Oleh LIYANA MARZUKI
Let me spill the bean. Benda saya dengar baru-baru ini, beberapa little birds juga sahkan. Dari kedua-dua kem.
Gerakan tebuk atap 2.0 tengah giat dijalankan. Tahun ini, by hook or by crook kena jatuhkan kerajaan.
Omar Md Noor
Ketakutan PAS untuk menghadapi PRU 16 ada asasnya apabila mereka bakal berdepan dengan kehilangan 32 kerusi Parlimen atau lebih bila PH dan BN bergabung. Ini adalah penyebebab utama bila PAS kembali memberi perhatian kepada UMNO untuk bergabung semula.
Antara kerusi yang bakal jatuh :
1. Kangar
2. Kulim Bandar Baharu
3. Kepala Batas
4. Tasik Gelugor
5. Permatang Pauh
6. Gerik
7. Parit Buntar
8. Bukit Gantang
9. Padang Rengas
10. Kuala Kangsar
11. Parit
12. Pasir Salak
13. Lumut
14. Gua Musang
15. Jerantut
16. Indera Mahkota
17. Kuantan
18. Maran
19. Kuala Krau
20. Temerloh
21. Rompin
22. Sabak Bernam
23. Sungai Besar
24. Hulu Selangor
25. Tanjung Karang
26. Kapar
27. Kuala Langat
28. Masjid Tanah
29. Tangga Batu
30. Jasin
31. Mersing
32. Pagoh
Inilah 32 kerusi Parlimen yang bakal jatuh jika PH dan BN dan bergabung mengikut keputusan PRU 15. Tetapi ada faktor lain juga yang akan menjamin bahawa PH dan BN memenangi kerusi lain atas faktor kejayaan Kerajaan Madani sekarang di dalam mentadbir negara yang akan memastikan undi rakyat akan lebih memihak kepada kerajaan Madani.
Jadi tidak hairanlah bahawa PRU 16 akan menyebabkan PN bakal kehilangan banyak kerusi terutamanya PAS. Dan tidak mustahil banyak juga kerusi di negeri SG4 akan berpihak pada PHBN kerana prestasi kerajaan negeri di adalah mengecewakan rakyat.
OMN KD
9 Februari 2025
Wow. Buat 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗘𝘅𝗰𝗼 di 𝗵𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵 di KL. Agaknya di Terengganu dah kehabisan bilik mesyuarat kot. Mungkin juga semua banguan kerajaan tenggelam dan rosak masa 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿 baru-baru ini.
Alah mesyuarat je pun. Apa yang isu sangat?
Isunya, inilah kerajaan yang kata 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 untuk beri bonus. Punyalah miskin sampai tak mampu serba serbi. Tapi kenapa nak berbelanja besar hanya untuk mesyuarat exco?
Itu baru bayaran bilik mesyuarat. Bagaimana dengan 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻? 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗮𝗽𝗮𝗻? Dan tentulah setiap exco akan 𝙘𝙡𝙖𝙞𝙢 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. Berapa banyak kerajaan negeri kena belanja untuk mesyuarat ni?
Dah lah kerajaan negeri 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 bawa masuk pelaburan ke negeri. Terengganu negeri yang pelaburan masuk 𝘁𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵. Lebih rendah daripada Kelantan. Tapi bab belanja 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵.
Begitulah bila beri kuasa kepada orang yang 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸. Ini yang nak MB Terengganu jadi PM? Entah hancur macamana nanti ekonomi negara. Lebai pemusnah cuma tahu memusnahkan je. Guane boh?
Raja Gelap II
.
MESYUARAT MRRM
Che Ibrahim
BERKEPUTUSAN 7-2 BERKAITAN TITAH ADENDUM??
Ambo tak tahu mari kok mana angka 7-2 yang mengundi berkaitan Titah Adendum seperti yang diviralkan oleh sesetengah pemain media baru.
Kalau ikut laporan media, kehadiran mesyuarat MRRM ke 268 pada 4-5 Feb 2025 ialah:
1. Sultan Kedah - Pengerusi Mesyuarat.
2. Sultan Terengganu
3. Raja Perlis
4. Sultan Selangor
5. Sultan Perak
6. YDB Negeri Sembilan
7. Tengku Mahkota Pahang.
8. Tengku Mahkota Kelantan
Turut dihadiri,
9. TYDP Pulau Pinang
10. TYDP Melaka
11. TYDP Sabah
12. TYDP Sarawak.
YDPA dilaporkan hadir semasa pramesyuarat MRRM yang diadakan sehari sebelumnya dengan diiringi oleh Tengku Mahkota Johor.
Mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan
( Majlis Raja Raja), Raja Raja Melayu dan TYDP bagi negeri negeri yang tidak ada Raja adalah ahli kepada mesyuarat MRRM.
Ternyata angka 7-2 Raja Raja Melayu mengundi berkaitan Titah Adendum adalah satu fitnah yang direka reka untuk menimbulkan kegusaran awam.
Nazri Hamdan
Berita lapor bahawa Perodua akan keluarkan kereta elektrik yang baterinya akan disewa kepada pembeli kereta.
Model bisnes ni sama macam yang dibuat oleh jenama kereta NIO.
Ini menunjukkan Perodua tahu sasaran pengguna mereka. Mereka nak jual kereta pada pengguna mampu milik.
Dalam pembinaan kereta EV, bateri adalah komponen paling mahal. Kalau Perodua boleh tarik keluar kos ini dari pengguna, maksudnya harga kereta EV mereka boleh dijual pada harga lebih murah.
Saya lihat ni satu strategi bijak dari Perodua. Majoriti rakyat negara ni masih skeptikal dengan kereta EV.
Kalau mereka nak beli, mereka akan beli yang tak mahal sangat. Sebab pada mereka, buat apa nak guna duit belanja pada satu teknologi yang sangat asing pada mereka?
Jika benar ia berlaku, ia akan mengubah pasaran EV di Malaysia.
PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM 1 Bilion kepada Kedah melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA) supaya Kedah dapat mengeluarkan padi lebih banyak
Program merancakkan produktiviti padi Kedah itu akan dilancarkan hujung bulan ini dan jika berjaya ia akan menambah 14% pengeluaran padi Malaysia dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dari 56% kepada 70%
Sekaligus menjimatkan wang kerajaan yang perlu mengimport beras dan memastikan Malaysia berdiri sendiri dengan keperluan beras selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara 2.0 dari 2021 hingga 2030 di mana Malaysia menyasarkan 80% beras untuk rakyat dihasilkan sendiri di negara ini
Setakat 2019 sebelum dasar itu dijalankan. Malaysia hanya mengeluarkan 63% beras untuk rakyat dan bakinya diimport. Sasaran tahun ini 2025 ialah sekurang kurangnya 75% beras untuk rakyat Malaysia dihasilkan sendiri di negara ini.
Fathi Aris Omar
Kenyataan SPRM ini (19 November 2024) mengesahkan dana 1MDB yang lesap bawah pentadbiran DS Najib Razak sebanyak RM40 bilion.
Kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut, atau lebih RM28 bilion, berjaya diambil semula, termasuk dipulangkan dari Amerika Syarikat dengan kerjasama Jabatan Keadilan (DOJ).
Setakat 11 Jun 2024, jabatan ini sudah berjaya menjejak, merampas dan memulangkan US$1.4 bilion (atau RM6.6 bilion) dana 1MDB yang dicuci di negara tersebut.
Sejumlah US$20 juta (atau RM88.8 juta) lagi akan dipulangkan tahun ini, kata DOJ dalam kenyataan 17 Januari 2025, tiga hari sebelum presiden Donald Trump angkat sumpah.
.
Che Ibrahim
PMX TIDAK DIJEMPUT MENGHADIRI MRRM??
Tular sari dua ni mengatakan PMX tidak dijemput mengadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu (MRRM) yang diadakan 3-4 hari yang lepas. Ambo yakin ianya adalah berita palsu.
Sayugia disebut mengikut Perkara 38 (3) Perlembagaan Persekutuan, kehadiran YDPA ke MRRM hendaklah disertai oleh Perdana Menteri (atau seorang yang diwakilkan oleh PM).
Ketika satu krisis krisis Istana Kelantan vs sebuah Kerajaan Negeri (sekitar tahun 1995/96 ambo tak ingat dah), KDYMM Al Sultan bagi negeri itu telah membawa seseorang lain selain MB untuk mengiringi Baginda ke MRRM, natijahnya KDYMM Al Sultan tersebut tidak dibenarkan masuk ke Mesyuarat MRRM kecuali diiringi oleh MB atau seorang yang dinamakan sendiri oleh MB sebagai wakilnya.
Publikasi Rakyat
🔥 MADANI LEBIH BAIK DARI PERIKATAN NASIONAL? 🔥
NI KA HANGPA NAK HARAP CAKAP LAM DEWAN DEMI RAKYAT? PAKAI MAMPOIH LA NAK TURUN.. BAYAQ LA RIBU RIBAN.
33 bulan di bawah Perikatan Nasional – apa yang kita dapat? ❌ Darurat. ❌ Perebutan kuasa. ❌ Tekanan ekonomi rakyat.
Tapi dalam 24 bulan di bawah MADANI? 🚀 Banyak perubahan positif! Salah satunya:
💥 Sewa Tapak Bazar Ramadan – LEBIH MURAH, LEBIH ADIL! 💥
✅ Dulu: RM10,000 satu tapak (sebab orang tengah)
✅ Sekarang: Hanya RM500 satu tapak!
Siapa yang buat ini? Menteri Wilayah Persekutuan di bawah MADANI!
Siapa yang tak buat apa-apa dulu? 🤔 Shahidan Kassim & Annuar Musa! Tak pernah langsung nak hapuskan orang tengah! GAGAL!
💡 Di Selangor? Lagi power! MB Selangor kurangkan harga sewaan tapak di Petaling Jaya kepada RM350 sahaja!
👉 Inilah MADANI! Inilah kerajaan yang peduli rakyat!
📢 2027... Undi MADANI! 💪🔥
Depan-depan aku seorang AJK Pas Pusat kata "depa tu kapiaq!"
"Depa tu" termasuk aku la. Sebab aku pun reject Pas dan mengundi lesser evil, iaitu Pakatan Harapan.
So, apalah sangat kalau
NI WAKIL PN... LEKEH PUNYA MAKLUMAT.. DOK ULU BANAT SEMBANG DI KOLOMPO. TEMPAT KO BERAPA RIBU SEWA? WOIII... HANG NI BUAT MALU SAJA LA.. HAPA PUN TAK TAU..
Dekat 𝗝𝗶𝘁𝗿𝗮, tapak bazar Ramadhan main pakai bida? Menurut berita ni, ada sampai 𝗥𝗠25,000 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸! Gila ah! Jitra ni dekat 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵.
Sama negeri dengan MP 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗶 yang bising orang tak mampu nak sewa tapak di KL padahal cuma RM500 satu tapak. Yang dekat negeri dia ni dia taknak bising pulak? Ke dah jadi 𝗯𝘂𝘁𝗮?
Macam tu la PN. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 tapi cuma nak 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 je. Sebab tu la masa mereka memerintah 33 bulan dulu 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 pun mereka buat. Guane boh?
Raja Gelap II
.
RMS.
Semangat betul Chegu Bard mainkan naratif YDPA sedang sakit kronik dan dalam masa sama kaitkan dengan PMX. Jangan lepas ni minta maaf lagi..
KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa Malaysia mesti menerajui tranformasi industri halal global.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, dunia kini berlumba-lumba untuk menguasai pasaran halal dan Malaysia perlu bergerak lebih pantas bagi memperkukuhkan kedudukan tersebut.
“Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, dengan nilai industri halal dunia dianggarkan mencecah USD 3.1 trilion menjelang 2025. Namun, persaingan semakin sengit apabila lebih banyak negara mula mengambil langkah agresif untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam sektor ini.
“Dunia kini berlumba-lumba menguasai pasaran halal dan Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Sebaliknya, kita perlu bergerak lebih pantas, lebih strategik, dan lebih inovatif untuk memastikan Malaysia bukan sahaja kekal sebagai pemimpin industri halal dunia, tetapi juga menjadi pusat rujukan utama dalam semua aspek ekosistem halal global.
“Sehingga Disember 2024, indikator bagi industri halal menunjukkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 peratus pada RM146.6 bilion,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Menurutnya, beliau telah memimpin usaha merangka strategi baharu untuk melonjakkan jenama halal Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
“Sebagai Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Agenda Halal Malaysia, saya telah memimpin usaha merangka strategi baharu yang lebih dinamik dan berkesan untuk melonjakkan jenama halal Malaysia ke tahap lebih tinggi. Fokus utama strategi ini adalah untuk meningkatkan daya saing jenama halal Malaysia di peringkat antarabangsa, memanfaatkan potensi pasaran halal global yang terus berkembang.
