#AWANI745 14 Mei 2020



SAPA PERCAYA JADI MELAYU HINA DAN BACUL

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU DAN WARISAN



14 Mei 2020

TIADA SIDANG PENUH MENDUKACITAKAN, TAPI USAHA MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT DITERUSKAN

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Bersatu dan Warisan mengambil maklum bahawa YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah mengarahkan agar Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 berlangsung dengan hanya Titah Diraja, tanpa persidangan penuh, dengan alasan wabak Covid-19 belum reda.

Arahan ini amat dikesali dan cukup mendukacitakan, kerana Parlimen seharusnya berfungsi sebagai wahana bagi suara rakyat dan tiang seri demokrasi.

Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah lebih enam dekad Parlimen Malaysia di mana sebuah majlis mesyuarat berjalan tanpa sidang penuh.

Tindakan ini semestinya akan dilihat oleh rakyat sebagai keengganan Perdana Menteri berhadapan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang.

Pada masa yang sama, kami juga amat terkejut dengan pengumuman penukaran Setiausaha Dewan Rakyat berkuatkusa 13 Mei, iaitu hanya lima hari sebelum Parlimen akan mendengar Titah Diraja. Tindakan ini amat membimbangkan kerana menimbulkan persepsi wujud pengaruh tidak wajar oleh pihak-pihak tertentu terhadap institusi Parlimen.

Walau apapun, usaha Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Bersatu dan Warisan untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya tidak terkesan akibat arahan-arahan ini, dan akan diteruskan.

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ketua Pembangkang

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YB DS Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (WARISAN)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1181748508842386&id=197799207237326

KHABAR ANGIN MUNGKIN BOLEH PERCAYA :.JIKA ANWAR PERCAYA LAGI, MAKA SELANGOR JUGA AKAN TUMBANG KERANA PERCAYA.



Angin bertiup kencang bahawa Azmin Ali sedang cuba untuk menjatuhkan Kerajaan PH di Selangor yang diterajui oleh MB Amirudin Bin Shari.

Puncanya adalah tindakan MB yang membuat keputusan untuk tidak mengikut pihak Persekutuan dalam melaksanakan PKPB.

Keputusan ini bagai satu tamparan hebat buat Azmin, yang pernah sendiri pernah menjadi MB Selangor.

Untuk bentuk Kerajaan PN dan gulingkan Amir, mereka perlukan 29 orang ADUN.

Perikatan Nasional kini mempunyai 9 orang ADUN.

Bersatu mempunyai 4 orang ADUN yang pro-PH. Mereka boleh lompat ke PN bila-bila masa.

Azmin Ali dan kumpulannya sedang mendekati beberapa orang ADUN PKR dan Amanah untuk membawa mereka menyeberang ke PN.

Setakat ini, nama yang sudah pasti bersama dengan PN adalah:

PKR

1Juwairiya N10 Bukit Melawati

2)Haniza N20 Lembah Jaya

3)Hee Loy Sian N25 Kajang

4)Halimey N32 Seri Setia

5)Elizabeth N37 Bukit Lanjan

6)Khairuddin N38 Paya Jaras

7)Daroyah binti Alwi N43 Sementa

8)Azmizam N46 Pelabuhan Klang

9) Borhan N54 Tanjung Sepat

AMANAH

10)Mustain N02 Sabak

11)Mazwan Bin Johar N26 Sungai Ramal

PN (9) + Bersatu (4) + PH yang berpaling tadah (11) = 24

Mereka hanya perlukan 5 ADUN lagi untuk gulingkan MB dan PH di Selangor!

Ayuh kita pertahankan Selangor! Kita beri amaran kepada ADUN-ADUN yang berhasrat untuk MENGKHIANATI MANDAT RAYAT bahawa JANGAN SEKALI-KALI MENIMBULKAN AMARAH RAKYAT.

Rakyat pasti menghukum!

Suarakan kepada kesemua ADUN-ADUN ini supaya mereka hentikan niat mereka untuk KHIANAT PH di Selangor.

Sebarkan!

AKU RASA DI NEGERI CINA DAP TAK DÀK DAH MACAM NI...KALAU ADA KOT PATI JA KOT.


RINA HASHIM





Baru sehaja ustaz Ebit Lew datang membantu serta menyewakan sebuah rumah untuk salah sebuah sekeluarga yang menghuni di Tapak Pelupusan Sampah Daerah Pasir Mas,belum hilang lagi keringat Dan juga lelah,datang Pula Majlis Daerah Pasir Mas(MDPM)menyita beberapa buah rumah lagi?

Dimanakah slogan kerajaan negeri"ISLAM MEMIMPIN"?atau pun kerajaan negeri tercabar dengan kes viral ini yang rakyat kelantan rata² mempersoal dimana agensi² kerajaan negeri tatkala rakyatnya berbumbungkan embun,berlantaikan tanah Dan berdindingkan kayu reput?untuk rekod tanah y didiami oleh 5 sekeluarga ini adalah hak milik persendirian dan telah diberi kebenaran untuk mendirikan petempatan sementara oleh tuan tanah.

Berihsan la sedikit jikalau mereka melanggar undang-undang sekalipun,bagi masa dan ruang untuk mereka mencari rumah lain,jangan kerana demdam,kuasa dan rasa tercabar dengan sesuatu pihak,lantas rumah mereka disita,sedih Dan pilu tambahan Pula dimusim covid 19 ini yang rata-rata terkesan,apatah lagi mereka..

JAWAB LAH NANTI DIAKHIRAT!




INI NEGERI BERSLOGANKAN"NEGERI BERKEBAJIKAN"

Sidang Parlimen tanpa perbahasan: Alasan Muhyiddin pincang, tiada majoriti sokongan

Sidang Parlimen tanpa perbahasan: Alasan Muhyiddin pincang, tiada majoriti sokongan

Keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuka Dewan Rakyat dengan hanya
urusan Titah Diraja tanpa sebarang perbahasan dilakukan, diselar sebagai tindakan yang secara jelas menyalahgunakan kuasa dan memperlekeh proses Parlimen.
Menurut P Gunasegaram, tindakan Muhyiddin ketika ini menimbulkan persepsi bahawa beliau sebenarnya tidak memiliki majoriti sokongan terutama apabila melihatkan ahli-ahli Parlimen yang dengan mudah terpengaruh dengan janji kuasa, perlindungan dan wang.
Editor portal Focus Malaysia itu mengulas, apa yang dilakukan Muhyiddin adalah sebahagian dari rancangan besar Presiden Bersatu itu.
Dakwanya, Muhyiddin sengaja menunda sidang Parlimen untuk mengukuhkan kedudukannya dengan menawarkan segala bentuk jawatan, kuasa dan wang kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk memperoleh sokongan mereka.
“Apa yang Muhyiddin sedang lakukan? Kebetulan alasan beliau agak pincang untuk menyekat Parlimen dengan hanya titah Diraja bakal dilakukan.
“Seperti yang saya jelaskan dalam satu artikel yang lain, ini ialah sebahagian dari perancangan Muhyiddin yang lebih besar.
“Jawatan-jawatan yang beliau berikan datang dengan wang dan kelebihan yang signifikan, sekaligus menghubungkan nasib beliau dengan penerima, lalu memastikan sokongan mereka terhadap beliau,” katanya.
Namun menurut Gunasegaram, dengan penundaan sidang Parlimen yang sepatutnya dilakukan pada Mac dan kemudian dibatalkan pula pada Mei ini, menggambarkan Muhyiddin sebenarnya tidak yakin dengan perancangannya sendiri.
Katanya, semakin banyak masa yang dapat dilengahkan, semakin banyak juga masa yang membolehkan Muhyiddin mendapatkan sokongan untuk terus kukuhkan kedudukan beliau.
Ujarnya lagi, sekiranya benar Parlimen akan bersidang hanya dengan titah Diraja seperti yang diputuskan, ini akan menimbulkan keraguan dan menjadikan yang pertama di dunia dalam demokrasi berparlimen.
“Sehingga beliau membenarkan Parlimen bersidang dengan betul, pemerintahan ini sama sekali tidak sah di mata rakyat dan mungkin juga undang-undang.
“Sekiranya hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, mengapa Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak dapat beroperasi semula dengan langkah jarak sosial yang selamat?,” ulasnya.

‘Kerajaan tebuk atap asyik toleh ke belakang takut ditikam Si Kitol’

‘Kerajaan tebuk atap asyik toleh ke belakang takut ditikam Si Kitol’


SILA REFRESH KE OLDER POS




SILA KE OLDER POST. POSTING TERAWAL BOLEH DIBACA DISANA. 21 POSTING HARI INI.

BACALAH...DENGAN HATI YANG LAPANG


Upih Nyior

Artikel menarik ini berkisar dlm socmed tapi tak dapat dikesan penulis asal utk diberi kredit.

Antara ungkapan menarik:

"𝑲𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒂𝒎 𝒃𝒆𝒏𝒊𝒉 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒐𝒅𝒐𝒉𝒂𝒏.... " ~ 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒖𝒓𝒔𝒉𝒊

𝑲𝒂𝒕𝒂 𝒁𝒂𝒂𝒃𝒂 : "𝑨𝒈𝒂𝒎𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕."

Bacalah dengan hati yang lapang dan dengan dada yang terbuka.......
.

Yang miskin dan kaya bergantung pada orang lain
AKHIRNYA ORANG AGAMA AMBIL PELUANG

Orang miskin bergantung kepada orang kaya untuk membantunya melalui sedekah duit dan orang kaya bergantung kepaada orang miskin untuk masuk ke syurga. Pergantungan inilah yang membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Orang miskin (sihat tubuh badan) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.

Orang kaya pula meminta ahli-ahli masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan untuk bacaan Yasin. Mengharap orang lain membaca agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati orang beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama untuk mencari keuntungan peribadi.

Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dalam karangannya 'Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu' : "Kamu dibesarkan oleh orang tua yang menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."

Pendita Zaaba menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi di dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Kata Zaaba : "Agama yang telah diajar oleh orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak boleh bangkit."

Kata-kata cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.

Wahai orang Melayu! Jika benar air jampi boleh beri orang pandai tanpa membaca buku ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam untuk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.

Lihat lagi sikap org Melayu yang suka bergantung kepada hidup pada orang lain. Jika ada kematian, 7 malam diadakan bacaan Tahlil beserta makan, hari ke 40 baca lagi dan terakhir hari ke 100. Ia dilakukan dengan harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dalam kubur berhadapan dengan malaikat.

Moralnya pergantungan orang Melayu kepada orang lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kepada amalan solehnya sendiri dan anak-anak.

Apabila Hamka menegur sikap orang Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting orang Melayu dengan alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yang telah diajar dari warisan guru-guru terdahulu.

Orang Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jangan mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.

Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan orang Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yang kritis, berwawasan dan akademis cuba membetulkan yang tidak betul kepada betul.

Zaaba menulis orang Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan orang Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira untuk menjadi kerani di pejabat-pejabat.

Saya mengajak kalian melihat sikap orang Melayu yang sangat lucu. Al Quran 100% orang Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya untuk bekalan akhirat.

Orang Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dengan hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.

Orang Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Hinggakan mencari syurga pun ramai orang Melayu mengambil jalan pintas dengan menyertai parti tertentu yang kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.

Lihatlah apabila pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin-pemimpin dalam kesulitan maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah mewah.

Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.

Hudud adalah nyawa kami tetapi apabila duduk dengan kuasa politik tiba-tiba mengatakan adalah sukar untuk hudud dilaksanakan. Sedangkan sebelum itu puluhan ribu ahli dikumpulkan atas nama jihad datang berbondong-bondong ahli terdiri dari orang-orang kampung dan susah berkumpul di KL dengan wang ringgit sendiri. Bukankah ia hanya sia-sia?

Lihat semalam apabila pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah...terus bantuan diperlukan sedangkan orang yang menderma itu tengok salji pun belum pernah. Sebab apa pemimpin-pemimpinnya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah dikaldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 adalah percuma.

Air mineral dibaca surah sekian-sekian dari modal RM1 dijual RM10. Kismis yang dibaca surah-surah tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yang ini patuh syariah yang itu patuh syariah... selagi boleh diniagakan atas nama agama.

Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan orang lain hingga mudah dipergunakan.

Nabi yang dijamin masuk syurga pun tapi masih berusaha dengan solatnya. Nabi orang yang paling yakin dengan Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka tetapi jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga untuk nafkah keluarga... tiba-tiba kamu masuk parti dan taat membabi buta dijamin masuk syurga?

Moralnya Nabi pun berusaha sendiri. Tidak mengharap pengikut menghulurkan makanan. Tak mengharap perlindungan Allah semata mata jika berperang... usaha dan tawakal.

Berubah jangan kita menjadi pentaksub mana-mana pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Untuk mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan carilah ilmu. Membaca itu untuk mencari makna dan membaca itu untuk membuka minda.


ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA- HIKMAH PENGKHIANATAN KEPADA PH - BUKTIKAN TUDUHAN UMNO PAS MEMAKAN DIRI



Setelah saya membaca & melihat posting-posting saudara-saudara dalam group ini, bagi saya sebenarnya pengkhianatan ini banyak untungnya. Kerana HIKMAHNYA FITNAH kepada PH AKAN TERLERAI.

Saudara-saudara janganlah bersedih hati. Ambil masa untuk tempoh bertenang. Dalam berpolitik tak perlu kita sampai memukul sesiapa. Itu politik rimba...setahu saya ahli atau penyokong PH ini adalah kelompok intelektual politik cukup dengan membaca, memahami, mengkaji & menilai.


Seharian saya duduk membaca...saya nak tanya...bukankah agama ku mengajar setiap yang berlaku pasti banyak hikmahnya?

Sekarang saya menjumpai jawapan untuk diri sendiri & semua yang ada.

Ya tentunya fitnah yang di lemparkan kepada PH sukar dijawab selama 2 tahun akan terjawab selepas ini. Bukankah dalam kehidupan membina ketakutan itu lebih mudah dari membina kepercayaan.

Lihatlah hikmah Tuhan...selama ini umat Melayu percaya Islam terancam, kilang arak, lesen judi, rumah urut, hudud tak boleh dilaksanakan, kes Adib, kes pemandu mabuk, tidak tangkap pengamal LGBT dan bermacam-macam isu semuanya kerana kerajaan PH bukannya di bawah kuasa PM Melayu tetapi kononnya dipimpin oleh DAP.

Seperti yang disebut oleh saudara-saudara kita di dalam posting mereka di dalam group ini.

Tun Mahathir dituduh tunduk pada Cina DAP sebab kes Adib tak selesai atau tidak dpt memuaskan hati sesetengah org Melayu, Anwar Ibrahim dituduh barua Cina DAP sebab itu tak layak jadi PM sdgkan di rumahnya bacaan Yasin dan Bayan setiap minggu. Semuanya ini akan mudah dijawab selepas ini. Kita tunggu & lihat sahaja kerana ianya akan terungkai satu persatu.

Mungkin Tuhan mahu hentikan fitnah dan mahu tunjukkan benarkah mereka itu berjuang atas nama agama atau menjual agama ini untuk tujuan politik.

tumpang sekole...?: Fatwa Tok Lebai bertukaq ikut pilihanraya...
Dulu pemimpin Amanah kata hudud buat kemudian dituduh tolak hudud hingga terkeluar mereka dari PAS. Bila Hadi kata hudud sukar dilaksanakan...semua akur. PH letak calon bukan Islam dia kata wajib pilih calon Islam, bila letak calon Islam (seorang Imam) dia kata tidak wajib pilih yang Islam. Seolah Islam ini milik eksklusif satu kelompok yang tak boleh berbeza pendapat.

2 tahun mereka tuduh pemimpin Melayu PH tak mahu tutup kilang arak, tidak membela kes Adib, tidak perjuangkan tulisan Jawi. Kita sama-sama tengok selepas ini adalah kilang arak ditutup atau tidak?
Malaysiakini
Musim PKP ini dah nampak kilang arak di beri pelepasan beroperasi sebelum dikritik hebat boleh rakyat, kes Ajib selesai atau tidak. PAS kini menjadi kerajaan. Apa dalil mereka nak bagi?

Saya memilih untuk menyokong PH bukan kerana sokong Cina, bukan kerana benci ahli UMNO atau PAS tapi kerana bencinya saya pada *rasuah*. Ahli PAS dan UMNO itu saudara sesama Islam bukannya saya bermusuh dgn mereka apatah hanya kerana politik.

TS Muhyiddin dalam banyak video sendiri mengatakan Najib curi duit 1MDB. Malah dalam kenyataannya dia membidas PAS kerana sanggup bercium mulut & bekerjasama dgn perompak. Jika pemimpin UMNO itu bersih nescaya saya tidak menulis untuk menentang mereka.
Skandal 1MDB: Pas yakin pemimpin mereka bersih
Adakah saya wajib kena pilih Melayu walaupun pemimpin itu merompak wang rakyat? Merompak dana fakir miskin? Ajaran Islam mazhab apa yang mengajar begitu?

Di negara-negara maju persaingan parti politik adalah dari manifestonya. Tapi di negara kita manifestonya cukup diperbodohkan dengan isu agama dan bangsa. Hingga perkara dibolehkan dijadikan haram malah diperbesarkan.

Saya ada terbaca satu petikan dari TGNA *"Saya sendiri sentiasa konsisten bahawa budaya politik rasis sewajarnya layak dibuang terus dari kamus masyarakat Malaysia.*

*"Cuma apa yang dilihat benda itu sebagai pelik pada zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,"* antara petikan kata-kata TGNA seorang ulama yang disayangi pelbagai pemimpin agama.

Saya berhujah dengan ramai kawan-kawan...ya saya setuju ada kata-kata segelintir pemimpin DAP yg tidak bijak untuk menjaga hati orang-orang Melayu. Walaupun MCA senada tetapi kerana maklumat yang disabotaj dari dalam atau orang Melayu kata musuh dalam selimut...persepsi mengatasi segalanya.
Pergggghhh. Cina tawan semua pelabuhan... - Adrian Lim Chee En ...


Puas saya berhujah yang saya menolak kerjsama dengan kerajaan pintu bekalang ini dengan sahabat dan rakan-rakan saya, akhirnya mereka hanya menggunakan ayat kepada saya bahasa saya bodoh, barua Cina, otak udang, babi dan bermacam-macam untuk menyakinkan saya agar benci dengan Cina DAP.

Akhirnya saya berhenti berhujah kerana dalam apa situasi dengan saya untuk menyakinkan sesuatu perkara mesti dibawa dengan hujah yang menyakinkan. Maki hamun itu bukan hujah.

Pengajaran juga keapda DAP, mereka selepas ini mesti mendidik pemimpinnya matang dalam berpolitik. Memang Benar DAP banyak memperuntukkan bajet untuk agama Islam di Pulau pinang tetapi dalam pemahaman Melayu kelompok *'malas berfikir'* (kawasan bandar) dan Melayu yang *tidak mampu berfikir* (luar bandar) DAP ini adalah parti Komunis. Kebaikan kamu dihapuskan hanya dengan persepsi.

DAP kena banyak belajar dengan Inggeris. Bagaimana Inggeris mampu menawan hati orang Melayu. Bagaimana orang Melayu boleh mentafsir Jepun dan Komunis itu penjajah (musuh) tetapi British adalah bangsa yang membangunkan Tanah Melayu. Cukup sekadar permainan persepsi.

Buat saya & pesan saya kepada sahabat-sahabat PH termasuk pemimpin-pemimpin PH pula, tentulah banyak perkara yang boleh diambil sebagai hikmah.Utamankan penyokong dari memberi kepada musuh nyata..Baru padan muka kerana kini anda tahu bahawa anda juga gagal.

Pertama, jangan mudah percaya kepada kawan yang baru dikenali. Bukan sahaja dalam berpolitik tetapi di mana-mana. Kena kenal hati budi dulu.

Kedua, tentulah jangan lupa kawan lama. Bila menang, rakan yang berjuang dan susah senang bersama dilupakan. Malah mahu berjumpa pun susah apatah lagi pandangan kawan lama tidak dipedulikan.

Tanya saya situasi politik tidak mengharap langsung pengundian Dewan Rakyat. Ini kerana semua maklum pemimpin-pemimpin negara kita berjuang lebih kepada kepentingan diri. Bila-bila masa mereka boleh berubah dengan mudah.

Pemasalahan yang perlu difikirkan oleh penyokong-penyokong PH ialah bagaimana menangani persepsi yang selalu di mainkan oleh PN. Ini kerana tanggapan seseorang manusia terpulang tahap suka atau kebenciannya bagaimana kpd individu atau kelompok itu. Kalau dia suka apa saja walau salah akan jadi betul. Kalau benci, betul berkata-kata sudah mahu disanggahnya.

Walaupun mereka tahu yang jadi PM itu Melayu. Yang mempunyai kuasa perlantikan adalah ke bawah Duli Agong juga Melayu. Hanya dengan kuasa PM Melayu maka hilang jawatan-jawatan  semua pemimpin-pemimpin Cina tetapi masih beranggapan Cina yang menguasai dan memerintah samada tertipu atau ditipu dengan niat.

Persepsi kebencian politik telah mengatasi dari kepentingan agama itu sendiri. Contoh apa sahaja yg dibuat Menteri Agama, Dr Mujahid semua tak kena. Mujahid dikata buruk akhlak walaupun tujuannya iaitu menunjukkan ahklak yang baik kepada bukan Islam sepertimana ditunjukkan Rasulullah saw.
DR Mujahid Yusof Rawa.

Ok saya juga akan berehat dari serius menulis. Dah penat dan saya redha. Pesanan saya, berpolitik cara sihat dan fokus kepada pemasalahan yang lepas. Berlapang dada lah kita semua, bertenang dan ambil ia sebagai hikmah yang baik dari Tuhan.

Kepada pihak yang mengapi-api kebencian perkauman cukup-cukup lah. Mereka pun bukan diminta dilahirkan sebagai Cina, India, Dusun dan sebagainya. Mereka tidak curi duit rakyat tetapi mereka dihina hanya mereka berpolitik bersama DAP. Satu pernilaian yg sgt rasis dan tidak adil untuk mereka.

Buluh: Gagasan Khairuddin tak sama idea Teresa

Islam agama kasih sayang dan bukan kebencian.

Kata Gus Mus... *"Agama itu menerangi, bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak. Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan."*

Gus Mus memberitahu lagi bahwa bukan sedikit masyarakat awam yang tertipu dgn penampilan-penampilan orang yang mengaku tokoh agama, tetapi perilakunya jauh dari ajaran agama. *“Jangan lihat janggutnya, jubahnya, Allahu Akbarnya, tapi lihat perilakunya,”*.

Apa salah Anwar dia nak jaga anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Iban, anak Dusun, anak Bugis dan lain2. Bukankah mereka ini anak Malaysia yg wajib pemimpin Islam bela mereka yg miskin, yg perlukan bantuan. Insani.

C@P
Dari fb Azhar Arcil.