PENANG GLOBAL CITY CENTRE-GAMBARAN YANG DIDEDAHKAN.KOSNYA 25 BILLION.TENTU DEB MENGUNTUNGKAN MELAYU.UMNO CUBA JAWAB...


Menurut Sdr Anil Netto, maklumat yang diberikan beliau mengenai 37 buah banggunan yang puratanya mempunyai 40 tingkat telah didedahkan oleh Canada.com. Salah satu daripadanya ialah mempunyai setinggi 66 tingkat.Namun menurut Anill Netto, pihak media tidak pernah menunjukkan gambarajah kedudukan itu kepada umum.


Menurutnya lagi pihak Patric Lim.Fox Communication,dan media perdana juga gagal untuk menunjukkan kepada umum bahawa terdapat sebuah banggunan 66 tingkat yang mirib kepada bangguna KOMTAR.
Setiap banggunan mempunyai 5 tingkat untuk meletak kenderaan.....fuyoooo sudah tentunya ianya bandar yang dapat mengurangkan pencemaran.

LAGI KES BOIKOT.DAH BERAPA KALI NAK PIKET.TAK JADI-JADI.JANGAN DOK GEMPAK SAJA.....


Cuepacs boikot jika tuntutan tidak dilayan
Apr 2, 08 6:36pm

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memboikot sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus terhadap lima tuntutan kesatuan itu, selewat-lewatnya pada 29 Mei.Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur pada 3 Mei manakala Hari Pekerja Sektor Awam disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei.Bagaimanapun, Presidennya, Omar Osman berkata Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Baharu pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara.Lima tuntutan Cuepacs ialah bayaran honorarium sebanyak RM2,000 tanpa mengira pangkat, kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 ke RM230, penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), memberikan semula Elaun Kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lalu dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun.Bagaimanapun, Cuepacs akan mempertimbangkan semula boikot tersebut jika kerajaan mahu berunding mengenai tuntutan tersebut sebelum 29 Mei, kata Omar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Cuepacs di Sungkai, Perak hari ini. Beliau menafikan tindakan untuk memboikot itu adalah satu ugutan kepada kerajaan sebaliknya menegaskan keputusan yang berat tetapi drastik itu, terpaksa diambil demi kebaikan semua pekerja sektor awam khasnya bagi Kumpulan Sokongan Satu dan Dua. Bernama memetik Omar sebagai berkata, Cuepacs mahu kelima-lima tuntutan tersebut dilaksanakan berdasarkan keputusan yang tepat sebagaimana perbincangan yang telah diadakan antara kesatuan itu dan pihak kerajaan sejak Ogos lalu.Hantar surat rasmiBeliau yang kecewa dengan kelewatan kerajaan membuat keputusan, menegaskan bahawa pihak kerajaan telah gagal dari segi sistem penyampaiannya kerana masih gagal memutuskan tuntutan ini walaupun permohonan Cuepacs itu telah melebihi tempoh enam bulan. Menurutnya, mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs turut memutuskan untuk menghantar sepucuk surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyatakan kekesalan kesatuan itu terhadap tindakan beliau yang dilaporkan ‘segan’ mahu membincangkan permohonan kesatuan itu untuk mendapatkan honorarium RM2,000 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketika menjawab soalan penonton dalam program `Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara’ di RTM1Februari lalu, Mohd Sidek berkata, beliau belum berbincang dengan perdana menteri mengenai pembayaran honorarium itu kerana segan untuk meminta kerajaan membayar honorarium itu selepas kerajaan memberi kenaikan gaji yang besar kepada kakitangan awam.Omar juga berkata mesyuarat itu turut memutuskan supaya Cuepacs mengadakan sesi penjelasan di setiap jabatan di seluruh negara mengenai tuntutan ini mulai minggu depan. Sementara itu, beliau juga menasihatkan semua kakitangan sektor awam di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor agar tidak bimbang dan memaklumkan terus kepada Cuepacs jika ada diskriminasi ataupun unsur ketidakadilan dan pentadbiran kerajaan "Pakatan Rakyat" di negeri-negeri tersebut. Beliau berharap semua anggota sektor awam di negeri tersebut menjalankan tugas seperti biasa dan menerima arahan yang tidak bercanggah dengan perkhidmatan awam. Katanya Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kesatuan di semua negeri berkenaan yang dijangka diadakan pada Jun ini.