KEDAH DAPAT RM 1 BILION UNTUK KELUARKAN LEBIH BANYAK PADI



PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM 1 Bilion kepada Kedah melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA) supaya Kedah dapat mengeluarkan padi lebih banyak 



Program merancakkan produktiviti padi Kedah itu akan dilancarkan hujung bulan ini dan jika berjaya ia akan menambah 14% pengeluaran padi Malaysia dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dari 56% kepada 70%


Sekaligus menjimatkan wang kerajaan yang perlu mengimport beras dan memastikan Malaysia berdiri sendiri dengan keperluan beras selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara 2.0 dari 2021 hingga 2030 di mana Malaysia menyasarkan 80% beras untuk rakyat dihasilkan sendiri di negara ini


Setakat 2019 sebelum dasar itu dijalankan. Malaysia hanya mengeluarkan 63% beras untuk rakyat dan bakinya diimport. Sasaran tahun ini 2025 ialah sekurang kurangnya 75% beras untuk rakyat Malaysia dihasilkan sendiri di negara ini.



No comments: