Kenyataan Media 17 September 2020

Kenyataan Media

17 September 2020

Perlantikan Daing Muhammad Reduan sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya perlu ditangguhkan sehingga Biro Displin mengambil tindakan atas insiden keganasan fizikal yang dilakukan terhadap Calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang lepas

Saya mengikuti perkembangan terkini berkenaan isu perlantikan Daing Muhammad Reduan bin Bachok sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya oleh pimpinan Negeri Selangor perlu ditangguhkan sehingga satu tindakan disiplin diambil terhadap beliau atas sebab mencetuskan insiden keganasan dan berkelakuan samseng terhadap Calon Timbalan Presiden, tuan Rafizi Ramli ketika pemilihan parti

Insiden yang berlaku pada 3 November 2018 di Keningau, Sabah di mana Rafizi Ramli telah diserang. Daing Muhamamd Reduan secara langsung terlibat dalam kekecohan dan keganasan yang sengaja dicetuskan untuk mencederakan Tuan Rafizi Ramli. Daing Muhammad Reduan tidak pernah menafikan penglibatan dia dalam kejadian tersebut dan tidak pernah sekali pun memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Bagi Angkatan Muda KEADILAN, segala kekerasan atau serang fizikal adalah tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi dengan melantik anggota tersebut sebagai Penyelaras KEADILAN yang akan mewakili parti di kawasan tersebut.

Perlantikan Penyelaras DUN yang akan mewakili parti sepatutnya dibuat berdasarkan ciri seorang pemimpin yang beramanah, berintegriti, berjiwa rakyat dan dihormati serta disanjungi oleh orang ramai. Saya berpendapat bahawa dengan lantikan seseorang yang berkelakuan samseng sebegini sebagai Penyelaras Dun hanya akan mencalarkan imej KEADILAN di kawasan tersebut. 

Saya berharap pimpinan KEADILAN terutamanya pimpinan MPN Negeri Selangor dan Pusat menarik balik perlantikan Daing Muhammad Reduan sebagai Penyelaras DUN dan Biro Disiplin perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Daing Muhammad Reduan atas insiden keganasan itu.

Chan Chun Kuang
Pengarah Komunikasi 
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments: