SIRI 1 MAHATHIR PEMBELIT NEGARA.

 




MASIH INGAT LAGI BAGAIMANA TUN M PUTARBELIT KONONNYA PERJANJIAN GEELY-PROTON BAWAH NAJIB 'GADAI NEGARA', KEMUDIAN TUN MASUK PERJANJIAN SAMA SELEPAS KEMBALI PM?


Ya, saya amat menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad, namun itu tidak bermakna saya keberatan mengaku bahawa beliau sememangnya seorang ahli politik dan sering terjebak dengan politik persepsi dan propaganda untuk menjatuhkan reputasi musuh politiknya.


Pada 25 Mei 2017, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluh secara terbuka atas penjualan 49.9 peratus kepentingan dalam pengeluar kereta nasional Malaysia Proton kepada pembuat kereta China Zhejiang Geely Holding Group.


Mahathir, yang mengasaskan Proton Holdings pada 1983, berkata beliau tidak boleh berbangga dengan kejayaan masa depan Proton kerana ia bukan lagi miliknya atau Malaysia.


"Saya seorang ‘sissy’. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia kering mata. Anak saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya. Tolong maafkan saya," tulis Dr Mahathir di blognya.


"Proton hasil pemikiran saya telah dijual. Ia mungkin permulaan penjualan yang hebat. Prosesnya tidak dapat dielakkan. Tidak ada cara lain untuk kita memperoleh berbilion-bilion untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita. Dan akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara yang hebat tidak syak lagi, tetapi dimiliki oleh orang lain," tambahnya.


Namun, pada 19 Ogos 2018, setelah kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, Mahathir yang sama menjadi saksi kepada satu majlis menandatangani perjanjian antara Proton Holdings dan Zhejiang Geely Holding, yang lebih kurang merupakan perjanjian untuk mengesahkan apa yang sudah pun dijanjikan di bawah pentadbiran Najib.


Tiba-tiba, Mahathir, yang berdiri sambil tersenyum di belakang Pengerusi Proton Holdings Bhd dan Presiden Kumpulan Zhejiang Geely Holding, berasa megah dengan perjanjain itu dan tidak lagi berpendapat Malaysia sudah tergadai.


Saya benci politik hipokrisi sebegini. Saya sangkakan perkara ini tidak akan berulang, tetapi nyata saya silap.


Kini tiba giliran perjanjian antara Malaysia dan Amerika Syarikat diputarbelit untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya kedaulatan negara telah tergadai.


Saya telah menghuraikannya secara panjang lebar sebelum ini dan telah "cut and paste" teks tersebut di bawah:


---------

BERIKUT MERUPAKAN HURAIAN Terperinci PERJANJIAN MALAYSIA-AS YANG PERNAH SAYA TERBITKAN SEBELUM INI:


HURAIAN TERPERINCI 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐒 BAGI MEREKA YANG 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐑𝐀-𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌, 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐅𝐒𝐈𝐑, 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 '𝐒𝐏𝐈𝐍' (𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒):


Selain exit clause, perjanjian Malaysia-AS (ART) ada beberapa klausa perlindungan yang secara eksplisit atau implisit melindungi kedaulatan Malaysia.


Ini bermakna AS tak boleh paksa atau wajibkan Malaysia ikut langkah yang bertentangan dengan undang-undang domestik, kepentingan nasional, atau kedaulatan kita. 


Klausa ini bukan "perangkap", tapi piawaian dalam treaty/perjanjian antarabangsa untuk elak paksaan mutlak.


Saya jelaskan terperinci berdasarkan teks rasmi perjanjian (dari White House, USTR, dan MITI):


𝟏. 𝐏𝐫𝐞𝐚𝐦𝐛𝐮𝐥 (𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧) – 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧


𝐓𝐄𝐊𝐒: "EMPHASIZING their shared values, including their shared commitment to sovereignty, economic prosperity, and resilient supply chains..." 


𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃: Dari awal lagi, perjanjian tegaskan komitmen bersama kepada kedaulatan. Ini bukan sekadar kata-kata—ia jadi prinsip tafsiran keseluruhan perjanjian (mengikut Vienna Convention on the Law of Treaties). Maknannya, AS tak boleh paksa apa-apa yang langgar kedaulatan Malaysia.


𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍: Mana-mana klausa (termasuk Article 5) tak boleh ditafsir sebagai serah kedaulatan. Jika bertentangan, Malaysia boleh tolak dengan rujuk preambul ini.


 

No comments: