PKR tidak setuju Hassan Karim letak jawatan – Anwar




Image result for hassan karim




Image result for ANWAR SIDANG MEDIA

PORT DICKSON – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau tidak bersetuju Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Hassan Karim melepaskan jawatannya.
Anwar berkata, parti tidak boleh menerima alasan Ahli Parlimen Pasir Gudang itu yang mendakwa menerima tekanan pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengannya punca beliau mahu meletakkan jawatan.
“Hassan Karim bimbang dengan pendirian dia akan menjejaskan hubungan parti dengan Istana Johor. Dia rasa dia akan jadi beban kepada parti.
“Saya tidak setuju kenyataan itu dan kita tidak terima permohonan beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini petang tadi.
Hassan semalam dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu namun ditolak.
Menurut Anwar, Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menghantar surat tersebut kepadanya tiga minggu lepas.
“Dia kemukakan surat letak jawatan tiga minggu lalu, sebelum isu-isu ini timbul. Salah satu sebabnya adalah ada bangkangan daripada ahli,” kata Anwar lagi.
Baru-baru ini, media melaporkan Hassan menerima tekanan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. -MG


No comments: