Kenyataan Media 17 September 2020

Kenyataan Media

17 September 2020

Perlantikan Daing Muhammad Reduan sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya perlu ditangguhkan sehingga Biro Displin mengambil tindakan atas insiden keganasan fizikal yang dilakukan terhadap Calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang lepas

Saya mengikuti perkembangan terkini berkenaan isu perlantikan Daing Muhammad Reduan bin Bachok sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya oleh pimpinan Negeri Selangor perlu ditangguhkan sehingga satu tindakan disiplin diambil terhadap beliau atas sebab mencetuskan insiden keganasan dan berkelakuan samseng terhadap Calon Timbalan Presiden, tuan Rafizi Ramli ketika pemilihan parti

Insiden yang berlaku pada 3 November 2018 di Keningau, Sabah di mana Rafizi Ramli telah diserang. Daing Muhamamd Reduan secara langsung terlibat dalam kekecohan dan keganasan yang sengaja dicetuskan untuk mencederakan Tuan Rafizi Ramli. Daing Muhammad Reduan tidak pernah menafikan penglibatan dia dalam kejadian tersebut dan tidak pernah sekali pun memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Bagi Angkatan Muda KEADILAN, segala kekerasan atau serang fizikal adalah tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi dengan melantik anggota tersebut sebagai Penyelaras KEADILAN yang akan mewakili parti di kawasan tersebut.

Perlantikan Penyelaras DUN yang akan mewakili parti sepatutnya dibuat berdasarkan ciri seorang pemimpin yang beramanah, berintegriti, berjiwa rakyat dan dihormati serta disanjungi oleh orang ramai. Saya berpendapat bahawa dengan lantikan seseorang yang berkelakuan samseng sebegini sebagai Penyelaras Dun hanya akan mencalarkan imej KEADILAN di kawasan tersebut. 

Saya berharap pimpinan KEADILAN terutamanya pimpinan MPN Negeri Selangor dan Pusat menarik balik perlantikan Daing Muhammad Reduan sebagai Penyelaras DUN dan Biro Disiplin perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Daing Muhammad Reduan atas insiden keganasan itu.

Chan Chun Kuang
Pengarah Komunikasi 
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Suara Dari Masjid Negara-LAWAN TETAP LAWAN -SEBUAH KARYA S.AMIN SHAHAB

Muhyiddin, si calon pilihan raya Sabah

 

Pada 17 September 2020

oleh Liew Chin Tong


Oleh Liew Chin Tong

(Pengerusi DAP Johor, Ahli Dewan Negara)

Saya sedang di Sandakan, berkempen untuk gabungan Warisan Plus. Di sepanjang jalan-jalan utama Sandakan, poster-poster dihiasi wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terpampang merata-rata, seolah-olah beliau lah yang bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September nanti.

Jangan tersilap. Masa depan politik Muhyiddin bergantung kepada hasil pilihan raya ini. Pertaruhan bagi Muhyiddin amatlah tinggi, bahkan lebih tinggi berbanding Dato’ Seri Shafie Apdal.

Ini sememangnya perlawanan antara Shafie Apdal dengan Muhyiddin Yassin!

Ternyata Muhyiddin si calon pilihan raya dan pesuruhnya, Setiausaha Agung Bersatu merangkap Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin adalah pencetus pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah. Mereka perlu dihukum atas cubaan menjatuhkan kerajaan yang terbina atas mandat rakyat negeri Sabah.

Untuk gambaran yang lebih jelas, mari kita menghimbau semula kejadian-kejadian pada penghujung Februari bagi memahami kenapa si Muhyiddin ini perlu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Shafie.

Rampasan kuasa separuh masak

Perancang Langkah Sheraton telah membuat satu andaian dangkal bahawa Shafie Apdal dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memihak mereka untuk mencukupkan bilangan, dan mereka memiliki sejumlah 130 kerusi.

DAP, PKR dan Amanah mempunyai 92 kerusi sehingga Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang memihak kepada Muhyiddin.

