OWH...ITO DAH LAMA BERSAMA PKR


 

Selepas lama bergerak di belakang tabir, Ito Blues Gang sarung baju PKR

Artis Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito Blues Gang adalah reformis yang selama ini bergerak di belakang tabir melalui dunia seni.

Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, penghibur veteran berkenaan menyumbang banyak karya ke arah perjuangan bagi membentuk sahsiah masyarakat.

Beliau memberitahu Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hadir sebagai tetamu kehormat menerima borang keahlian Ito bersempena Majlis Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa.

“Dalam majlis tersebut Ito juga secara simbolik telah disarungkan sehelai baju T berkolar berlogo Keadilan Wilayah Persekutuan sebagai tanda permohonan beliau sudah diterima,” katanya.

“Beliau (Ito) juga telah mengikuti permukiman yang diadakan selama dua hari sebagai langkah awal persediaan untuk dirinya lebih mengenali dunia politik,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Syed Badli berharap dengan kemasukan Ito ke Cabang Titiwangsa akan menjadi nilai tambah buat Keadilan dan pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan MADANI.



No comments: