Pakatan Harapan akan tetap meneruskan rundingan bersama BN dan GRS untuk mencari titik kesamaan.
“Datuk Seri Zahid maklum pada saya, dalam perundingan itu nampak buntu.
“Kita doakan benar-benar ada betul kesepakatan tapi kita hormati keputusan BN.
“Tidak pula tersepit, kita kerjasama dengan BN dan kita juga bincang dengan GRS, kita terus, dia apa-apa pun runding dengan baik, cari keputusan, kata pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program Temu Mesra Madani Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling hari ini.
Anwar berkata demikian sebagai respon kepada keputusan Umno/BN yang diumumkan malam tadi agar tidak mempunyai kerjasama dengan GRS dalam mendepani pilihan raya negeri Sabah.
PH mempunyai kerjasama dengan GRS dan BN secara berasingan.
Keengganan BN adalah berpunca daripada hakikat bahawa GRS asalnya adalah daripada Bersatu.
GRS pula tidak mahu bekerjasama dengan BN kerana pengerusinya Datuk Bung Mokhtar Radin cuba mengambil alih kedudukan Ketua Menteri Sabah tahun lalu.
No comments:
Post a Comment