Mahathir dan Shafie kedua-duanya tidak hadir ke hotel Sheraton pada petang Ahad 23 Februari.

Mahathir enggan menyokong rampasan kuasa terbabit dan seterusnya meletakkan jawatan pada hari Isnin 24 Februari. Di tengah kekeliruan sekitar persoalan Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada petang Selasa 25 Februari, dan mengulangi sokongan tersebut di Istana Negara pada Rabu 26 Februari.

Selepas kenyatan daripada pihak Istana Negra pada jam 4 petang Jumaat 28 Februari, kami berjaya memulihkan komunikasi antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, serta berbincang untuk kembali berpakat dalam satu mesyuarat di kediaman peribadi Dr Mahathir pada jam 8 malam.

Pihak Anwar bersetuju untuk kembali berama Mahathir dan mesej itu disampaikan kepada Mahathir pada jam 8 pagi, Sabtu 29 Januari.

Saya turut hadir sama dalam pertemuan itu.

Dengan segera, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menelefon Darell Leiking yang berada bersama Shafie Apdal. Melalui panggilan telefon, Shafie menyatakan sokongan parti Warisan terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mahathir.

Pada pagi bersejarah 29 Februari itu, Shafie lah yang telah membuat suatu ketetapan tegas. Walaupun Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac, angan-angannya untuk memerintah dengan sejumlah 130 kerusi telah dinafikan oleh kedua-dua Mahathir dan Shafie. Kerajaan Muhyiddin berdiri tempang dengan majoriti satu digit sejak awal lagi, dan kini berada pada angka 113 berbanding 109.

Pakatan Plus berjaya mengekalkan 109 kerusi, bukan 91 atau 92 disebabkan peranan yang dimainkan oleh Shafie dan Warisan.

Sabah Memimpin Malaysia

Setelah bertahun-tahun diperhambakan Kerajaan Persekutuan yang didominasi Umno, rakyat Sabah tidak percaya bahawa mampu menentukan masa depan Malaysia.

Tetapi Shafie dan Ahli-ahli Parlimen Sabah adalah umpama sembilu bagi Muhyiddin, dan menjadi penentu permainan bagi beliau sejak 29 Februari lagi.

Muhyiddin kemudiannya menghantar Hamzah Zainuddin ke Sabah untuk ‘berbeli belah’. Akhirnya pada 29 Julai, sehari selepas mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun; mantan ketua menteri Tan Sri Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti.

Dan jangan pula kita terlupa – pada 9 Jun, Jabatan Peguam Negara menggugurkan sejumlah 46 pertuduhan rasuah terhadap Musa.

Pendek kata, pilihan raya negeri Sabah dicetuskan oleh Muhyiddin si ‘calon PRN’ yang cuba menumbangkan kerajaan Shafie kerana peranan yang dimainkan beliau bagi mengekalkan bilangan 109 kerusi di pihak pembangkang di peringkat nasional.

Menggagalkan ‘the scheme of things’

Pada 30 Julai, Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin bersetuju dengan permintaan Shafie untuk membubarkan DUN negeri Sabah, demi mengembalikan mandat kepada rakyat.

Pada 26 September nanti, sekiranya gabungan Warisan Plus berjaya meraih majoriti meyakinkan sebanyak lebih 45 kerusi, kita boleh membilang hari-hari terakhir Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Yang paling awal akan merasakan kesannya tentulah Gabungan Parti Sarawak.

GPS bukanlah sekutu PAS, manakal retoriknya sepanjang beberapa tahun lalu, terutamanya pada zaman Adenan Satem, kebanyakannya bersifat anti-Umno.

Umno dengan wajah Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi tentunya bukan faktor tarikan pilihanraya yang baik. Kemenangan meyakinkan oleh Shafie dan Warisan Plus akan memberi tekanan hebat kepada GPS.

Perkelahian antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah sepanjang pilhan raya negeri turut membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Muhyiddin boleh bertahan.

Ini mungkin kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana kata-kata seorang Perdana Menteri hampir tidak membawa kesan ke atas rakan-rakan gabungannya, seperti yang boleh dilihat ketika Barisan Nasional menolak Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor sebagai calon Ketua Menteri, walaupun dicalonkan oleh Muhyiddin sendiri.

Pengundi Sabah bukan sekadar menentukan nasib pentadbiran Shafie sebagai Ketua Menteri, dan memilih parti mana yang akan mentadbir negeri Sabah untuk penggal akan datang. Pilihan raya Sabah ini akan menentukan sama ada Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri atau tidak dalam penggal akan datang.

Pertaruhannya nampak begitu sengit untuk kedua-dua calon Shafie dan Muhyiddin. 

 

PIMPINAN PAS TERKEDU?

 



PAPAPGOMO,PARPUKARI,UNSPINNERS AS PART OF ROSMAH"S CYBERTROOPERS



Kerjasama erat mujahid cyber parti lebai dengan cybertrooper yang dibayar Rosmah itu tidak disangkal lagi.

Orang mungkin cakap.. ala yang kau sibuk tu pehal? Kaypo siut..

Yeahhhh kaypoh.. aku kaypoh kerana parti agama merestui kerjasama dengan perompak dan penyamun.

Demi Melayu? Demi Islam?


Semua itu wayang!



1MDB SYARIKAT UNTUK NAJIB DAN UMNO



 

MAHATHIR BERTEMU RUAS





1. Dengan mudah Tunku Abd.Rahman tersungkur.begitu juga Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam,apatah lagi Tun Abdullah Badawi dan disaingi sedikit hebat oleh Najib.

2. Tun bertemu ruas dalam perterungan dengan Anwar Ibrahim,kehebatan Anwar menyebabkan Mahathir sanggup menelan kahak dan menjilat ludahnya serta melutut dua kali meminta jawatan sebagai Perdana Menteri.

3. Kita tunggu perkembangan selanjutnya kerana pertarungan mereka dalam politik belum selesai...perterungan ini adalah perterungan KLASIK dalam POLITIK antara seorang DEMOKRAT ( Anwar Ibrahim ) dan seorang DIKTATOR ( Mahathir )...

Kita sama-sama nantikan siapa yang akan HINA sebelum mati?..dari sudut Pengajian Sains Politik.

Pandangan Sains Politik.




JOM KITA TENGOK VIDEO NI MB MENCEBEK BILA ADA ORANG MINTA TOLONG.PAKAT GELAK RAMAI RAMAI TU



AS-SALAM...jika anda perhatikan tingkah laku ini anda akan dapat merasakan bahawa seolah olah layanan dan perkataan ini main main. Makna kata seolah olah buat bahan jenaka sehinggakan pemohon terasa beliau di ketawakan , dan beliau bertanya kenapa diketawakan. malah dengan penuh menyindir juruhebah radio menyatakan beliau MB dan MB sendiri akan memberi wang bantuan itu. Jika inilah kedudukan anda, apa perasaan???Kata Islam....beginikah Islam?Malu ke Cina DAP bagi bantuan di Penang.







KEADILAN parti unik, angkat keistimewaan Sabah, Sarawak - Raymond Ahuar

 






Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Raymond Ahuar menyeru rakyat supaya tidak teragak-agak untuk mengundi KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Raymond berkata, KEADILAN tidak seperti mana-mana parti yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia kerana parti itu mengangkat keistimewaan Sabah dan Sarawak.

 "Ada yang berkata, mengapa kita perlu mengikut parti Malaya, tetapi parti KEADILAN adalah berlainan dengan mana-mana parti sebelum ini.

 "KEADILAN ada keunikan tersendiri kerana dalam perlembagaan parti Perkara 5.8 termaktub bahawa parti ini mengangkat keistimewaan Sabah dan Sarawak secara sama rata dengan seluruh wilayah kerajaan persekutuan.

 "Jadi istimewanya KEADILAN adalah parti yang mengangkat autonomi Sabah dan Sarawak.

 "Sebab itu, saya menyeru pada 26 September ini, tidak perlu berfikir ke kiri, ke kanan, ke sini, ke sana lagi. Berilah mandat kepada KEADILAN bersama Warisan Plus," katanya ketika sambutan Hari Malaysia Ke-57 anjuran KEADILAN.

 Pada masa sama, Raymond menegaskan bahawa kedudukan Sabah harus terus dimartabatkan oleh KEADILAN dan Warisan Plus.

 "Saya hanya mahu katakan bahawa Sabah sebenarnya satu dari tiga dan bukan satu dari 14 negeri di bumi Malaysia ini.

 "Sepatutnya pengagihan dalam semua bentuk ekonomi peluang pekerjaan sumber ada di bumi Malaysia sepatutnya satu dari tiga.

 "Apabila semua kota di Semenanjung berkembang pesat, sudah tentu tidak adil bagi Sabah dan Sarawak, sudah tentu juga rakyat dan anak muda inginkan perubahan," katanya.

 Dalam pada itu, Raymond turut berpandangan KEADILAN dan Warisan Plus akan dapat meneruskan kemajuan di Sabah.

 "Saya merayu supaya rakyat memberikan mandat sekali lagi kepada Kerajaan Negeri di bawah bimbingan Shafie Apdal bersama Pakatan Harapan kerana satu-satunya Ketua Menteri yang berani beri geran tanah kepada masyarakat Sabah, tidak lain tidak bukan adalah Shafie.

 "Saya sebagai wakil calon anak muda dalam parti kerajaan juga merayu dan berharap rakyat tidak termakan pancing matawang dari pihak pembangkang.

 "Saya merayu kepada pengundi DUN Sook supaya beri peluang kepada saya, saya akan pastikan dan buktikan yang terbaik untuk anda.

 "Kami berharap semua rakan-rakan pada 26 September akan dapat meraikan kemenangan yang begitu besar untuk negeri Sabah," katanya.

 

BILA PULA PH JAGA PETRONAS RUGI?

 

ADUN MERU JUGA SOKONG APA PANDANGAN HUSAM MUSA

 

MAN TOBA



Adun Meru sah nyatakan pendirian bersetuju dengan pandangan Husam Musa bahawa Parti PH iaitu PKR, DAp dan Amanah harus memperkukuhkan PH tampa ada campur tangan parti dari Mahathir.

Dan mengesa Amanah membuat mesyuarat memutuskan akan sebuah ketetapan yakni Amanah menolak parti Pejuang secara total. Buat mesyuarat dah tentukan hitam putih.

Amacam setuju?



ULANGSIAR SELAMAT TINGGAL MAHATHIR.

Ini lah realiti nya...Datuk Husam Musa- "Pejuang tak blh ada kerusi bersama ph. Akan merugikan ph.
Rakyat telah hilang kepercayaan atau lost of trust terhadap mahathir. Ph kena lakukan penjajaran kerusi2 yg ditinggalkan oleh bersatu. Bukan beri pada Pejuang kerana ini akan menyukarkan ph utk ambil balik kuasa"

Kesimpulan. Datuk Husam Musa berpendapat PH kena move on tanpa mahathir. Mahathir sudah tidak lagi dipercayai oleh penyokong2 PH.

Now we know nape dalam Oren(AMANAH) ada puak2 yg cuba menyisihkan datuk Husam Musa.😘😘😘

Ada faham...good😘😘😘

MUHYIDDIN YANG PELUPA

 

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.

“Saya ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Warisan adalah sebahagian daripada PH.

“Di waktu itu, elaun sara hidup nelayan adalah RM300 sebulan, tetapi dipotong kepada RM250.

“Hari ini saya ingin umumkan, kita kembalikannya kepada RM300 semula,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh ketika berucap melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Huma di Beaufort.

Walaupun ini adalah program kerajaan, tetapi jelas Muhyiddin telah menggunakannya sebagai pentas untuk berkempen bagi memenangkan PN dan menjatuhkan Warisan.




Tetapi, dalam beliau seronok menghentam Warisan kerana parti itu merupakan sebahagian daripada PH yang menurunkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 kepada 250, Muhyiddin agaknya terlupa dirinya juga sebahagian sebahagian daripada PH ketika itu.

Ketika itu, beliau adalah Presiden Bersatu, salah satu komponen PH dan merupakan menteri dengan portfolio Kementerian Dalam Negeri menjadi tanggungjawabnya.

Berbanding kedudukan Bersatu sebagai komponen PH, sebaliknya Warisan hanyalah menyokong dan bersama dengan PH saja.

Jadi, kalau Warisan dituduhnya sebagai sebahagian daripada PH yang menurunkan elaun sara hidup nelayan, Muhyiddin sendiri pada waktu itu lebih kanan kedudukannya dalam PH.

Lupa ke?

Adakah derita kanser yang dihadapinya membuatkan beliau sekarang lupa banyak perkara?

Apa yang beliau buat pada waktu itu?

Pernahkah Muhyiddin membantah keputusan PH menurunkan elaun nelayan sebanyak RM50 itu?

Jika beliau sendiri tidak pernah membantah, kenapa pula disalahkan Warisan dalam hal itu?

Bukankah dirinya sendiri bersalah sama?

Untuk makluman Muhyiddin, kalau beliau nak tahu, inilah yang peribahasa kata – muludah ke langit akhirnya tertempek ke muka sendiri.

Tak malu ke? 


(Shahbudindotcom 17/09/2020)

 

PRN Sabah: Penyokong USNO Baru dialu-alukan undi calon KEADILAN

 


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada kerjasama rasmi dengan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru, namun menyeru penyokongnya supaya mengundi calon KEADILAN.

 Ini berikutan wujud khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat kerjasama antara KEADILAN dan USNO Baru bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Saifuddin berkata, walaupun KEADILAN tidak mempunyai kerjasama rasmi dengan USNO Baru, para pemimpin dari kedua-dua parti itu mempunyai hubungan yang erat.

 "Kalau ada hubungan dengan USNO sekalipun, ia hanya hubungan peribadi antara pemimpin kami dengan mereka yang ada sejarah, contohnya presidennya Pandikar Amin Mulia yang sudah lama berkhidmat sebagai speaker.

 "Datuk Seri Anwar Ibrahim juga kenal dan rapat dengan beliau, tetapi dalam konteks PRN Sabah, kami adalah sekutu penting Warisan Plus," katanya ketika ditemui media.

 Pada masa sama, Saifuddin menafikan bahawa hubungan antara kedua-dua parti itu wujud kerana gagal mendapatkan jumlah kerusi yang diinginkan sebelum ini.

 "Tidak timbul sama sekali. Kami dan Anwar berada dalam rundingan sehingga sebelum penamaan calon.

 "Kerjasama penting antara Warisan, DAP, UPKO dan Amanah. Sebagai sekutu penting fokus kami adalah memenangkan calon-calon dibawah panji Warisan Plus.

 "Kami beri komitmen dan dokongan serta kerjasama dengan sekutu, jadi perkara ini tidak berbangkit," katanya.

 Namun beliau tetap menyeru penyokong USNO Baru supaya mengundi calon KEADILAN.

 Saifuddin berkata meskipun calon dari kedua-dua parti itu bertembung pada PRN Sabah, beliau menganggap setiap undi adalah penting.

 "Saya seru penyolong USNO supaya beri undi kepada calon KEADILAN di kawasan parti mereka tidak bertanding dan beri sokongan kepada kita.

 "Dalam kempen pilihan raya, kita merayu orang, setiap undi adalah penting, tidak kira ada parti atau tidak berparti, ataupun ahli USNO, UMNO, PBS dan STAR sekalipun, mereka bebas memilih kerana undi adalah rahsia.

 "Jadi saya ambil peluang ini untuk meminta mereka sokong calon KEADILAN," katanya.

 


HANYA SYIAH JADIKAN POLITIK SEBAGAI AKIDAH


Pusat Kerja dan Latihan Lembah Pantai atasi pengangguran era Covid 19

 


Mendepani masalah pengangguran yang kian kronik ketika pandemik Covid 19 belum berakhir, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai melancarkan Pusat Kerja & Latihan Lembah Pantai (PKLP) bagi memudahkan warga yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan baharu.

 Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, PKLP yang dilancarkan pada 16 September lalu akan berperanan memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai dengan kerjasama perniagaan-perniagaan tempatan serta agensi-agensi kerajaan.

 "PKLP telah beroperasi secara dalam talian sejak bulan Mei 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 "Inisiatif ini akan berusaha untuk memadankan pekerjaan kepada warga Lembah Pantai yang memerlukan pekerjaan dengan kerjasama perniagaan, agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja.

 "PKLP akan mengadakan bengkel-bengkel kemahiran hidup dan sesi-sesi latihan untuk meningkatkan kebolehkerjaan individu-individu yang bakal meraih manfaat dari program-program yang bakal dilaksana.

 "Inisiatif ini juga berupaya menjadi platform untuk kerja-kerja penyelidikan, memandangkan data-data yang tersedia tidak dapat memberikan perincian dan fokus kepada golongan sasaran di dalam Lembah Pantai," kata kenyataan itu.

 



Ahli Parlimen Lembah merasmikan PKLP

Selain memadankan pekerjaan, kenyataan tersebut juga berkata, PKLP berpotensi membantu merentasi sempadan kesenjangan pendapatan dan kemiskinan dengan memperkasakan warga Lembah Pantai melalui skim pendidikan juga latihan bagi menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

 "Inisiatif-inisiatif di PKLP dijangka mempertingkatkan peluang kebolehkerjaan melalui langkah-langkah awal bagi mempersiapkan warga di sini setelah ekonomi negara dibuka semula apabila pandemik Covid-19 dapat diatasi kelak," kata kenyataan itu lagi.

 Malaysia mencacatkan pengangguran menaik sepanjang era PKP dan PKP Pemulihan.

 Berdasarkan kajian REFSA (Research for Social Advancement), kadar pengangguran di Malaysia mencapai 5.3% pada bulan Mei 2020, 4.9% pada Jun 2020 dan 4.7% pada Julai 2020.

 Oleh itu, PKLP diharap mampu mengurangkan kadar penganguran dalam kalangan warga Lembah Pantai dan mengumpul pengalaman individu yang berjaya keluar daripada kepayahan ekonomi untuk dijadikan inspirasi kepada orang lain.

 

AZMIN ALI TERDESAK DAN MENIPU?


Ekonomi merosot, pemimpin khianat hanya selamat sekejap - Anwar

 


Suasana ekonomi pandemik Covid 19 mewajarkan rakyat meneliti semula pemimpin yang terbaik untuk mengemudi negara.

 Hal berkenaan ditegaskan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian Pejabat KEADILAN Cabang Sepang, tengah hari tadi.

 Menurut Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang wujud hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat berbilang kaum dan ekonomi yang merudum kerana ditadbir oleh pemimpin pengkhianat dan tidak mampu bergerak jauh dalam pemerintahan.

 



"Lihat ekonomi pademik Covid, penganguran dijangka akhir tahun ini hampir sejuta orang. Apa yang dibuat oleh pemimpin Perikatan Nasional?

 "Perbanyakkan jawatan menteri, jawatan GLC. Orang di bawah makan pun tak cukup.

 "Negeri ini kecil ada 30 juta penduduk, menteri 70 orang. Di dunia ini biasanya menteri 30, 40 atau 50 orang. Kita catat rekod 70. Ada yang sampai sekarang sudah 6 bulan tak pernah dengar pun (nama) menteri.

 "Kedua kalau buat kenyataan memang celaru, kelam kabut.

 "Ada beza mengapa kita katakan mandat rakyat itu penting. Sebab orang yang khianat ini, dalam sejarah dia boleh selamat sekejap tetapi tak boleh ke mana.

 "Kerana orang akan cop dia memerintah atau mentadbir melalui pengkhianatan bukan perjuangan," kata Anwar dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.

 Menurut beliau lagi, KEADILAN merupakan sebuah parti keramat yang memperjuangkan hak rakyat terbanyak. Setiap wakil rakyat yang dipilih wajib meletakkan agenda rakyat di hadapan dan melebihi segala-galanya.

 Tanpa agenda membela rakyat itu KEADILAN tidak akan mampu bertahan menyaingi retorik parti-parti perkauman.

 



Serahan 300 borang keahlian baru KEADILAN

 "Parti ini muncul dari hasrat membela nasib rakyat. Selagi kemiskinan tak selesai, selagi rumah pangsa tidak dicat sebagaimana rumah yang sesuai dihuni oleh manusia, selagi pengangguran tidak dapat diatasi, selagi itu kita belum sempurna mentadbir dan menjalankan pemerintahan yang baik.

 

"Ujiannya bukan sekadar kita mendapat gelaran atau kedudukan. Persoalannya apakah kedudukan itu yang menentukan kita berhasil, ataukah khidmat kita kepada rakyat?

 

"Soalnya sekarang bagaimana nak pertahan parti induk KEADILAN tidak lari dan tergelincir dari hasrat perjuangan murni? Kita ada kekuatan, jumlah ahli yang ramai. Saya ucap tahniah kepada Borhan (Ketua Cabang) berjaya kumpul keanggotaan. Tetapi untuk apa? Untuk menjana kekuatan mewakili hasrat rakyat.

 "Jawatan ini adalah tanggungjawab. Kita diangkat sebagai ADUN sebagai Exco, Menteri Besar, Perdana Menteri jangan kita lupa (agenda rakyat). Jangan kita samakan parti ini dengan parti-parti lain yang pernah mentadbir negeri atau negara," katanya.

 Justeru, Anwar mengingatkan KEADILAN hanya relevan apabila ketua-ketua di semua peringkat bersama-sama menggiatkan usaha membantu rakyat termasuk di negeri maju seperti Selangor.

 "Saya selalu ingatkan pergi lihat orang miskin bandar, pergi lihat rumah-rumah di negeri Selangor, masih ada yang memerlukan pertolongan, masih belum dapat pembelaan yang sesuai.

 "Ini beza naratif kita. Parti ini akan hanya wujud dan berwibawa jika kita prihatin," katanya lagi.

 Dalam majlis itu juga Anwar menerima penyampaikan lebih 300 borang keahlian baharu KEADILAN.



YB Bohan Aman Shah memberi ucapan

 Keahlian KEADILAN di cabang Sepang sekitar 11,000 anggota. Anwar berseloroh setelah mempunyai pejabat baharu keahlian akan meningkat kepada 15,000 anggota.

 Majlis itu turut mengadakan sesi tertutup taklimat khas presiden kepada pimpinan KEADILAN yang didahului Anwar menandatangani plak khas perasmian bangunan.

 Anwar turut ditunjukkan gambar-gambar mural perjuangan dua dekad Reformasi oleh Ketua Cabang, Bohan Aman Shah yang juga merupakan ADUN Tanjung Sepat.

 Dalam ucapannya, Borhan menyatakan Cabang Sepang menyokong penuh kepimpinan presiden parti pasca perpecahan akibat pengkhianatan puak kartel kira-kira 6 bulan lalu.

 Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor Hee Loy Sian, Naib Presiden KEADILAN Datuk Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu dan pimpinan-pimpinan tempatan dari Amanah serta DAP.

 

(function() { var d = document, w = window; w

TAZKIRAH UNTUK WALAUN BOD YANG DITIPU PIMPINAN PAS.

Hamdan Taha  Kes perjudian yang kecoh sekarang ini apabila mahfuz dapat jawapan bertulis dari menteri kewangan Ada pimpinan pas kata itu buk...