Fathi Aris Omar
Kenyataan SPRM ini (19 November 2024) mengesahkan dana 1MDB yang lesap bawah pentadbiran DS Najib Razak sebanyak RM40 bilion.
Kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut, atau lebih RM28 bilion, berjaya diambil semula, termasuk dipulangkan dari Amerika Syarikat dengan kerjasama Jabatan Keadilan (DOJ).
Setakat 11 Jun 2024, jabatan ini sudah berjaya menjejak, merampas dan memulangkan US$1.4 bilion (atau RM6.6 bilion) dana 1MDB yang dicuci di negara tersebut.
Sejumlah US$20 juta (atau RM88.8 juta) lagi akan dipulangkan tahun ini, kata DOJ dalam kenyataan 17 Januari 2025, tiga hari sebelum presiden Donald Trump angkat sumpah.
.
No comments:
Post a Comment