Basikal kena lesen, apa nak jadi pemerintahan PN?
Hari ini terdengar basikal perlu lesen dan nombor plat katanya demi keselamatan? Dah takda duit sangat ka wahai sdra Muhyiddin. Bukan dahulu heboh kata Malaysia ada RM3 trilion dan sdra Lim Guan Eng pula di katakan menipu Malaysia tak cukup wang ? Lani apa rasa selepas langkah tebuk atap…coklat? Strawbery?
Setiap minggu pasti ada idea nak sapu poket rakyat. Dari idea nak wujudkan emall online bagi menyekat lazada,shopee… lepaihtu wujud pula cukai kpd rakyat yg berbelanja ataih talian, hari ini plat dan lesen basikal ?
Mungkin rakyat tidak faham, jika akta di wujudkan bg mewajibkan lesen basikal dan nombor plat basikal… ia akan bawa kpd suatu isu yg lain contohnya wajib puspakom, akta mewajibkan helmet basikal, akta ubahsuai basikal dan banyak lg.
Bagi mata menteri yg nampak wang ringgit, lesen dan nombor plat ini sumber duit mudah dr rakyat. Apabila hal ini di laksanakan kelak, rakyat yg jadi mangsa. Isu lesen dan plat basikal ataih faktor keselamatan ini hanya simbolik ja, kehendak atau tujuan sebenarnya ialah berapa ratus juta untung yg buleh di buat dr projek basikal. Nanti skateboard, papan layar aktiviti sukan laut, mungkin raket badminton pun perlu lesen.
Hingga kini pun dh ada bunga2 lesen telefon pintar & komputer nk di wujudkan. Saban minggu, mesti ada satu isu dangkal bertujuan sapu poket rakyat. Apabila rakyat bising, maka pentadbiran Muhyiddin ini lagak jadi juara kununnya tiada lesen & plat basikal menerusi semangat denyut nadi rakyat. Cehhh…
Minggu depan isu apa pula? Lesen sedut udara ? Ajer gampang…
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.