Dua hari lepas, ada seorang YB dan juga Ketua Pemuda Parti triggered dan koyak dengan posting saya mengenai keadaan politik semasa.
YB ni siap masuk ke wall saya komen beberapa kali dan membuli. Katanya posting saya a joke dan hanya sesuai dikongsi dengan little birds. Sinis sekali dia.
Apa yang perlu dia tahu. Bila dia dulu sibuk nak jadi Menteri sampai khianat rakan sendiri, lepas tu isu surat sokongan dan buat2 busy, little birds dan saya banyak menulis isu untuk kefahaman rakyat biasa. Agar tak selalu ditipu oleh politikus seperti dia.
Little birds pernah bantu kita dalam banyak perkara. Contoh, tips mengenai Kluster Mahkamah nak jatuhkan PM8. Benar belaka. Lepas 3 hari posting, Kerajaan tersebut jatuh. Kami yang pertama dedahkan di sosial media. Ramai politisyen contact saya juga.
Kami juga yang jangka akan ada Hung Parliment post PRU15, tiada parti akan menang pilihanraya. UMNO akan mula melingkup dan PH walau akan menang paling banyak tapi takkan cukup korum nak bentuk Kerajaan. Tepat seperti yang dijangka.
Little birds dan saya juga sejak tahun 2020 promosikan Kerajaan Perpaduan. Masa dia masih Timbalan Menteri hingusan. Sekarang ini yang terbentuk atas ilham dari Istana, namun ditolak mentah2 oleh PN.
Satu saja, kepada YB tersebut. Kalau tak setuju jangan sampai menghina. Ada decorum antara YB dan rakyat biasa. Tambah sekarang seorang YB lelaki membuli wanita. Itu Mansplanning namanya.
Let them be warned “the power of people is greater than the people in power”. Kami boleh naikkan anda, tapi kami juga boleh jatuhkan. Jangan terlampau perasan.
Tok saya dulu ingatkan, saya keturunan ke 7, Dato’ Sagor. Pendekar Melayu tersohor. Kalau orang buli, lawan! Jangan biarkan...
Salam hormat,
Liyana Marzuki