliau terhadap palestin adalah suara yang dangkal dan lemah pemikiran interlektual, kerana Palestin sentiasa di hati beliau dan dihati kita semua.



𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗥, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗟𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪

 

𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗥, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗟𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪


✍️ Ahmad Mursi 


1.  Dah banyak kali saya jumpa walaun kata, "aku lebih suka jadi Khawarij dari jadi Sekular, sebab Khawarij tu Islam juga, sekular terkeluar dari Islam."


2.  Inilah kepincangan fikrah sebahagian ahli PAS. Hj Hadi dan PAS sibuk tekankan bahaya sekular, tapi jarang tekankan bahaya ghuluw.


3.  Walhal ada dua kutub bahaya dalam Islam: (1) Juhud – menolak peranan agama dalam kehidupan (sekularisme, tafrit - cuai). (2) Tatarruf – ghuluw, sikap ekstrem.


4.  Sebab tu Qaradawi tulis buku: الصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف Kebangkitan Islam: antara Juhud (Penolakan) dan Tatarruf (Ekstremisme).


5.  Buku ni lahir sebagai reaksi ketegangan gerakan Islam dengan pemerintah Mesir 70-an – waktu Hj Hadi juga belajar di sana. Hadi kemudian import wacana itu ke Malaysia.


6.  Maka timbul Amanat Hj Hadi 1982, selari dengan konsep Hakimiyyah Syed Qutb – bina naratif Islam (PAS) vs Jahiliyyah (UMNO). Lalu lahir fenomena kafir-mengkafir.


7.  Kalau bimbang anak² kita jadi sekular, anda patut sama bimbang kalau mereka terjebak dengan kumpulan ghuluw.


8.  Dua-duanya bahaya. Kedua-duanya membinasakan.


9.  Islam puji jalan wasatiyyah – pertengahan & seimbang. Tidak melampau kanan, tidak melampau kiri. “Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pertengahan (wasat), agar kamu menjadi saksi atas manusia yang lain.” (al-Baqarah 143)


10.  Realitinya, pihak yang PAS tuduh sekular itulah yang banyak membina institusi Islam. Kerajaan Madani kini bantu pondok, tahfiz, sekolah agama rakyat. Sekularkah itu?


11.  Tapi ahli PAS didoktrinkan bahawa sekular itu dosa besar, keluar Islam. Malangnya, mereka tak diingatkan bahawa ghuluw juga dosa.


12.  Sebab itu sikap ghuluw walaun di medsos dan WhatsApp jadi menakutkan. Mereka diajar melaknat, melabel, mencaci, mengqazaf, bermain isu akidah.


13.  Penyakit ghuluw ini bukan pada orang yang cetek agama. Ia muncul pada mereka yang ada ilmu, ibadah kuat, tapi melampau – macam Abdurrahman bin Muljam dan Khawarij.


14.  Sabda Nabi ﷺ: “Jauhilah kamu daripada ghuluw dalam agama, kerana binasa orang sebelum kamu hanyalah kerana ghuluw dalam agama.” (HR Ahmad, al-Nasa’i, Ibn Majah – sahih)


15.  Dalam al-Quran, Allah ingatkan Ahli Kitab: “La taghlu fi dinikum” – jangan melampau dalam agama.


16.  Siapa nak lawan ghuluw? Sabda Nabi ﷺ: “Akan membawa ilmu ini pada setiap generasi, orang-orang yang adil (thiqah), yang membersihkannya dari penyelewengan golongan melampau, dakwaan palsu golongan batil, dan tafsiran salah golongan jahil.” (riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Sharaf Ashab al-Hadith)


17.  Ulama adil itu siapa? Iaitu yang amanah, thiqah, berakhlak, tidak berbohong, menjaga maruah, tidak ghuluw, memilih wasatiyyah, tidak tafsir agama ikut parti, tapi bersikap objektif.


Sekian.




PARTI AMANAH HARUS BEKERJA TAMBAHKAN AHLI SELAIN BEKERJA KERAS DI OANTAI TIMUR



 Konvensyen Pemuda Amanah Selangor 2025. 







Alhamdulillah, sudah 10 tahun membangun Pemuda AMANAH Selangor bersama sahabat-sahabat. 


Konvensyen kali ini ramai wajah-wajah baharu yang pertama kali bertemu. Hadir daripada 22 kawasan di seluruh Selangor. Menunjukkan anak muda di Negeri Selangor semakin ramai bersama AMANAH. 


Tahniah kepada semua Ketua-Ketua Pemuda Kawasan yang komited dengan gerak kerja pengkaderan di kawasan. 


InsyaAllah, kita terus komited bangunkan parti ini 10 tahun kehadapan. 


Jumpa di Himpunan 1 Dekad Parti Amanah Negara. ✊🏻


1 Dekad | 1 Misi | 1 Hati ❤️


#AmanahKita



HADI AWANG PUN TAK BERANI NAK KECAM MACAM NI.

 

Alif Jamil


Dalam dunia kepimpinan antarabangsa hari ini, tidak ramai pemimpin yg berani berdiri tegak dan menuding jari terus kepada rejim Z1on1s. 







Tapi Anwar Ibrahim lakukan tanpa berselindung, tanpa berkias dihadapan ribuan rakyat dan disaksikan dunia.


Ya. Itulah dia Anwar Ibrahim. 


Fakta yang kita boleh semak:

1. Tahun 2023, Malaysia di bawah beliau menegaskan pendirian rasmi tidak akan sesekali buka hubungan diplomatik dgn Israel walaupon berdepan dgn tekanan perdagangan.


2. Tahun 2024, Malaysia menjadi antara negara Islam pertama yg mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat Israel atas jenayah genosid di Gaza. (Sumber: Bernama, 19 Jan 2024).


3. Tahun 2025, ucapan lantang Anwar Ibrahim dipentas antarabangsa membawa risiko politik dan keselamatan, kerana Malaysia kini bukan sekadar pemerhati tetapi antara suara terdepan dunia Islam dalam isu Palestin.


Secara strategik, keberanian ini tidak datang percuma.

Sebaliknya, ia meletakkan Malaysia dalam radar kuasa besar yg melindungi Israel. 


Namun dalam masa yg sama, ia melonjakkan maruah negara di mata dunia Islam dan dunia ketiga menjadikan Malaysia suara yg tidak lagi dipandang remeh.


Siapa yang untung? 


Rakyat Malaysia, kerana imej negara kita kini dihormati sebagai defender of justice. 


Siapa yang rugi? 


Blok Z1on1s dan sekutu politik dalam negara yg selama ini mengfitnah Anwar Ibrahim sebagai agen IMF, pro-Barat dan pro-Yahudi. 


Hari ini mereka sedang menelan balik fitnah itu.


Ketika pemimpin lain hanya berani tweet dari bilik berhawa dingin, Anwar Ibrahim berdiri di pentas dunia, menanggung risiko peribadi demi Palestin. 


Itulah beza antara pemimpin yg benar² berani dgn mereka yang hanya pandai berselindung di balik serban dan slogan.


Keberanian Anwar Ibrahim bukan retorik kosong, tetapi dibuktikan keberanian yg menanggung risiko besar demi kebenaran. Jika


Jika benar kita ikhlas bersama perjuangan Pqlestin, maka sepatutnya kita juga berdiri bersama beliau. 


Semoga mata para² pengecut itu tidak akan pernah lena. 


Al-Nidal min ajli Tahrir al-Quds !




KISAH KOYAK MB PAS


 

ADA BEBERAPA EKOQ YANG KONONNYA BERAGAMA, TETAPI TAK TAKUT DOSA QAZAF.. ANTARANYA AFNAN...


 

BAGI GENERASI BARU. KES 98 KEPALA DAN KONSPIRASI DAIM DAN BEBERAPA ORANG LAGI

 


AKHIRNYA KERJA BAKAL HILANG DAN RAJIN LAH BUAT KONTENT FITNAH.

 

Ustaz Al Asri


Bila dah kena tindakan baru teringat pesan org tua.. kalau tak bukan main sedap sebar fitnah..


Kesian?? Memang tak lah.. aku cakap PADAN MUKA je ko ni Nursyafiqah Roslan






𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧𝗔𝗡 “𝗖𝗘𝗔𝗦𝗘 𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧” 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗙𝗔𝗥𝗛𝗔𝗦𝗛 𝗪𝗔𝗙𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗩𝗔𝗗𝗢𝗥






Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 22 Ogos 2025 (yang dilampirkan bersama).


Surat “cease dan desist” itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau.


Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta.


Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.


Saya telah menyerahkan perkara ini untuk tindakan selanjutnya kepada peguam saya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri.


Saya berpandangan sekiranya Datuk Wira Farhash memfailkan saman di mahkamah kelak, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

25 Ogos 2025



TERPALING UMNO... BILA SE DIRI BUAT SILAP KITA DIAM.


 

TRRPAKAI BUAT SEMUA BAGI GAJI MINIMUN.. KEGAGALAN MEMBANTERAS PERSEPSI SEBAB MENTERI DAN JKOM GAGAL GUNA KEMUDAHAN KERAJAAN


 

SIKIT SANGAT LA YA


 

PAK LONG DOK BEKELAHI DALAM KAMPUNG DAPAT APA.


 

KALAU YANG TAK MAU 100, BAGI KEORANG SUSAH


 

KENAPA SAIFUDDIN TAK DAPAT MAKLUMAT


 

TU DIA AIHHH.. DEPA LEMBU PUN CAYA

 


Jepun Bawa Pembunuh Ular ke Sebuah Pulau - 25 Tahun Kemudian Semua Orang...

Podcast Meredah Semua Lorong | Kes buli Zara dan Realiti.

GEMPAR!! - MAKLUMAT YANG DITERIMA BERKAITAN FARHASH | Rafizi buka cerita

MOBILASI KURANG-IKLAN-HIMPUNAN KECIL DAN PENERANGAN TIADA- HIMPUNAN HONGGAQ SANUSI - GAGAL KERANA DIHALANG PENGUASA??

(LIVE) Anwar Ibrahim Di Dewan Negara: Sidang Dewan Negara & Pembentangan...

Anak Bekas PM Ditahan Kantoi Kes Dadah (ADA 2 ANAK BEKAS YANG DIKATAKAN. TETAPI ITU BERITA TAK SAHIH.BIAR POLIS UMUMKAN LAH )

 


Tangkapan berkenaan dilakukan semalam dan setakat ini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi.

SHAH ALAM, 24 Ogos – Polis menahan anak kepada seorang bekas perdana menteri atas kesalahan berkaitan dadah.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

“Ya, saya sahkan (penahanan),” katanya.

Difahamkan, tangkapan berkenaan dilakukan semalam dan setakat ini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi.

Terdahulu satu laporan menyebut sejumlah dadah ditemui dalam kereta milik seorang suspek di Lebuh Raya Sprint dan tangkapan dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara.


PM Anwar label Netanyahu dan kelompoknya kurang siuman, zalim


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan rejimnya yang terus melancarkan serangan ke atas Gaza sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan dan melampaui batas kewarasan.

Perdana Menteri berkata, keganasan yang menyasarkan kanak-kanak, wanita, hospital serta sekolah di Gaza dan pelbagai bentuk kezaliman jelas menunjukkan rejim Zionis sanggup menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang.

“Saya sudah berusia 78 tahun belum pernah melihat, baca dan dengar zaman ini bahawa ada manusia sekejam itu.

“Netanyahu dan kelompoknya memang kurang siuman! Zalim!

“Mereka boleh pertahankan bahawa semua anak-anak kecil (di Gaza) semuanya adalah Hamas, anak berusia dua tahun yang berlari pun dituduh Hamas. Ini adalah penyakit,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana: Malaysiaku Bersama Gaza pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka, malam tadi.





 Anwar menegaskan bahawa beliau pernah mempersoalkan pemimpin Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sama ada dunia sanggup menerima penjajahan.

“Mengapa dalam soal Gaza, penjajahan diizinkan? Apakah kita boleh menerima pembunuhan anak-anak kecil dan wanita?

“Mengapa di Gaza? Kerana Arabnya, kerana Islamnya, kerana namanya Palestin? Itu soalan yang perlu mereka jawab dan jawapan mereka hanya satu iaitu Hamas. 7 Oktober (serangan Hamas terhadap Israel). Itu sahaja jawapan mereka,” katanya.

Untuk rekod, angka korban rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 62,686 orang, manakala 157,951 lagi cedera.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan bahawa serangan berterusan Israel telah mengorbankan 64 orang dan mencederakan 278 yang lain.

Kenyataan sama turut memaklumkan sejak zionis Israel menyambung semula operasi ketenteraan pada 18 Mac lalu, sebanyak 10,842 nyawa telah terkorban, dengan lebih 45,900 cedera.





OWH...ITO DAH LAMA BERSAMA PKR


 

Selepas lama bergerak di belakang tabir, Ito Blues Gang sarung baju PKR

Artis Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito Blues Gang adalah reformis yang selama ini bergerak di belakang tabir melalui dunia seni.

Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, penghibur veteran berkenaan menyumbang banyak karya ke arah perjuangan bagi membentuk sahsiah masyarakat.

Beliau memberitahu Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hadir sebagai tetamu kehormat menerima borang keahlian Ito bersempena Majlis Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa.

“Dalam majlis tersebut Ito juga secara simbolik telah disarungkan sehelai baju T berkolar berlogo Keadilan Wilayah Persekutuan sebagai tanda permohonan beliau sudah diterima,” katanya.

“Beliau (Ito) juga telah mengikuti permukiman yang diadakan selama dua hari sebagai langkah awal persediaan untuk dirinya lebih mengenali dunia politik,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Syed Badli berharap dengan kemasukan Ito ke Cabang Titiwangsa akan menjadi nilai tambah buat Keadilan dan pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan MADANI.



Pemuda PH tempelak Adun Pas, desak mohon maaf sebar dakwaan palsu


 


Angkatan Muda Harapan (AMH) menempelak Exco Kedah merangkap Adun Pas, Dr. Haim Hilman Abdullah, kerana mengelirukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan dakwaan palsu berhubung jumlah pelajar antarabangsa di universiti awam.

Ketua Penerangannya, Ammar Atan menegaskan, angka yang disebut Dr. Haim kononnya 27 peratus adalah tidak benar sama sekali.

Dr. Haim Hilman Abdullah

Jelasnya, data rasmi menunjukkan hanya 21 peratus atau 38,388 daripada 180,024 pelajar di lima universiti penyelidikan utama Malaysia pada 2024 adalah pelajar antarabangsa.

“Lebih memalukan, kenyataan songsang ini datang daripada seorang bekas Naib Canselor UUM.

“Ketika Pas dalam kerajaan pada 2022, jumlah pelajar antarabangsa pun mencecah 17 peratus, tetapi ketika itu beliau diam membisu,” katanya.

Ammar turut menjelaskan bahawa majoriti pelajar antarabangsa adalah di peringkat sarjana dan PhD, manakala kerusi untuk pelajar tempatan terus meningkat saban tahun.



Malah, lebih 60 peratus pelajar di lima universiti teratas adalah daripada golongan B40.

“Universiti awam tidak pernah menganak-tirikan pelajar Malaysia.

“Fitnah seperti ini hanya membuktikan Pas ketandusan isu dan sanggup memperalatkan sentimen anak muda demi politik murahan,” tegas Ammar lagi.



NOH....MUAYTHAI


 

MAT BELUKANG CAKAP SAJA PANDAI


 

KAWASAN BERISIKO GEMPA DI MALAYSIA.

 


ADA DAP KISAH..MEREKA HANYA MAHU PUTUSKAN HUBUNGN DENGAN AKMAL


Mahat Abu


 Setahu Aku tak pernah pula DAP mahu mana2 Parti Dalam Kerajaan Madani tunduk kpd Mereka, apa yg DAP mahu hanyalah Hormat kpd Mereka sbg Rakan dlm kerajaan Perpaduan sbg mana mereka Hormat kpd UMNO Dan Parti2 lain dlm kerajaan Perpaduan, tak lebih Drp itu pun.




PENGORBANAN NEGARA.


 

WALAUN PUN KAQAT RAMBUT


 

NOHHHH...

 



Suatu Khidmat atau Khianat? Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Negara:


Mohd Amin Mohd Taff







Sejak kebelakangan ini, ramai papakar yang memberikan pelbagai idea, kritikan, dan hujah tentang pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Ada yang hujahnya relevan, ada juga yang “ke laut Atlantik.” Pening kepala saya melihatnya.

Daripada terus pening dan letih mendengar bebelan tanpa usaha, izinkan saya kongsikan pengalaman peribadi saya tentang pendidikan tinggi negara. Sekali lagi diingatkan, pandangan peribadi ya...... 


Kali ini, kita guna format Soalan Lazim (FAQ) supaya Pak Karim penjual air tebu tepi UMK pun boleh faham.


Jika ada soalan lain yang tiada dalam senarai, sila tinggalkan di ruangan komen. Saya akan cuba dapatkan info.

________________________________________

Soalan-soalan Lazim (FAQ)


1. Kenapa ramai sangat bercakap tentang pelajar antarabangsa di Malaysia?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin menjadi tumpuan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran. Ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan inisiatif ini, tetapi ada juga yang bimbang kehadiran mereka akan mengambil tempat dan peluang pekerjaan pelajar tempatan.


2. Betul ke pelajar antarabangsa ambil tempat pelajar tempatan?

Tidak betul sama sekali. Tempat pelajar tempatan tidak pernah diambil oleh pelajar antarabangsa. Malah, kuota kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sentiasa ditingkatkan setiap tahun. Kami di universiti berusaha keras untuk memastikan lebih ramai anak-anak Malaysia tercinta dapat masuk universiti.


3. Berapa ramai pelajar antarabangsa di IPTA Malaysia?

Bilangan pelajar antarabangsa di IPTA sangat rendah. Ia hanya 2.74% berbanding pelajar tempatan (97.26%) untuk program prasiswazah.

Sekali lagi ditegaskan, kehadiran mereka sama sekali tidak mengambil kuota pelajar tempatan. Malah, yuran mereka jauh lebih tinggi daripada yuran pelajar tempatan.


4. Bukankah kehadiran mereka merugikan duit pembayar cukai?

Tidak sama sekali. Kehadiran pelajar antarabangsa tidak pernah menggunakan cukai yang kita bayar. Yuran mereka jauh lebih tinggi (3 hingga 4 kali ganda) daripada yuran pelajar tempatan. Malah, sebahagian dana daripada yuran mereka digunakan untuk memodenkan IPTA di Malaysia.

Sebagai contoh di UPSI, asrama baharu, perpustakaan digital, dan arena boling yang digunakan oleh orang kampung, termasuk Mak Bibah penjual pisang goreng di Pekan Behrang, sebahagian dananya datang daripada yuran pelajar antarabangsa.

Korang tahu tak yang yuran pelajar tempatan di IPTA Malaysia jauh lebih murah daripada yuran tabika.










5. Penting sangat ke kehadiran pelajar antarabangsa?

Kita sanggup bayar puluhan juta ringgit untuk mempromosi dan menjenamakan negara kita di peringkat antarabangsa. Jadi, kenapa kita nak mengeluh jika pelajar antarabangsa ini kelak menjadi ejen promosi Malaysia ke seluruh dunia?

Ramai di antara mereka yang kini menjadi menteri, pengarah, atau memegang pelbagai jawatan penting di negara masing-masing selepas belajar di Malaysia. Hasilnya, Malaysia mendapat pelbagai impak positif dari segi ekonomi, jenama, dan pembangunan. Ekonomi negara maju, kita semua sejahtera, insya-Allah.


6. Kenapa ramai sangat pelajar antarabangsa datang ke Malaysia?

Ini soalan yang bagus. Tahukah anda, pendidikan tinggi di Malaysia berkualiti dan bertaraf antarabangsa? Universiti Malaya (UM) berada di tangga ke-58 universiti terbaik di dunia, manakala 4 lagi universiti awam berada dalam kelompok 200 terbaik dunia. Ini belum lagi termasuk universiti terkemuka dunia yang membuka cawangan di Malaysia seperti Monash University, University of Southampton, dan University of Nottingham.

Sebab itulah pelajar antarabangsa berbondong-bondong datang ke Malaysia. Berbanggalah kita sebagai rakyat Malaysia! Selain itu, kemudahan moden, keselamatan, kos hidup, dan budaya unik rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga menjadi daya tarikan utama.


7. Bukankah pelajar antarabangsa ini membawa impak negatif?

Mungkin ya, dan mungkin juga tidak.

Selain impak ekonomi yang bernilai berbilion ringgit, kehadiran mereka juga memberikan:

• Peningkatan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam bidang pendidikan tinggi.

• Mobiliti silang budaya, di mana kita dapat mengenal kepelbagaian budaya dunia.

• Peluang kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran bahasa antarabangsa.

• Pengurangan kos untuk kempen "Tahun Melawat Malaysia" kerana pelancong sudah berada dalam negara kita.

• Peningkatan permintaan dalam bidang sosioekonomi (pelancongan, pengangkutan, penginapan, dan lain-lain).

Mungkin ada sedikit impak negatif dari segi budaya, tetapi percayalah, kami di universiti sentiasa berada dalam pemantauan Bahagian Inspektorat KPT, Education Malaysia Global Services, dan Jabatan Imigresen Malaysia. Mana-mana universiti yang pelajarnya bermasalah akan dikenakan denda yang besar, ada yang digantung lesen, malah boleh masuk lokap.










8. Tak risau ke pelajar antarabangsa ambil peluang pekerjaan tempatan?

Bro, Malaysia adalah negara yang mempunyai dasar yang sangat ketat terhadap warga asing. Ada yang sudah 50 tahun tinggal di Malaysia pun belum tentu dapat kerakyatan. Berbeza dengan di Amerika Syarikat, sesiapa yang lahir di sana terus dapat kerakyatan. Cubalah tanya Trump kalau tak percaya.

Semua majikan, termasuk universiti, terikat dengan Seksyen 60 (K) Akta Kerja 1955 yang mewajibkan mereka mendapatkan kelulusan awal daripada KESUMA sebelum menggajikan pekerja asing. Salah satu syaratnya ialah pekerjaan profesional asing hanya boleh ditawarkan jika tiada rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran tersebut. Ada calon staf saya, bekas atlet Olimpik dari Maldives, sudah dua tahun menunggu pas kerja di Malaysia, tetapi masih belum dapat. Begitulah ketatnya tapisan KESUMA dan Jabatan Imigresen.

Jadi, insya-Allah, Kerajaan akan sentiasa prihatin terhadap peluang pekerjaan untuk rakyatnya. Percayalah, saya sendiri pun ada anak-anak yang akan mencari kerja tidak lama lagi.


9. Kenapa ramai pelajar dari China datang ke Malaysia? Tak risau ke dengan fahaman komunis?

Kawan-kawan, China hari ini sudah berbeza. Mereka berada di serata ceruk dunia. Bukan sahaja pelajar, malah syarikat, kereta, Shopee, dan Lazada juga bersepah di Malaysia. Sudah bertahun kita membeli dari Shopee dan Lazada, kereta jenama China penuh di jalan raya, syarikat China melabur di seluruh negara, tetapi sampai hari ini kita masih beriman dan menjadi mukmin sejati.

Jati diri orang Malaysia sangat hebat. Bayangkan, lebih 500 tahun kita dijajah dan dijarah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun, tetapi iman kita tetap utuh. Tidak ada pun yang beramai-ramai masuk agama atau fahaman lain. Insya-Allah, kita sebagai orang Malaysia kuat dengan pegangan budaya dan agama. Walau datanglah seisi dunia sekalipun, iman dan identiti kita akan tetap kukuh. Betul tak?


10. Pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, khidmat atau khianat?

Ini soalan yang sukar diterangkan, tetapi saya akan cuba.

Saya masih ingat sekitar tahun 70-an hingga 80-an, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memang sangat susah. Ketika itu, hanya ada 4 universiti tempatan dan tiada universiti swasta. Akibatnya, puluhan ribu anak Malaysia dihantar belajar ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Indonesia.


Ketika itu, Malaysia terkenal sebagai pengeksport pelajar. Ratusan juta ringgit (jika tidak berbilion) mengalir keluar ke kantung negara-negara maju ini.


Namun, dek kebijaksanaan pemimpin negara dan universiti, usaha jangka panjang dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti IPTA di Malaysia. Rancangan Malaysia, Pelan Pendidikan Tinggi Negara, dan banyak lagi menjadi pemangkin kepada pemodenan dan peningkatan kualiti pendidikan tinggi negara.

Ranking dunia yang meningkat, kemudahan bertaraf antarabangsa, dan budaya ilmu rakyat Malaysia telah berjaya mengubah sebuah negara kecil daripada pengeksport kepada pengimport pelajar antarabangsa.


Ia adalah satu proses yang meletihkan dan memakan masa yang sangat panjang, namun berkat doa segenap rakyat Malaysia, Pendidikan Tinggi Malaysia kini dikenali di seluruh dunia.

Percayalah, kami golongan akademia di Universiti Awam Malaysia sentiasa prihatin terhadap kebajikan anak bangsa kami. Kami akan tunaikan amanah besar ini dengan penuh istiqomah. Berikanlah kepercayaan, sokongan, dan doa kalian agar pendidikan tinggi negara terus memberikan manfaat sejati kepada kita semua, insya-Allah.


Kembara ilmu ini baharu sahaja bermula,

Manakan mungkin tiada cacat celanya,

Namun yang penting semangat berani mengusaha,

Agar Malaysia tercinta terus harum subur namanya.


(ini hanyalah pendapat peribadi saya yang telah lebih 32 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan di Malaysia)