“Dalam usaha merealisasikan visi ini, enam kluster utama telah dikenal pasti sebagai teras transformasi ekosistem halal Malaysia. Pertama, dasar halal negara akan dikaji semula dan ditambah baik agar selaras dengan perkembangan global serta memenuhi keperluan lebih 1.9 bilion umat Islam di dunia. Penyelarasan antara semua pemegang taruh akan diperhebat bagi memastikan ekosistem halal yang lebih inklusif dan berdaya saing.
“Kedua, sistem pensijilan halal akan didigitalisasikan sepenuhnya bagi mempercepatkan serta mempermudah proses permohonan, dengan sasaran mencapai 100% digitalisasi menjelang 2026. Pada masa yang sama, mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan akan diperkukuh bagi menjamin kredibiliti pensijilan halal Malaysia, mengekalkan statusnya sebagai antara sijil halal paling diyakini di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa pelan pembangunan Industri halal akan memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi.
“Ketiga, pelan pembangunan industri halal akan memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi seperti farmaseutikal halal, logistik halal, dan teknologi makanan, dengan sektor farmaseutikal halal sahaja dianggarkan bernilai USD 134 bilion. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan ekosistem halal domestik, malah akan memacu pertumbuhan industri halal Malaysia yang kini menyumbang sekitar 7.7% kepada KDNK negara.
“Keempat, bagi memastikan produk halal Malaysia dapat menembusi lebih banyak pasaran antarabangsa, strategi pemasaran baharu akan memanfaatkan platform digital dan e-dagang secara menyeluruh. Penganjuran MIHAS sebagai pameran halal terbesar dunia akan terus dijadikan landasan strategik untuk menarik pelabur dan pembeli global, dengan sasaran meningkatkan eksport produk halal Malaysia kepada RM63.1 bilion menjelang 2025, berbanding RM40 bilion pada 2023.
“Malaysia perlu lebih agresif dalam meneroka pasaran halal baharu, khususnya di Asia Barat, Eropah, Amerika, dan Afrika, bagi memastikan produk halal kita terus relevan dan kompetitif di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa kejayaan akan dapat direalisasikan dengan sokongan padu kerajaan, industri, dan masyarakat
“Kelima, pengurusan bakat dan tenaga kerja halal akan diperkasa melalui latihan, pensijilan profesional, serta peluasan program TVET halal bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat global. Sasaran 50,000 tenaga kerja halal kompeten menjelang 2030 akan menjadi keutamaan, memastikan Malaysia mempunyai modal insan berkualiti yang mampu mengukuhkan kepimpinan negara dalam industri halal.
“Keenam, penyelidikan dan pembangunan (R&D) halal akan terus diperkukuh, dengan kerjasama erat antara institusi akademik dan industri bagi menghasilkan inovasi baharu dalam produk dan perkhidmatan halal. Lebih banyak pusat kecemerlangan halal akan diwujudkan di Malaysia bagi memacu inovasi dan kepakaran teknikal dalam bidang halal, menjadikan negara kita sebagai pusat rujukan utama dalam pembangunan teknologi halal global.
“Saya yakin kejayaan ini dapat direalisasikan dengan sokongan padu kerajaan, industri, dan masyarakat. Malaysia mesti menerajui transformasi industri halal global, dan dengan strategi yang jelas serta kerjasama erat, InsyaAllah negara kita akan terus menjadi hab halal unggul yang diyakini dunia,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh LIYANA MARZUKI
Let me spill the bean. Benda saya dengar baru-baru ini, beberapa little birds juga sahkan. Dari kedua-dua kem.
Gerakan tebuk atap 2.0 tengah giat dijalankan. Tahun ini, by hook or by crook kena jatuhkan kerajaan.
Kes pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan suku sakat sudah mula tahun ini. Kalau tak tukar kerajaan, ramai yang teman Najib nanti.
Makanya, dengarnya ada pakatan antara Ahli Parlimen UG nak gabung dengan PN. Katanya, nak paling tadah lepas Aidilfitri.
Setelah cukup jumlah, mereka akan jumpa Agong. Dan mereka tidak menjangkakan Agong akan terima PM baru. Makanya, pilihan yang ada ialah Agong akan bubar Parlimen.
Itu sebab mereka dah start drum suruh Ahli Parti bersedia. Pilihan raya boleh terjadi bila-bila masa.
Firasat ramai pemerhati politik, keputusan tetap sama. Parlimen tergantung juga.
Itu sebab banyak tindakan dibuat agar base PH tidak keluar mengundi. Itulah tiba-tiba mereka jadi terpaling Cina sekali.
