YELLEK...BERAKHIR YA DRAMA MINGGU INI. HABIH MODAI DAH.

 


Membongkar penyelewengan atas nama agama: Pengalaman bekas ahli Pas


Oleh SHAIFUL ROSEMAN



Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya cuba menahan diri daripada membongkar kebenaran yang telah lama terpendam.


Hati ini berkecamuk antara tanggungjawab menyampaikan kebenaran dan keinginan untuk menghormati kesucian bulan Ramadan.


Saya memilih untuk berdiam diri, menumpukan pada ibadah dan muhasabah, walaupun setiap hari media sosial dipenuhi dengan dakyah yang semakin melampau.


Namun, kini saya rasa terpanggil untuk bersuara, membongkar penyelewengan yang saya saksikan sendiri sebagai bekas ahli Pas yang pernah terlibat dalam sistem indoktrinisasi mereka.


Sebagai bekas ahli yang telah melalui setiap peringkat proses tarbiyah Pas, saya memahami dengan mendalam mekanisme pembentukan pemikiran dalam Pas.


Saya pernah menjadi sebahagian daripada sistem usrah dan liqa’, menghadiri halaqah dan daurah, serta menyertai muktamar dan tamrin yang membentuk kerangka pemikiran ahli.


Saya menyaksikan bagaimana proses yang dahulunya membentuk Muslim sejati, telah diracuni untuk menanam kesetiaan buta kepada parti.


Struktur tarbiyah yang direka bukan sekadar untuk pendidikan agama, tetapi untuk membentuk kepatuhan (wala’) tanpa soal kepada kepimpinan parti.

 

Apa yang paling membimbangkan adalah doktrin salah tentang konsep perjuangan di bulan Ramadan yang ditanam dalam minda ahli.


Mereka menggunakan kisah peperangan zaman Rasulullah SAW seperti Perang Badar dan Pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada bulan Ramadan sebagai justifikasi untuk melancarkan serangan politik yang lebih ganas pada bulan mulia ini.


Hadis “الحرب خدعة” (perang adalah tipu daya) ditafsirkan secara melampau untuk menghalalkan fitnah, adu domba, dan caci maki terhadap pihak lawan politik.


Mereka menanamkan fahaman bahawa menyerang kerajaan dan memainkan sentimen 3R pada bulan Ramadan adalah suatu bentuk “jihad” yang diberkati.


Padahal, ia jelas bertentangan dengan semangat Ramadan yang menekankan pengampunan dan pembersihan jiwa.


Penyebar kebencian

Saya menyaksikan sendiri bagaimana sahabat dan teman yang dulunya dikenali dengan akhlak yang baik berubah menjadi penyebar kebencian dan fitnah.


Mereka diajar untuk melihat politik bukan sebagai wadah khidmat kepada rakyat, tetapi sebagai medan “perang” di mana segala cara dihalalkan untuk mencapai kemenangan.


Lebih menyedihkan, ramai orang awam yang tidak menyedari bahawa apa yang mereka anggap sebagai “memperjuangkan Islam” sebenarnya adalah politik kebencian yang bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan keadilan, kejujuran dan kasih sayang.


Maaf sahabat-sahabat Pas. Saya sayang kalian, saya masih menjaga hubungan dengan kalian. Saya menulis ini bukan untuk mencari permusuhan atau membalas dendam, tetapi kerana tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang prihatin terhadap kesucian agama dan kesejahteraan masyarakat.


Islam adalah agama rahmat yang mengajar kita untuk berlaku adil walaupun terhadap musuh, bukan agama yang menghalalkan fitnah dan perpecahan untuk kepentingan politik.


 

Proses tarbiyah sepatutnya membentuk Muslim yang berakhlak mulia dan menyumbang kepada keharmonian masyarakat dan rahmah buat seluruh alam, bukan melahirkan aktivis politik yang sanggup mengorbankan kebenaran dan perpaduan demi agenda parti.


Harapnya perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat tentang bahaya indoktrinisasi yang dibawa oleh Pas atas nama agama.



Kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar – yang menekankan ukhuwah.

Politik dalam Islam seharusnya menjadi alat untuk menegakkan keadilan, membawa kebaikan kepada semua, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat untuk mencapai matlamat kuasa dengan menghalalkan segala kaedah, termasuk bercampur hal yang mungkar.






Malaysia Sudah Lakukan Yang Terbaik Perjuangkan Palestin – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada 11 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

GOMBAK, 11 Apr – Malaysia sudah melakukan segala tindakan terbaik bagi memperjuang hak serta keadilan ke atas penduduk Palestin khususnya dalam merintis kemajuan ke arah menamatkan konflik sekali gus membina keamanan kekal di negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak berdiam diri dan akan terus menyuarakan ketegasannya terhadap isu Palestin dipelbagai sesi dan dialog di peringkat antarabangsa.

“Sebagai sebuah negara membangun, kita sudah melakukan yang terbaik, namun (konflik Palestin ini) masih belum lagi selesai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak hari ini. Turut hadir Rektor UIAM, Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar (kanan). Foto Bernama

“Pastikan kita dapat bersuara (menyokong perjuangan Palestin) sebanyak mungkin, tetapi kita perlu betulkan negara kita, hentikan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pastikan kita mentadbir dengan baik dan melindungi kepentingan rakyat. Itulah jawapannya,” katanya pada sesi dialog terbuka pada program Meet Anwar @IIUM berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor UIAM, Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, Malaysia juga perlu melindungi kepentingan ekonomi dan kekayaan negara, bagi membolehkan negara ini terus membantu Palestin khususnya penduduk di semenanjung Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada 11 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jika kita lemah, orang akan merampas kekayaan kamu, kemudian kamu ditindas dan tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

“Kami akan terus memperjuangkan isu Gaza dan melindungi kepentingan negara kita kerana tanpa kepentingan ekonomi dan kekayaan, kita tidak dapat membantu mereka. Sudah tentu kita boleh menyatakan sokongan dengan kuat,” katanya.

Menyentuh usaha reformasi pentadbirannya, Anwar menjelaskan pembaharuan dasar bukan hanya tertumpu kepada bidang pendidikan tinggi saja, sebaliknya turut merangkumi reformasi fiskal, disamping penekanan juga terhadap pembangunan teknologi termasuk peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Meet Anwar @IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada 11 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai contoh, Parlimen kini mempunyai Akta Tanggungjawab Fiskal, yang bermaksud Menteri Kewangan menyerahkan kuasanya kepada Parlimen untuk menyemak jika mereka tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dan menjelaskan perkara itu.

“Seterusnya, kami juga memutuskan semua perolehan dilakukan secara betul dan wajar kerana ia menjadi punca utama kebocoran. Selain itu, reformasi institusi juga merangkumi perkhidmatan awam. Ia perlu lebih bertanggungjawab dan berpegang kepada komitmen terhadap pelaksanaan pembaharuan piawaian yang ditetapkan,” katanya.


Pernah mengaku penyokong tegar negara pengganas, ini perkembangan isu Yusoff Rawther



 Pernah mengaku penyokong tegar negara pengganas, ini perkembangan isu Yusoff Rawther


Muhammed Yusoff Rawther pernah secara terbuka menyatakan pandangan yang menyokong negara pengganas, Israel.

Lelaki yang kini berusia 32 tahun itu dalam sebuah artikel diterbitkan Israel National News pada 2017, menulis mengenai sokongannya terhadap Israel.

Cucu kepada tokoh pengguna terkenal dari Pulau Pinang, Allahyarham S.M. Mohamed Idris itu telah mengkritik retorik anti-Israel yang wujud dalam wacana politik dan media di Malaysia.

Yusoff juga menyatakan bahawa Malaysia telah menyumbang kepada gambaran negatif terhadap Israel di peringkat antarabangsa melalui media dan kenyataan politik yang dianggapnya berat sebelah.​

Pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018, Yusoff menarik perhatian umum apabila menuduh Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya di kediaman Presiden PKR berkenaan di Segambut pada 2 Oktober 2018.

Dia membuat laporan polis dan akuan bersumpah mengenai fitnah yang menggemparkan itu pada Disember 2019.

Namun, Pejabat Peguam Negara ketika itu memutuskan untuk tidak mendakwa Anwar kerana kekurangan bukti dan percanggahan fakta material dalam keterangan yang diberikan.​

Yusoff kemudiannya pada 14 Julai 2021, memfailkan saman sivil terhadap Anwar, menuntut deklarasi bahawa Anwar melakukan serangan seksual serta ganti rugi.

PMX menafikan dakwaan tersebut dan memfailkan tuntutan balas, menyatakan bahawa dakwaan tersebut sebagai palsu dan direka.

Anwar secara konsisten menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai “fitnah tanpa asas” dan satu muslihat untuk menjatuhkan imejnya.

