Nazri Hamdan
Berita lapor bahawa Perodua akan keluarkan kereta elektrik yang baterinya akan disewa kepada pembeli kereta.
Model bisnes ni sama macam yang dibuat oleh jenama kereta NIO.
Ini menunjukkan Perodua tahu sasaran pengguna mereka. Mereka nak jual kereta pada pengguna mampu milik.
Dalam pembinaan kereta EV, bateri adalah komponen paling mahal. Kalau Perodua boleh tarik keluar kos ini dari pengguna, maksudnya harga kereta EV mereka boleh dijual pada harga lebih murah.
Saya lihat ni satu strategi bijak dari Perodua. Majoriti rakyat negara ni masih skeptikal dengan kereta EV.
Kalau mereka nak beli, mereka akan beli yang tak mahal sangat. Sebab pada mereka, buat apa nak guna duit belanja pada satu teknologi yang sangat asing pada mereka?
Jika benar ia berlaku, ia akan mengubah pasaran EV di Malaysia.
No comments:
Post a Comment