MUHYIDDIN YANG PELUPA

 

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan.

“Saya ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Warisan adalah sebahagian daripada PH.

“Di waktu itu, elaun sara hidup nelayan adalah RM300 sebulan, tetapi dipotong kepada RM250.

“Hari ini saya ingin umumkan, kita kembalikannya kepada RM300 semula,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh ketika berucap melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Huma di Beaufort.

Walaupun ini adalah program kerajaan, tetapi jelas Muhyiddin telah menggunakannya sebagai pentas untuk berkempen bagi memenangkan PN dan menjatuhkan Warisan.




Tetapi, dalam beliau seronok menghentam Warisan kerana parti itu merupakan sebahagian daripada PH yang menurunkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 kepada 250, Muhyiddin agaknya terlupa dirinya juga sebahagian sebahagian daripada PH ketika itu.

Ketika itu, beliau adalah Presiden Bersatu, salah satu komponen PH dan merupakan menteri dengan portfolio Kementerian Dalam Negeri menjadi tanggungjawabnya.

Berbanding kedudukan Bersatu sebagai komponen PH, sebaliknya Warisan hanyalah menyokong dan bersama dengan PH saja.

Jadi, kalau Warisan dituduhnya sebagai sebahagian daripada PH yang menurunkan elaun sara hidup nelayan, Muhyiddin sendiri pada waktu itu lebih kanan kedudukannya dalam PH.

Lupa ke?

Adakah derita kanser yang dihadapinya membuatkan beliau sekarang lupa banyak perkara?

Apa yang beliau buat pada waktu itu?

Pernahkah Muhyiddin membantah keputusan PH menurunkan elaun nelayan sebanyak RM50 itu?

Jika beliau sendiri tidak pernah membantah, kenapa pula disalahkan Warisan dalam hal itu?

Bukankah dirinya sendiri bersalah sama?

Untuk makluman Muhyiddin, kalau beliau nak tahu, inilah yang peribahasa kata – muludah ke langit akhirnya tertempek ke muka sendiri.

Tak malu ke? 


(Shahbudindotcom 17/09/2020)

 

No comments: