KETUA PEMUDA PARTI ISLAM APA FITNAH KENA BAYAR SAMAN. KIOK.


 

KEH.KEH KEH.....KELAUT LA KO


 

LAIN PARTI LAIN PULAK PENDAPAT ? KIOK LAGI


 

NOHHHH...JANJI DICAPATI.KIOK

 


AKU BUKAN CEPLOS BEEBAYAR

 

Fahmi Rezza.



"Semua kerajaan pun kau kritik dan lawan, semua PM tak kena kat mata kau, apa yang kau nak sebenarnya?"






Apa yang aku nak sebenarnya? 


Aku nak mereka kembalikan kuasa kepada rakyat. REAL DEMOCRACY dan PEOPLE POWER.


Pada tahun 2013 aku ikut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Beratus ribu orang membanjiri Stadium Merdeka.


Aku hadir bawak sepanduk protes yang berbunyi, "WE WANT REAL CHANGE & REAL DEMOCRACY, NOT JUST A CHOICE BETWEEN COKE & PEPSI" seperti dalam gambar di bawah.


Aku tak masuk dalam stadium, hanya berdiri di luar dengan sepanduk aku. Aku hadir bukan untuk dengar ucapan2 yang membosankan dari tikus2 kantor dan elit2 politikus Pakatan Rakyat macam Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Nik Aziz, Saifuddin Nasution dan tikus2 lain yang hanya menunggang kemarahan rakyat, dan mempergunakan rakyat untuk dapatkan kuasa. Himpunan ni adalah propaganda mereka sebelum PRU-13 tahun tu.


Aku hadir dengan sepanduk aku sebagai tanda solidariti dengan rakyat biasa yang sudah bosan dengan sistem demokrasi di Malaysia yang hanya memberi kita pilihan antara BN atau PR, Najib atau Anwar, Coke atau Pepsi.


Sepanduk protes aku turut dipetik dalam laporan di blog Siasah Daily:

"Tetapi perlu diakui juga bukan semua peserta di bawah kawalan pihak PR, kerana elemen anarkis dan yang lebih radikal yang semakin banyak menyertai perhimpunan seperti ini. Salah satu sepanduk yang menarik perhatian dalam perhimpunan ini bertulis, "We want real change and real democracy, not just a choice between Coke and Pepsi," dengan gambar wajah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di posisi bertentangan."


Kalau korang tengok gambar close-up sepanduk tu, korang boleh nampak muka dua orang tikus2 bangsat yang aku umpamakan sebagai Coke & Pepsi.


Banyak orang ada banyak interpertasi masing2 tentang slogan yang aku tulis dalam sepanduk ni. 


Sebenarnya yang aku cuba sampaikan ialah kita rakyat bukan mahu lebih banyak pre-determined & ready-made choices, bukan mahu lebih banyak pilihan yang dah ditetapkan oleh penguasa, bukan mahu lebih banyak pilihan parti-parti politik atau lebih banyak pilihan calon2 yang berebut2 nak jadi YB macam kat Sabah hari tu.


Tapi kita mahu agar rakyat biasa ada hak dan kuasa untuk terlibat sama dalam proses menentukan apa yang kita nak, to be the part of the decision-making process, bukan hanya hak untuk memilih wakil elit2 politikus atau parti yang akan buat semua keputusan untuk kita. Rakyat terlibat sama. Ini baru "REAL DEMOCRACY".


Bukan setakat pilihan antara Parti A dengan Parti B. Bukan setakat pilihan antara Najib dengan Anwar. 


REAL DEMOCRACY seharusnya tidak bersifat elitis dimana hanya segelintir elit2 politikus memiliki kuasa untuk membuat semua keputusan tanpa partisipasi terus dan langsung daripada rakyat biasa.


REAL DEMOCRACY wujud bila rakyat biasa diberi suara dan kuasa untuk turut serta berpartisipasi dalam proses membuat keputusan2 politik seperti proses pembuatan dasar2 dan penggubalan undang2, bukan setakat berpartisipasi untuk memilih parti pemerintah lima tahun sekali sahaja.


Sebagai contoh di Brazil, rakyat di peringkat tempatan terlibat secara langsung dalam menentukan pengagihan bajet di bandar mereka. Di Malaysia hanya tikus2 kantor yang tetapkan dan bentangkan bajet, rakyat hanya perlu akur dan terima keputusan mereka.


Di Kanada, rakyat di peringkat akar umbi terlibat secara langsung dalam menggubal dan mengusulkan sistem pilihan raya yang baharu di peringkat tempatan. Di Malaysia kita masih pakai sistem pilihan raya yang lapuk peninggalan penjajah British.


Di Iceland, rakyat terlibat secara langsung dalam proses penggubalan perlembagaan baharu mereka. Di Malaysia kita masih pakai perlembagaan yang lapuk peninggalan penjajah British.


Di Switzerland, sebelum sesuatu rang undang2 yang telah diluluskan oleh wakil2 rakyat di parlimen menjadi akta, ia perlu diluluskan dulu oleh rakyat melalui proses referendum di mana rakyat mengundi secara langsung untuk meluluskan atau menolak akta tersebut. Di Malaysia semua rang undang2 perlu dapat perkenan daripada Agong, tapi Agong tak ada kuasa untuk menolak mana2 akta yang dah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Agong tak function.


Ini hanya beberapa contoh. Sila Google sendiri "participatory democracy" atau "direct democracy" untuk contoh-contoh lain dimana rakyat diberi suara dan kuasa untuk berpartisipasi secara langsung dalam proses membuat keputusan.


Ingat, dalam negara demokrasi, RAKYAT ADALAH BOSS. Sudah tiba masa untuk kita rakyat tidak lagi berharap pada tikus2 kantor dan elit2 politikus bangsat dengan parti2 politik bangsat mereka. Sudah tiba masa untuk kita rakyat biasa memahami sistem demokrasi yang digunapakai di Malaysia sekarang supaya kita boleh sama2 ubah sistem ini untuk kembalikan kuasa kepada rakyat, ke arah REAL DEMOCRACY dan PEOPLE POWER.


P.S. Setiap kali aku tulis panjang2 macam ni, aku tak pasti sama ada orang baca sampai habis atau tidak, sama ada orang cuba fahamkan atau tidak. Mungkin sebab tu aku lebih banyak melukis dari menulis sebelum ni sebab lagi ramai orang mudah faham lukisan aku 😁



DIA PUNYA KARUT, FITNAH PENGUSAHA SALOMA BISTRO. KES NI TAK GUNA OUN AKU NAK MASUK DALAM BLOG NI.CUMA NAK BAGI INTRO BAHAWA DIA AKHIRNYA KENA SAMAN.


 

PUNYA TAK GUNA MANUSIA NI


 

MENGAPA?


Roslan Mihalis


 Mengapa dulu kita lawan Azam baki?  Sbb waktu itu Azam baki tak mampu lawan rasuah, byk aduan tidak disiasat.  Kenapa?  Sbb bos Azam waktu itu juga penyakau, menantu bos pun penyakau.  Azam tak boleh buat apa kerana bos iaitu PM ketika itu pun penyakau.  





Mengapa skrg Azam baki boleh tunjukkan prestasinya dgn baik dan berani siasat jerung2 besar?  Sebab bos dia skrg iaitu PM adalah penentang rasuah dan PMX sendiri sokong Azam buru jerung2 besar.  


Jika lepas ini Azam berhenti pun, kita puas hati kerana bjaya bantu PMX lawan rasuah.  Itu beza Azam baki di era Din cirit dan Mail jongkong dengan Azam baki di era kjaan madani.  Alhamdulillah.



SULTAN TEGUR MONYET



 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegur Ahli-Ahli Parlimen yang gagal menunjukkan contoh baik dan meminta mereka mewakili rakyat dengan penuh hormat, maruah dan integriti.





Baginda menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir wakil rakyat yang terjerumus dalam pertengkaran, jerit-menjerit serta tingkah laku tidak tertib di Dewan Rakyat.


Sultan Sharafuddin bertitah bahawa Ahli Parlimen yang berperangai sedemikian sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda, namun sebaliknya "mereka berkelakuan seperti pembuli".


Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berkelakuan-seperti-pembuli-sultan-selangor-tegur-kelakuan-tidak-beradab-ahli-parlimen-551333

#AWANInews



TAU DAH HANG TU



 Fans Utara


Memang dah tau..

Benda yang salah dia akan cakap taktau..

Benda yang baik dia akan cakap dia yg buat..

