𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗥, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗟𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪
✍️ Ahmad Mursi
1. Dah banyak kali saya jumpa walaun kata, "aku lebih suka jadi Khawarij dari jadi Sekular, sebab Khawarij tu Islam juga, sekular terkeluar dari Islam."
2. Inilah kepincangan fikrah sebahagian ahli PAS. Hj Hadi dan PAS sibuk tekankan bahaya sekular, tapi jarang tekankan bahaya ghuluw.
3. Walhal ada dua kutub bahaya dalam Islam: (1) Juhud – menolak peranan agama dalam kehidupan (sekularisme, tafrit - cuai). (2) Tatarruf – ghuluw, sikap ekstrem.
4. Sebab tu Qaradawi tulis buku: الصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف Kebangkitan Islam: antara Juhud (Penolakan) dan Tatarruf (Ekstremisme).
5. Buku ni lahir sebagai reaksi ketegangan gerakan Islam dengan pemerintah Mesir 70-an – waktu Hj Hadi juga belajar di sana. Hadi kemudian import wacana itu ke Malaysia.
6. Maka timbul Amanat Hj Hadi 1982, selari dengan konsep Hakimiyyah Syed Qutb – bina naratif Islam (PAS) vs Jahiliyyah (UMNO). Lalu lahir fenomena kafir-mengkafir.
7. Kalau bimbang anak² kita jadi sekular, anda patut sama bimbang kalau mereka terjebak dengan kumpulan ghuluw.
8. Dua-duanya bahaya. Kedua-duanya membinasakan.
9. Islam puji jalan wasatiyyah – pertengahan & seimbang. Tidak melampau kanan, tidak melampau kiri. “Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pertengahan (wasat), agar kamu menjadi saksi atas manusia yang lain.” (al-Baqarah 143)
10. Realitinya, pihak yang PAS tuduh sekular itulah yang banyak membina institusi Islam. Kerajaan Madani kini bantu pondok, tahfiz, sekolah agama rakyat. Sekularkah itu?
11. Tapi ahli PAS didoktrinkan bahawa sekular itu dosa besar, keluar Islam. Malangnya, mereka tak diingatkan bahawa ghuluw juga dosa.
12. Sebab itu sikap ghuluw walaun di medsos dan WhatsApp jadi menakutkan. Mereka diajar melaknat, melabel, mencaci, mengqazaf, bermain isu akidah.
13. Penyakit ghuluw ini bukan pada orang yang cetek agama. Ia muncul pada mereka yang ada ilmu, ibadah kuat, tapi melampau – macam Abdurrahman bin Muljam dan Khawarij.
14. Sabda Nabi ﷺ: “Jauhilah kamu daripada ghuluw dalam agama, kerana binasa orang sebelum kamu hanyalah kerana ghuluw dalam agama.” (HR Ahmad, al-Nasa’i, Ibn Majah – sahih)
15. Dalam al-Quran, Allah ingatkan Ahli Kitab: “La taghlu fi dinikum” – jangan melampau dalam agama.
16. Siapa nak lawan ghuluw? Sabda Nabi ﷺ: “Akan membawa ilmu ini pada setiap generasi, orang-orang yang adil (thiqah), yang membersihkannya dari penyelewengan golongan melampau, dakwaan palsu golongan batil, dan tafsiran salah golongan jahil.” (riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Sharaf Ashab al-Hadith)
17. Ulama adil itu siapa? Iaitu yang amanah, thiqah, berakhlak, tidak berbohong, menjaga maruah, tidak ghuluw, memilih wasatiyyah, tidak tafsir agama ikut parti, tapi bersikap objektif.
Sekian.
No comments:
Post a Comment