BACALAH...DENGAN HATI YANG LAPANG


Upih Nyior

Artikel menarik ini berkisar dlm socmed tapi tak dapat dikesan penulis asal utk diberi kredit.

Antara ungkapan menarik:

"𝑲𝒂𝒎𝒖 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒂𝒎 𝒃𝒆𝒏𝒊𝒉 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒐𝒅𝒐𝒉𝒂𝒏.... " ~ 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒖𝒓𝒔𝒉𝒊

𝑲𝒂𝒕𝒂 𝒁𝒂𝒂𝒃𝒂 : "𝑨𝒈𝒂𝒎𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒕."

Bacalah dengan hati yang lapang dan dengan dada yang terbuka.......
.

Yang miskin dan kaya bergantung pada orang lain
AKHIRNYA ORANG AGAMA AMBIL PELUANG

Orang miskin bergantung kepada orang kaya untuk membantunya melalui sedekah duit dan orang kaya bergantung kepaada orang miskin untuk masuk ke syurga. Pergantungan inilah yang membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Orang miskin (sihat tubuh badan) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.

Orang kaya pula meminta ahli-ahli masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan untuk bacaan Yasin. Mengharap orang lain membaca agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati orang beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama untuk mencari keuntungan peribadi.

Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dalam karangannya 'Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu' : "Kamu dibesarkan oleh orang tua yang menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."

Pendita Zaaba menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi di dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Kata Zaaba : "Agama yang telah diajar oleh orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak boleh bangkit."

Kata-kata cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.

Wahai orang Melayu! Jika benar air jampi boleh beri orang pandai tanpa membaca buku ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam untuk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.

Lihat lagi sikap org Melayu yang suka bergantung kepada hidup pada orang lain. Jika ada kematian, 7 malam diadakan bacaan Tahlil beserta makan, hari ke 40 baca lagi dan terakhir hari ke 100. Ia dilakukan dengan harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dalam kubur berhadapan dengan malaikat.

Moralnya pergantungan orang Melayu kepada orang lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kepada amalan solehnya sendiri dan anak-anak.

Apabila Hamka menegur sikap orang Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting orang Melayu dengan alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yang telah diajar dari warisan guru-guru terdahulu.

Orang Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jangan mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.

Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan orang Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yang kritis, berwawasan dan akademis cuba membetulkan yang tidak betul kepada betul.

Zaaba menulis orang Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan orang Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira untuk menjadi kerani di pejabat-pejabat.

Saya mengajak kalian melihat sikap orang Melayu yang sangat lucu. Al Quran 100% orang Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya untuk bekalan akhirat.

Orang Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dengan hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.

Orang Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Hinggakan mencari syurga pun ramai orang Melayu mengambil jalan pintas dengan menyertai parti tertentu yang kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.

Lihatlah apabila pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin-pemimpin dalam kesulitan maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah mewah.

Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.

Hudud adalah nyawa kami tetapi apabila duduk dengan kuasa politik tiba-tiba mengatakan adalah sukar untuk hudud dilaksanakan. Sedangkan sebelum itu puluhan ribu ahli dikumpulkan atas nama jihad datang berbondong-bondong ahli terdiri dari orang-orang kampung dan susah berkumpul di KL dengan wang ringgit sendiri. Bukankah ia hanya sia-sia?

Lihat semalam apabila pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah...terus bantuan diperlukan sedangkan orang yang menderma itu tengok salji pun belum pernah. Sebab apa pemimpin-pemimpinnya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah dikaldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 adalah percuma.

Air mineral dibaca surah sekian-sekian dari modal RM1 dijual RM10. Kismis yang dibaca surah-surah tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yang ini patuh syariah yang itu patuh syariah... selagi boleh diniagakan atas nama agama.

Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan orang lain hingga mudah dipergunakan.

Nabi yang dijamin masuk syurga pun tapi masih berusaha dengan solatnya. Nabi orang yang paling yakin dengan Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka tetapi jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga untuk nafkah keluarga... tiba-tiba kamu masuk parti dan taat membabi buta dijamin masuk syurga?

Moralnya Nabi pun berusaha sendiri. Tidak mengharap pengikut menghulurkan makanan. Tak mengharap perlindungan Allah semata mata jika berperang... usaha dan tawakal.

Berubah jangan kita menjadi pentaksub mana-mana pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Untuk mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan carilah ilmu. Membaca itu untuk mencari makna dan membaca itu untuk membuka minda.


No comments: