NASIB MELAYU


Ramai merintih nasib Melayu di bumi sendiri. 


Mereka katakan 10 orang terkaya di Malaysia, 9 daripadanya Bukan Melayu. 


Tetapi apa yang mereka tak ambil tahu, dalam Panama dan Pandora Paper, majoritinya adalah orang Melayu yang sembunyi harta berbilion di luar negara. Tak kena cukai jua. 


***********


Ramai merintih kebanyakan perniagaan di Malaysia orang bukan Melayu yang kuasai. Habis hasil bumi. 


Tetapi apa yang mereka tak ambil tahu ialah betapa banyak syarikat GLC Melayu pelopori: PERWAJA, PROTON, LTAT malah Pharmaniaga baru2 ini. Diberi peluang berniaga beratus bilion dari Kerajaan tapi kesemuanya rugi. 


Kaya dengan tanah dan balak, siapa yang pakat jual kepada non-bumi? Walhal kuasa pentadbiran Melayu kuasai. 


*************


Ramai merintih orang Melayu paling miskin di bumi sendiri. 


Tetapi apa yang mereka tak ambil tahu ialah bagaimana Pemimpin Melayu ada yang jadi billionaire senyap2, kita hanya tahu kekayaan mereka selepas mati. 


Keluarga pemimpin juga kaya raya majoritinya, hasil kontrak kepada kroni, ada yang di-bail out bapa sendiri. Ada anak tiri pun kaya raya dengan rompakan 1MDB. Sekarang isu Jana Wibawa pun mereka hendak lari. 


*************


Adakah betul kenyataan orang Melayu susah di negara sendiri? Sedangkan pemimpinnya senang lenang, kaya raya untuk 7 generasi. 


Budaya politik kita, guna Melayu Marhein untuk kuasa politik. Tetapi omongannya di mulut bukan di hati. 


Inilah nasib Melayu, ditipu pemimpin sendiri. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


No comments: