JIKA BERJAYA TUNTUTAN PENANG.


 

ANWAR TUNAI SOLAT JUMAAT DI SEMENYIH

 

Menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa di Semenyih usai makan tengah hari bersama warga Semenyih di Warong Berlado Kak Ani. Lauk lazat, alhamdulillah. 


#MalaysiaMADANI









Salahguna kuasa MB Terengganu: Jual tanah kerajaan bernilai RM 29.3 juta kepada NGO KHAIRUNNISA di pengerusikan isterinya hanya RM500 ribu?


Tanah strategik di kawasan bandar dan berkepentingan rakyat seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29.3 juta ‘dijual’ kepada isteri wakil rakyat PAS dengan hanya RM500 ribu.

Keputusan yang tidak bertanggungjawab itu dibuat oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk faedah dan kepentingan isteri-isteri mereka.

Rekod Pendaftar Tanah Kuala Terengganu mencatatkan, terdapat dua pihak yang tidak bersetuju tanah itu diserahkan kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu atau singkatannya Khairunnisa.

PERTAMA, Pendaftar Tanah Kuala Terengganu pada 10 Februari 2019 menyatakan TIDAK memberi pertimbangan kepada permohonan isteri wakil rakyat PAS kerana tanah tersebut telah dibuat pengambilan balik pada tahun 2005 dalam diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 21 Jun 2006 bagi tujuan disimpan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi maksud tujuan awam dan diwartakan pada 28 April 2011.

Untuk rekod, tanah tersebut pernah diberikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (Koinsaf) milik pemimpin PAS Terengganu pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Koinsaf ditubuh pada 29 Disember 2021 dan dipengerusikan oleh Bendahari PAS Kemaman, Roslin Abdul Rahman. Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang ketika itu, Hussain Ismail adalah Ahli Lembaga Pengarah Koinsaf.

Tanah yang pernah menjadi tapak mahkamah syariah dan pejabat kerajaan itu diberi kepada koperasi milik pemimpin PAS Terengganu dengan bayaran premium RM340 ribu. Memandangkan kedudukan tanah itu yang strategik dan berkepentingan rakyat, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2005 terpaksa membuat pengambilan balik tanah tersebut. Kerajaan negeri ketika itu terpaksa membayar kepada Koinsaf sebanyak RM8.06 juta, iaitu nilaian semasa tanah tersebut. Dengan pembayaran itu, Koinsaf dan pemimpin PAS Terengganu telah menerima ‘keuntungan’ sekitar RM7 juta.

KEDUA, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menerusi surat bertarikh 14 Julai 2019 juga TIDAK menyokong permohonan isteri wakil rakyat PAS itu.

‘Conflict of interest’ dalam perkara ini ialah; ‘Menteri Besar dan Ahli Exco’ selaku pembuat keputusan telah meluluskan permohonan ‘Isteri Menteri Besar dan isteri Ahli Exco’ untuk memiliki tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi.

Khairunnisa yang dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar, Puan Seri Faizah binti Tuan Ab Rahman Tuan Abd Rahman telah didaftarkan di alamat Pejabat PAS Terengganu iaitu No. 33, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

Tanah itu berada di lokasi strategik dalam kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dengan jarak 500 meter dari Wisma Darul Iman dan ‘berjiran’ dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu, Hospital Pakar Salam dan Menara Yayasan Islam.

Paling ‘strategik’, tanah itu terletak kira-kira 100 meter dari Pejabat PAS Terengganu dan sesuai untuk dibangunkan sebuah kompleks pentadbiran PAS Terengganu.

Kini, ia dinamakan sebagai ‘Dataran Khairunnisa’.

Surat daripada Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Terengganu bertarikh 18 Julai 2019 mengesahkan nilaian pasaran terbuka tanah tersebut ialah RM29,370,000.

Atas konflik kepentingan ‘kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar’ dan ‘persatuan pimpinan isteri Menteri Besar’, bayaran premium yang sepatutnya dikenakan ialah sebanyak RM5.87 juta ‘dikurangkan’ kepada RM500 ribu sahaja.

Merujuk dokumen Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 9 Ogos 2020, jumlah premium yang dikenakan ialah sebanyak RM5,874,000.

Namun, di atas konflik kepentingan antara Menteri Besar dan isteri Menteri Besar, Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) kali kedua daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 4 Januari 2021, jumlah premium yang dikenakan ialah hanya RM500,000.

Sumber: Terengganu Coverage

TERKINI. JOM CANNEL.


 

MANA CUKUP JADI TETAMU KEHORMAT SAJA, BAGILAH ANWAR RASMIKAN PAU2023!!


Sekali lagi Anwar Ibrahim mencatat sejarah apabila beliau buat pertama kali akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023), minggu depan selepas kali terakhir menghadirinya pada PAU tahun 1997, kira-kira 26 tahun yang lalu.


Tahun 1997 adalah kali terakhir Anwar menghadiri PAU di mana ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 2 September 1998 oleh Tun Mahathir Mohamad.


Sebelum ini, pada 7 Februari baru-baru ini, Anwar buat kali pertama sejak dipecat pada 1998 berpeluang menjejakkan kaki ke Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, WTCKL kerana mempengerusikan mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan manakala pada 14 Mei pula berucap di pentas Dewan Merdeka, juga pertama kali selepas lebih 25 tahun, dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dihadiri perwakilan semua parti kerajaan perpaduan.


Pada 9 Jun ini, Anwar selaku Presiden PKR akan dijemput bersama pemimpin-pemimpin parti yang membentuk kerajaan perpaduan menghadiri PAU2023 di Dewan Merdeka, WTCKL.


Menurut Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Anwar yang merupakan Perdana Menteri, malah akan menjadi tetami kehornat PAU kali ini.


“Ini akan menjadi detik bersejarah,” kata beliau sebagai mengesahkan jemputan dan kehadiran Anwar selaku Perdana Menteri bersama pemimpin parti-parti lain, termasuk DAP pada PAU2023 nanti.


Cukupkah Anwar dijemput sebagai tetamu kehormat saja?


Ketika UMNO berkuasa, setiap tahun PAU akan dirasmikan oleh Presidennya yang juga merupakan Perdana Menteri.


Tetapi, sejak hilang kuasa pada 2018, PAU selepas itu sekadar dirasmikan oleh Presidennya yang juga Pengerusi BN, tetapi tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan.’


Semenjak itu, PAU seperti sudah hilang seri dan kemeriahannya.


Terlanjur sempena PAU2023 ini di mana UMNO nampaknya mula bersikap terbuka sejak berada dalam kerajaan perpaduan dengan menjemput Perdana Menteri daripada lain parti sebagai tetamu kehormat, disertai pemimpin lain-lain parti yang bersama-sama membentuk kerajaan, maka alangkah baiknya jika Anwar bukan sekadar dijadikan tetamu kehormat semata-mata.


Sebaliknya, atas jawatannya sebagai Perdana Menteri dan tetamu kehormat itu, Anwar sepatutnya juga diberi penghormatan merasmikan PAU2023 kali ini.


Tiada maknanya jika Anwar selaku Perdana Menteri hanya sekadar dijemput sebagai tetamu kehormat saja, tetapi tidak diberi peluang merasmikan PAU2023.


Dijemput berucap dan merasmikan PAU barulah namanya memberi suatu pengiktirafan kepada Anwar selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan perpaduan ini.


Malah, tindakan itu amat cocok dengan pengakuan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum ini yang mengiktiraf Anwar sebagai cikgunya dalam politik.


Kalau bukan anak murid memuliakan cikgu, siapa lagi?– ShahbudinHusin 02/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



TERPULANG PADA AHLI UMNO SAMA ADA MELUKUT DI TEPI GANTANG KEPADA PN ATAU MENGEKALKAN STATUS QUO BERSAMA KERAJAAN PERPADUAN.


 

PERAK DARI JANUARI -MAC 2023- PELABURAN SEBANYAK 7.1 BILLION. KEDAH BERAPA BILLION ?


 

KERAJAAN PERPADUAN TEKAD SELESAIKAN MASAALAH AIR KELANTAN DAN SABAH. NAK BAGI DUIT 8 BILLION MEMANG NAHE KEBI NEHE....NANTI MELINGKUP...ORANG KENAI HANGPA...MAAF LEBAI. ANWAR DAH MASAK DENGAN PERANGAI HANGPA SEMUA..


 

OK JA ANWAR DAN BILLIONAIR MELAYU SYED MOKHTAR


 


LAWAK SI PEJA.


 

PERNAH KAH PAS BERCITA NAK JADI PM ? TAK ADA PUN TUAN TUAN.KERJA PAS HASUT SAJA. NAK KE DEPAN TAK ADA.


 

NAK UBAH SELANGOR JADI KELANTAN.


 

ADA SATU IDEA BERNAS. APA KATA KITA ORANG PENANG SOKONG MB KEDAH. . KITA BOLEH BOLOT TANAH DI KEDAH. NEGERI KITA PADAT. KITA BOLEH BELI TANAH DI KEDAH.



Oleh. Pak Man Awaluddin.


 Elok la Pulau  Pinang bawah kedah.  Kerusi PH ada 46(33+13) PAS  hanya 24 (23+1). Maka KM Penang akan jadi MB  kedah. Penang dah sendat boleh la rakyat Penang hijrah ke kedah yang banyak lagi tanah kosong. 


Untung orang Penang. Macam wilayah konon takut DAP maka diistihar wilayah tahun 1 feb 1974. Sekarang Selangor dan wilayah pun udah bawah harapan.

Siapa kata idea Sanusi kolot. Sanusi tak cerdik. Bila kita masuk Kedah, Pas dah tak boleh kuat lagi Sanusi nak menjahanamkan Pas dan orang Penang, Melayu atau cina, kita dah biasa duduk muhibah. 

Pemodal Melayu dan Cina Penang boleh kerjasama. Kita boleh kawteam beli tanah bendang , dan kita buat kondo. Orang Melayu dan cina boleh tinggal di flat atau kondo bersama dan menjadi jiran.Kita dah biasa di Penang.

Kita sekolah pun bercampur. Kita kerja pun bercampur. Kita boleh jadikan kedah kaya raya kerana Sanusi tak punya modal nak bagunkan Kedah.Kita boleh lakukan dengan kebijaksanaan kita menguruskan Penang.

Idea Sanusi memang bengap. Dia nak miskinkan lagi rakyat Kedah. Kalau sesiapa yang tolak idea Sanusi, mereka tidak memikirkan jangka panjang.

Kita tak perlu lagi berebut Sungai Muda dan bayar lagi pada Kedah. Duit itu kita bangunkan Kedah menjadi seperti Penang..tiada miskin semua ada rumah industri kita kembangkan Wilayah P.Pinang. Bendera kita gabungkan padi dan jambatan. Wilayah Pulau Pinang. Sanusi masa tu jadi tukang lawak.

Kita jadikan sawah padi lebih banyak pengeluaran. Macamana kita buat di Penang. Padi kita lebih banyak hasilnya walau tanah  kitab sedikit. Kita keluarkan hasil pertanian dan majukan pertanian.


Kita boleh lakukannya. Sanusi memang tak punya idea lain selain nak lingkupkan Melayu. Angan angan Mat Jenin beliau tidak mampu dilaksanakan. 


Lagu mana rakyat Kedah ?  Hangpa nak bersaing ka macamana kami bersaing sama ada dalam bidang pendidikan dan lain lain. Hangpa tengok sendirikan..walau anak Melayu tak ramai tapi rata rata punya pendidikan . 

Kami maju 40 tahun ke depan berbanding Kedah. Kami lalui persaingan dalam berbagai bidang. Sebab itu ramai warga Penang terkenal dalam banyak bidang.

Untuk orang Kedah , idea ni camdek. Tapi hangpa jangan kata idea ni tak boleh jadi.Nak ubah Kedah hangpa kali ni lah aupaya ayaq ada balik. Anwar akan kotakan janji dia. Hangpa nak harap apa pada MB yang suka bekelahi dengan semua orang. Hangpa tengok Kelantan. Maju mana depa. ???. Tak dak..apa pun depa tak boleh buat.




Idea Tambahan : WRLR.



NASIB MELAYU


Ramai merintih nasib Melayu di bumi sendiri. 


Mereka katakan 10 orang terkaya di Malaysia, 9 daripadanya Bukan Melayu. 


Tetapi apa yang mereka tak ambil tahu, dalam Panama dan Pandora Paper, majoritinya adalah orang Melayu yang sembunyi harta berbilion di luar negara. Tak kena cukai jua. 


***********


Ramai merintih kebanyakan perniagaan di Malaysia orang bukan Melayu yang kuasai. Habis hasil bumi. 


Tetapi apa yang mereka tak ambil tahu ialah betapa banyak syarikat GLC Melayu pelopori: PERWAJA, PROTON, LTAT malah Pharmaniaga baru2 ini. Diberi peluang berniaga beratus bilion dari Kerajaan tapi kesemuanya rugi. 


Kaya dengan tanah dan balak, siapa yang pakat jual kepada non-bumi? Walhal kuasa pentadbiran Melayu kuasai. 


*************


Ramai merintih orang Melayu paling miskin di bumi sendiri. 


Tetapi apa yang mereka tak ambil tahu ialah bagaimana Pemimpin Melayu ada yang jadi billionaire senyap2, kita hanya tahu kekayaan mereka selepas mati. 


Keluarga pemimpin juga kaya raya majoritinya, hasil kontrak kepada kroni, ada yang di-bail out bapa sendiri. Ada anak tiri pun kaya raya dengan rompakan 1MDB. Sekarang isu Jana Wibawa pun mereka hendak lari. 


*************


Adakah betul kenyataan orang Melayu susah di negara sendiri? Sedangkan pemimpinnya senang lenang, kaya raya untuk 7 generasi. 


Budaya politik kita, guna Melayu Marhein untuk kuasa politik. Tetapi omongannya di mulut bukan di hati. 


Inilah nasib Melayu, ditipu pemimpin sendiri. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


AHLI UMNO 10 KALI LEBIH BAIK DARI WALAUN YANG MEMFITNAH DAN MEMAKI HAMUN ORANG


 Ada la sorang walaun ni letak komen 'umdap' dalam post aku. Itu saja yang ditulisnya.


Aku faham maksudnya. Konon nak mengejek sebab UMNO dan DAP kerjasama. Ramai je walaun yang guna gelaran tu dengan niat nak menganjing. Tapi bila kata kat aku, tak ada kesanlah.


Sebabnya aku bukan ahli UMNO. DAP pun bukan. Aku ahli Keadilan. Aku sokong DAP sebab Pakatan Harapan. Dan aku terima UMNO sebab Kerajaan Perpaduan. Jadi gelaran umdap tu tak beri kesan langsung pada diri aku.


Lagi satu, aku tak pernah undi DAP. UMNO pun tak pernah. Sebab kawasan aku calon daripada parti Keadilan. Tapi kalau memang aku perlu undi DAP pun, tak ada masalah. Aku undi je..


Sebab DAP parti yang sah di sisi undang-undang negara. Kalau tak sah, mana boleh bertanding. Dan lagi, tak banyak masalah yang berkait dengan DAP. Penang makmur di bawah pentadbiran DAP. Kenapa aku nak rasa malu pula?


Sebaliknya aku berasa lebih malu untuk mengaku sebagai walaun. Sebab setakat ini, tiada lagi negeri yang ditadbir oleh PAS yang berjaya. Bahkan Kedah jadi lumat selepas PAS berkuasa.


Itu belum kira lagi sifat PAS yang tak ubah macam bohsia. 'Bertukar jantan' tak kira masa. Siapa ada duit, dia boleh angkut. Tapi berlagak virgin. Konon macam jual mahal. Padahal...


Aku lihat sekarang UMNO beratus kali lebih baik berbanding PAS. Memang ada beberapa pemimpin UMNO yang terpalit dengan kes rasuah, begitu juga Bersatu, tapi setidaknya UMNO lebih berprinsip dan berintegriti sekarang ini.


Menteri-menteri UMNO dalam kabinet sekarang pun banyak bercakap isu rakyat berbanding masa MP PAS pegang jawatan menteri dulu. Nampaklah juga menteri dari UMNO buat kerja.


Hari ini, perkara paling memalukan bila bicara soal politik adalah apabila terpaksa mengaku sebagai walaun. Dengan perangai lebai, dengan MB Badut, dengan presiden meracau, tak ada perkara yang boleh dibanggakan sebagai ahli PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DIA PENULIS SKRIP DIA PEMEGANG WATAK, DIA PELAKON....SEMUA DIA....


 

KALAU 8 BILLION TU BUKAN NAK SEDIAKAN AIR...TU NAK BUAT SUNGAI KOT


 

WAJAH PURA PURA PAS


 

SIAPA YANG JUMPA HADI DAN TN BRAHIM? KISAH KENA TIPU


 

LAWAK TENGAHARI- JOM TONTON LAH


 

SANG MAHA KAYA




1. Kalau kita selalu bergelumang dalam dunia politik, kita akan tahu orang politik kebanyakannya kaya2 belaka. Yang muda2 pun, berkereta besar, rumah serupa mahligai. Suit dan pakaian mahal. Relax pertahankan, duit donation masuk akaun sendiri dan dibelanja suka2. 


2. Kalau yang dah sedikit berusia, kita dapat perhatikan, bukan saja dia yang kaya, sampai keluarga dia pun dapat manfaat sama. Anak2 kebanyakan jutawan. Ada yang sampai 7 keturunan pun tak habis makan. 


3. Bila kita bersuara, dari mana datang ini semua. Mereka brainwash kita. Ini semua hak kami sebagai pemimpin, takkan lah nak hidup sederhana? Pemimpin lebai pun dapat dana lebih, bukannya nak settle masalah air, dibeli nya Mercedes seorang sebijik. Bila kita tanya, dia bagi dalil ini kuda perang mereka. Mereka entitled 😅


4. Sudah sekian lama saya melepak dengan Otai2 oltimer, mereka banyak bagitau saya. Macam mana orang politik buat duit sejak dulu kala. Marilah kita hadam sama2 dan buka mata. 


A. Pink Form (Tahun 1980-1990 an)

Polisi dibuat untuk bumiputera, asalnya. Untuk tingkatkan ekuti saham dikalangan kita. Tapi yang dapat manfaat orang politik, keluarga dan kroni mereka. Mereka yang berlumba2 mohon, buat duit segera. Ada yang melalui proxy/ nominee sampai sekarang kita tahu parti politik di belakangnya. Hakikatnya, 60 tahun merdeka, ekuiti saham Bumiputera masih di takuk sama. Tak sampai 20% pun. Makanya jangan lah claim polisi ini sudah berjaya. 


B. Penswastaan  (Tahun 1980-1990 an)

Polisi ini dibuat untuk tingkatkan prestasi jabatan Kerajaan. Tapi ada juga muslihat. Bila jabatan Kerajaan diswastakan, kebanyakannya menjadi monopoli industri strategik. Contoh: Jabatan Padi dan Beras jadi Bernas. Dipegang oleh kroni orang politik. Mereka automatik jadi jutawan. Keuntungan cepat setiap bulan. Tapi adakah petani dan pesawah dibantu, hingga sekarang ramai yang masih hidup bawah kemiskinan. 


C. Projek Besar (Tahun 1990-hingga sekarang) 

Setiap kali diumum projek besar untuk negara, siapa yang paling mendapat manfaatnya? Kalau kita kaji Petronas Twin Tower, Formula 1 Sepang, MRT dan LRT, yang terbaru Jana Wibawa. Siapa yang benefit? Siapa yang dapat kontrak membina dan supppy barang? Dan jadi Ali Baba saja? Nescaya anda dapat jawapannya. Orang politik dan keluarga mereka. 


D. Merompak GLC (Tahun 2000-hingga sekarang)

GLC kita dari dulu kaya belaka. Namun sekarang berhutang punya banyak, hampir bankrap pun ada. Sebab apa? Ia lubuk parti politik keluarkan duit untuk parti mereka dan mereka sendiri jua. Sampai kita digelar Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia. 1MDB punya angkara. 


5. Perkara ini an open secret yang orang politik tahu dan sedar, tapi nak kita tutup mata. Semua Perdana Menteri dan pemimpin, sama ada dulu dan sekarang ada sahamnya. Mereka ada chip in meranapkan negara. Bukan seorang saja. 


6. Kalau dolu2, bila rakyat bersuara sebegini, akan kena OSA dan dipenjara. Begitu sekali mereka kawal hidup kita. Saya harap Kerajaan sekarang jangan defensive dan delusional. Admit saja, pemimpin politik lah, yang menjahanamkan. Jangan lah gelar kami malas atau angkuh. Walhal anda diatas berselingkuh, buatkan ekonomi kita rapuh. 


7. Moga Allah kurniakan kita pemimpin masa depan yang ikhlas berkhidmat untuk negara, bukan untuk kroni dan keluarga mereka. Moga dalam tahun mendatang kita dapat Malaysia yang sejahtera untuk seluruh rakyatnya. Bukan hanya untuk political elite, sang maha kaya, yang merompak hasil negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



MANSPLANNING



Dua hari lepas, ada seorang YB dan juga Ketua Pemuda Parti triggered dan koyak dengan posting saya mengenai keadaan politik semasa. 


YB ni siap masuk ke wall saya komen beberapa kali dan membuli. Katanya posting saya a joke dan hanya sesuai dikongsi dengan little birds. Sinis sekali dia. 


Apa yang perlu dia tahu. Bila dia dulu sibuk nak jadi Menteri sampai khianat rakan sendiri, lepas tu isu surat sokongan dan buat2 busy, little birds dan saya banyak menulis isu untuk kefahaman rakyat biasa. Agar tak selalu ditipu oleh politikus seperti dia. 


Little birds pernah bantu kita dalam banyak perkara. Contoh, tips mengenai Kluster Mahkamah nak jatuhkan PM8. Benar belaka. Lepas 3 hari posting, Kerajaan tersebut jatuh. Kami yang pertama dedahkan di sosial media. Ramai politisyen contact saya juga. 


Kami juga yang jangka akan ada Hung Parliment post PRU15, tiada parti akan menang pilihanraya. UMNO akan mula melingkup dan PH walau akan menang paling banyak tapi takkan cukup korum nak bentuk Kerajaan. Tepat seperti yang dijangka. 


Little birds dan saya juga sejak tahun 2020 promosikan Kerajaan Perpaduan. Masa dia masih Timbalan Menteri hingusan. Sekarang ini yang terbentuk atas ilham dari Istana, namun ditolak mentah2 oleh PN. 


Satu saja, kepada YB tersebut. Kalau tak setuju jangan sampai menghina. Ada decorum antara YB dan rakyat biasa. Tambah sekarang seorang YB lelaki membuli wanita. Itu Mansplanning namanya. 


Let them be warned “the power of people is greater than the people in power”. Kami boleh naikkan anda, tapi kami juga boleh jatuhkan. Jangan terlampau perasan.


Tok saya dulu ingatkan, saya keturunan ke 7, Dato’ Sagor. Pendekar Melayu tersohor. Kalau orang buli, lawan! Jangan biarkan...


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



LOKMAN ADAM JAWAB : ADAKAH KENYATAAN SANUSI MENGENAINPENANG ITU MENGHASUT ?


 

ANWAR DAN HADI SIAPA KUAT BEKERJA ?


 

HADI MUDAH LUPA. BUKAN MELAYU MUDAH LUPA




 Tak tepat statement Hadi ni. Melayu mudah lupa ni sebenarnya ada dalam PAS. Dari walaun sampailah ke lebai, termasuk Hadi sendiri, Melayu mudah lupa.


Manakan tidak, Mahiaddin yang gelar PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, Hadi dan PAS angkat jadi calon PM. Manakala Gerakan yang menentang hudud dan bawa isu hudud ke mahkamah, Hadi ajak berkawan.


Mahathir yang dulu katanya layak jadi doktor Klinik 1Malaysia pun sekarang jadi pujaan hati. Tak cukup itu, dulu Hadi sendiri tolak assobiyah dan jadi hujah membenci UMNO, sekarang Hadi sendiri assobiyah.


Lama sebelum itu, PAS dakwa mangsa peristiwa di Memali sebagai mati syahid. Tapi sekarang Hadi dah bersama dengan orang yang kata syuhada di Memali mati katak. Hadi dah lupa semua tu ke?


Masa PAS bersama Pakatan Rakyat, Hadi berfatwa wajib undi DAP dan haram undi BN sampai kiamat. Tapi bila Hadi bersama UMNO, Hadi lupa fatwa tu dan buat fatwa baru, haram undi DAP pula.


Sebelum bermanja dengan Najib, Hadi kuat ingatan dan sebut DAP bantah perisytiharan darurat yang cuba dibuat di Kelantan. Hadi puji Lim Kit Siang. Tapi lepas Najib peluk, Hadi dah lupa cerita tu.


Hadi juga pernah menulis buku berkenaan qazaf dalam membela DS Anwar. Tapi hari ini PN sendiri tuduh yang bukan-bukan terhadap DS Anwar tanpa bukti dan Hadi jadi bisu. Dia lupa buku yang ditulis.


Banyak kalau nak senaraikan kelupaan Hadi Awang kalau nak ditulis. Tapi yang ini pun dah cukup untuk tunjuk betapa Hadi, para lebai dan semua walaun memang dari jenis Melayu mudah lupa. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


YANG PENTING, MAHUKAH MAHIADDIN BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR?



Dalam perkembangan terbaru, tetapi langsung tidak mengejutkan, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Mahiaddin Md Yasin dan PN bagi memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.


Katanya, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama dalam kerjasama itu, selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.


Tambah Tun Mahathir, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.


“Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.


“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” katanya dalam wawancara dengan sebuah portal.


Ehh..ehh…apa Tun Mahathir cakap ni?


Pertama, kenapa belum apa-apa lagi, beliau telah meletakkan syarat yang seolah-olah mahu menjadikan Proklamasi Melayu yang diperjuangkannya sebagai matlamat utama dalam kerjasama dengan Mahiaddin dan PN itu?


Dalam keadaan sekarang, siapa memerlukan siapa?


Tun Mahathir memerlukan Mahiaddin dan PN atau Mahiaddin yang memerlukan Tun Mahathir?


Semua kita tahu Tun Mahathir kini dalam keadaan terdesak untuk mencari kekuatan baru setelah kalah teruk dan ditolak oleh orang Melayu sendiri pada PRU15 lalu.


Tujuannya menggerakkan Proklamasi Melayu tidak lain ialah sebagai platform untuk berpolitik dan menekan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Begitu pun, Proklamasi Melayu itu sendiri tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di mana Marzuki Yahya, Pengerusi Seketariatnya baru-baru ini memaklumkan hanya 20 ribu orang telah menandatanganinya.


Dengan itu, sudah tentu Tun Mahathir perlukan rakan kerjasama baru bagi memastikan Proklamasi Melayu tidak gagal, sebagaimana gagalnya parti Pejuang yang ditubuhkannya dan kini berpecah dengan anaknya sendiri, Mukhriz.


Mudah cerita, sebenarnya Tun Mahathirlah yang memerlukan Mahiaddin dan PN, berbanding Mahiaddin dan PN barangkali langsung tidak memerlukan Tun Mahathir.


Hakikatnya, pencapaian PN yang dikira baik dalam PRU15 lalu adalah dicapai tanpa bantuan dan kerjasama dengan Tun Mahathir.


Meletakkan syarat yang memperlihatkan seperti agenda Proklamasi Melayu mesti dibawa sebagai syarat kerjasama ternampak langsung tidak kena.


Soalan pokoknya, di mana pentingnya Proklamasi Melayu yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir kepada Mahiaddin dan PN?


Apakah tanpa Proklamasi Melayu, Mahiaddin dan PN tidak memperjuangkan nasib Melayu?


Kedua, Tun Mahathir juga menyebut kerjasama itu mesti menolak individu yang terpalit dengan rasuah dan salah laku jenayah.


Sekali lagi, ehhh….apa ni?


Dengan keyakinan mustahil Tun Mahathir sudah nyanyuk, tidak ingat atau terlupa bahawa Mahiaddin sendiri sedang didakwa di mahkamah, adalah jelas terdapat maksud tersirat lain dalam kerjasama yang diingininya itu.


Tun Mahathir dengan mudah difahami sebenarnya mahukan beliau mengetuai blok pembangkang dengan menjadikan Proklamasi Melayu sebagai tempelan yang berada di atas perjuangan PN yang ketika ini diketuai Mahiaddin yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah itu.


Walaupun dalam kemelut politik 2020 dulu, Tun Mahathir secara terbuka dan berulangkali menuduh Mahiaddin sebagai pengkhianat sebenar kerana terlalu bercita-cita ingin jadi Perdana Menteri, kini beliau nampaknya sudah sedia untuk menjilat kembali ludahnya sendiri.


Tun, tak rasa gelikah mahu bekerjasama dengan seorang pengkhianat?


Itulah Tun Mahathir, tiada sebab lain mengapa beliau tiba-tiba sedia untuk bekerjasama dengan Mahiaddin, melainkan kerana melihat ada peluang terbuka sedang terbentang di depan matanya.


Sebab itulah agaknya Pas dan Hadi Awang awal-awal lagi telah ditemuinya bagi menyokong Proklamasi Melayu.


Perlukah Mahiaddin menyambut huluran tangan Tun Mahathir?


Sebagaimana disebut di awal tadi, yang lebih memerlukan kerjasama ini ialah Tun Mahathir dan bukannya Mahiaddin.


Mahiaddin boleh saja terus bersikap “sejuk dan keras” terhadap kenyataan Tun Mahathir ini kerana tiada untung dan tiada rugi jika tidak melayannya.


Jika benar Tun Mahathir ingin bekerjasama, beliau perlu datang kepada Mahiaddin dan PN tanpa syarat dan jangan dengan apa-apa agenda mahu jadi ketua.


Mahiaddin sudah mengetuai PN, maka Tun Mahathir bersama gerombolannya mesti datang ke dalam PN sebagai pengikut yang wajib menerima Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai ketua.


Tiada nilai tambah sama sekali kepada PN dan Mahiaddin jika bekerjasama dengan Tun Mahathir, sebaliknya Tun Mahathir dan Proklamasi Melayu itulah yang mahu menjadikan PN memberi nilai tambah kepada mereka.


Sebab itu, yang penting bukanlah bila mana Tun Mahathir menyatakan ingin bekerjasama dengan Mahiaddin kerana yang lebih penting daripada segala-galanya, mahukah Mahaddin bekerjasama dengan orang yang pernah melabelnya sebagai pengkhianat? – ShahbudinHusin 02/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



PART 1- NAK KALIH DI PENANG ?


 

PART 2. NAK KALIH DI PENANG ?


 

MENTERI TAK MAU FAHAM BILA TAK BOLEH BUAT KERJA..

 

Teik Kewing

Fahmi Fadzil...tak kan tak faham faham...sampai bila nak biaq berlarutan macam tu saja...takut atau ada halangan nak bertindak..jangan lembik sangat..tu TPM dah sound tu...lena lagi kaa..ka dok selpiaq ja lebih..

Kalau agak lembik sangat bagi ja kat YB  Sani...mesti dia kutip semua..



AMPA BODOH!!!!

 

Kan walaun sendiri dah bunyi. Bak kata Sanusi sendiri, "kita bodoh!" *Ampa bodoh!" Demikianlah Sanusi. Guane boh?


Raja Gelap 


Sebagai seorang anak Kedah yang telah mengundi Sanusi pada PRU lalu, saya mahu tekankan bahawa kenyataan yang beliau keluarkan ini merupakan satu kesalahan yang amat serius - dari sudut undang-undang dan sejarah. Kesalahan ini perlu dikritik dan disebarkan kerana ia barangkali punya potensi untuk mencetuskan konflik-konflik politik yang tidak perlu. 


Berita tentang kenyataan Sanusi boleh dibaca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1107656/sanusi-dakwa-tiada-sempadan-antara-kedah-pulau-pinang?fbclid=IwAR33ZQZNjb9KFppaggvY6zBlJUoSdkjxPQNBdTJpyf6BdPtw1F0fNPw8Kq8 


Dari sudut undang-undang, lihat Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, saya lampirkan fotonya di sini. Kedah dan Pulau Pinang adalah dua negeri berbeza. Maka, asas undang-undangnya jelas. Semua rakyat Malaysia perlu baca Perlembagaan supaya tidak mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap bohong orang politik. Silakan muat turun di sini: https://www.jakess.gov.my/pdffile/ENAKMEN/Perlembagaan%20Persekutuan%20.pdf 


Seterusnya, dari sudut sejarah. Sejak Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat yang diperintah langsung dari London rentetan segala perkembangan selepas 1786, secara praktikalnya, ia tidak lagi di bawah kekuasaan Sultan Kedah. Ia juga punyai badan legislatifnya sendiri. Kalau nak baca rekod-rekodnya, sila ke Perpustakaan Parlimen. Ada banyak rekod dari badan legislatif NNS waktu zaman British sejak penghujung abad ke-19 pun ada. 


Saya tidak tahu mengapa seorang Menteri Besar sengaja mencetuskan isu sebegini. Beliau pasti tahu letak duduk undang-undang bagaimana. Hanya ada dua kemungkinan: beliau terlepas tren selama hampir 300 tahun, atau beliau sengaja mahu menyebarkan pembohongan. 


Kami dah bagi undi kat hang, buat la kerja elok-elok woi!


Hazman Baharom



PUNYA KELARAH PAK LEBAI. 8 BILLION NAK SEDIAKAN AIR DI KELANTAN ? NASIB BAIK TOLAK.


 

POLIS DAH CEKUP ATAU BELUM. BIASA SEKEJAP JA NI.

 

Kerana kebencian pada Anwar dan Kerajaan Madani sanggup walaun buat pekeliling palsu menggunakan logo KPM.


Semoga pihak polis dapat mencari siapa di belakang ini semua.





OWHHHH- TAK PE.DAH NYANYUK.,

 

Rupanya PMX dan TPM bukan melayu.. terima kasih Tok Guru Hadi Awang  kerana dedahkan..

RMS dah gila..




PN TIADA ISU LAWAN KERAJAAN. POLITIK KAUM & AGAMA, ‘POLITIK MALAS’


Norman Radzuan


Pemikiran pemimpin PAS berbeza dgn TGNA

Bila Tuan Ibrahim mengatakan tak salah memainkan isu kaum dan agama… ia jauh berbeza dgn pandangan Tuan Guru Nik Aziz yg sgt benci isu perkauman dimainkan. Benarlah kata ramai bekas ahli PAS… PAS skg bukan lagi PAS di era kegemilangan Tuan Guru Nik Aziz yg disayangi semua kaum.


"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal masuk syurga tetapi Allah SWT telah menyatakan awal2 lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka.


“Eh, terciptanya bangsa ni bukanlah atas kehendak diri masing2….Bangsa2 ni atas kehendak Tuhan.Tidak ada org dilahirkan sebagai bangsa Melayu disebabkan diri sendiri minta menjadi Melayu. Tidak ada org dilahirkan Cina disebabkan dia sendiri minta menjadi Cina. Begitulah seterusnya,” kata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.


Apapun Tuan Guru Nik Aziz yg disanjungi ahli PAS sudah tiada dan seolah dilupai amanatnya…lalu kata2 Tuan Ibrahim itu pasti menjadi pegangan ahli2 nya. 


Kenapa? Saya suka memetik kata2 Za’aba…Za’ba yg ilmuan agama sgt hebat tetapi tidak mahu dikatakan Ulama sepertimana Hamka dahulu.


Za’ba mengkritik pemikiran org Melayu yg hanya melihat seseorang itu taat memakai jubah dan serban, rajin ke masjid serta mahir berbahasa Arab sudah memadai digelar Ulama.


Za’ba juga mengkritik org agama di sini yg mengajar org Melayu yg dhaif dan lemah dgn tidak mengajar mereka tentang akhlak dan falsafahnya dari sudut agama dgn menggunakan akal. Akhirnya mereka hanya tunduk dan patuh apa yg diajar tanpa menggunakan akal fikiran yg membuatkan mereka mudah tertipu.


Begitulah bila menjelang PRN, pembangkang yg ketandusan hujah utk menyerang kerajaan akhirnya memilih memainkan isu kaum dan agama. Bagi saya ia satu polemik jahat utk meracuni pemikiran org Melayu yg dikenali sebagai bangsa yg bukan kritikal.


Tidak ada mana2 negara atau kerajaan tidak mahukan perpaduan antara kaum. Tapi apabila politik kaum dan agama dimainkan ia adalah POLITIK MALAS sebagai pembangkang.


Ia semalas MB Kedah ambil jalan mudah dakwa Penang milik Kedah. Sebab apa mahukan Penang? Sebab negeri ini kaya raya sb itu Sanusi tak peduli Perlis. Cara mudah utk tambahkan hasil dan bukannya memajukan sendiri negeri Kedah.


PN tiada idea melakukan perubahan ekonomi. Tidak seperti zaman PH menjadi pembangkang dahulu, mereka bentangkan bajet belanjawan, mengkritik tadbir urus kerajaan dan menegur utk pembaikan. 


PN apa isu yg mereka perjuangkan sebagai pembangkang? DAP kawal kerajaan, isu nama Allah, PP milik Kedah, pengeluaran KWSP yg tidak menyentuh soal ekonomi. 


Mereka memainkan isu populis dgn melahirkan persepsi. Sdgkan Malaysia dlm keadaan ekonomi yg tenat utk dipulihkan angkara kebobrokan kerajaan terdahulu.


Memainkan isu perkauman adalah pembangkang yg tidak bertanggungjawab kpd keharmonian yg terjalin. Sepatutnya pemimpin politik bertanggungjawab utk memakmurkan negara bukan mencetuskan kebencian antara kaum.


PAS tahu mereka gagal memajukan negeri2 yg diperintah mereka. Kelantan menjadi negeri paling miskin di Malaysia. Masalah air sudah berpuluh tahun gagal diatasi. Lihat Terminal Bas Kelantan sudah kita dapat gambarkan bagaimana mundur negeri Kelantan yg diperintah PAS.


Jadi PAS tidak berani memainkan isu ekonomi kerana tahu mereka sendiri gagal memacukan kemajuan negeri2 yg diperintah. Malah ketika kerajaan PN memerintah Muhyiddin tidak meletakkan calon PAS sebagai Timbalan Perdana Menteri dan begitu juga kerajaan di bawah Ismail Sabri.


Bukan setakat di situ, apabila mereka menjadi pembangkang walaupun PAS menguasai 70% kerusi parlimen berbanding parti komponennya… tiada seorang pun pemimpin PAS layak utk menjadi Ketua Pembangkang apatah lagi utk menjadi Perdana Menteri.


Akhirnya bila tiada isu… kerajaan buat Menu Rahmah utk bantu golongan miskin pun dibangkangkan. Sungguh tidak bertanggungjawab dgn membodohkan org Melayu dgn  isu2 fitnah, bersangka buruk, perkauman dan agama hanya utk mencapai matlamat politik.



NAK PROPAGANDA DEKAT PILIHANRAYA. MINTA 8 BILLION UNTUK AIR? TAK MUNASABAH KOT. KERAJAAN YANG NAK BUAT SEBAB KERAJAAN NEGERI DAH GAGAL. SO BOLEH SEMBANG LAH YA.

 

Mukhlis Eddie.

Setiap kali nak PRN.. dato bentara akan tunjuk muka, lps PRN dia kembali ke lubuk dan biarkan mat amar bermain silap mata 😁




WALAUN HALAU WANMAHUSAIN. SEKALI INI JAWAPANNYA


 

PENANG NI 60AN 70AN AYAQ PAIP DAH ADA. HANGPA TUKAQ KALU....KELUAQ AYAQ MILO


 

BILA ORANG TIGA SUKU BERFIKIR


 

BILA RAKYAT TANYA PM


 

KERAJAAN BOLEH CAMPURTANGAN MELALUI BANK NEGARA


 

BEEKENALAN DENGAN CIK SU35


 

LITAR BUNIAN BUAT WALAUN


 

AKHIRNYA MAHATHIR TERSUNGKUR DIKAKI MUHYIDDIN


 

HANG SEMBANG BANYAK KUAT OOO. TAPI HANG TAK BUAT APA PUN....PEEEEGEEWDAHHHH


 

NI SEKOQ LAGI .MASA DIA JADI MENTERI UNDANG UNDANG APA PUN HANG TAK BUAT.HANG PUN SEMBANG MACAM SANUSI JUGA.


 

(function() { var d = document, w = window; w

DARI DULU PAS ANGGAP TUDUHAN LIWAT ADALAH KONSPIRASI. TAPI KINI MEREKA PULA PELAKU QAZAF

1 . Sejak 2017 PAS konsisten berkata tuduhan ke atas Anwar itu konspiasi, kini Walaun's  berlumba-lumba lakukan Qazaf...! 2. Pimpinan PA...