MEMBISU BILA KES ARWAH WAN AH. AD FARIS

 Aiman Aiman


Lebai2 dajjal dengan berjubah serban perot buncit banyak makan benda benda  haram melalak justice for Zara atas pentas smbil edar tin milo..bile kene tang adik arwah Wan Ahmad Faris,pakat-pakat bisu belaka bersembunyi dalam kain bini..😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂




NOHHHH DOK LAM KAWAH SEKALI


Mohd Asri Bakar



 Sekarang depa (orang2 PARTI PAK LEBAI & WALAUNS) dah tukor selera dengan duk TUTUH gulai kawah berisi berketul2 daging babi.



 Bukan saya yang cakap tu, tapi Tuang Presideng parti sendiri yang cakap. Sebab tu...RUU355 pun dah kelaut (memang depa taknak pun). Kita pun baru tahu, kematian di Memali dulu tu.. bukannya mati Syahid tetapi mati dengan sia2.






MASJID SRI PETALING PUN ADA USAHA PMX DULU..SEBAB ITU TIDAK KETINGGALAN DALAM HAL KEBAJIKAN MASA INI

 

Sebelum pulang, saya meninjau kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling dan sekitarnya. Jawatankuasa masjid memaklumkan mengenai rancangan membina parkir bertingkat. Saya akan meminta pihak berkuasa memudahkan urusan ini demi keselesaan jemaah tabligh dan penduduk setempat.














Saya turut tekankan keperluan menyediakan ruang gerai berhampiran laluan pejalan kaki di luar masjid agar penjaja kecil dapat berniaga dengan lebih teratur.


Sempat juga singgah minum teh di restoran tomyam Nik Rahimah bersebelahan masjid, mendengar sendiri suara peniaga serta berbicara santai dengan penduduk sekitar.


Moga usaha ini menjadi amal yang membawa rahmat serta kesejahteraan buat rakyat.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI



MAULIDURRASUL

 




HARGAI ULAMAK RABBANI BERBANDING ULARMAK POLITIK.

 

Armada Jiwa


Syukur Alhamdulillah





Kami umat islam di Malaysia dengan penuh takzim dan rasa syukur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul 1447H/2025M dalam kategori Agamawan/Kepimpinan Dakwah.


Penghargaan ini bukan sahaja tanda penghormatan kepada jasa dan sumbangan besar beliau dalam memartabatkan pendidikan pondok serta memperjuangkan perpaduan ummah, bahkan juga bukti bahawa keikhlasan, ilmu dan istiqamah akan sentiasa dikenang oleh umat. Seruan beliau agar kerajaan memberi perhatian lebih kepada sekolah pondok, serta mendukung usaha TVET di pondok adalah gagasan yang wajar disahut untuk melahirkan generasi Islam yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.


Kami juga menghargai ketegasan beliau dalam menyeru umat Islam agar tidak berpecah belah kerana politik kepartian yang sempit. Umat hanya akan kuat jika berpadu sebagai satu ummah wahidah.


Akhirnya, kepada segelintir pihak yang lebih selesa berpegang pada “ularmak politik” berbanding ulama rabbani, ingatlah – suara ikhlas seorang alim yang mendidik umat lebih mulia daripada sorakan palsu yang hanya mengikut kiblat kuasa politik.


#MalaysiaMadaniRakyatDisatuni




JALAN SOLO LA PH.

 

Iswardy Morni


Berapa kali dah bagitau PH sabah supaya jalan solo. Masih lagi x yakin diri sendiri






Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah memuktamadkan tidak akan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.


Mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, BN hanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).




PERANGAI AZMAN DAN PAS- Senang Jadi PAS: Masa Tabung Haji Sakit Dia Berpuas Hati, Masa Dah Nak P...

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Program Temu Mesra MADANI Jabatan Mufti Wilay...

Muhasabah Dari Peristiwa Indonesia



Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, termasuk kita di Malaysia yang serumpun. Reaksi rakyat Malaysia dan Indonesia rata-rata positif, saling mendoakan antara satu sama lain. Namun ada juga segelintir yang cuba mempolitikkan isu ini, seolah-olah berharap perkara sama berlaku di Malaysia. Apa yang berlaku di Indonesia wajar jadi muhasabah untuk kita. Walaupun ekonomi mereka stabil dengan pertumbuhan kukuh, inflasi sederhana, pengangguran rendah dan hutang negara lebih sihat dari Malaysia, rakyat tetap marah. Sebabnya jelas: angka makro tidak semestinya sampai ke poket rakyat. Jika gaji tidak naik setimpal dengan kos sara hidup, dan elit politik hidup mewah, kemarahan rakyat akan meledak. Muhasabah untuk Malaysia ialah pertumbuhan ekonomi mesti diterjemahkan kepada gaji yang lebih baik, pekerjaan sepadan, dan sistem perlindungan sosial yang cekap. Reformasi pasaran kerja, sokongan kenaikan gaji, peningkatan kemahiran serta agihan bantuan yang lebih adil adalah kunci. Akhirnya, muhasabah terbesar ialah untuk ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat lihat mereka hidup mewah melampau tanpa usaha sepadan, rasa benci akan meningkat. Sebab itu kita mesti terus bersuara agar pertumbuhan dan laba negara benar-benar dirasai rakyat, bukan hanya angka di atas kertas.



Isu Adun Manjoi, MCMC pastikan dakwa dan bersalah sebab PRK akan menyusu...

Umno akan pastikan RUU PSB diluluskan dan menjadi champion rakyat, DAP b...

SABAHAN REJECTS PAS AND BERSATU, WHY IS IT NOT GIVEN TIME TO BECOME A GO...

TAK PAYAH BERANGAN LA- TAK AKAN DAPAT LA-GEMPAR!! - SURAT LAYANG - HAMZAH AMBIL ALIH PN & BERSATU | Keeja Penyoko...

Kenapa PN PAS Bersungguh Hendak Turunkan Anwar Ibrahim Dari Jawatan PM ?

Hadi silap, hasrat PAS jadikan malaysia negara Islam tidak mungkin terca...

RM60 BILLION TAK KOREK LAGI - DAH DAPAT RM600K | Gelak Sakan Sanusi

PRN Sabah: PH Tak Tersepit Dengan Keputusan Umno-BN – PM Anwar

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat Jumaat serta menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Mohd Zaini Samsu Hadi

KUALA LUMPUR, 5 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Pakatan Harapan (PH) tidak tersepit dengan rundingan antara Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah yang memutuskan tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Perdana Menteri berkata, beliau menghormati keputusan UMNO namun menegaskan PH akan meneruskan rundingan dengan antara kedua gabungan.

“Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Pengerusi BN) ada memaklumkan kepada saya dalam perundingan itu nampak buntu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita doakan mudah-mudahan ada bentuk kesepakatan dan kita hormati keputusan BN. “PH akan terus juga berbincang dengan BN dan juga dengan GRS,” katanya ketika ditanya mengenai keputusan dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada PRN17 Sabah.

Ahmad Zahid berkata, sebaliknya parti berkenaan memutuskan hanya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya berkenaan.

Bulan lalu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan BN dan pemimpin GRS di Putrajaya dan menyatakan supaya seboleh mungkin dielakkan pertandingan tiga penjuru atau pertindihan kerusi yang akan dimuktamadkan dalam PRN Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 di Seri Perdana, Putrajaya pada 19 Ogos 2025. Foto M Saravanan

Anwar ditemui pengamal media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Sri Petaling di sini hari ini.



Kerjasama BN dengan PH sahaja bukan GRS di Sabah


 


Presiden Umno merangkap pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa BN hanya akan bekerjasama dengan PH di dalam pilihan raya negeri Sabah.

“Kami mengekalkan kerjasama BN-PH. Namun kami telah memutuskan bahawa BN Sabah, Umno Sabah memutuskan secara muktamad bahawa tidak akan ada kerjasama dengan GRS.”

Dengan ini PH akan berada dalam dua gabungan iaitu PH-GRS dan PH-BN di dalam pilihan raya negeri Sabah.

Sebelum ini ada usaha dari pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar PH, BN dan GRS bersama-sama memasuki pilihan raya negeri.

Pengumuman Ahmad Zahid ini telah memunahkan harapan Anwar.

Pengumuman ini juga akan menimbulkan persoalan berkenaan kedudukan Datuk Shahelmey Yahya.


Shahelmy ialah Ahli Parlimen Putatan mewakili Umno.

Di Sabah, beliau Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Kerja Raya Sabah dan Adun Tanjung Keramat.

Isu lompat parti akan timbul sekiranya Shahelmy bertanding di atas tiket GRS.




Rakyat Berhak Lontar Pandangan, Berhimpun Tetapi Mesti Punyai Asas Kukuh – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tausiah selepas menunaikan solat Jumaat pada Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat berhak melontarkan pandangan termasuk himpunan atau demonstrasi, tetapi bukan sehingga melakukan kekerasan dan jenayah.

Menurut Perdana Menteri, sebarang himpunan atau demonstrasi yang diadakan mestilah mempunyai asas yang kukuh.

Anwar yang juga Menteri Kewangan yakin, demonstrasi dan protes sehingga mencetuskan keganasan seperti di Indonesia tidak berlaku di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tausiah selepas menunaikan solat Jumaat pada Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Bernama

“Dia boleh bantah, kita tidak menghalang, tapi isu apa? Elaun Menteri potong, Perdana Menteri tak ambil gaji, isu itu tak berbangkit.

“Minyak turun, peruntukan kepada rakyat tambah, saya dah umumkan… yang lain-lain kita boleh timbang dalam belanjawan,” katanya.

Demi mencapai keamanan serta kestabilan negara tanpa membebankan rakyat, tambah beliau, kerajaan perlu berusaha gigih mengembangkan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menunaikan solat Jumaat serta menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 5 September 2025. Foto Mohd Zaini Samsu Hadi

“Negara kena aman, kerja kena kuat, ekonomi kena kembang, pelaburan kena ajak masuk, dan jangan menjejaskan kedudukan ini, yang tertekan adalah rakyat.

“Tidak salah rakyat menyuarakan apa juga pandangan, tapi janganlah nak bakar rumah ketua-ketua. Yang melanggar undang-undang, polis akan ambil tindakan.

“Ada orang kata ini mengekang kebebasan, tak betul. Itu macam fitnah. Saya fikir wajar kita jaga supaya teguran itu berbeda dengan fitnah,” katanya.

Mengulas lanjut pertemuan bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Beijing baru-baru ini, Anwar dimaklumkan keadaan di negara jiran itu semakin baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan pada 3 September 2025. Foto Xinhua

Protes besar-besaran di Indonesia tercetus akibat rasa tidak puas hati terhadap ketidaksamarataan ekonomi dan elaun mewah ahli Parlimen.

Ketegangan memuncak apabila tular rakaman video sebuah kenderaan taktikal tentera melanggar sehingga menyebabkan kematian penunggang ojek, Affan Kurniawan, 21, pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun kesemua keistimewaan yang diumumkan sebelum ini telah pun ditarik balik dan suasana di Jakarta dan bandar besar lain kembali tenang.



BN tak nak kerjasama dengan GRS, ini respon Pakatan Harapan



Pakatan Harapan akan tetap meneruskan rundingan bersama BN dan GRS untuk mencari titik kesamaan.

“Datuk Seri Zahid maklum pada saya, dalam perundingan itu nampak buntu.

“Kita doakan benar-benar ada betul kesepakatan tapi kita hormati keputusan BN.

“Tidak pula tersepit, kita kerjasama dengan BN dan kita juga bincang dengan GRS, kita terus, dia apa-apa pun runding dengan baik, cari keputusan, kata pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata demikian kepada media selepas program Temu Mesra Madani Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling hari ini.


Anwar berkata demikian sebagai respon kepada keputusan Umno/BN yang diumumkan malam tadi agar tidak mempunyai kerjasama dengan GRS dalam mendepani pilihan raya negeri Sabah.


PH mempunyai kerjasama dengan GRS dan BN secara berasingan.

Keengganan BN adalah berpunca daripada hakikat bahawa GRS asalnya adalah daripada Bersatu.

GRS pula tidak mahu bekerjasama dengan BN kerana pengerusinya Datuk Bung Mokhtar Radin cuba mengambil alih kedudukan Ketua Menteri Sabah tahun lalu.




LELAKI TERAKHIR HUTAN AMAZON



 Jauh di dalam Amazon, hidup seorang lelaki yang tidak pernah diketahui dunia. Tidak ada yang mendengar namanya, tidak ada yang memahami bahasanya, dan tidak ada yang berkongsi makanan atau tempat tinggal dengannya. Dia seorang, tanpa suku, tanpa keluarga, tanpa sesiapa... kecuali tanah tempat dia berlindung. Kemudian, orang ramai mengenalinya sebagai Man of the Hole.






Lelaki ini tidak asing di dalam hutan; dia adalah saki-baki terakhir dari seluruh suku yang dihapuskan pada akhir 1980-an oleh petani dan pedagang tanah yang menceroboh tanah orang asli. Semua ahli puaknya meninggal dunia, tetapi dia terselamat dengan cara yang tidak diketahui sesiapa, seolah-olah dia memilih untuk membawa tinggalan kenangan nenek moyangnya sahaja.


Selama dua puluh enam tahun, dia tidak bercakap dengan sesiapa pun, tidak bertanya kepada sesiapa pun, dan tidak meninggalkan jejak yang disengajakan. Dia hanya tinggal di celah-celah pokok, berburu, bercucuk tanam, dan mengumpul air dari sungai. Dengan setiap pondok yang dia bina, dia meninggalkan sesuatu yang membingungkan: lubang yang dalam di dalam tanah. Tiada siapa yang memahami maksudnya, dan lubang-lubang itu kekal sebagai misteri. Ada yang mengatakan dia sedang memburu perangkap, yang lain percaya bahawa dia adalah ritual rohani, tetapi rahsia dia mati bersamanya.


Pihak berkuasa Brazil (FUNAI) mengikutinya secara senyap, mengetahui dia tidak mahu dilihat atau disentuh. Mereka menugaskan pasukan untuk memantaunya dari jauh, kadang-kadang dengan dron dan kadang-kadang dengan kamera tersembunyi, hanya untuk memastikan keselamatannya. Mereka akan melihat dia mengumpul buah-buahan, bersembunyi jika dia berasa terancam, atau duduk diam di bawah naungan pokok. Dia tidak melambaikan tangan kepada sesiapa, tidak membuka mulut.


Dia hidup dalam pengasingan mutlak, tetapi ia bukan penyerahan diri. Ia adalah salah satu tentangan. Penentangan terhadap tamadun yang telah melenyapkan sukunya, penentangan terhadap dunia di mana dia tidak lagi mendapat tempat.


Pada tahun 2022, pergerakannya terhenti. Dia tidak muncul selama beberapa hari, jadi penjaga hutan dengan berhati-hati memasuki wilayahnya. Mereka menemuinya di dalam pondok lumpur kecil, berbaring di atas buaian jerami. Dia mempunyai ekspresi yang tenang, tanpa sebarang kesan keganasan. Dia mati sebagaimana dia hidup: secara senyap. Di sebelah badannya terdapat lubang terakhir.


Dengan kematiannya, sukunya telah hilang sepenuhnya. Tiada nama, tiada bahasa, tiada cerita, tiada lagu. Tetapi dia meninggalkan mesej senyap, lebih mendalam daripada apa-apa perkataan: kebebasan itu boleh dibayar dengan pengasingan, dan identiti itu boleh dihayati oleh seorang individu sehingga nafas terakhirnya.


Lelaki di dalam lubang itu telah meninggal dunia, tetapi kisahnya akan terus mengingatkan dunia bahawa seluruh rakyat boleh hilang tanpa disedari oleh sesiapa, sehingga terlambat.


#OmarBaihaki



WOIII PIDAH..LAGU MANA LA NI..DAH BAYAQ SAMAN KA ,


 

PAK DOLLAH TANYA LAGI


 


DARI HANG NAK BAGI IDEA UNTUK UMNO..AKU RASA UMNO PUN BANYAK JUGA CERDIK PANDAI BERBANDING PARTI KO....SATU LAGI, BAIK KO BAGI IDEA MACAMANA NAK MAJUKAN KELANTAN.KIOK.

 


BINA RUMAH TANPA KESELAMATN


 

BINA RUMAH ATAS LAUT

 






Nampaknya obsesi pempengaruh untuk konten media sosial semakin keterlaluan hingga sanggup mempertaruhkan nyawa dan melanggar undang-undang.


Baca artikel penuh di ruangan komen 🔽


#ohmedia #as






JANJI PAS MEMANG TAK LEH PAKAI


 

Baca Politik. Bersatu Alami Kontraksi



Parti Bersatu akan mengadakan mesyuarat agung minggu depan. Mesyuarat agung selalunya akan menjadi indikator apakah sesebuah parti itu hebat ataupun ia sebuah parti picisan. 


Umum tahu Bersatu kini sedang mengalami kontraksi, prosed pengecutan seperti bunga selepas kembang maksium. Walaupun sang suria ada ia tidak bisa mengembangkan ragginya lagi. 


Pengecutan ini apabila regu mereka Pas pelahan lahan menjaihkan diri dari mereka. 


Pas kini sedang menyiapkan diri untuk bertanding sendiri dan membina kekuatan baru. Langkah itu diambil selepas kecewa dan rasa tertipu dengan jaminan pemimpin Bersatu untuk bentuk kerajaan.


Justeru Bersatu sedang menilai apa yang dilakukan Pas kini.


Maka untuk menarik perhatian Pas, Bersatu perlu jadi macam burung merak jantan cuba menunjukkan kehebatannya kepada merak betina untuk menarik perhatian agar dipedulikan. Pas adakah merak betina yang gian untuk mengawan.


Maka menari dan terkedek kedeklah  Bersatu untuk menarik perhatian Pas agar melihatnya hebat. 


Lantaran itu direkalah sesuatu untuk membolehlan parti itu diperhati bagi dilihat hebat. 


Isu surat layang memburukkan timbalan presidennya Mejah Zainuddin yang diperkatakan kini ia tidak lebih daripada tarian merak jantan sahaja.


Konon ada gerakan nak jatuhkan Mejah dengan penyebaran surat layang. 


Dakwaan itu langsung tidak berasas melainkan surat layang itu untuk dijadikan

modal untuk menarik perhatian umum kepada parti itu sahaja. 


Jadi surat layang itu hanya suatu gimik untuk menunjukkan kehebatan Bersatu yang sedang mengalami proses kontraksi itu. Trims.




MALAYSIA NEGARA MAJU

 




Pembangkang kata ekonomi semakin hancur tapi Pakar Bank Dunia kata ekonomi Malaysia semakin baik. 


Baru² ini, Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia

Dr. Apurva Sanghi dedahkan tiga kemenangan besar ekonomi Malaysia.


Beliau sebut sebagai “kemenangan yg tak didendang.” 


Dan fakta ini mmg tidak keluar dari mulut Pembangkang dan team yg menempel dgn pembangkang walaupon depa takde satu kerusi pon di parlimen. 


Jom tengok apa dia yg disebut oleh Pakar :


1. Kemiskinan jatuh ke tahap terendah. 


Menurut Laporan DOSM 2022, kadar kemiskinan Malaysia kini sekitar 6.2% sahaja. 


Ertinya daripada 100 rakyat, hanya 6 orang tergolong miskin. Lebih 14 juta rakyat berjaya keluar daripada kemiskinan.


Dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim, program Subsidi Bersasar, SARA (Bakul Rahmah, Menu Rahmah) dan bantuan tunai MADANI dilancar untuk pastikan bantuan terus sampai kepada isi rumah yg paling memerlukan. 


Inilah beza bila dasar ekonomi dibuat untuk rakyat, bukan untuk kroni.


2. Ekonomi makin berdaya saing, bukan lagi bergantung pada komoditi. 


Kalau dulu, 95% eksport kita hanya bergantung pada komoditi asas, harini angka itu tinggal 30% sahaja.


Malaysia kini menjadi pemain besar dlm semikonduktor dunia dan sektor ini sahaja sumbang hampir 40% daripada eksport 2023. 


Ditambah pulak dgn pelaburan strategik hasil 31 MoU bersama China tahun 2025 dalam AI, aeroangkasa, E&E dan tenaga hijau.


Ini bukti Malaysia sedang melonjak naik dalam industri bernilai tinggi.


Itu sebabnya KDNK per kapita Malaysia kini 3.6 kali ganda lebih tinggi berbanding Filipina walaupun dulu kita bermula dititik pembangunan yg sama.


3. Malaysia kekal No.1 Dunia dalam industri halal


Dalam laporan Global Islamic Economy Indicator 2023/24, Malaysia sekali lagi berada ditangga pertama dunia sebagai hab halal global.


Pensijilan halal Malaysia menjadi piawaian antarabangsa dari makanan, farmaseutikal, kosmetik sampai logistik. 


Nilai industri halal global mencecah lebih RM13 trilion, dan Malaysia sedang ambil bahagian besar melalui strategi Halal MADANI.


Tiga kemenangan besar ini berlaku kerana dasar dan hala tuju baharu yg dibawa oleh Ekonomi Madani Anwar Ibrahim yg berkesan. 


Untung Malaysia harini dapat Perdana Menteri yg pernah jadi Menteri Kewangan terbaik di Asia.




MENYAMAR JADI WALAUN...

 

DESA HM


Masa tunggu bangla tengah cuci kereta, pak aji tegur satu customer, yg kebetulan sama² tunggu...


Biasalah, jejaka peramah mcm pak aji ni... suka bertegur sapa..😜


"Duit SARA dah tebus ker bang?".. muqaddimah mula pak aji pun cantik dah...


Dia senyum.. "Belum lagi.. ramai sngat orang... lagipun system masih jam lagi.."


Pak aji angguk.. "Saya pun belum.. malas nk beratur panjang²..sistem yg dorang buat pun entah apa²"..


Pak aji cucuk sikit .. 


Kali ni menyamar jd walaun... saja lah nk test.


"PMX ni pun satu... nk bagi pun mcm tak ikhlas jer.. apa salahnya, masukkan jer RM100 tu dlm EWallet masing²... kan senang.. tak payah nk berbaris².. elok lah hari tu, 200 ribu turun demo minta dia letak jawatan"..


Pak aji buat² muka mcm walaun...


Terus nmpak riak muka dia lain.. "Encik tau tak.. di bwh PMX skrg, dunia dah mula kenal Malaysia... PMX pegi mana pun dpt sambutan negara... ekonomi kita jauh lebih baik.. duit pun dah naik... gaji penjawat awam pun naik.. minyak pun dah nk turun... .bla...bla...bla"


Dia tambah lg..

"Elok lah dia tak bagi duit... org kita ni, bnyk yg kaki syabu.. kang dorang bukan guna utk beli beras, dorang beli syabu... ada yg teruk lagi dorang guna beli nombor.... Sekurang²nya dia prihatin kat rakyat... tak mcm zaman 22 bulan hari tu.. semua pakat² sakau"..


Aku senyum jer tengok dia mula angin... 


Aku jwb pendek.. "Tapi bang.. Masa tu, kerajaan tak lawan ulamak.. yg PMX skrg ni lawan ulamak... tu sebab org tak suka kat dia"...


Sambil cepat² aku scan QR bayar harga cuci kereta.. 


Aku toleh kat dia.."Tak per bang.. nanti kita jumpa lagi... saya nk cepat ni.. ada hal"


Sambil aku start kreta, aku senyum kat dia... dlm hati aku "Cehhh.. walanon.. entah² AJK Cabang"... 


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣




Palatao punca Justice For Zara ramai beremosi PALATAO KINI BERGELAR PALATAOLOGI

 

Norman Radzuan


Palatao punca Justice For Zara ramai beremosi

PALATAO KINI BERGELAR PALATAOLOGI






Merekalah yg terpaling tahu atau kita panggil palatao dan semalam meminjam penulisan Liyana Marzuki, tiba2 ‘ada menjadi palataologi iaitu mengambil alih tugas patologi.’


Patologi yg berpengalaman berpuluh tahun, yg belajar mengenainya… kini menjadi mangsa geng palatao.


Patologi itu bukan org politik, bukan pro mana2… dipanggil utk menilai sendiri dari pandangan, pengetahuan dan pengalamannya.


Kata pakar, Zara mustahil terjatuh atau ditolak dari belakang. Kalau jatuh kepala dulu, lebih cenderung ditolak / jatuh tidak sengaja.


Maka keluar la fakta palataologi… mana ada org bunuh diri lompat sendiri dan kaki patah, mesti baring dan mati. 


Pakar tak kata pun bunuh diri cuma beritahu mahkamah cara jatuh adik Zara bukan ada yg menolak. Sama ada Zara melompat sendiri dengan niat bunuh diri. Atau orang lain memaksa dengan membuli, pakar kata dia tiada bukti.


Saya tak tahu apa tujuan palataologi ini menafikan kenyataan pakar patologi. Palatao ini mati mati dia mahu buktikan Zara dibunuh anak VIP.


Sebab apa ??? Sebab nak kaitkan dgn anak VIP. Ibu Zara, peguam ibu Zara sendiri telah nafikan ada penglibatan anak VIP. Peguam ibu Zara pula dikecam.


Hasutan palatao ini buat jutaan manusia percaya… mula2 kaitkan dgn isteri Timbalan Menteri sebagai pengetua, kemudian anak Menteri dan akhirnya cucu TYT.


Buat mereka yg percaya fitnah yg diviralkan itu…lojiknya ada ratusan pelajar di situ, jika benar sudah tentu anak2 pelajar di situ sudah hubungi dan berjumpa ibu bapa mereka maklumkan perkara yg sama.


Mana mungkin nak tutup mulut 100 pelajar di sekolah itu dari bercerita. Kita tak dgr sampai skg pun dari pelajar2 ini tentang penglibatan anak VIP. Tiba2 geng palatao yg menjaja cerita ini. 


Kenapa  Fadhlina diam, kenapa Hajiji diam, kenapa PMX diam… gila apa ni? Mereka ini tak tahu apa2 dan telah serahkan kpd polis. Malah betapa seriusnya PDRM hantar pasukan dari Bukit Aman utk bantu siasatan.


Kalian dpt berita sahih dari siapa ada anak VIP? 


Bukti tak ada, peguam yg hendak bela kes Zara sendiri nafikan, polis nafikan… jadi palatao ini nak percaya kata siapa? Nak pakar2 dan polis hendak beri ulasan yg sama dgn fitnah kamu???


Mereka sendiri berkata mahu pembelaan atau mencari kebenaran. Bila pakar beritahu kamu tuduh macam2. Percayalah selepas ini giliran polis pula diserang dgn alasan cuba sembuyi bukti.


Saya percaya berlaku kes buli tetapi saya tidak berani mengatakan pembuli ini pembunuhnya. Yg pastinya tiada anak VIP, naratif yg sgt kuat dimainkan ketika ini.


Sebab apa? Tentulah bila org politik mengambil kesempatan. Utk menyalahkan kerajaan melindungi VIP. Ia mileage utk tujuan politik apatah PRN semakin dkt. 


Sb itu ada pihak tidak setuju inkues ini bermula awal agaknya takut kebenaran akan dibuktikan. Maka menjaja fitnah utk tujuan politik akn terhenti.


Saya sebenarnya tak sabar pelajar2 pula mengambil tempat sebagai saksi. Saya amat yakin mulut 100 pelajar ini pasti akn memberi jawapan yg benar.


Lagi cepat lagi bagus… saya tahu jika pembuli tersebut dibuktikan melalui pelajar2 ini nanti, org politik dan palatao pasti berasa kecewa jika tiada penglibatan anak VIP.


Tujuan mereka hanya mahu kaitkan dgn anak VIP. Sebab mereka mahu hasut rakyat kononnya PMX, Hajiji, Fadhlina lindungi anak atau cucu VIP.


Saya harap apabila puluhan pelajar tersebut memberi keterangan nanti, jgn mereka pula menjadi mangsa….takut la, dihasut polis dan mcm2 lagi.


Buat terpaling palatao… cukup2 lah menghasut. Kalian mahu kebenaran kan… tunggulah dgn sabar. Kalau kata pakar, polis, saksi pelajar2 ini tidak mahu didengar malah palatao hasut rakyat jgn percaya.


Adakah geng palatao ini ada penyakit Histrionik? Jenis gila perhatian! Ingatlah kita beragama Islam… jika fitnah kita itu dipercayai oleh masyarakat… kita esok akan berhadapan dgn Allah utk menjawab segala fitnah tersebut.


Salam Jumaat.




TAK SESUAI ASKAR DAN POLIS PENCEN JADI WARDEN ASRAMA








Asrama bukan kem tentera.

Asrama bukan balai polis.

Asrama adalah rumah kedua anak-anak kita, tempat mereka tidur, belajar, membesar dengan jiwa dan akhlak.


Kebelakangan ini ada cadangan supaya askar dan polis pencen dilantik jadi warden asrama.


Benar, mereka ada disiplin dan pengalaman kawalan.


Tapi pendidikan bukan soal “arah dan patuh”. Pendidikan perlukan kasih sayang, ilmu pedagogi, kaunseling, dan sentuhan guru.


1. KENAPA TIDAK SESUAI?


1. Warden asrama = pendidik, bukan pengawal.


 • Guru sudah dilatih mendidik, memahami psikologi pelajar, tahu beza antara nakal dan trauma.


 • Askar/polis pencen tiada modul khusus pendidikan kanak-kanak.


2. Isu keselamatan & kes jenayah.


 • Kita masih ingat kes seorang ustaz warden asrama di Kelantan merogol beberapa pelajar.

 • Bayangkan jika warden bukan dilatih dalam pendidikan, risiko buli, salah guna kuasa, malah jenayah boleh berulang.


3. Beban guru memang berat.


 • Guru Malaysia bekerja purata 77 jam seminggu (kajian KPM, 2019).

 • Bila guru dipaksa jadi warden tanpa elaun setimpal, fokus mengajar jatuh, murid pula jadi mangsa.


Menurut kajian oleh Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad Yazi Kerya, purata beban tugas guru sekolah rendah adalah 64.1 jam seminggu. Daripada itu, 39.5 jam (61.3%) digunakan untuk urusan akademik, manakala 24.6 jam (38.7%) untuk urusan bukan akademik. 


Ini melebihi had maksimum waktu bekerja menurut ILO iaitu 48 jam seminggu, dan juga melebihi purata sektor awam lain di Malaysia.


2. CADANGAN REFORMASI PENJAWATAN WARDEN, GAJI MASA BERTUGAS GURU YANG JADI WARDEN


1. Penjawatan Baru Warden Asrama


 • JPA boleh wujudkan skim jawatan khas Pegawai Warden Asrama (DG/Warden).

 • Syarat: diploma/ijazah bidang bimbingan & kaunseling, psikologi pendidikan, atau pentadbiran asrama.

 • Status tetap, bukan kontrak pencen askar/polis.


2. Elaun Guru Warden sekarang hanya RM300+ perlu di kaji balik.


 • Elaun khas ditambah kepada ½ daripada gaji pokok semasa (lebih kurang RM1,200–RM2,000, bergantung gred).

 • Selari dengan Pekeliling Perbendaharaan 2020 yang membenarkan penilaian semula elaun khas sektor pendidikan.


3. Kurangkan Beban Mengajar Guru Yang Jadi Warden 


 • Warden guru dikurangkan waktu mengajar kepada ½ beban minimum (contoh 12 waktu seminggu berbanding 24 waktu biasa).

 • Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2003 membenarkan pengurangan waktu mengajar bagi jawatan tambahan seperti PK HEM, PK Ko-Kur, dan Ketua Bidang.


3. ASAS UNDANG UNDANG DAN PEKELILING YANG BOLEH DIGUNA PAKAI UNTUK PINDAAN.


1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


 • Seksyen 117 memperuntukkan kuasa Ketua Nazir dan Menteri mengatur hal ehwal sekolah termasuk asrama.

 • Ini bermaksud, penjawatan warden boleh diwujudkan secara rasmi melalui kelulusan JPA atas cadangan KPM, dengan justifikasi beban kerja dan keselamatan murid.


2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2008 – Bayaran Insentif Tugas Warden


 • Guru yang dilantik sebagai warden asrama menerima elaun khas (RM240–RM960 sebulan, mengikut gred dan bilangan murid).

 • Namun, kadar ini dianggap tidak setimpal dengan beban kerja sebenar (24 jam bertugas, pengawasan keselamatan, masalah disiplin, dan risiko kes jenayah).


3. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (SPI 1989 & 1995)


 • Menetapkan garis panduan pelantikan warden daripada kalangan guru.

 • Tiada klausa yang melarang pembukaan jawatan khas warden sepenuh masa, hanya memerlukan kelulusan JPA dan pindaan skim.


4. ISU BEBAN KERJA DAN RISIKO SEMASA 


 • Kajian KPM (2019) menunjukkan guru Malaysia bekerja purata 77 jam seminggu, jauh melebihi standard OECD (46 jam).

 • Apabila guru ditambah tanggungjawab warden tanpa imbuhan setimpal, ia meningkatkan burnout, mengurangkan fokus akademik dan membuka ruang kes jenayah & buli.

 • Kes warden Ustaz merogol pelajar asrama (Kelantan, 2022) menjadi bukti bahawa pelantikan tanpa latihan profesional khusus boleh mendatangkan tragedi.


5. AGENDA REFORM PENDIDIKAN MADANI


 • Anti Buli & Anti Rogol 2.0 (Zara Qairina Case): asrama mesti jadi zon selamat, bukan trauma kedua.

 • Institusi Asrama Mesra Pendidikan: warden sebagai mentor, kaunselor, bukan sekadar penjaga disiplin.

 • KPI Kerajaan Madani: kurangkan kes buli 50% dalam 3 tahun; naikkan kadar kepuasan murid asrama ke atas 80% (data KPM).


6. KESIMPULAN 


Asrama bukan sekadar tempat tidur murid, tetapi institusi pembentukan akhlak dan sahsiah. 


Jika warden hanya dilantik atas dasar ‘mengisi kekosongan’, maka kita sedang menggadaikan masa depan anak bangsa. 


Inilah waktunya kerajaan membuka penjawatan warden profesional, menilai semula elaun, dan meringankan beban guru, supaya asrama menjadi benteng pendidikan anti-buli, mesra anak, dan selari dengan aspirasi Pendidikan Madani.”


Sokong penuh kenyataan Dr Azam, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


KPM, Mohon REFORM HABIS HABISAN 🙏🏻 Jangan sesekali biar mana mana pun kes seperti arwah adik Zara Qairina 2.0 berlaku. Al Fatihah untuk mu dik.


Syam Ghaz 

Ydp PIBG SK Sri Kiambang dan SK Baroh Pial


Nota: ada 1 orang warden Ustaz rogol berberapa pelajar di Sekolah Yiki di Kelantan, dan Polis dah sumbat dalam penjara.