Bila pula PH jaga Petronas rugi?
A Kadir Jasin
- Kalau laporan ini benar dan Mohd Najib bin Abdul Razak siuman, jelaslah yang dia ini kalau tak bohong dan putar-belit memang tak sah.
- Bila dia berbohong dan putar-belit, dia terlupa fakta atau sengaja ketepikan fakta.
- Jelaslah yang prinsip dia adalah selagi ada orang yang percaya aku akan bohong dan putar-belit.
- Dia kata tak boleh harap Pakatan Harapan jaga Petronas sebab dalam suku kedua tahun ini (April hingga Jun) syarikat minyak negara itu rugi AS$5.06 bilion (kira-kira RM21 bilion).
- Dia lupa atau sengaja putar-belit bahawa yang perintah negara dan jaga Petronas dalam tempoh itu adalah kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional yang dia sendiri jadi anggotanya. Rampasan kuasa terhadap PH disahkan pada 2 Mac apabila Muhyiddin Mohd Yassin angkat sumpah jadi Perdana Menteri.
- Betullah Petronas rugi. Tapi boleh dikatakan semua syarikat minyak negara dan swasta dunia rugi dalam tempoh itu kerana harga minyak mentah jatuh merudum akibat pandemik Covid-19.
- Misalnya syarikat minyak Perancis Total rugi AS$8.4 bilion, British Petroleum AS$6.7 bilion, Gazprom (Rusia) AS$4.2 bilion dan Exxon Mobil (Amerika Syarikat) AS$1.1 bilion.
- Hatta Saudi Aramco yang gagah perkasa kerana kos pengeluran yang murah itu pun menderita kemerosotan keuntungan daripada AS$24.7 bilion kepada AS$6.6 bilion.
- Harga minyak mentah Brent – yang mana kita jual minyak kita – jatuh daripada AS$63.56 satu tong pada 17 Oktober 2019 kepada AS$19.33 pada 21 April 2020. Sekarang harga sudah naik kepada kira-kira AS$45.
- Sepatutnya sebagai orang terpelajar, anak Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Mohd Najib ajar apa yang orang kampung, peneroka Felda dan orang biasa tidak tahu bukan ambil kesempatan untuk berbohong kepada mereka