MESYUARAT MRRM
Che Ibrahim
BERKEPUTUSAN 7-2 BERKAITAN TITAH ADENDUM??
Ambo tak tahu mari kok mana angka 7-2 yang mengundi berkaitan Titah Adendum seperti yang diviralkan oleh sesetengah pemain media baru.
Kalau ikut laporan media, kehadiran mesyuarat MRRM ke 268 pada 4-5 Feb 2025 ialah:
1. Sultan Kedah - Pengerusi Mesyuarat.
2. Sultan Terengganu
3. Raja Perlis
4. Sultan Selangor
5. Sultan Perak
6. YDB Negeri Sembilan
7. Tengku Mahkota Pahang.
8. Tengku Mahkota Kelantan
Turut dihadiri,
9. TYDP Pulau Pinang
10. TYDP Melaka
11. TYDP Sabah
12. TYDP Sarawak.
YDPA dilaporkan hadir semasa pramesyuarat MRRM yang diadakan sehari sebelumnya dengan diiringi oleh Tengku Mahkota Johor.
Mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan
( Majlis Raja Raja), Raja Raja Melayu dan TYDP bagi negeri negeri yang tidak ada Raja adalah ahli kepada mesyuarat MRRM.
Ternyata angka 7-2 Raja Raja Melayu mengundi berkaitan Titah Adendum adalah satu fitnah yang direka reka untuk menimbulkan kegusaran awam.
No comments:
Post a Comment