Presiden Umno merangkap pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa BN hanya akan bekerjasama dengan PH di dalam pilihan raya negeri Sabah.
“Kami mengekalkan kerjasama BN-PH. Namun kami telah memutuskan bahawa BN Sabah, Umno Sabah memutuskan secara muktamad bahawa tidak akan ada kerjasama dengan GRS.”
Dengan ini PH akan berada dalam dua gabungan iaitu PH-GRS dan PH-BN di dalam pilihan raya negeri Sabah.
Sebelum ini ada usaha dari pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar PH, BN dan GRS bersama-sama memasuki pilihan raya negeri.
Pengumuman Ahmad Zahid ini telah memunahkan harapan Anwar.
Pengumuman ini juga akan menimbulkan persoalan berkenaan kedudukan Datuk Shahelmey Yahya.
Shahelmy ialah Ahli Parlimen Putatan mewakili Umno.
Di Sabah, beliau Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Kerja Raya Sabah dan Adun Tanjung Keramat.
Isu lompat parti akan timbul sekiranya Shahelmy bertanding di atas tiket GRS.
No comments:
Post a Comment