Selepas kira-kira lima jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan untuk kembali semula ke agensi itu pagi esok.
Ia difahamkan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan bekas Perdana Menteri ke-9 itu kepada pasukan penyiasat.
Menurut New Straits Times (NST), SPRM kini menugaskan ramai petugasnya untuk menyiasat kes ini.
Ismail perlu hadir kembali esok pada jam 9 pagi.
Azam bagaimanapun menolak khabar angin bahawa Ahli Parlimen Bera itu ditangkap apabila tampil memberi keterangan hari ini.
“Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan beliau kepada pasukan penyiasat SPRM yang sedang meneliti hasil siasatan mereka.
“Kami menugaskan ramai petugas untuk menyiasat kes ini kerana terdapat ratusan dokumen yang perlu dianalisis,” katanya menurut portal berbahasa Inggeris itu.
Terdahulu, pegawai penyiasat SPRM mengambil masa kira-kira lima jam untuk merekodkan kenyataan Ismail Sabri yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.46 pagi tadi.
Ismail adalah saspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16kg jongkong emas.
Penemuan itu hasil serbuan terhadap tiga premis termasuk safe house selepas SPRM menahan empat bekas pegawai kanannya.
No comments:
Post a Comment