Armada Jiwa
Syukur Alhamdulillah
Kami umat islam di Malaysia dengan penuh takzim dan rasa syukur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul 1447H/2025M dalam kategori Agamawan/Kepimpinan Dakwah.
Penghargaan ini bukan sahaja tanda penghormatan kepada jasa dan sumbangan besar beliau dalam memartabatkan pendidikan pondok serta memperjuangkan perpaduan ummah, bahkan juga bukti bahawa keikhlasan, ilmu dan istiqamah akan sentiasa dikenang oleh umat. Seruan beliau agar kerajaan memberi perhatian lebih kepada sekolah pondok, serta mendukung usaha TVET di pondok adalah gagasan yang wajar disahut untuk melahirkan generasi Islam yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.
Kami juga menghargai ketegasan beliau dalam menyeru umat Islam agar tidak berpecah belah kerana politik kepartian yang sempit. Umat hanya akan kuat jika berpadu sebagai satu ummah wahidah.
Akhirnya, kepada segelintir pihak yang lebih selesa berpegang pada “ularmak politik” berbanding ulama rabbani, ingatlah – suara ikhlas seorang alim yang mendidik umat lebih mulia daripada sorakan palsu yang hanya mengikut kiblat kuasa politik.
#MalaysiaMadaniRakyatDisatuni

No comments:
Post a Comment