Soalan saya, kalau PN yakin menang siapa jadi Perdana Menteri? Tan Sri Muhy Kluster Mahkamah. Depa mengata Zahid maknanya mereka pun sama. Lepas naik, nak DNAA (melepas tanpa membebaskan) pula?
Haram untuk orang halal untuk mereka?
Kepada pengundi, get ready. It’s a roller coaster ride this year.
There’s no angel in politics. Tugas kita memilih lesser evil, pihak yang punya mudarat lebih kecil terhadap pembinaan negara bangsa.
Foto situasi cemas dalam sebuah pusat beli-belah yang tular di media sosial pada Sabtu.
SHAH ALAM, 8 Feb – Seorang lelaki warga tempatan melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di sini, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Lelaki itu pula, katanya lagi, bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dan polis kini sedang berusaha menjejaki individu berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
”Suspek telah meninggalkan mall itu, dan kita ada maklumat dia berada di luar kawasan tersebut. Jadi mall itu buat masa ini selamat, dan kita akan release (izin untuk dibuka semula seperti biasa) pusat beli-beah itu dalam masa terdekat.
“Suspek itu kita percaya seorang warga tempatan, cuba melarikan diri daripada mall itu dengan menaiki satu kereta yang ditumpang (dinaiki) secara paksaan. (Bagaimanapun) individu (pemilik kenderaan) tersebut dah buat laporan polis baru-baru ini, dan kita percaya dia (suspek) masih cuba melarikan diri.
“Maksudnya (suspek) tak ada kenderaan sendiri, saya mohon orang awam yang ada maklumat atau mencurigai seorang lelaki, untuk hubungi pihak polis dengan segera,” katanya.
Berdasarkan video yang tular, kelihatan para pengunjung yang berlari-lari mahu segera menjauhkan diri dari lokasi kejadian, sementara ada yang lain masih keliru dengan kekecohan yang terjadi.
Pada masa yang sama, tersiar beberapa video yang dimuat naik pemilik akaun peribadi di aplikasi media sosial yang antaranya menunjukkan keadaan mereka yang sedang tertanya-tanya dan gelisah, serta berlindung di dalam premis perniagaan di dalam pusat beli-belah berkenaan.
Dalam pada itu Hussein berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut pergi ke pusat beli-belah itu dengan tujuan tertentu, dan melepaskan tembakan ke arah seorang pekerja di situ.
“Saya boleh katakan ini adalah kejadian terpencil, lelaki itu ada tujuan tertentu, dia pergi ke mall itu dan dia telah melepaskan tembakan ke arah seseorang pekerja itu, kemudian melarikan diri,” katanya lagi.
Beliau berkata, selain operasi menjejaki suspek, polis kini sedang mengumpulkan bahan bukti serta keterangan daripada saksi.
Selain itu Hussein turut menggesa orang ramai untuk berwaspada dan terus melaporkan kepada polis sekiranya ternampak individu yang berada dalam keadaan mencurigakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyertai larian sejauh 3 KM di Malaysia Sarong Music Run di hadapan perkarangan KLCC pada Sabtu.
KUALA LUMPUR, 8 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agar jangan mengizinkan orang lain merosakkan keamanan negara kita.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Sarong Music Run (MSMR) 2025 di pekarangan Menara Berkembar Petronas, di sini, petang ini.
Anwar turut menyifatkan acara dianjurkan itu bukan hanya bermatlamatkan kesihatan semata-mata, ia juga menyemarakkan semangat persahabatan antara pelbagai kaum di negara ini.
Beliau berkata sarung adalah elemen kebudayaan yang sinonim dan terkenal di rantau Melayu.
Di akhir ucapannya, beliau mengajak orang ramai untuk terus berdoa bagi keselamatan rakyat dan negara selain ekonomi serta pendapatan negara meningkat.
Lebih 10,000 peserta daripada pelbagai latar belakang etnik, budaya dan agama menyertai MSMR 2025.
Perdana Menteri turut menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh tiga kilometer selepas merasmikan majlis itu.
MSMR 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), bersama Malaysia Marathon sebagai penganjur bersama.
LOCCO, yang terkenal dengan acara Keretapi Sarong turut bersama dalam memastikan sambutan budaya ini berjalan dengan penuh elemen kebudayaan dan warisan negara.
Terdapat dua acara yang dianjurkan sempena MSMR 2025 iaitu lima kilometer (larian) dan tiga kilometer (berjalan kaki).
Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Adam Adli dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.