PN TIADA ISU LAWAN KERAJAAN. POLITIK KAUM & AGAMA, ‘POLITIK MALAS’


Norman Radzuan


Pemikiran pemimpin PAS berbeza dgn TGNA

Bila Tuan Ibrahim mengatakan tak salah memainkan isu kaum dan agama… ia jauh berbeza dgn pandangan Tuan Guru Nik Aziz yg sgt benci isu perkauman dimainkan. Benarlah kata ramai bekas ahli PAS… PAS skg bukan lagi PAS di era kegemilangan Tuan Guru Nik Aziz yg disayangi semua kaum.


"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal masuk syurga tetapi Allah SWT telah menyatakan awal2 lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka.


“Eh, terciptanya bangsa ni bukanlah atas kehendak diri masing2….Bangsa2 ni atas kehendak Tuhan.Tidak ada org dilahirkan sebagai bangsa Melayu disebabkan diri sendiri minta menjadi Melayu. Tidak ada org dilahirkan Cina disebabkan dia sendiri minta menjadi Cina. Begitulah seterusnya,” kata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.


Apapun Tuan Guru Nik Aziz yg disanjungi ahli PAS sudah tiada dan seolah dilupai amanatnya…lalu kata2 Tuan Ibrahim itu pasti menjadi pegangan ahli2 nya. 


Kenapa? Saya suka memetik kata2 Za’aba…Za’ba yg ilmuan agama sgt hebat tetapi tidak mahu dikatakan Ulama sepertimana Hamka dahulu.


Za’ba mengkritik pemikiran org Melayu yg hanya melihat seseorang itu taat memakai jubah dan serban, rajin ke masjid serta mahir berbahasa Arab sudah memadai digelar Ulama.


Za’ba juga mengkritik org agama di sini yg mengajar org Melayu yg dhaif dan lemah dgn tidak mengajar mereka tentang akhlak dan falsafahnya dari sudut agama dgn menggunakan akal. Akhirnya mereka hanya tunduk dan patuh apa yg diajar tanpa menggunakan akal fikiran yg membuatkan mereka mudah tertipu.


Begitulah bila menjelang PRN, pembangkang yg ketandusan hujah utk menyerang kerajaan akhirnya memilih memainkan isu kaum dan agama. Bagi saya ia satu polemik jahat utk meracuni pemikiran org Melayu yg dikenali sebagai bangsa yg bukan kritikal.


Tidak ada mana2 negara atau kerajaan tidak mahukan perpaduan antara kaum. Tapi apabila politik kaum dan agama dimainkan ia adalah POLITIK MALAS sebagai pembangkang.


Ia semalas MB Kedah ambil jalan mudah dakwa Penang milik Kedah. Sebab apa mahukan Penang? Sebab negeri ini kaya raya sb itu Sanusi tak peduli Perlis. Cara mudah utk tambahkan hasil dan bukannya memajukan sendiri negeri Kedah.


PN tiada idea melakukan perubahan ekonomi. Tidak seperti zaman PH menjadi pembangkang dahulu, mereka bentangkan bajet belanjawan, mengkritik tadbir urus kerajaan dan menegur utk pembaikan. 


PN apa isu yg mereka perjuangkan sebagai pembangkang? DAP kawal kerajaan, isu nama Allah, PP milik Kedah, pengeluaran KWSP yg tidak menyentuh soal ekonomi. 


Mereka memainkan isu populis dgn melahirkan persepsi. Sdgkan Malaysia dlm keadaan ekonomi yg tenat utk dipulihkan angkara kebobrokan kerajaan terdahulu.


Memainkan isu perkauman adalah pembangkang yg tidak bertanggungjawab kpd keharmonian yg terjalin. Sepatutnya pemimpin politik bertanggungjawab utk memakmurkan negara bukan mencetuskan kebencian antara kaum.


PAS tahu mereka gagal memajukan negeri2 yg diperintah mereka. Kelantan menjadi negeri paling miskin di Malaysia. Masalah air sudah berpuluh tahun gagal diatasi. Lihat Terminal Bas Kelantan sudah kita dapat gambarkan bagaimana mundur negeri Kelantan yg diperintah PAS.


Jadi PAS tidak berani memainkan isu ekonomi kerana tahu mereka sendiri gagal memacukan kemajuan negeri2 yg diperintah. Malah ketika kerajaan PN memerintah Muhyiddin tidak meletakkan calon PAS sebagai Timbalan Perdana Menteri dan begitu juga kerajaan di bawah Ismail Sabri.


Bukan setakat di situ, apabila mereka menjadi pembangkang walaupun PAS menguasai 70% kerusi parlimen berbanding parti komponennya… tiada seorang pun pemimpin PAS layak utk menjadi Ketua Pembangkang apatah lagi utk menjadi Perdana Menteri.


Akhirnya bila tiada isu… kerajaan buat Menu Rahmah utk bantu golongan miskin pun dibangkangkan. Sungguh tidak bertanggungjawab dgn membodohkan org Melayu dgn  isu2 fitnah, bersangka buruk, perkauman dan agama hanya utk mencapai matlamat politik.