Berhentilah berlakon wahai tentera ketum admin page Najib Razak.


May be an image of 1 person, car and text



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Dalam rekod mahkamah semua lakonan Najib itu sendiri sudah terbongkar, jenis manusia yang tak ada hati perut, guna duit awam tanpa rasa simpati lepas itu tak mahu mengaku salah. Banyak auta siap tak kenal tandatangan sendiri tu punya hendak lari dari tanggungjawab. Boleh spends duit rakyat kat Hawaii waktu rakyat Kelantan di landa banjir paling besar, what kind of leader is that?

Macam mana orang yang sudah bersalah dalam 7 pertuduhan SRC yang berjumlah 42 juta boleh di katakan tinggalkan negara dalam keadaaan yang baik? Stop romanticizing criminal yang sudah di buktikan bersalah dalam court of law. Yang peliknya macam mana boleh tak masuk penjara lagi, kalau orang lain semua dah masuk ke dalam dulu baru boleh merayu.

Sebab itu dia Najib hanya nampak pandai dalam sosial media especially yang bertulis sebab ada tentera ketum yang tolong karang, kalau buat live nampak sangat berlakonnya; tak percaya tengok part yang dia berlakon "bukan bishe bishe", macam budak tak cukup sifat pun ada. Dari speech monotonous, lawak hambar, langsung tak ada kualiti leadership. Oh tak lupa. Apa yang Muhyidin buat sekarang ini adalah persis Najib sebelum jatuh pra PRU14; sombong dan angkuh dengan kuasa.

Ingat kisah tukang jahit bila di tanya Imam Ahmad: Apa pandangan kamu tentang penolong-penolong orang zalim? Apa pekerjaan kamu? Imam Ahmad tanya. Aku tukang jahit mereka. Kalau begitu kamu salah seorang penzalim seperti mereka. Yang membantu adalah orang yang jual benang dan jarum kepada kamu.

Jangan ingat kamu jadi admin tentera ketum, yang dapat payment dari Najib, boleh mislead people. Apa yang kita buat di dunia ini ada ganjaran di akhirat nanti. Berdoalah semoga orang yang kamu pesongkan di dunia kerana payment tidak meminta azab dua kali lipat di akhirat kerana menipu mereka nanti

WAllahualam.