RAMAI TANYA KENAPA AKU HENTAM KERAJAAN. INI JAWAB DIA..


100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN): 100 Fakta yang jelas dan sahih –  Makkal Osai – மக்கள் ஓசை


Peribahasa Melayu: “Pulang paku buah keras” bermaksud memulangkan semula kata-kata atau sindiran yang dikatakan oleh orang yang mengata-ngatanya dahulu. Biasanya digunakan untuk menyedarkan orang tersebut supaya sedar diri. Dulu seronok mengata dan menyindir orang lain. Sekarang bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu tinggi rendah duduk perkara sebenar.

 

Dalam dunia politik negara kita sekarang, peribahasa tersebut sering diaplikasi dalam post-pos politik tetapi ramai yang tak perasan.. Bagi nak mudah faham, kita bagi contoh: Dulu semasa PH memerintah seronok mengata menteri kasut hitam.. Nah sekarang pelbagai jenis menteri telah muncul; menteri air suam, menteri tutup twitter, menteri mewa, menteri doraemon, menteri atas dahi, menteri duta timur tengah, menteri tik tok, menteri kedai gunting, menteri GLC dll… Kenapa disebut-sebut nama menteri itu dimedia sosial? Jawabnya itu hanyalah ‘pulang paku buah keras’ saja. Supaya sahabat politik lawan sedar dan muhasabah diri… Supaya mereka dapat beza antara realiti dan retorik politik. Jangan sedap sangat mengata orang…

 

Contoh lagi.. Dulu seronok mengata kerajaan PH. Apabila berlaku kemalangan disebabkan pemandu mabuk atau LGBT atau isu arak… Terus saja keluar kenyataan ‘Islam terancam’ di zaman PH. Menteri agama tak buat kerja? Ini semua salah DAP…… Nah sekarang apabila kamu berkuasa kemalangan pemandu mabuk semakin kerap berlaku. Bukan setakat pondan saja bahkan ada pondan mabuk serang pegawai kesihatan. Pesta maksiat berlaku bahkan berjoget sambil minum arak atas jalan. Arak terus diedarkan walaupun di musim PKP.. Di mana suara-suara kamu dahulu yang mengatakan Islam terancam? Masih salah DAP lagikah? Kenapa senyap? Sembunyi dalam gua? Dah jadi syaitan bisu?. .. Itu hanya ‘pulang paku buah keras’. Lain kali jangan sedap mengatakan orang…

 

Namun setengah orang dia tak faham dan sedar. Mungkin ada kemewaannya kat situ atau jenis lurus bendul dan sudip kayu..kah..kah..kah...

Masa zaman PH, tak henti hentii FB askar Malaysia...misalnya FB Malaysia Defense News, Malaysia Military Power, pakat hentam pagi petang siang malam, sementara PH sedang menyiasat beratus juta tanah hak milik ATM dijual, helikopter pesan 3 tahun tak muncul, disalahguna, sampai masa kini diam senyap, jangan kata nak desak beli MRCA, LCA, senyap sampai sudah....nampak sangat la..nak troll...sekarang mana suara tersebut?..lupa....

Lepas satu satu isu yang timbul. sekarang isu lain pula yang sering muncul, Bab BMF, ya dulu sikit sikit BMF, sekarang diam soal BMF, kini muncul isu pembahagian ghadimah lepas menang, Tiap menteri nak diberi pegang status GLC, kononnya nak pantau..ha.ha lucu, zaman PH, dilantik orang -orang yang benar layak untuk mengendalikan semua GLC yang dilihat jauh mengalami kerugian , atau didapati berlakunya penyelewengan, Misalnya laporan Tabung Haji, sekarang, dah tak ada dah isu itu, bukan apa...sekadar " pulang paku buah keras", sedap sangat hangpa tibai, la ni hangpa ambik...tak mau la ulas bab solat tak kemasjid ni...sebab dah difatwakan tak boleh ke masjid...islam terancam akibat penyakit....owhhh..lupa bukan DAP....tak sangkut paut...

Lepas setahun semuanya nampak kini.Semuanya tak menjadi.Melingkup sana sini. Sampai kerajaan ni macam macam rakyat bagi trending .Dari Parti lebai sampai lah kepada kerajaan "Celaka# Lahanat # kerajaan bangsat

Tak apa lah bukan apa pun..semua hanya pulang paku buah keras...tu saja...Negara ni kan negara Melayu Isle sahaja. Melingkup sebab melayu bagi pelingkup tak apa..sebab Melayu..Punya tak malu kepada bangsa lain melihat patut la melayu ni ..kalau duduk soqang soqang..melayu akan lena..kalau berdua melayu akan membawang kalau bertiga melayu ini akan makan makan...

Bangsa Inggeris pula kalau soqang dia akan baca  buku..kalau berdua dia akan mengembara ,kalau bertiga dia akan rancang jajah negara lain.

Salam sayang semua...biasa la alam politik kalau tak mengutuk..tak mengata tu namanya tak sempurna. Cuma jangan fitnah ..itu durjana..Tapi ada yang suka fitnah sejak dari muda muda sampai  tua nak mampoih..Kerja dia adu domba dan fitnah...biasa tuhan bagi umur panjang supaya cepat bertaubat. kalau tak juga sedar..makna kata Tuhan sedang mendera baik fizikal atau mantel...

No comments: