SELESAI SUDAH PEMUKIMAN PKR



Selesai sudah pemukiman atau retreat KEADILAN selama 3 hari di Port Dickson. Semoga kebersatuan ini dipertahankan, dan semoga wadah ini akan terus menunjangi perubahan yang didambakan rakyat dan negara. Tahniah kepada pimpinan dan anggota yang menjayakannya.

Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang ramai


Notis supaya Mohamed Azmin Ali menghadiri Pemukiman 


KEADILAN sudah dihantar, selain menghubungi pejabatnya

 kelmarin - Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail. 

— denganSaifuddin Nasution.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan telefon

Enam pengerusi MPN rayu perhatian lebih dari pimpinan pusat

Enam pemimpin tersebut yang membentuk satu gabungan dinamakan Majlis Pengerusi-Pengerusi Pimpinan Negeri KEADILAN membuat rayuan tersebut pada sidang media hari ini.
“Kita tahu masalah di bawah, masalah jurang pendapatan di bawah. Misalnya di Selangor, berbeza berbanding di Kelantan, Terengganu. Kita minta ada ruang diberikan secukupnya untuk kami suarakan.
“Ini masalah yang kami hadapi. Yang berhadapan dengan rakyat adalah kami, yang menerima aduan rakyat kami, adapun peringkat persekutuan rakyat tidak dapat berjumpa kerana jauh. Di Kelantan, Terengganu adalah kami.
“Bulan madu sudah berakhir. Tolonglah dengar suara kami kerana kami menghadapi rakyat setiap dan tahu mereka perlukan bantuan. Ini yang kami minta,” kata Pengerusi MPN Kedah, Johari Abdul yang bertindak sebagai penyelaras gabungan tersebut.
Justeru kata beliau, Majlis MPN ditubuhkan sebagai satu pasukan dalam menyampaikan suara lebih tegas berkaitan masalah peringkat akar umbi.
“Kita (peringkat negeri) rasakan kita tertinggal. Sebab itu kita buat majlis ini. Paling penting ialah rakyat. Suara kami perlu didengari dengan solid,” katanya.
Di samping mengumumkan pembentukan Majlis terbabit, satu ketetapan ditandatangani enam daripada mereka iaitu iaitu Johari Abdul (Kedah), Amran Kamarudin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan), dan Mohamad Supardi Md Noor (Kelantan).
Sementara, lapan lagi daripada keseluruhan 14 Pengerusi MPN akan ditandatangani pada perjumpaan di Port Dickson bersama Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim, petang ini.
Ketetapan yang dipersetujui ialah, sokongan penuh terhadap Presiden, menyokong usaha keras Presiden untuk membangunkan KEADILAN yang kuat dan dihormati dan berdiri teguh di belakang beliau dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan jika ada usaha pihak yang mahu melemahkan parti.
Antara lain, termasuk komitmen tanpa belah bahagi terhadap Anwar dalam usaha memimpin negara ke tahap yang diharapkan rakyat dan bersama sama beliau dalam memastikan semua janji kepada rakyat terlaksana.

PKR tidak setuju Hassan Karim letak jawatan – Anwar




Image result for hassan karim




Image result for ANWAR SIDANG MEDIA

PORT DICKSON – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau tidak bersetuju Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Hassan Karim melepaskan jawatannya.
Anwar berkata, parti tidak boleh menerima alasan Ahli Parlimen Pasir Gudang itu yang mendakwa menerima tekanan pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengannya punca beliau mahu meletakkan jawatan.
“Hassan Karim bimbang dengan pendirian dia akan menjejaskan hubungan parti dengan Istana Johor. Dia rasa dia akan jadi beban kepada parti.
“Saya tidak setuju kenyataan itu dan kita tidak terima permohonan beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini petang tadi.
Hassan semalam dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu namun ditolak.
Menurut Anwar, Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menghantar surat tersebut kepadanya tiga minggu lepas.
“Dia kemukakan surat letak jawatan tiga minggu lalu, sebelum isu-isu ini timbul. Salah satu sebabnya adalah ada bangkangan daripada ahli,” kata Anwar lagi.
Baru-baru ini, media melaporkan Hassan menerima tekanan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. -MG


KESIAN KU LI...INGAT NAK JADI BATU API ?




Setelah cadangannya agar perlantikan Perdana Menteri ke-8 diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk membuat pilihan tidak mendapat sambutan, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tampil lagi dengan cadangan barunya.
Kali ini beliau mencadangkan agar Tun Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.
Kata beliau, peralihan kuasa yang tergesa-gesa dan terlalu awal boleh memberi kesan buruk kepada rakyat dan juga negara.
Malangnya, jika cadangannya sebelum ini tiada sambutan, cadangan Ku Li kali ini ditolak mentah-mentah oleh Tun Mahathir sendiri.
Dalam reaksinya berkenaan perkara tersebut, Tun Mahathir berkata, beliau tidak akan berkhidmat sehingga habis penggal, walaupun ada yang mencadangkannya berbuat demikian.
“Saya sudah berjanji dan akan menepati janji saya. Apa saja yang dikatakan orang lain, itu adalah pandangan mereka. Bukan saya,” kata Tun Mahathir lagi.
Esok lusa entah apa lagi agaknya cadangan baru akan keluar daripada mulut Ku Li.
Dalam hal ini, saya sendiri ketika menyampaikan mukaddimah di majlis diskusi buku “Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati” baru-baru turut menyentuh perkara yang sama.
Saya telah menyebut bahawa jika Tun Mahathir dipaksa untuk berkhidmar sehingga habis penggal, ia bermakna beliau ketika itu akan berusia 98 tahun usianya.
“Ini bermakna, memaksa Tun Mahathir bekerja sehingga ke usia 98 tahun adalah suatu penderaan kepadanya.
“Tempoh dua tahun untuk Tun Mahathir berkhidmat adalah cukup memadai di mana ketika itu beliau akan bersara pada usia 95 tahun”, demikian antara yang saya tekankan.
Setelah dua tahun menjadi Perdana Menteri dan ia pula adalah kali kedua serta dalam usia 95 tahun ketika itu, ia adalah detik paling sesuai untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada pengganti yang telah dipersetujui oleh PH iaitu Anwar Ibrahim.
Peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun itu juga akan membolehkan Anwar mempunyai cukup masa untuk membuktikan kemampuannya sebelum tiba PRU15 yang mesti diadakan sebelum tahun 2023.
Jadi, apa lagi yang Ku Li tak habis-habis risau hati agar peralihan kuasa itu tidak menjadi kenyataan?
Apa pun, kesian dengan Ku Li kerana cadangan “batu apinya” yang terbaru ini telah ditolak mentah-mentah oleh Tun Mahathir.
Bagaimanapun, tidak jadi masalah sama sekali jika Ku Li mahu kekal sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, jawatan yang disandangnya sekarang sehingga tamat penggal lantikannya oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi. (Shahbudindotcom 20/07/2019)

KENYATAAN MEDIA PKR

KENYATAAN MEDIA

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang duduk


Sambil mengambil maklum bahawa siasatan polis masih lagi berjalan, dan setakat kenyataan Ketua Polis Negara semalam, KEADILAN menerima baik kenyataan bahawa Timbalan Presiden KEADILAN, YB DS Mohamed Azmin Ali, tidak terlibat dalam satu video yang disebar baru-baru ini.

Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, parti KEADILAN tidak bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas mengikut perlembagaan parti jika terdapat penglibatan mana-mana anggota KEADILAN yang disabitkan kesalahan berlandaskan undang-undang.

KEADILAN mengulangi prinsip bahawa kami menolak politik jijik sekeras-kerasnya.

ANWAR IBRAHIM
Presiden KEADILAN
20 Julai 2019


VIDEO: LOKMAN ADAM AKAN SERAH LAPORAN PADA IGP