WALAUN BODO KENA TIBAI DENGAN TENGKU ZAFRUL. SURUH RUJUK DI INTERNET JIKA TAK TAHU.

 





Halus Tengku Zafrul sekolahkan budak TikTok…

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menjawab komen seorang pengguna TikTok yang mempersoal kilang mana yang sudah dibuka selama dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI ini.

Tidak melatah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menerangkan satu persatu syarikat dan kilang yang sudah dibuka sepanjang tahun lalu.

Beliau juga menyindir secara halus, menyarankan pengguna itu membuat carian terus di Google di mana maklumat akan tersedia dengan cepat.


‘Saya tak pasti bila Encik Saleh layari internet, dia lepak di ‘website’ apa. Tapi ada satu laman sesawang ini memang baik punya sesuai untuk Encik Saleh. Nama website itu Google.


“Macam-macam soalan boleh ditanya kepada Google.


 Contohnya kilang apa yang dah dibuka di Malaysia pada 2024. Ini antara sebahagian yang saya jumpa bila buat carian di Google,” katanya dalam satu perkongsian video.


Tengku Zafrul menyenaraikan tujuh kilang yang dibuka setakat tahun lalu di seluruh negara. Ia termasuklah;


1) BASF Petronas Chemicals buka loji pengeluaran 2 di Kuantan.


2) Kilang RFID antara terbesar di Asia Tenggara dibuka di Nilai Negeri Sembilan.


3) Kilang pembuatan bateri termaju RM1.9 bilion di Kedah


4) Kilang semikonduktor RM6 bilion di Pulau Pinang.



5) Loji mentanol Sarawak bernilai hampir RM5 bilion telah beroperasi pada Q1 2024.


6) Kilang cat baharu iaitu Smart Asia Chemical di Batu Gajah, Perak


7) Ray Tech buka kilang kepakaran pemeriksaan C-ray industri pintar di Johor


8) ATX Semiconductor Group membina kilang pertama di Melaka, sekaligus menjadi kilang pertama dibina di luar China.


9) Kilang komponen elektrik MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah, Selangor.


Dalam video itu, Tengku Zafrul juga berseloroh mengatakan sepatutnya kilang-kilang ini dibuka bersebelahan rumah Encik Saleh supaya individu itu tahu berapa banyak kilang yang sudah dibuka sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI.



“Ini baru sebahagian dari kilang yang dibuka pada 2024. Belum habis lagi. Panjang kalau campur dengan 2023 dan 2025. Penat kita nak baca satu-satu.



“Saya minta maaf Encik Saleh kerana pelabur-pelabur ini semua tak bertimbang rasa. Ada ke patut mereka buka kilang jauh dari rumah Encik Saleh. Patutnya mereka buka sebelah rumah, barulah Encik Saleh tahu rupanya banyak kilang yang dibuka di Malaysia masa kerajaan Madani memerintah,” ujarnya lagi.




JOM DEDAHKAN !! PM Anwar Turut Bincangkan Perolehan Aset Perluan Tudm Se...


“Dalam pertemuan, kami terus membincangkan beberapa perkara penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk isu pertahanan, keselamatan, ekonomi, perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan. Sebelum pulang, saya zahirkan penghargaan di atas lawatan ini yang pastinya bakal membawa kepada kerjasama yang bermakna pada tahun-tahun mendatang.






VIRAL ‼️ AHLI PARLIMEN PN ‘KOYAK’ KENA SINDIR DENGAN DR TAUFIQ

PN BERJAYA MASUK PLOT ! HAMZAH MASIH TAK SEDAR LAGI !

PMX Bantu Dua Ribu Syarikat Tempatan

Walaun Samakan Gambar Kes Ismail Sabri Dan Kes Air Sabah?

Khemah Bazar Terbalik Dipukul Ribut, DBLK Pula Yang Dipersalahkan ??

LIVE: JANGAN SAMAKAN PINJAMAN KEPADA SAPURA ENERGY DENGAN "BAIL-OUT" ZAM...

Ganti Pengurusan Lama Sapura Energy Antara Syarat Pinjaman Dana RM1.1 Bilion – PM Anwar

 

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 13 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 13 Mar – Pengurusan kanan Sapura Energy Bhd (SEB) perlu ditukar dan diganti baharu, antara syarat ditetapkan oleh kerajaan sebelum suntikan dana RM1.1 bilion diberikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, suntikan dana itu bukan langkah untuk menyelamatkan individu tertentu atau pengurusan tertinggi syarikat, sebaliknya untuk membantu vendor yang terkesan akibat masalah kewangan dihadapi syarikat berkenaan.

“Ini bukan bailout atau menyelamatkan syarikat besar, pengurusan kanan semua mesti keluar (diganti) itu cara kita.

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan SEB memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).

Dalam satu kenyataan, SEB menjelaskan pihaknya memeterai perjanjian pembiayaan bersyarat dengan MDH, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha penstrukturan semula kewangannya, mengukuhkan komitmen SEB terhadap kemampanan jangka masa panjang.

MDH sebagai sebuah syarikat tujuan khas Menteri Kewangan (Diperbadankan), menetapkan hasil langganan itu hanya akan digunakan untuk penyelesaian atau pembayaran liabiliti yang terhutang oleh SEB Group kepada penyedia perkhidmatan Malaysia yang beroperasi dalam atau menyokong sektor minyak dan gas di Malaysia.

Anwar berkata, suntikan sebanyak RM1.1 bilion kepada SEB bukan berbentuk dana hangus, sebaliknya pinjaman yang perlu dibayar semula syarikat itu.

Perdana Menteri menjelaskan, suntikan pelaburan itu dijadikan sebagai modal pinjaman supaya pengurusan syarikat apabila mendapat keuntungan, akan memulangkan semula dana berkenaan.

“Apakah dana ini dana hangus? Tidak. Apa yang dilakukan ialah suntikan ini akan dijadikan modal pinjaman supaya pengurusan baharu mudah-mudahan akan mengurus dengan lebih baik.

“Apabila (SEB) mendapat keuntungan, (mereka) membayar semula dana suntikan itu, pulangkan (semula) RM1.1 bilion, jadi ini bukan suntikan dana tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penstrukturan semula SEB sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

“Suntikan modal ini adalah sebahagian daripada usaha penstrukturan semula SEB dan ia adalah untuk membantu dan menyelamatkan pekerja tempatan yang sekian lama tidak menerima bayaran bagi perkhidmatan mereka.

“Ia juga penting untuk menyelamatkan ekosistem industri minyak dan gas tempatan. Amat penting untuk ditegaskan bahawa suntikan modal ini juga tidak sama sekali memanfaatkan pemegang saham atau pengurusan SEB,” katanya.


Selepas 5 jam disiasat, Ismail Sabri diarah datang kembali ke SPRM esok

 



Selepas kira-kira lima jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan untuk kembali semula ke agensi itu pagi esok.


Ia difahamkan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan bekas Perdana Menteri ke-9 itu kepada pasukan penyiasat.

Menurut New Straits Times (NST), SPRM kini menugaskan ramai petugasnya untuk menyiasat kes ini.



Ismail perlu hadir kembali esok pada jam 9 pagi.

Azam bagaimanapun menolak khabar angin bahawa Ahli Parlimen Bera itu ditangkap apabila tampil memberi keterangan hari ini.


“Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan beliau kepada pasukan penyiasat SPRM yang sedang meneliti hasil siasatan mereka.



“Kami menugaskan ramai petugas untuk menyiasat kes ini kerana terdapat ratusan dokumen yang perlu dianalisis,” katanya menurut portal berbahasa Inggeris itu.


Terdahulu, pegawai penyiasat SPRM mengambil masa kira-kira lima jam untuk merekodkan kenyataan Ismail Sabri yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.46 pagi tadi.

Ismail adalah saspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16kg jongkong emas.


Penemuan itu hasil serbuan terhadap tiga premis termasuk safe house selepas SPRM menahan empat bekas pegawai kanannya.



Rasuah: Ismail Sabri Beri Keterangan Lima Jam Kepada SPRM

 


PUTRAJAYA, 13 Mar – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama kira-kira lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan jenis Audi berwarna hitam yang dinaiki beliau, meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 3.13 petang selepas memasukinya pada jam 9.45 pagi tadi kerana dijadualkan memberi keterangan kepada penyiasat SPRM pada jam 10 pagi.

Ketika melewati pintu keluar, Ismail Sabri sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang berkumpul di di situ sejak awal pagi tadi.

Menurut sumber, Perdana Menteri Ke-sembilan yang juga Ahli Parlimen Bera dijangka hadir semula ke pejabat SPRM pada Jumaat ini bagi meneruskan rakaman percakapan.

Media semalam melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata sijil cuti sakit Ismail Sabri berakhir hari ini.

Berikutan itu, beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara gradual ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Pada 3 Mac, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Syarikat Korporat, GLC Disaran Laksana Inisiatif Sekolah Angkat – PM Anwar

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 12 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya syarikat korporat mahu pun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan inisiatif ‘sekolah angkat’ bagi membantu membangunkan atau menaik taraf sekolah-sekolah di negara ini.

Perdana Menteri mahu syarikat-syarikat korporat berkenaan bersama-sama membantu kerajaan dalam menambah baik kemudahan tersebut demi kesejahteraan murid.

“Ada cadangan baharu, sekolah pada 2023 ada 8,600 tandas di sekolah di Malaysia. Bayangkan anak-anak kita, sekolah kita dengan (keadaan) fasiliti yang tidak boleh diterima.

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi apa yang kita (semua) boleh buat adalah dengan menyelesaikan (bersama) dengan kerajaan ambil langkah ini (menambah baik tandas di sekolah) yang menelan kos RM1 bilion.

“Untuk sekolah yang terletak di Kuala Lumpur (yang berada) lima ke 10 minit dari residen anda, ini masanya kita bersama membangunkan fasiliti ini dan wajar ambil langkah bersama. Keutamaan saya adalah sekolah, hospital, projek mitigasi banjir yang memerlukan (kos) berbilion ringgit,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Madani Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menyelaras perkara tersebut bersama Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kalau kita boleh dapat 200 sekolah yang dipantau secara langsung, (ini) akan banyak membantu,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan harapan supaya syarikat korporat dan GLC mengambil penyertaan dalam program Kampung Angkat MADANI sebagai usaha untuk memajukan dan membangunkan kawasan desa.

“Tiap pengurus besar, Tan Sri, Datuk Seri, ketua-ketua syarikat itu harus pilih kampung dia sendiri dan bangunkan bersama dengan sebahagian jentera kerajaan dalam usaha ini,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba disambut para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, beliau yakin menerusi penyertaan daripada syarikat-syarikat ini membolehkan bilangan Kampung Angkat MADANI dipertingkatkan kepada 400 buah berbanding sasaran asal 200 buah ketika ini.

Kampung Angkat MADANI merupakan program bawah Dana Komuniti Madani (DKM) bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada 12 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kewujudan Kampung Angkat MADANI ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan.



LEPAS NI HADAP.


 MMMS


Terbaik, lepas ini semua IC 10 boleh rasa apa yang Un rasa selama berpuluh tahun.



Now everyone can experience incompetency first hand; air karat, sampah bersepah, terminal reban ayam adalah sebahagian dari mehnah dan consolation prize hidup di bawah kepimpinan lebai.




MARI BACA FAKTA BUKAN AUTA.

 

    


           Zunar Cartoonist Fan Club



PENJELASAN PMX

 


BEZA MAHAZALIM DAN ANWAR ISU SAPURA.

 

Aman Muhammad


Antara perkara yang membezakan PM6 dan PMX dalam isu Sapura ni ialah audit forensik dan penstrukturan semula Sapura.


PM6 mahu bail out Sapura tanpa audit forensik dan penstruktiran semula Sapura.


Manakala PMX telah buat audit forensik Sapura pada tahun 2024 dan penstrukturan semula sedang dijalankan.


:)



PERDANA MENTERI JAWAB FITNAH BACHOK! SANGAT MEMALUKAN BELUM ADA APA SUDA...

PEMBERI MAKLUMAT SKANDAL SABAH TAK GOYAH, MESKI IDENTITINYA KINI SUDAH TERDEDAH

 

Dalam perkembangan terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dipetik sebagai berkata, langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan terhadap pemimpin tersebut berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.

“Tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau cuba untuk melindungi mana-mana pihak dalam kes ini.

“Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun yang merupakan pemberi maklumat dalam mendedahkan skandal rasuah Sabah yang didakwa melibatkan ahli politik Sabah berkata, beliau tidak goyah meskipun identitinya kini telah didedahkan.

Sebelum ini, dengan berbekalkan sebatang pen kamera yang dibeli dari Shopee pada harga RM75, beliau melakukan rakaman berkaitan skandal itu yang kini menggemparkan landskap politik negara.

Semalam, bekas KP SPRM, Latheefa Koya menyebut namanya sebagai “Albert” dan tidak menggunakan nama penuh untuk melindunginya.

Beberapa jam kemudian, Azam Baki mendedahkan nama keluarganya kepada media pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah.

Namun, bapa kepada dua anak itu tetap tidak terpengaruh, enggan memikirkan sama ada tindakan Azam Baki itu disengajakan atau tidak.

“Tidak penting,” katanya kepada Malaysiakini.

“Saya hanya sedikit bimbang terhadap keluarga saya. Saya menerima ugutan bunuh pada masa lalu. Bagaimana jika sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab?” soalnya.

Ahli perniagaan itu juga menuduh kerajaan Sabah melancarkan kempen media sosial berskala penuh terhadapnya sejak video itu muncul.

“Mereka telah mendedahkan nama saya, butiran peribadi malah menyenaraikan hartanah dan kenderaan yang saya miliki semuanya dalam usaha terdesak untuk memburukkan nama saya. Sesetengah maklumat adalah palsu.

“Mereka telah melemparkan pelbagai tuduhan, cuba mengalihkan tumpuan. Seolah-olah dengan menyerang saya entah bagaimana boleh menjustifkasi kedudukan mereka. Tetapi semua itu tidak penting.

“Saya bersedia untuk teruskan. Jadi lebih baik mereka bersedia juga,” tegasnya.

Antara lain, ahli perniagaan itu, yang dijadual memberikan kenyataannya kepada SPRM tengah hari ini, telah dituduh menjadi sebahagian daripada kartel yang ingin memonopoli perlombongan di negeri ini dan menggunakan kaedah penipuan untuk mencapai objektif ini.

Sejak November, beliau telah mengeluarkan sembilan video dan pelbagai tangkapan layar mesej WhatsApp. Video dan mesej terbaru membabitkan Speaker DUN Sabah, Kadzim Yahya.

Menurut ahli perniagaan itu, bahan-bahan ini, bersama-sama dengan bukti tambahan dalam simpanannya, membuktikan bahawa dia merasuah ahli parlimen Sabah sebagai pertukaran untuk lesen cari gali mineral.

“Saya mengharapkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, memandangkan saya telah mendedahkan salah satu skandal rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya.

“Sebaliknya, saya telah dihantar mesej yang jelas: tutup mulut,” katanya kepada Malaysiakini, sambil menmbangkitkan rayuannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Ahli perniagaan itu mengakui risiko mencabar ahli politik berpengaruh, menyedari bahawa keadaan itu boleh dengan mudah menjejaskannya.

“Saya tahu risikonya. Saya menentang ahli politik yang berkuasa. Saya bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Peguam saya dan Latheefa telah memberitahu saya bahawa saya harus dilayan sebagai saksi pendakwaan kerana agensi penguatkuasaan biasanya mengejar ‘ikan yang lebih besar’,” tambahnya.

Pemberi maklumat itu juga mengakui sokongan Latheefa telah menguatkan tekadnya.

“Saya berterima kasih kepadanya dan Lawyers for Liberty (LFL) kerana menyokong saya,” katanya.

Semasa sidang medianya, Latheefa mendedahkan bahawa seorang individu berpangkat tinggi telah cuba menghalang pemberi maklumat daripada tampil ke hadapan.

Semalam, pengarah eksekutif LFL Zaid Malek menyerahkan rakaman video penuh yang belum diedit kepada SPRM.

Tindakan ini adalah sebagai tindak balas kepada kenyataan Azam bahawa video yang diterbitkan – di mana suara ahli perniagaan itu diubah untuk tidak mahu namanya disiarkan – telah diedit dan, oleh itu, tidak boleh diterima sebagai bukti.

Dalam temu bual sebelum ini dengan Malaysiakini, ahli perniagaan itu mengakui bahawa merasuah Adun itu adalah salah tetapi mendakwa dia telah tiada pilihan lain.

“Saya diberitahu ini adalah satu-satunya cara untuk m


enjalankan perniagaan di Sabah,” katanya.

Jelasnya, rakaman itu dibuat dalam keadaan terdesak selepas lesen cari gali mineralnya ditarik balik.

“Saya marah dan terdesak. Saya telah melaburkan sejumlah besar masa dan wang ke dalam proses penerokaan perlombongan,” katanya. – ShahbudinHusin 12Mac2025.




BARUA NAJIB TRY SPIN.




 Apek try spin lagi... dia cakap Najib dulu bantu vendor..🤣🤣

Masa Najib dulu, itu nak bantu pengurusan SAPEN , jahanamkan PETRONAS.. tak ada syarat dan terma.. burn macam tu saja..



KEH.. KEH.. KEH OTAK SELUT. PATUT KENA BUANG SEBAGAI PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK SULTAN NAZRIN SHAH ADA PHd. MALU KALAU ADA WAKIL MB OTAK GINI. .

RMS. 



 Spesis mahkluk jenis ni, otak dia boleh on off.. pasal tu jika kita explain pun, buang masa.


Nak masuk komen tapi akaun ni dah kena blocked.. 😤😤




KENYATAAN MEDIA. PEJABAT PERDANA MENTERI.


"Pelaburan dalam Sapura Energy Bhd bukan dana hangus, ia adalah suntikan untuk membantu vendor dan perlu dibayar semula. - PM"


"RM1.1 bilion akan disalurkan terus kepada vendor yang terlibat dalam industri minyak dan gas yang dikendalikan oleh Sapura Energy dan telah melakukan kerja mereka - Datuk Seri Anwar Ibrahim "





BUAT ROSAK RAKYAT NEGERI ASAL JA.


RMS


 Semalam keluar berita, PAS galakkan walaun PAS mengundi diSelangor khasnya yang berasal dari  Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi memastikan Selangor dikuasai PAS..






Hari ini SPR  keluarkan infografik cara cara menukar  alamat mengundi..


Kebetulan ke atau memang walaun yang kuasai SPR..??



KALAU DI PAHANG ORANG KENAL DENGAN PANGGILAN "PLAT D"


 RMS


Alhamdulilah, akhirnya berlaku penyatuan ummah diSelangor, bila orang Melayu menolak cadangan PAS...Takbir..!!!


Ni sikit saja komen, ada berpuluh ribu lagi yang mengutuk PAS.. takbir..!!!












NI SEKOQ LAGI. TAKUT APA TUAN GURU... BANYAK NGAT KA RETA DUNIA NI?

 Najib Bakar


Sebelum ATGNA meninggal, "saya orang pertama sokong isytihar harta."





Selepas ATGNA meninggal, " 'bodoh' isytihar harta", "isytihar harta teori komunis."


😌