Dia tak pernah salah.. 🙄🙄




SIRI 1 MAHATHIR PEMBELIT NEGARA.

 




MASIH INGAT LAGI BAGAIMANA TUN M PUTARBELIT KONONNYA PERJANJIAN GEELY-PROTON BAWAH NAJIB 'GADAI NEGARA', KEMUDIAN TUN MASUK PERJANJIAN SAMA SELEPAS KEMBALI PM?


Ya, saya amat menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad, namun itu tidak bermakna saya keberatan mengaku bahawa beliau sememangnya seorang ahli politik dan sering terjebak dengan politik persepsi dan propaganda untuk menjatuhkan reputasi musuh politiknya.


Pada 25 Mei 2017, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh secara terbuka atas penjualan 49.9 peratus kepentingan dalam pengeluar kereta nasional Malaysia Proton kepada pembuat kereta China Zhejiang Geely Holding Group.


Mahathir, yang mengasaskan Proton Holdings pada 1983, berkata beliau tidak boleh berbangga dengan kejayaan masa depan Proton kerana ia bukan lagi miliknya atau Malaysia.


"Saya seorang ‘sissy’. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia kering mata. Anak saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya. Tolong maafkan saya," tulis Dr Mahathir di blognya.


"Proton hasil pemikiran saya telah dijual. Ia mungkin permulaan penjualan yang hebat. Prosesnya tidak dapat dielakkan. Tidak ada cara lain untuk kita memperoleh berbilion-bilion untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita. Dan akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara yang hebat tidak syak lagi, tetapi dimiliki oleh orang lain," tambahnya.


Namun, pada 19 Ogos 2018, setelah kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, Mahathir yang sama menjadi saksi kepada satu majlis menandatangani perjanjian antara Proton Holdings dan Zhejiang Geely Holding, yang lebih kurang merupakan perjanjian untuk mengesahkan apa yang sudah pun dijanjikan di bawah pentadbiran Najib.


Tiba-tiba, Mahathir, yang berdiri sambil tersenyum di belakang Pengerusi Proton Holdings Bhd dan Presiden Kumpulan Zhejiang Geely Holding, berasa megah dengan perjanjain itu dan tidak lagi berpendapat Malaysia sudah tergadai.


Saya benci politik hipokrisi sebegini. Saya sangkakan perkara ini tidak akan berulang, tetapi nyata saya silap.


Kini tiba giliran perjanjian antara Malaysia dan Amerika Syarikat diputarbelit untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya kedaulatan negara telah tergadai.


Saya telah menghuraikannya secara panjang lebar sebelum ini dan telah "cut and paste" teks tersebut di bawah:


---------

BERIKUT MERUPAKAN HURAIAN Terperinci PERJANJIAN MALAYSIA-AS YANG PERNAH SAYA TERBITKAN SEBELUM INI:


HURAIAN TERPERINCI 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐒 BAGI MEREKA YANG 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐑𝐀-𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌, 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐅𝐒𝐈𝐑, 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 '𝐒𝐏𝐈𝐍' (𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒):


Selain exit clause, perjanjian Malaysia-AS (ART) ada beberapa klausa perlindungan yang secara eksplisit atau implisit melindungi kedaulatan Malaysia.


Ini bermakna AS tak boleh paksa atau wajibkan Malaysia ikut langkah yang bertentangan dengan undang-undang domestik, kepentingan nasional, atau kedaulatan kita. 


Klausa ini bukan "perangkap", tapi piawaian dalam treaty/perjanjian antarabangsa untuk elak paksaan mutlak.


Saya jelaskan terperinci berdasarkan teks rasmi perjanjian (dari White House, USTR, dan MITI):


𝟏. 𝐏𝐫𝐞𝐚𝐦𝐛𝐮𝐥 (𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧) – 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧


𝐓𝐄𝐊𝐒: "EMPHASIZING their shared values, including their shared commitment to sovereignty, economic prosperity, and resilient supply chains..." 


𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃: Dari awal lagi, perjanjian tegaskan komitmen bersama kepada kedaulatan. Ini bukan sekadar kata-kata—ia jadi prinsip tafsiran keseluruhan perjanjian (mengikut Vienna Convention on the Law of Treaties). Maknannya, AS tak boleh paksa apa-apa yang langgar kedaulatan Malaysia.


𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍: Mana-mana klausa (termasuk Article 5) tak boleh ditafsir sebagai serah kedaulatan. Jika bertentangan, Malaysia boleh tolak dengan rujuk preambul ini.


 

SIRI 2 MAHATHIR PEMBELIT NEGARA





 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆: Mengikut Vienna Convention on the Law of Treaties (VCLT), Preambul adalah sebahagian daripada konteks untuk tafsir treaty/perjanjian.


𝐓𝐄𝐊𝐒: "A treaty shall be interpreted in good faith in accordance with the ordinary meaning... in their context and in the light of its object and purpose." Context termasuk preambul dan annexes. 


𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍:  Mana-mana artikel (e.g., Article 5) mesti ditafsir selaras dengan preambul. Jika ada konflik, preambul (seperti "shared commitment to sovereignty") boleh batalkan atau hadkan tafsiran yang langgar kedaulatan.


𝟐. 𝐊𝐥𝐚𝐮𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝟓 

𝐀𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝟓.𝟏 


"...but does not prejudice Malaysia's trade with third countries under existing multilateral agreements... guided by principles of goodwill... or agree to a timeline for implementation that is acceptable to both Parties." 


𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃:


Tak halang dagang dengan negara lain (e.g., China) selagi ikut WTO/RCEP/ASEAN.


Timeline wajib dipersetujui bersama—AS tak boleh paksa serta-merta.


𝑁𝑂𝑇𝐴: 𝐼𝑛𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑟𝑒𝑒𝑚𝑏𝑙𝑒, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑝𝑢𝑛 𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝐷𝐴𝑁 𝑀𝐸𝐿𝐼𝑁𝐷𝑈𝑁𝐺𝐼 𝐾𝐸𝐷𝐴𝑈𝐿𝐴𝑇𝐴𝑁 𝑁𝐸𝐺𝐴𝑅𝐴.


 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝟓.𝟐: 


1. Malaysia shall, through its domestic regulatory process, cooperate with the United States...  


2. Malaysia shall cooperate with the United States, in a manner consistent with applicable requirements of domestic laws and regulations... 


𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃: Semua obligasi (termasuk kerjasama sekatan) wajib ikut undang-undang Malaysia dulu (e.g., Perlembagaan, Akta Kastam). Jika bertentangan, tak wajib ikut. AS tak boleh paksa langgar undang-undang atau Perlembagaan kita... 


𝑁𝑂𝑇𝐴: 𝑆𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑙𝑎𝑔𝑖, 𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑟𝑒𝑒𝑚𝑏𝑙𝑒, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑝𝑢𝑛 𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝐷𝐴𝑁 𝑀𝐸𝐿𝐼𝑁𝐷𝑈𝑁𝐺𝐼 𝐾𝐸𝐷𝐴𝑈𝐿𝐴𝑇𝐴𝑁 𝑁𝐸𝐺𝐴𝑅𝐴.


𝐊𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭𝐞 (𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝟓)


𝐓𝐄𝐊𝐒: "If Malaysia enters into a new... agreement... that jeopardizes essential U.S. interests, the United States may, if consultations with Malaysia fail to resolve its concerns, terminate this Agreement..." 


𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃: AS wajib runding dulu sebelum terminate. Tiada penalti automatik—Malaysia ada ruang pertahankan kedaulatan.

𝑁𝑂𝑇𝐴: 𝑆𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑙𝑎𝑔𝑖, 𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑟𝑒𝑒𝑚𝑏𝑙𝑒, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑝𝑢𝑛 𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝐷𝐴𝑁 𝑀𝐸𝐿𝐼𝑁𝐷𝑈𝑁𝐺𝐼 𝐾𝐸𝐷𝐴𝑈𝐿𝐴𝑇𝐴𝑁 𝑁𝐸𝐺𝐴𝑅𝐴.


𝐀𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝟕.𝟏 – 𝐑𝐞𝐜𝐨𝐠𝐧𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐟 𝐄𝐱𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭𝐬 (𝐖𝐓𝐎 + 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥)


𝐓𝐄𝐊𝐒: "The Parties recognize their rights and obligations under the WTO agreements, including provisions that reflect a WTO member’s sovereign rights to protect essential security..." 


𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃: Malaysia boleh abaikan obligasi jika gugat keselamatan negara kita (e.g., sekatan AS jejas ekonomi).

𝑁𝑂𝑇𝐴: 𝑆𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑙𝑎𝑔𝑖, 𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑟𝑒𝑒𝑚𝑏𝑙𝑒, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑢𝑑𝑎ℎ𝑝𝑢𝑛 𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝐷𝐴𝑁 𝑀𝐸𝐿𝐼𝑁𝐷𝑈𝑁𝐺𝐼 𝐾𝐸𝐷𝐴𝑈𝐿𝐴𝑇𝐴𝑁 𝑁𝐸𝐺𝐴𝑅𝐴.


Jadi, sekalipun Kemboja ada klausa tambahan yang tiada dalam perjanjian Malaysia, Malaysia tidak perlu tiru klausa itu kerana bahasa perjanjian keseluruhan dalam perjanjian Malaysia-AS, termasuk preemble, sudah melindungi kedaulatan negara secara total.


----------------------


KOMEN SAYA TERHADAP KENYATAAN YANG PERNAH DIBUAT OLEH RAFIZI:


𝐈𝐒𝐔 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐂𝐈 & 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐊𝐄𝐋 𝟓.𝟏 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐒 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐀𝐑𝐁𝐄𝐋𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆


𝐓𝐞𝐤𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐬, 𝐝𝐢𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚:


𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐬:


𝐼𝑓 𝑡ℎ𝑒 𝑈𝑛𝑖𝑡𝑒𝑑 𝑆𝑡𝑎𝑡𝑒𝑠 𝑖𝑚𝑝𝑜𝑠𝑒𝑠 𝑠𝑎𝑛𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛𝑠, 𝑡𝑎𝑟𝑖𝑓𝑓𝑠, 𝑜𝑟 𝑜𝑡ℎ𝑒𝑟 𝑡𝑟𝑎𝑑𝑒 𝑟𝑒𝑠𝑡𝑟𝑖𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛𝑠 𝑜𝑛 𝑎 𝑡ℎ𝑖𝑟𝑑 𝑐𝑜𝑢𝑛𝑡𝑟𝑦 𝑓𝑜𝑟 𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑐𝑢𝑟𝑖𝑡𝑦 𝑜𝑟 𝑒𝑐𝑜𝑛𝑜𝑚𝑖𝑐 𝑟𝑒𝑎𝑠𝑜𝑛𝑠, 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 𝑠ℎ𝑎𝑙𝑙 𝑎𝑑𝑜𝑝𝑡 𝑜𝑟 𝑚𝑎𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖𝑛 𝑎 𝑚𝑒𝑎𝑠𝑢𝑟𝑒 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑒𝑞𝑢𝑖𝑣𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡 𝑟𝑒𝑠𝑡𝑟𝑖𝑐𝑡𝑖𝑣𝑒 𝑒𝑓𝑓𝑒𝑐𝑡. 𝐹𝑜𝑟 𝑔𝑟𝑒𝑎𝑡𝑒𝑟 𝑐𝑒𝑟𝑡𝑎𝑖𝑛𝑡𝑦, 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑝𝑟𝑜𝑣𝑖𝑠𝑖𝑜𝑛 𝑎𝑝𝑝𝑙𝑖𝑒𝑠 𝑡𝑜 𝑚𝑒𝑎𝑠𝑢𝑟𝑒𝑠 𝑟𝑒𝑙𝑎𝑡𝑒𝑑 𝑡𝑜 𝑠𝑢𝑝𝑝𝑙𝑦 𝑐ℎ𝑎𝑖𝑛 𝑟𝑒𝑠𝑖𝑙𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒 𝑓𝑜𝑟 𝑐𝑟𝑖𝑡𝑖𝑐𝑎𝑙 𝑚𝑖𝑛𝑒𝑟𝑎𝑙𝑠, 𝑟𝑎𝑟𝑒 𝑒𝑎𝑟𝑡ℎ 𝑒𝑙𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑠, 𝑎𝑛𝑑 𝑜𝑡ℎ𝑒𝑟 𝑠𝑡𝑟𝑎𝑡𝑒𝑔𝑖𝑐 𝑔𝑜𝑜𝑑𝑠, 𝑏𝑢𝑡 𝑑𝑜𝑒𝑠 𝑛𝑜𝑡 𝑝𝑟𝑒𝑗𝑢𝑑𝑖𝑐𝑒 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎'𝑠 𝑡𝑟𝑎𝑑𝑒 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑡ℎ𝑖𝑟𝑑 𝑐𝑜𝑢𝑛𝑡𝑟𝑖𝑒𝑠 𝑢𝑛𝑑𝑒𝑟 𝑒𝑥𝑖𝑠𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑢𝑙𝑡𝑖𝑙𝑎𝑡𝑒𝑟𝑎𝑙 𝑎𝑔𝑟𝑒𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑠, 𝑖𝑛𝑐𝑙𝑢𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑡ℎ𝑜𝑠𝑒 𝑢𝑛𝑑𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑒 𝑊𝑜𝑟𝑙𝑑 𝑇𝑟𝑎𝑑𝑒 𝑂𝑟𝑔𝑎𝑛𝑖𝑧𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 (𝑊𝑇𝑂) 𝑜𝑟 𝑡ℎ𝑒 𝐴𝑠𝑠𝑜𝑐𝑖𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑜𝑓 𝑆𝑜𝑢𝑡ℎ𝑒𝑎𝑠𝑡 𝐴𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑁𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑠 (𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁).


𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡):


Kalau AS buat sekatan, tarif atau halangan perdagangan ke atas negara lain atas sebab keselamatan negara atau ekonomi, Malaysia kena CUBA buat atau teruskan langkah yang sama kesannya. Untuk jelas lagi, ayat ini hanya untuk pastikan rantaian bekalan nadir bumi, mineral kritikal dan bahan strategik tak putus, namun tak menghalang perdagangan Malaysia dengan negara lain selagi ianya menurut perjanjian multilateral (melibatkan banyak negara) yang sedia ada, termasuk perjanjian di bawah World Trade Organization (WTO) atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).”


𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀:


“shall” dalam teks asal (dan berdasarkan bahasa keseluruhan perjanjian) tidak bermaksud "wajib buat," tapi sebaliknya, bermakna "harus melakukan usaha terbaik," di mana perkara berkenaan boleh dirunding dulu dan boleh ditolak jika, contohnya, melibatkan kerugian.


𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀:


"Shall" dalam perjanjian antarabangsa membawa maksud "best efforts," bukan wajib 100%. Ada rundingan dulu.


𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈: “𝐒𝐇𝐀𝐋𝐋” ≠ “𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐁𝐔𝐓𝐀”:


𝟏. 𝐕𝐢𝐞𝐧𝐧𝐚 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐰 𝐨𝐟 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐞𝐬 (𝟏𝟗𝟔𝟗) – 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐤𝐞𝐥 𝟑𝟏, 32


Bersandar kepada penetapan Artikel-Artikel ini, dan dalam konteks perjanjian Malaysia-AS, walaupun “Shall” pada dasarnya bermaksud "wajib dilaksanakan," ianya harus ditafsir mengikut konteks, objektif, dan amalan negara. Jika ada exit clause atau runding, ia jadi usaha terbaik.


𝟐. 𝐖𝐓𝐎 𝐀𝐩𝐩𝐞𝐥𝐥𝐚𝐭𝐞 𝐁𝐨𝐝𝐲 (𝐜𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡: 𝐔𝐒 – 𝐒𝐡𝐫𝐢𝐦𝐩 𝐂𝐚𝐬𝐞)


“Shall” = wajib cuba, bukan automatik. Negara boleh tolak jika jejas kepentingan nasional.


𝟑. 𝐂𝐏𝐓𝐏𝐏 & 𝐑𝐂𝐄𝐏 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢)


“Shall” selalu ada mekanisme runding atau pengecualian. Contoh: “shall eliminate tariffs” → tapi ada jadual 5-10 tahun.


𝟒. 𝐀𝐑𝐓 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 (𝐀𝐫𝐭𝐢𝐜𝐥𝐞 𝟓.𝟑 & 𝟏𝟐), 𝐲𝐚𝐤𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐀𝐒


Ada konsultasi 60 hari + exit clause 6 bulan → buktikan “shall” bukan paksaan mutlak.


𝐂𝐎𝐍𝐓𝐎𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍 (𝐃𝐈𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀)


𝟏. 𝐂𝐏𝐓𝐏𝐏 (𝐀𝐫𝐭𝐢𝐤𝐞𝐥 𝟐.𝟒)


“Each Party shall eliminate customs duties…”

Dalam konteks ini, "shall" bukan serta-merta, tetapi sebaliknya, ada jadual 3-15 tahun.


𝟐. 𝐑𝐂𝐄𝐏 (𝐀𝐫𝐭𝐢𝐤𝐞𝐥 𝟐.𝟔)


“Parties shall accord national treatment…”

Dalam konteks ini, boleh ada pengecualian jika menjejaskan ekonomi.


𝟑. 𝐖𝐓𝐎 (𝐀𝐫𝐭𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐗𝐈)


“No prohibitions shall be instituted…”

Dalam konteks ini, boleh disekat jika membabitkan keselamatan negara.


𝑁𝑜𝑡𝑎; 𝐾𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑠𝑜𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑠𝑢 𝑘𝑒𝑑𝑎𝑢𝑙𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑟𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎-𝐴𝑆 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑠𝑜𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑛𝑖, 𝑤𝑎𝑙𝑎𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑡𝑒𝑘𝑠 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑔𝑎-𝑡𝑖𝑔𝑎 𝑐𝑜𝑛𝑡𝑜ℎ 𝑑𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 "𝑠ℎ𝑎𝑙𝑙?"


JUGA: Untuk artikel 5.1, ia hanya akan digunakan dalam senario di mana pertimbangan ekonomi atau keselamatan negara adalah dikongsi bersama oleh Malaysia & AS, berpandukan prinsip muhibah. 


Contohnya, jika ancaman oleh negara ke-3 hanya memberi kesan kepada AS, tetapi bukan Malaysia, Malaysia tidak bertanggungjawab untuk mengikuti sekatan perdagangan yang dilakukan oleh AS ke atas mana-mana negara ketiga.


𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍: 


“𝐒𝐡𝐚𝐥𝐥” 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐤𝐞𝐥 𝟓.𝟏 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐀𝐒 = 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 — 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛 𝟏𝟎𝟎% 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠. 

𝐀𝐝𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝟔𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢, "𝐞𝐱𝐢𝐭 𝐜𝐥𝐚𝐮𝐬𝐞" 𝟔 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐫𝐮𝐠𝐢. 


𝐈𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 "𝐬𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝 𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭𝐲" (𝐩𝐢𝐚𝐰𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚), 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩.


Jadi, pada pendapat saya, terang lagi bersuluh bahawa kenyataan-kenyataan berikut oleh pemimpin-pemimpin persekitaran pembangkang (yang cukup berpengalaman) samada memiliki unsur-unsur putarbelit atau berupa kekhilafan:


𝐀𝐳𝐦𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐢 (𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐔𝐦𝐮𝐦 𝐏𝐍): “Sekiranya Washington membuat keputusan menyekat kemasukan import dari China atau Rusia, Malaysia diwajibkan berbuat demikian, sekalipun ia akan merugikan ekonomi kita. Klausa ini (Artikel 5.1) memaksa Malaysia memihak dalam kancah pertelingkahan pihak lain dan melenyapkan dasar berkecuali yang sekian lama menjadi tunjang kekuatan kita."


𝐌𝐮𝐡𝐲𝐢𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐘𝐚𝐬𝐬𝐢𝐧 (𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐍): “Artikel 5.1. Peruntukan ini menegaskan, jika AS mengenakan tarif, larangan import, sekatan atau langkah lain terhadap negara ketiga atas alasan keselamatan ekonomi atau keselamatan nasionalnya, Malaysia juga hendaklah melakukan tindakan yang sama. Peruntukan ini jelas memaksa Malaysia supaya akur dengan tindakan sekatan yang dilakukan oleh AS, walaupun kepentingan Malaysia adalah berbeza.”


𝐌𝐚𝐡𝐚𝐭𝐡𝐢𝐫 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝: "Tak sangka saya hidup melihat kemerdekaan diserahkan. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita."


𝐋𝐚𝐢𝐧-𝐥𝐚𝐢𝐧: PN dakwa perjanjian termasuk "konsultasi wajib dengan AS sebelum berdagang dengan negara ketiga" dan batasan pada nadir bumi/mineral kritikal, yang kononnya paksa kita ikut sanksi AS terhadap China (80% pasaran global nadir bumi).


𝐑𝐉 𝐑𝐢𝐭𝐡𝐚𝐮𝐝𝐞𝐞𝐧