RAMAI TANYA KENAPA AKU HENTAM KERAJAAN. INI JAWAB DIA..


100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN): 100 Fakta yang jelas dan sahih –  Makkal Osai – மக்கள் ஓசை


Peribahasa Melayu: “Pulang paku buah keras” bermaksud memulangkan semula kata-kata atau sindiran yang dikatakan oleh orang yang mengata-ngatanya dahulu. Biasanya digunakan untuk menyedarkan orang tersebut supaya sedar diri. Dulu seronok mengata dan menyindir orang lain. Sekarang bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu tinggi rendah duduk perkara sebenar.

 

Dalam dunia politik negara kita sekarang, peribahasa tersebut sering diaplikasi dalam post-pos politik tetapi ramai yang tak perasan.. Bagi nak mudah faham, kita bagi contoh: Dulu semasa PH memerintah seronok mengata menteri kasut hitam.. Nah sekarang pelbagai jenis menteri telah muncul; menteri air suam, menteri tutup twitter, menteri mewa, menteri doraemon, menteri atas dahi, menteri duta timur tengah, menteri tik tok, menteri kedai gunting, menteri GLC dll… Kenapa disebut-sebut nama menteri itu dimedia sosial? Jawabnya itu hanyalah ‘pulang paku buah keras’ saja. Supaya sahabat politik lawan sedar dan muhasabah diri… Supaya mereka dapat beza antara realiti dan retorik politik. Jangan sedap sangat mengata orang…

 

Contoh lagi.. Dulu seronok mengata kerajaan PH. Apabila berlaku kemalangan disebabkan pemandu mabuk atau LGBT atau isu arak… Terus saja keluar kenyataan ‘Islam terancam’ di zaman PH. Menteri agama tak buat kerja? Ini semua salah DAP…… Nah sekarang apabila kamu berkuasa kemalangan pemandu mabuk semakin kerap berlaku. Bukan setakat pondan saja bahkan ada pondan mabuk serang pegawai kesihatan. Pesta maksiat berlaku bahkan berjoget sambil minum arak atas jalan. Arak terus diedarkan walaupun di musim PKP.. Di mana suara-suara kamu dahulu yang mengatakan Islam terancam? Masih salah DAP lagikah? Kenapa senyap? Sembunyi dalam gua? Dah jadi syaitan bisu?. .. Itu hanya ‘pulang paku buah keras’. Lain kali jangan sedap mengatakan orang…

 

Namun setengah orang dia tak faham dan sedar. Mungkin ada kemewaannya kat situ atau jenis lurus bendul dan sudip kayu..kah..kah..kah...

Masa zaman PH, tak henti hentii FB askar Malaysia...misalnya FB Malaysia Defense News, Malaysia Military Power, pakat hentam pagi petang siang malam, sementara PH sedang menyiasat beratus juta tanah hak milik ATM dijual, helikopter pesan 3 tahun tak muncul, disalahguna, sampai masa kini diam senyap, jangan kata nak desak beli MRCA, LCA, senyap sampai sudah....nampak sangat la..nak troll...sekarang mana suara tersebut?..lupa....

Lepas satu satu isu yang timbul. sekarang isu lain pula yang sering muncul, Bab BMF, ya dulu sikit sikit BMF, sekarang diam soal BMF, kini muncul isu pembahagian ghadimah lepas menang, Tiap menteri nak diberi pegang status GLC, kononnya nak pantau..ha.ha lucu, zaman PH, dilantik orang -orang yang benar layak untuk mengendalikan semua GLC yang dilihat jauh mengalami kerugian , atau didapati berlakunya penyelewengan, Misalnya laporan Tabung Haji, sekarang, dah tak ada dah isu itu, bukan apa...sekadar " pulang paku buah keras", sedap sangat hangpa tibai, la ni hangpa ambik...tak mau la ulas bab solat tak kemasjid ni...sebab dah difatwakan tak boleh ke masjid...islam terancam akibat penyakit....owhhh..lupa bukan DAP....tak sangkut paut...

Lepas setahun semuanya nampak kini.Semuanya tak menjadi.Melingkup sana sini. Sampai kerajaan ni macam macam rakyat bagi trending .Dari Parti lebai sampai lah kepada kerajaan "Celaka# Lahanat # kerajaan bangsat

Tak apa lah bukan apa pun..semua hanya pulang paku buah keras...tu saja...Negara ni kan negara Melayu Isle sahaja. Melingkup sebab melayu bagi pelingkup tak apa..sebab Melayu..Punya tak malu kepada bangsa lain melihat patut la melayu ni ..kalau duduk soqang soqang..melayu akan lena..kalau berdua melayu akan membawang kalau bertiga melayu ini akan makan makan...

Bangsa Inggeris pula kalau soqang dia akan baca  buku..kalau berdua dia akan mengembara ,kalau bertiga dia akan rancang jajah negara lain.

Salam sayang semua...biasa la alam politik kalau tak mengutuk..tak mengata tu namanya tak sempurna. Cuma jangan fitnah ..itu durjana..Tapi ada yang suka fitnah sejak dari muda muda sampai  tua nak mampoih..Kerja dia adu domba dan fitnah...biasa tuhan bagi umur panjang supaya cepat bertaubat. kalau tak juga sedar..makna kata Tuhan sedang mendera baik fizikal atau mantel...

BERITA MALANG BUAT RAKYAT MARHAEN

 May be an image of 1 person and text that says "PKP sambung lagi esok PM Fasa pertama pemulihan akan diteruskan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes, kata Muhyiddin Yassin. 27 JUNE 2021 AT 12:03 Muhyiddin Yassin Facebook PKP tidak tamat esok, fasa pertama terus sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes, maklum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini."


NORMAN RADZUAN


Rakyat terus dikurung... apa bantuan diberikan?

BERITA MALANG BUAT RAKYAT MARHAEN

Secara peribadi saya beranggapan PM tidak bertanggungjawab dlm kemelut Pandemik dan isu rakyat skg ni. Kamu kata ia disambung kerana belum mencapai angka di bawah angka 4,000 kes sdgkan kamu benarkan kilang2 beroperasi... lalu bagaimana angka ini dapat dicapai? Adakah ia disengajakan utk mengekalkan numbers????????

Mengapa begitu teruk memperbodohkan rakyat? Ini zaman IT bukan era Melayu 70an. Skg ini mahu menyelamatkan kerajaan anda atau mahu menyelamatkan rakyat? Kamu kurung rakyat marhaen ini tapi benarkan taukke2 besar teruskan perniagaan. Kamu PM paling teruk dlm sejarah negara!

Kamu kurung mereka utk kelangsungan politik anda... dlm masa sama tiada bantuan yg kamu berikan kpd rakyat... cukuplah rakyat tak perlu mendengar doa org yg hipokrit kamu. Maaf Tan Sri saya bukan bercakap utk diri saya tapi saya bercakap bagi pihak marhaen...mereka sgt2 tertekan skg ni. Dah ramai bunuh diri, dah ramai jadi gila, dah ramai jadi mencuri... dah ramai hilang pendapatan!!!!!

 

VIDEO : TERKINI!!! RAFIZI RAMLI AKAN KEMBALI PKR ?

HEBAT!! - ANWAR "SEKOLAHKAN" MEREKA | MAHIADDIN TETAP BERKUASA

KERAJAAN TEBUK ATAP PASTI AKAN TUMBANG DENGAN HINA


May be an image of money and text that says "14:16 Ana Tahu AH Ana Tahu 4h Bercakap dengan dinding... Orang suruh umum moratorium dan bantuan tambahan, dia umum 'Ah Long' berlesen boleh beroperasi.... Gila dah kerajaan Pnyamun ni..... #7UP i MHDAILY.NET Syarikat pemberi pinjam wang berlesen dibenarkan beroperasi sepanjang PKP Like Comment 158 Share Most Relevant Write a comment..."May be an image of text that says "1:34 bertahan? Metro Wanita hilang kerja, dihalau dari rumah sewa cuba terjun tingkat 32 Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my etro 287 117 117answers answers"May be an image of one or more people and text that says "LOG MASUK LANGGAN Utusan Malaysia REDITA KOMUNITI TERKINI NASIONAL Tertekan tiada kerja semasa PKP, lelaki kurung isteri dan anak dalam rumah"



May be a cartoon of text that says "MANA BULEH LAGU NI! DARURAT AI FINAL ROUND"May be an image of one or more people, outdoors and text that says "i HARIAN METRO Murung selepas perniagaan gagal, lelaki terjun tingkat 10 pangsapuri Harian Metro"


Jemin semburit pernah kata, jika PH dibenarkan terus memerintah, ramai rakyat akan mati akibat Covid. Nah, Allah buktikan bahawa kematian itu bukan terletak di mulut semburit. Di bwh kjaan tebuk atap yg didokong oleh umno dan Pas sekarang, rakyat bukan saja ramai yg mati akibat Covid, tetapi kes kematian akibat bunuh diri pun semakin bertambah kerana tekanan hidup.

Kita nak lihat sampai bila Umno mahu menjadi tongkat kepada kerajaan PN walaupun di mulut beberapa kerat pemimpin dan MP Umno itu setiap hari memaki PN. Makian bukan cara untuk menyelamatkan negara. Adakah Umno masih mahu menunggu 0gos juga untuk bertindak? Menjelang Ogos nanti, tidakkah Umno sedar berapa ramai lagi rakyat akan mati dek kebodohan pimpinan yang ada? Takut bertindak sekarang atau mahu menunggu sesuatu tawaran terbaik untuk peribadi? Jika takut, humbankan saja tanjak dan keris telanjang tidak bersarung itu ke laut.

Saya tidak mahu mengajak parti lebai kerana saya tahu dan arif benar perangai buruk parti penjual agama ini selagi dipimpin oleh Hadi. Beliau mahu partinya jadi "King Maker" kepada sesebuah kerajaan, kononnya. Maksudnya, parti lebai boleh menentukan hala tuju dan kehendaknya dipenuhi oleh kerajaan yang disertainya. Nah, inikah rupa paras kerajaan Islam yang syarie yang diusahakan oleh parti lebai? Tahniah, judi ditingkatkan. Tahniah, masjid tidak terbuka lagi sepenuhnya tetapi syarikat pinjaman along telah dibuka. Tahniah, kes Adib dibisukan. Tahniah, seorang jemaah pun tidak boleh ke Mekah tahun ini. Tahniah, kes bunuh diri bertambah. Tahniah, RUU 355 terus ghaib, hudud langsung ke laut. Cukup, malas mahu tulis "kejayaan besar" parti lebai dalam kerajaan tebuk atap ini.

Semoga Allah angkat doa dari salah seorang kita yang tertekan sekarang agar kerajaan pero pak mandat rakyat ini akan tumbang dengan hina sehinanya. Ameen.

WFAUZDIN NS

 

Moratorium: Kini bola di tangan Bank Negara Malaysia - Penganalisis Ekonomi

 

Najib Aroff
Moratorium: Kini bola di tangan Bank Negara Malaysia - Penganalisis Ekonomi
Mohd Yusof berkata kesudian bank memberikan moratorium ini juga akan memberikan imej yang baik dan mewujudkan keyakinan rakyat kepada bank. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai kuasa mengarahkan bank komersil melaksanakan moratorium penuh ketika rakyat dan perniagaan berdepan tekanan dasyat akibat pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan PERKESO Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, sudah tiba masanya bank memainkan peranan moral mereka, untuk bersama membantu rakyat yang berdepan kesesakan ekonomi akibat pandemik ini.
"Dari segi badan kawal selia bank perdagangan dan komersil swasta, ia tertakluk kepada bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Apa sahaja arahan termasuk berkaitan moratorium tertakluk kepada kuasa Bank Negara Malaysia
"Bank Negara Malaysia boleh meminta pihak bank untuk melaksanakan moratorium," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Malah Yusof sifatkan krisis ekonomi ketika ini tidak sama seperti krisis kewangan 1997/1998 yang mana bank mengalami kerugian besar.
"Jika bank terkesan seperti dahulu (krisis kewangan 1997), mereka tidak akan untung berbilion ringgit.
"Kesudian bank memberikan moratorium ini juga akan memberikan imej yang baik dan mewujudkan keyakinan rakyat kepada bank bahawa bank bersama dengan mereka ketika mengharungi krisis pandemik ini," katanya.
Yusof berkata moratorium bersasar yang dilaksanakan pada ketika ini adalah tidak inklusif kerana terdapat banyak kelompongan dan titik buta yang tidak boleh dicerap oleh data untuk memberikan gambaran sebenar keadaan rakyat.
"Ini adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, bukan berskala kecil. Kaedah moratorium kini tidak inklusif dan banyak titik buta yang kita tidak boleh cerap datanya.
"Faktanya jelas, hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 2019 adalah 82 peratus. Jika moratorium ini diwujudkan, ia akan berikan kelegaaan kepada peniaga dan isi rumah.
"Krisis ekonomi kali ini tidak inklusif kalau hanya satu pihak sahaja menanggung sementara satu pihak lagi seperti biasa (tidak ada kesan). Risiko ekonomi tidak dikongsi sama rata oleh kedua pihak (bank dan peminjam). Kesamarataan itu penting,"katanya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Sabtu memaklumkan bakal mengumumkan bantuan kewangan berbentuk moratorium dan i-Sinar tidak lama lagi

Ahli Parlimen kecam rancangan Nazri ke luar negara untuk daftar anak sekolah

 

Fahmi Fadzil and Charles Santiago say Nazri Aziz is more needed in his semi-urban and rural constituency of Padang Rengas in Perak.
Fahmi Fadzil dan Charles Santiago berkata, Nazri Aziz lebih diperlukan pengundinya di pinggir dan luar bandar Parlimen Padang Rengas di Perak.

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen mengecam Nazri Aziz daripada Umno atas keputusannya ke luar negara bagi mendaftarkan persekolahan anaknya, terutama ketika rakyat masih bergelut untuk terus bertahan dalam gelombang keempat pandemik Covid-19.

Mereka berkata, Nazri sepatutnya menunjukkan semangat rakyat Malaysia sejati, dengan membatalkan perjalanan tidak penting itu dan meluangkan masa bersama pengundi miskin di Parlimen Padang Rengas, kawasan pinggir dan luar bandar di Perak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil daripada PKR menyifatkan Nazri “tidak sensitif” kerana merancang untuk mendaftarkan anaknya bersekolah di luar negara, sedangkan begitu ramai kanak-kanak di Malaysia, terutama di kawasan luar bandar, tidak dapat mengikuti kelas dalam talian yang asas.

“Waktu perjalanan beliau, ketika gelombang keempat pandemik yang mencatatkan rekod kadar kematian harian, jumlah kes baharu yang tinggi dengan sistem kesihatan awam semakin terbeban, adalah sombong dan tidak sensitif,” katanya kepada FMT.

Jumaat lalu, Nazri dilaporkan berkata, beliau akan ke luar negara untuk membantu mendaftarkan persekolahan anaknya, namun beliau akan kembali sebelum Parlimen bersidang.

Bekas menteri itu berkata, beliau sudah mendapatkan visa yang diperlukan daripada saluran ditetapkan dan diberikan pelepasan oleh Jabatan Imigresen. Tetapi, beliau tidak memberikan tarikh sebenar akan kembali dan memberitahu FMT akan pulang sebelum Parlimen bersidang.

“Tiada apa yang salah. Saya tahu seseorang dari Umno cuba ke luar negara, tetapi tidak dibenarkan kerana mempunyai kes mahkamah untuk diselesaikan. Tetapi saya diberikan pelepasan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai anaknya atau sekolah terbabit.

Fahmi yang juga pengarah komunikasi PKR berkata, sekarang bukan masanya untuk rakyat ke luar negara bagi perjalanan tidak penting, “khasnya bukan untuk Ahli Parlimen seperti beliau”.

“Sekarang masa untuk berkhidmat. Perjalanannya ke luar negara juga memberi isyarat beliau menikmati kemewahan sedangkan terlalu ramai rakyat – yang mungkin berada di kawasan Parlimennya – bergelut untuk mencari wang bagi menyediakan makanan kepada anak mereka.

“Perjalanannya pada saat krisis negara yang sama dengan mengatakan, ‘Rakyat tiada roti? Kemudian biarkan mereka makan kek’,” katanya merujuk pepatah lama Perancis yang menunjukkan ketidakpekaan terhadap realiti hidup yang dihadapi golongan kurang bernasib baik.

Fahmi turut mencadangkan Nazri menangguhkan perjalanannya dan mempertimbangkan pendaftaran anaknya di salah sebuah sekolah persendirian yang baik dalam negara.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut membidas rancangan Nazri ke luar negara.

“Keputusannya tidak mewakili seorang pemimpin politik veteran dan bekas menteri untuk meninggalkan negara serta kawasan Parlimennya ketika pandemik. Beliau harus menangguhkan perjalanannya dan berada di sini bersama pengundinya yang miskin,” kata Ahli Parlimen DAP itu kepada FMT

SERAPKAN DOKTOR KONTRAK KE PEKHIDMATAN AWAM – PEMUDA PH


PKP penuh diteruskan hingga kes harian bawah 4,000, kata Muhyiddin

 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau “total lockdown” akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4,000 kes.

Muhyiddin dipetik Bernama sebagai berkata, PKP penuh tidak akan berakhir esok dan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan.

PKP penuh sepatutnya berakhir esok, selepas dilanjutkan dua minggu sejak dimulakan 1 Jun lalu.

Susulan lanjutan “lockdown” yang tidak tahu sehingga bila itu, Muhyiddin berkata, Putrajaya akan mengumumkan lebih banyak bantuan, sama ada esok atau Selasa ini.

Katanya, langkah bantuan itu akan ditujukan kepada semua kumpulan masyarakat.

APA GUNA MAHIADDIN BERBANGGA ADA PENGALAMAN 40 TAHUN JIKA JIWA MASIH PENAKUT MACAM PERTAMA KALI JEJAK KAKI KE PARLIMEN?

 

Keabsahan Perdana Menteri dan kuasanya dalam menasihati Yang Dipertuan Agong nampaknya terus menjadi pertikaian ramai menjelang Sidang Parlimen yang bakal diadakan setelah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Begitu pun, bila tarikh Sidang Parlimen itu bakal diadakan belum lagi diketahui kerana kerajaan dilihat terus mahu melengah-lengahkanya lagi.

Dalam kenyataan bersama Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Negara baru-baru ini, mereka menyebut kebarangkalian Sidang Parlimen boleh diadakan ialah sama ada akhir Ogos atau awal September.

Sebelum itu, Mahiaddin Md Yasin mengatakan Sidang Parlimen mungkin diadakan pada September atau Oktober.

Maksud tersirat titah Agong dan Raja-Raja bahawa Sidang Parlimen sebenarnya perlu diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos cuba untuk buat-buat tidak difahami oleh kerajaan seolah-olah ayat dalam kenyataan media Istana yang antaranya menyebut ia diperlukan untuk membincangkan Ordinan Darurat tidak bermakna apa-apa.

Jika akhir Ogos, awal September atau Oktober baru mahu mengadakan Sidang Parlimen di mana ketika itu darurat sudah pun berakhir, apa guna lagi untuk membincangkan Ordinan Darurat?

Susahkan Mahiaddin dan Speaker Parlimen mahu memahaminya?

Barangkali tindakan Istana Negara memanggil menghadap Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Negara pada Selasa ini ada kaitan dengan perkara tersebut.

Dalam pertikaian tentang keabsahan kedudukan Mahiaddin dan kuasanya dalam menasihati Agong berkenaan tarikh Sidang Parlimen yang berlarutan itu, cubaan Perguam Negara untuk membela Perdana Menteri hanya tambah mengeruhkan lagi keadaan.

Daripada satu sudut, sebagaimana disebut Anwar Ibrahim semalam, kenyataan Peguam Negara itu selain melampau, ia juga menghina Istana Negara.

Dalam hal ini, agak pelik apakah Peguam Negara tidak boleh membezakan antara kuasa Perdana Menteri dalam keadaan biasa dengan ketika darurat seperti ketika ini?

Seterusnya Anwar juga mendakwa, ada usaha yang sistematik digerakkan bagi menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan Sidang Parlimen sebagaimana yang telah dititahkan Agong itu.

Sebagai makluman, Peguam Negara, Idrus Harun dan Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun adalah adik-beradik.

Sebenarnya kekalutan serta polemik berterusan tentang keabsahan dan kuasa Perdana Menteri ini adalah kelemahan mutlak Mahiaddin sendiri dalam menanganinya.

Atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, setelah dilantik mengetuai kerajaan oleh Agong, apabila kedudukannya dipertikai dan diragui, Mahiaddin seharusnya sedar tanggungjawab moralnya ialah membersihkan tanggapan tersebut.

Caranya tidak lain ialah dengan membenarkan usul undi percaya atau tidak percaya dibentangkan terhadapnya di Parlimen.

Jika perkara itu dilakukan lebih awal, pastilah pertikaian mengenai kedudukannya tidak terus berlarutan sehingga perlu mengheret Agong untuk turut campurtangan.

Dalam hal ini, apabila Agong campurtangan, walaupun ia merupakan tanda keprihatinan baginda terhadap masalah yang berlaku dalam negara, hakikat lain ia juga memperlihatkan Mahiaddin turut sama menghina baginda.

Agong sebagai ketua negara tidak terlibat dalam politik, tidak campurtangan dalam politik dan tiada keperluan campurtangan dalam hal ehwal politik, malangnya kerana Perdana Menteri tiada kekuatan moral untuk mengesahkan kedudukannya, maka bukan saja politik jadi caca-marba yang berpanjangan, bahkan memaksa Agong untuk campurtangan.

Dalam perbualan dengan beberapa orang yang bertemunya, Mahiaddin dilaporkan selalu berbangga mengenai tempoh 40 tahun yang sudah dilaluinya sebagai Ahli Parlimen dan kononnya beliau tahu apa yang harus dilakukannya untuk menangani kemelut yang berlaku sekarang.

Soalnya, apakah menangguh-nangguhkan Sidang Parlimen, menghalang usul undi percaya atau tidak percaya dan seterusnya mencadangkan darurat bagi tujuan menggantung Parlimen adalah wajah perlakuan seseorang yang ada pengalaman selama 40 tahun?

Banyak pengalaman sepatutnya menerbitkan keberanian, bukan menyerlahkan jiwa penakut dan tiada kekuatan.

Tidak malukah Mahiaddin berbangga dengan pengalamannya selama 40 tahun itu, tetapi semua rakyat mentertawakan jiwa penakutnya seolah-olah hanya seperti seorang Ahli Parlimen belia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Parlimen? 


(ShahbudinHusin 27/06/2021)

JANGAN TERLALU BERHARAP MORATORIUM AUTOMATIK

 

Pelan Pemulihan: Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa - PM



Hasimi Muhamad
Pelan Pemulihan: Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa - PM
Muhyiddin berkata bantuan itu termasuk untuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka akan memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah.
Katanya, ia termasuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20.
“Saya nak sebut di sini (bantuan) kepada B40 dan M40 pun dah tentu dan beberapa kes termasuk seperti moratorium mungkin T20 pun ambil kira tentang keperluan mereka.
“Bantuan ini agak komprehensif jika dibandingkan dengan sebelum ini,” kata Perdana Menteri, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad.
Turut sama dalam lawatan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun

INDONESIA TELAH MASUK DEWAN...

 

Ini di Parlimen Indonesia ,,

sebuah negara yang DIKATAKAN kononnya dibawah Malaysia dulunya ,,,

lihat bagaimana mereka mmbenarkan perbahasan dan keperincian tentang urusan negara khususnya yang berkaitan dgn Pandemik covid 19 ,,,

 

- tentang bagaimana wang ngra dibelanjakan ?

- berapa jumlah vaksin yang telah dikeluarkan ?

- ulasan Doktor pengarah negaranya terhadap pngurusan vaksin ?

- kenapa menteri menghentikan itu dan ini ?

- sasaran rakyat setakat itu berapa jumlahnya telah disuntik?

- adakah selepas dibelanjakan dana negara akan ada lagi pengeluaran tambahan ?

- kenapaa negara lain mmbeli vaksin harga jauh lebih rendah dari negara kita beli ?

 

MOHD SAUFI MIAD

INI SEMUA PERLU DIBAHAS BAGI  MELIHAT TENTANG SUSUN ATUR DAN MEKANISME PENGURUSAN OLEH PEMERINTAH UNTUK RAKYAT DALAM MENGHADAPI PERANG WABAK COVID 19 INI !

 

EH !!! MALAH DEWAN PARLIMEN KITA DITUTUP PULA BAGI MNGELAKKAN SEBARANG PERSOALAN DAN KERAGUAN DIBAHASKAN SECARA TERBUKA UTK DIHALANG RAKYAT MELIHAT DIMANA LOMPONG2 NYA PMERINTAH MNGURUSKAN DANA NEGARA DAN KECEKAPAN MEREKA MNGURUSKAN WABAK DALAM NEGARA KITA !

 

SHAME ON YOU KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL MALAYSIA !!! "


0:00 / 12:55

SUMBANGAN DARI BUDAK AMPANG-DATO HANS ISAAC

 

Serahan barangan keperluan asas oleh Dato Hans Isaac kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Hulu Klang di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Ampang.

#KitaBudakAmpang

#AmpangUntukSemua

#KeadilanAmpang

 No photo description available.May be an image of 3 people, people standing, car and outdoors

May be an image of car, tree and road

May be an image of 1 person and standingMay be an image of 2 people



(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021