Perbicaraan penuh berhubung saman tersebut dijadualkan bermula pada 16 Jun 2025.​

 

Pada 7 April 2023, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Yusoff untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Anwar.

Penarikan balik rayuan tersebut dibuat pada saat-saat akhir, dan mahkamah mengarahkan Yusoff membayar kos RM5,000 kepada Anwar sebagai pampasan atas penarikan tersebut.

Dadah dan pistol tiruan

Kini, Yusoff sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan Nissan Teana miliknya pada pagi 6 September 2024.


Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.


Dalam masa sama, Yusoff turut berdepan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di Kuala Lumpur, pada 9.25 pagi, 6 September 2024, mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.


Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.


Perbicaraan melibatkan Yusoff yang pernah disahkan bapa saudaranya, Mohideen Abdul Kadir bahawa tidak menyelesaikan pengajian universiti itu bermula 7 April lalu dan masih berlangsung.

Walau bagaimanapun, Yusoff menafikan semua pertuduhan tersebut dan mendakwa dirinya menjadi mangsa perangkap oleh pihak yang mempunyai kaitan dengan tokoh politik berpengaruh.





‘Saya Pun Tertakluk Kepada TCO’ – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar (tengah) menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Shenandoah, AS pada 11 April 2025.

GOMBAK, 11 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau juga tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Malah, tegas Perdana Menteri, semua kenamaan tertakluk kepada tindakan berkenaan.

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoal mengapa Menteri Besar Terengganu itu dikenakan TCO.

Ahmad Samsuri Mokhtar, mendakwa dirinya dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status ‘Travel Control Office/Order’ (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa situasi itu sudah berlaku sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, dalam sistem keselamatan negara, TCO merujuk ‘Travel Control Order’ oleh pihak berkuasa iaitu satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.




MANJA NGAT AIHHH....ANAK SAPA TAK TAU


 Dakwaan MB Terengganu tidak benar sama sekali – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tampil menjelaskan dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kononnya diletakkan dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK).

Razarudin berkata, Menteri Besar Terengganu tidak pernah diletakkan dalam SPK kerana pemimpin Pas berkenaan bukan seorang penjenayah.

Beliau menegaskan dakwaan kononnya Samsuri diletakkan di bawah status individu dianggap berisiko oleh pihak tertentu walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah, adalah tidak benar sama sekali.


Menurutnya, istilah TCO yang digunakan Samsuri bagi menggambarkan kononnya beliau dikenakan pemantauan ketat oleh pihak berkuasa juga tidak tepat.



Jelasnya, ini kerana TCO atau pegawai kawalan perjalanan sebenarnya adalah jawatan pegawai polis cawangan khas (SB) yang bertugas di pintu keluar masuk negara.


“TCO adalah travel control officer yang bertugas di pintu keluar masuk negara sama ada di lapangan terbang atau di Bukit Kayu Hitam yang mempunyai tugasan tertentu.


“Mungkin apa yang dimaksudkan Ahmad Samsuri itu adalah SPK tetapi nama beliau tidak ada dalam senarai kerana dia bukan penjenayah atau suspek.


“Sebenarnya nama yang ada dalam SPK adalah suspek bagi kes tertentu termasuk jenayah (CID), narkotik atau individu yang terbabit dalam kes 3R yang melarikan diri keluar negara yang perlu ditangkap jika mereka memasuki negara ini,” katanya, memetik BH.

Terdahulu, Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mendakwa kononnya pergerakannya dipantau sepanjang masa seolah-olah seorang penjenayah berbahaya.


Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berkata, dia kononnya hanya dibenarkan keluar dari kawalan sempadan bagi setiap kali keluar masuk sempadan, walaupun ke Sabah dan Sarawak selepas pegawai penguat kuasa membuat panggilan untuk mendapat persetujuan pihak tertentu.


Mengulas lanjut, Razarudin berkata, pegawai TCO yang bertugas di pintu masuk negara bekerjasama dengan pegawai imigresen dan kastam.

Ia, jelasnya, bagi melakukan risikan serta meneliti senarai suspak dalam SPK bagi membolehkan tangkapan dibuat untuk tindakan lanjut.

“Sebenarnya kita tahu pergerakan Ahmad Samsuri kerana pegawai polis sentiasa ada bersamanya sepanjang masa untuk menjaga keselamatannya.

“Cuma mungkin bila TCO bertanya ke mana dia nak pergi ketika melalui laluan VIP untuk keluar negara, dia berasa tidak selesa,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menafikan telefon Samsuri dipintas seperti disangka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dalam hantaran di Facebook semalam.





PERCAYA KAH LAGI DENGAN ORANG MURTAD?

 


SEKALI KENA SAILANG.


 

HABIS LA. APA HERAN SANGAT.... PH KEKAL


 

TAK SUKA BUKAN MENGHINA. SO DAH KENA. PADAN MUKA KAU

 


SIKAP TRUMP YANG FLIP FLOP


 

BIJAKNYA ANWAR AJAK ASEAN BSRSATU


 

2 UNDANG DAN BERLAINAN PESEPSI KA? DI KELANTAN BOLEH SAMBUT? DI PENANG TAK BOLEH...


 

BIAQ BETOI WOIIII DOKTOR TAK DAK TAULIAH?


 

TU DIA NOHHHH....

Aman Muhamad


 Media melaporkan Yusoff Rawther pernah mengaku dia adalah penyokong tegar lsraeI


PMX sokong PaIestin dan lawan lsraeI.

Yusoff Rawther lawan PMX yang lawan lsraeI


PAS sokong Yusof Rawther yang sokong lsraeI


PAS lawan PMX yang lawan lsraeI.


kesimpulan, PAS barua lsraeI.


Undi PAS dapat lsraeI.

;)






NI PEMFITNAH DARI PEMBANGKANG. LEKEH OTAK MEREKA NI

 


MUDAH JA BILA NAK TUTUP KEGAGALAN DIRI ATAU DICOP SEBAGAI MB PASU BUNGA.



Bob Kelanang


CARA NAK TUTUP KEGAGALAN DARI MENJADI 'PASU BUNGA'...


PENTING DAN HEBAT SANGAT KE DIA NI... 


KOH KOH KOH... JILAKER!!


#teganukita



 Terengganu Kite


Zaman sekarang, kalau kau tak ada 47 kes mahkamah atau skandal luar tabie, kau akan dilayan macam pesalah negara. Tak cukup ‘standard’ untuk jadi orang penting agaknya.





Nampaknya dalam politik tanah air, kalau kau bersih sangat, kau suspek utama. Nak selamat, kena ada kes. Lagi besar kes, lagi tinggi peluang naik pangkat.


Ironi betul, kalau tak terlibat kes rasuah atau moral songsang, terus jadi sasaran. Macam kau ni masalah besar sebab terlalu suci untuk sistem yang dijadikan kotor. 


Dulu orang takut buat salah sebab takut ditangkap. Sekarang, orang takut tak ada salah sebab takut 'ditanda'. 


Takde kes mahkamah tu macam dosa besar. Kau tak relevan kalau tak pernah duduk dalam kandang salah mahkamah atau viral dalam laporan rasuah.



𝙄𝙨𝙪 𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙤𝙗𝙤𝙝𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙙𝙞 𝙍𝙖𝙪𝙗, 𝙋𝙖𝙝𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙀𝙠𝙨𝙥𝙡𝙤𝙞𝙩𝙖𝙨𝙞 𝙎𝙚𝙣𝙩𝙞𝙢𝙚𝙣 𝙆𝙖𝙪𝙢 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙋𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 ❗❗❗❗






Pencerobohan tanah kerajaan di Raub, Pahang oleh pengusaha durian tanpa kelulusan sah telah menjadi isu besar sejak 2020, apabila kerajaan negeri mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang terhadap peneroka haram. Projek penanaman durian berskala besar, termasuk varieti Musang King, dijalankan di tanah seluas lebih 2,000 hektar tanpa pajakan yang sah.


Namun, isu ini diambil kesempatan oleh parti-parti politik tertentu untuk mengapi-apikan sentimen kaum. Tindakan penguatkuasaan yang sah oleh kerajaan negeri digambarkan sebagai penindasan terhadap kaum tertentu, walaupun hakikatnya ia adalah soal pematuhan undang-undang tanah.


Sentimen ini disasarkan kepada pengundi atas pagar, dengan tujuan mengukuhkan sokongan terhadap parti berasaskan kaum melalui naratif ketidakadilan. Taktik ini berisiko meretakkan perpaduan masyarakat dan memesongkan isu sebenar — iaitu pencerobohan harta kerajaan yang menyalahi undang-undang.


Kesimpulannya, tindakan politik menggunakan isu perkauman untuk meraih sokongan adalah tidak bertanggungjawab dan boleh melemahkan usaha negara menegakkan kedaulatan undang-undang serta kelestarian sumber negeri.


Kamal safiee