Anak Bekas PM Ditahan Kantoi Kes Dadah (ADA 2 ANAK BEKAS YANG DIKATAKAN. TETAPI ITU BERITA TAK SAHIH.BIAR POLIS UMUMKAN LAH )

 


Tangkapan berkenaan dilakukan semalam dan setakat ini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi.

SHAH ALAM, 24 Ogos – Polis menahan anak kepada seorang bekas perdana menteri atas kesalahan berkaitan dadah.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

“Ya, saya sahkan (penahanan),” katanya.

Difahamkan, tangkapan berkenaan dilakukan semalam dan setakat ini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi.

Terdahulu satu laporan menyebut sejumlah dadah ditemui dalam kereta milik seorang suspek di Lebuh Raya Sprint dan tangkapan dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara.


No comments: