Parti Bersatu akan mengadakan mesyuarat agung minggu depan. Mesyuarat agung selalunya akan menjadi indikator apakah sesebuah parti itu hebat ataupun ia sebuah parti picisan.
Umum tahu Bersatu kini sedang mengalami kontraksi, prosed pengecutan seperti bunga selepas kembang maksium. Walaupun sang suria ada ia tidak bisa mengembangkan ragginya lagi.
Pengecutan ini apabila regu mereka Pas pelahan lahan menjaihkan diri dari mereka.
Pas kini sedang menyiapkan diri untuk bertanding sendiri dan membina kekuatan baru. Langkah itu diambil selepas kecewa dan rasa tertipu dengan jaminan pemimpin Bersatu untuk bentuk kerajaan.
Justeru Bersatu sedang menilai apa yang dilakukan Pas kini.
Maka untuk menarik perhatian Pas, Bersatu perlu jadi macam burung merak jantan cuba menunjukkan kehebatannya kepada merak betina untuk menarik perhatian agar dipedulikan. Pas adakah merak betina yang gian untuk mengawan.
Maka menari dan terkedek kedeklah Bersatu untuk menarik perhatian Pas agar melihatnya hebat.
Lantaran itu direkalah sesuatu untuk membolehlan parti itu diperhati bagi dilihat hebat.
Isu surat layang memburukkan timbalan presidennya Mejah Zainuddin yang diperkatakan kini ia tidak lebih daripada tarian merak jantan sahaja.
Konon ada gerakan nak jatuhkan Mejah dengan penyebaran surat layang.
Dakwaan itu langsung tidak berasas melainkan surat layang itu untuk dijadikan
modal untuk menarik perhatian umum kepada parti itu sahaja.
Jadi surat layang itu hanya suatu gimik untuk menunjukkan kehebatan Bersatu yang sedang mengalami proses kontraksi itu. Trims.
No comments:
Post a Comment