ADA SATU IDEA BERNAS. APA KATA KITA ORANG PENANG SOKONG MB KEDAH. . KITA BOLEH BOLOT TANAH DI KEDAH. NEGERI KITA PADAT. KITA BOLEH BELI TANAH DI KEDAH.



Oleh. Pak Man Awaluddin.


 Elok la Pulau  Pinang bawah kedah.  Kerusi PH ada 46(33+13) PAS  hanya 24 (23+1). Maka KM Penang akan jadi MB  kedah. Penang dah sendat boleh la rakyat Penang hijrah ke kedah yang banyak lagi tanah kosong. 


Untung orang Penang. Macam wilayah konon takut DAP maka diistihar wilayah tahun 1 feb 1974. Sekarang Selangor dan wilayah pun udah bawah harapan.

Siapa kata idea Sanusi kolot. Sanusi tak cerdik. Bila kita masuk Kedah, Pas dah tak boleh kuat lagi Sanusi nak menjahanamkan Pas dan orang Penang, Melayu atau cina, kita dah biasa duduk muhibah. 

Pemodal Melayu dan Cina Penang boleh kerjasama. Kita boleh kawteam beli tanah bendang , dan kita buat kondo. Orang Melayu dan cina boleh tinggal di flat atau kondo bersama dan menjadi jiran.Kita dah biasa di Penang.

Kita sekolah pun bercampur. Kita kerja pun bercampur. Kita boleh jadikan kedah kaya raya kerana Sanusi tak punya modal nak bagunkan Kedah.Kita boleh lakukan dengan kebijaksanaan kita menguruskan Penang.

Idea Sanusi memang bengap. Dia nak miskinkan lagi rakyat Kedah. Kalau sesiapa yang tolak idea Sanusi, mereka tidak memikirkan jangka panjang.

Kita tak perlu lagi berebut Sungai Muda dan bayar lagi pada Kedah. Duit itu kita bangunkan Kedah menjadi seperti Penang..tiada miskin semua ada rumah industri kita kembangkan Wilayah P.Pinang. Bendera kita gabungkan padi dan jambatan. Wilayah Pulau Pinang. Sanusi masa tu jadi tukang lawak.

Kita jadikan sawah padi lebih banyak pengeluaran. Macamana kita buat di Penang. Padi kita lebih banyak hasilnya walau tanah  kitab sedikit. Kita keluarkan hasil pertanian dan majukan pertanian.


Kita boleh lakukannya. Sanusi memang tak punya idea lain selain nak lingkupkan Melayu. Angan angan Mat Jenin beliau tidak mampu dilaksanakan. 


Lagu mana rakyat Kedah ?  Hangpa nak bersaing ka macamana kami bersaing sama ada dalam bidang pendidikan dan lain lain. Hangpa tengok sendirikan..walau anak Melayu tak ramai tapi rata rata punya pendidikan . 

Kami maju 40 tahun ke depan berbanding Kedah. Kami lalui persaingan dalam berbagai bidang. Sebab itu ramai warga Penang terkenal dalam banyak bidang.

Untuk orang Kedah , idea ni camdek. Tapi hangpa jangan kata idea ni tak boleh jadi.Nak ubah Kedah hangpa kali ni lah aupaya ayaq ada balik. Anwar akan kotakan janji dia. Hangpa nak harap apa pada MB yang suka bekelahi dengan semua orang. Hangpa tengok Kelantan. Maju mana depa. ???. Tak dak..apa pun depa tak boleh buat.




Idea Tambahan : WRLR.