Adrian Lim Chee Ann
Ini penjelasan paling ringkas tanpa istilah-istilah bombastik untuk orang ramai faham.
Tarif merupakan cukai yg dikenakan oleh sesebuah kerajaan terhadap barangan import. Lazimnya, langkah ini dibuat untuk “memahalkan” barangan import, supaya barangan tempatan menjadi lebih murah, secara tidak langsung mendorong pengguna beralih kepada penggunaan produk-produk tempatan.
Sebagai contoh, sejak dulu lagi, Malaysia mengenakan tarif ke atas kenderaan-kenderaan import Honda, Toyota, Mercedes supaya ianya menjadi “lebih mahal”, secara tidak langsung menampakkan kenderaan tempatan Proton “lebih murah”.
Sejak Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat, macam-macam tarif dikenakan terhadap negara-negara asing. Malaysia tidak terkecuali dan dikenakan tarif 24%.
24% ini adalah tarif KEEMPAT TERENDAH di seluruh Asia Tenggara.
Kesan daripada ini, perusahaan-perusahaan di Malaysia yg mengeksport produk-produk ke AS akan mengalami penurunan penjualan kerana produk-produk mereka akan menjadi “lebih mahal” apabila tiba di bumi AS.
Di sebalik kekangan ini, Malaysia mempunyai peluang membuka industri-industri baharu.
Kenapa saya kata begitu?
Kerana negara-negara jiran seperti Kemboja (49%), Laos (48%), Vietnam (46%), Thailand (36%) dan Indonesia (32%) dikenakan tarif lebih tinggi.
Ini bererti, kilang-kilang sektor pembuatan di 5 negara ini akan menghadapi kesukaran mengeksport barangan mereka ke AS dengan harga kompetitif, sebab dah kena tarif sehingga 49%.
Produk dari Kemboja dulunya dijual $100, sekarang kene jual $149.
Produk dari Laos dulunya $100, sekarang kena jual $148.
Ada kemungkinan, kilang-kilang di negara-negara ini akan berpindah ke negara-negara jiran yang dikenakan tarif lebih rendah seperti Singapura (10%), Filipina (17%), Brunei (24%) dan Malaysia (24%).
Saya rasa, kilang-kilang sektor pembuatan tidak akan memilih Singapura walaupun tarifnya cuma 10%, kerana faktor-faktor lain seperti kos hartanah yang melampau tinggi dan kekurangan tenaga kerja unskilled. Sama juga Brunei, di mana tenaga kerja unskilled amat kurang.
Kilang-kilang sektor pembuatan di Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand dan Indonesia akan mengintai Malaysia (24%) dan Filipina (17%).
Sekiranya kilang-kilang di Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand dan Indonesia memilih Malaysia, maka Malaysia akan mempunyai berpuluh ribuan peluang pekerjaan-pekerjaan baharu.