USUL UNTUK MENGESAHKAN KEDUDUKAN PERDANA MENTERI LEBIH PENTING DARIPADA LAIN2 USUL



Apa pun hujah serta alasan kerajaan, mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei.

Ini kerana, usul tidak percaya itu adalah sangat penting untuk mengesahkan kesahihan sokongan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Sejak mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, kedudukan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin terus menjadi pertikaian ramai dan ia diperkuatkan lagi apabila beliau membuat keputusan menangguhkan sidang Parlimen yang sepatutnya pada 9 Mac kepada 18 Mei.

Sudah tentu, jika sahih Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti yang benar-benar mantap, tidak ada sebab untuk beliau menangguhkan sidang Parlimen yang telah dijadualkan pada 9 Mac lalu.

Menangguhkan sidang Parlimen itu bermakna beliau tidak yakin dengan apa yang dimilikinya dan dengan itu memerlukan lebih banyak masa untuk menambahkan lagi sokongan.

Untuk itu, meskipun difahami bahawa meluluskan usul dan rang undang-undang kerajaan adalah keutamaan pada 18 Mei nanti, tetapi mengesahkan bahawa Muhyiddin betul-betul mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga adalah perkara penting untuk dimuktamadkan.

Malah, ia boleh dianggap sangat penting untuk mengelakkan Muhyiddin terus dipertikaikan, bahkan kadangkala dijadikan bahan persendaan.

Selepas kedudukannya disahkan dan tidak lagi dipertikaikan, apa usul dan rang undang-undang pun mudah diluluskan kemudiannya.

Dengan yang demikian, usul undi tidak percaya oleh Tun Mahathir Mohamad yang telah diterima oleh Speaker itu mesti diberi ruang untuk dibahas dan diundi pada 18 Mei nanti demi menjaga kewibawaan serta nama baik Perdana Menteri.

Jika sidang selama sehari itu tidak mencukupi, tempohnya wajar disemak atau ditambah kepada beberapa hari.

Bersekali dengan hal ini, Ahli-Ahli Parlimen turut wajar memberi sokongan kepada usul Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong yang juga diterima Speaker yang mana beliau telah mengemukakan usul menuntut sidang Dewan Rakyat 8 Mei nanti dilanjutkan selama 8 hari.

Setidak-tidaknya dengan Parlmen bersidang lebih daripada sehari atau sehingga 8 hari saja yang membolehkan lebih banyak rang undang-undang dan usul kerajaan, tidak terkecuali usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dapat diselesaikan.

Alasan Covid-19 untuk mewajarkan perlunya sidang Parlimen hanya diadakan selama sehari sudah tidak terpakai lagi sebenarnya berikutan keputusan kerajaan sekarang telah melonggarkan PKP dengan membenarkan banyak sektor ekonomi beroperasi sejak 4 Mei lalu.

Lagi pula, Ahli Parlimen hanya berjumlah 222 orang saja dan jumlah itu lebih sedikit daripada mereka yang bekerja di kilang-kilang, tapak pembinaan, pusat membeli belah atau di dalam gerabak keretapi atau LRT.

Ini bermakna, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang seolah-olah enggan memberi ruang kepada usul Tun Mahathir dibahaskan dan mengatakan sidang sehari itu hanya untuk usul-usul kerajaan saja adalah tidak relevan sama sekali.

Beliau berkata, urusan lain yang tertunggak seperti usul anggota Parlimen yang tidak sempat dibahas kali ini akan dibawa ke sidang seterusnya pada 13 Julai akan datang.

Dalam hal ini, harus difahami jika usul undi tidak percaya ini ditangguhkan lagi kepada Julai, kedudukan Muhyiddin akan terus menjadi pertikaian ramai dan akhirnya akan menyusahkan beliau sendiri dalam menjalankan tugasnya.

Malah, harus juga diingat bahawa sesuatu usul itu apabila diluluskan adalah berdasarkan tiga faktor iaitu perkara tertentu, untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Maka, jika sesuatu usul yang telah diterima oleh Speaker untuk dibahaskan, tetapi ditangguhkan lagi sehingga dua bulan, bermakna ia tidak lagi menepati syarat ia dilulus untuk dibahaskan.

Kepada Takiyuddin yang suka-suka mengatakan usul yang tidak sempat dibentangkan pada 18 Mei ini akan dibawa kepada sidang Parlimen Julai akan datang, beliau mesti sedar bahawa usul undi tidak percaya ini bukan macam usul RUU355 yang sekadar usul geli-geli saja. 

(ShahbudinHusin 08/05/2020)

‪Implikasi Jika Usul Undi Tidak Percaya Efektif‬

Oleh : Abd Malek Hussin



‪Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020.‬

‪Berbagai negara demokrasi berparlimen pernah mengalami usul undi tidak percaya. Ada negara kerajaan tumbang dengan usul spesifik Usul Undi Tidak Percaya, dan ada yang tumbang kerana Belanjawan ditolak dalam pengundian Parlimen. Kebanyakannya mengadakan pilihanraya umum baru selepas itu bagi membentuk kerajaan yang baru.‬

‪Di Australia, Kerajaan minoriti PM Arthur Fadden letak jawatan setelah Belanjawan ditolak oleh Parlimen pada Oktober 1941.‬

‪Canada kali terakhir mengalami undi tidak percaya pada 25 Mac 2011. PM Stephen Harper letak jawatan apabila diundi 156-145 menolak kepimpinannya.‬

‪PM Atal Bihari Vajpayee letak jawatan apabila kalah dengan majoriti 1 undi (269-270) dalam undi tidak percaya Parlimen India pada April 1999.‬

‪PM UK, James Callaghan letak jawatan apabila dikalahkan dalam undi tidak percaya dengan majoriti 1 undi (311-310) dalam House of Commons pada 28 Mac 1979.‬

‪Parlimen Malaysia belum pernah meluluskan Usul Undi Tidak Percaya.‬

‪Apakah akan jadi jika Usul Undi Tidak Percaya terhadap PM Muhyiddin Yassin diluluskan pada 18 Mei 2020?‬

‪Pertamanya, Muhyiddin kena meletakkan jawatan Jemaah Menteri. Ini selaras dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪PM mempunyai pilihan untuk meminta Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.‬

‪Dalam situasi demikian, terserah kepada Agong untuk memutuskannya. Menurut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh bertindak menurut budibicaranya tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen. ‬

‪Jika Agong mempersetujui membubarkan Parlimen, maka suatu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu, dan Parlimen hendaklah dipanggil bersidang dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubarannya, sepertimana menurut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪Jika Agong tidak mempersetujui membubarkan Parlimen, Agong perlu menjalankan fungsinya menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bagi melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.‬

‪Agong boleh melantik sebagai Perdana Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.‬

‪Aku cenderung berpendapat bahawa:‬

‪◾️Parlimen lebih wajar dibubarkan jika Usul Undi Tidak Percaya diluluskan kerana dalam senario politik terkini, tiada parti atau gabungan parti-parti boleh mendabik dada mempunyai majoriti mutlak yang stabil.‬

‪◾️Dengan mengambil kira wabak COVID-19 kini, pilihanraya umum boleh diadakan dalam tempoh paling maksimum yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan ini, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) wajar melihat contoh bagaimana Korea Selatan berjaya mengadakan pilihanraya umum Parlimen semasa penularan wabak COVID-19 pada 15 April 2020.‬

‪Sekian.‬

SOKONGAN KEPADA UMNO, PAS KIAN MEROSOT

TIADA KETETAPAN BERSATU KELUAR PH MESYUARAT 23, 24 FEB – MARZUKI

EZAM TOLAK KEMBALIKAN TUN M SEBAGAI PM

VIDEO SK: SAIFUDDIN ,Setia Pada Parti atau Setia Pada Azmin dan Zuraida?






Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar sikap sesetengah ahli yang lebih setia kepada pengkhianat seperti Azmin Ali dan Zuraida berbanding parti. Katanya, setiap ahli harus sedar bahawa mereka perlu membezakan antara perjuangan individu dengan perjuangan parti.

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas


USUL DITERIMA. NASIB MUHYIDDIN DIKETAHUI SELEPAS INI



Ramai yang kegembiraan sekarang ini berikutan keputusan Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin selaku Perdana Menteri dalam Sidang Parlimen pada 18 Mei nanti.
Usul tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Dengan usul tersebut, kedudukan Muhyiddin akan dapat dimuktamadkan pada 18 Mei akan datang ini sama ada beliau benar-benar mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen atau sebaliknya.
Apa nasib Muhyiddin dan apa kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku selepas itu?
Tunggu ulasan selanjutnya selepas ini. (ShahbudinHusin 08/05/2020)


"EKONOMI TERJEJAS: IBU TUNGGAL SANGGUP PINJAM AH LONG?"



KALI INI MAHATHIR BERI LALUAN ANWAR PM KE 9?

USUL UNDI PERCAYA TUN M, ANWAR TAK TAHU?

Melancarkan semula PH, memperbaharui semula tekad


Oleh Nor Miswary Ramli 
Timbalan Pengerusi DAP cawangan USJ, Subang Jaya 
Kita tidak mempunyai peluang kali kedua. Masa untuk merungut akibat kegagalan menghidu dan mengekang kerja jahat Langkah Sheraton wajar dihentikan segera. Kita hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali berpakat dan memperbaharui tekad kerjasama yang masih berbaki.
Persoalan yang agak kritikal adalah bagaimana kita boleh mendapat kepercayaan rakyat semula? 
Kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng baru-baru ini harus dijadikan batu asas pertama untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya. Ia petanda PH tidak keletihan politik.
Kenyataan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan parti itu perlu kembali bersama PH berbanding menyertai Perikatan Nasional (PN) berikutan kedudukan kerjasama politik yang tidak menentu antara Bersatu, UMNO dan PAS. 
Malah Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang telah sebulat suara menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan PN menjadi kayu pengukur bahawa gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak disenangi oleh rakyat dan pemimpin pembangkang malah ditolak oleh parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan pada hari ini. 
Kesediaan Anwar yang menyambut baik hasrat Mukhriz tersebut sudah boleh membingkai kesungguhan PH untuk memperbaiki kerjasama ini mendepani PN, Muafakat Nasional atau apa pun nama parti baharu sekali pun di dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang. 
Biarpun ramai yang lebih berminat agar kita mengambil kesempatan akibat kegagalan menteri atau timbalan menteri PN hari ini terutama ketika berhadapan krisis ekonomi atau sikap berpolitik dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan kesan pandemik Covid-19 ini, saya tetap percaya kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam membuat penilaian. 
Mereka memilih Pakatan Harapan semasa PRU ke-14 yang lalu kerana kesepakatan kita memegang pada satu tali dan mengusung agenda yang sama. Nada pemimpin kita ketika itu gemanya seirama. Rakyat terpesona melihat kerjasama yang tidak pernah terjangkau oleh mereka beberapa dekad sebelum itu. Selain daripada faktor kebobrokan dan kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan kesannya kepada ekonomi serta rakyat – muafakat ahli PH juga turut memberi sumbangan yang besar dan signifikan. 
Sungguhpun terdapat beberapa tokoh yang dahulunya juga disanjung dan diyakini seperti harapan yang dipanjangkan di dalam tulisan ini, namun inilah yang disebut selalu oleh orang tua kita sejak zaman berzaman – buangkanlah yang keruh, kerana yang jernih kini semakin jelas kejernihannya. 
Akan tiba masanya nanti menteri kanan atau kiri itu sendiri akan berdepan dengan rakyat yang pernah memberi mereka kepercayaan dulu. Saya tidak sanggup menanggapi dengan apa-apa tanggapan. Membayangkannya pun saya tak mampu dan tak sanggup. Biarlah parti baharu mereka yang akan menguruskannya kelak. 
Jika sayap pemuda Bersatu, Armada juga telah memperlihatkan keyakinan mereka untuk kembali bersama PH, saat ini, kita hanya perlu mengumpul sisa semangat yang masih ada dan melancarkan semula PH yang lebih segar dan lebih jujur. Memperkenalkan wajah-wajah muda, baharu dan energetik kepada rakyat tanda kita benar-benar bersungguh untuk memulakan semula perubahan. 
Undi orang muda, mereka yang belum pernah mengundi, yang atas pagar dan yang sedang memerhati tingkah laku orang lama berpolitik sehingga memporak-peranda Malaysia yang bakal mereka warisi akan menjadi penentu hidup mati masa depan PH. 

KENYATAAN MEDIA EZAM MOHD NOR.



Tun Mahathir - Kuasa sebagai alat Reformasi BUKAN Reformasi sebagai alat Kuasa.

1.Ada khabar terdapat usaha kembalikan Tun Dr Mahathir berkuasa sebagai PM.Saya harap khabar itu tidak betul.

2.Kalau betul, ianya malang bagi negara ini khususnya bagi perjuangan melakukan reformasi dalam negara ini.

3.Ia akan sekali lagi merencatkan proses reformasi negara sepertimana reformasi terencat walaupun Tun Mahathir menjadi PM atas nama reformasi dalam PRU14 lalu.

4.Sebabnya ialah kerana Mahathir mengejar kuasa bukan mengejar reformasi.Mahathir menjadikan reformasi sebagai alat untuk beliau berkuasa.Bukan menjadikan kuasa sebagai alat untuk mencapai reformasi bagi negara.

5.Buktinya jelas, sejak hari pertama mendapat kuasa dan menjadi PM, percaturan Mahathir ialah untuk kekalkan kuasa, melengahkan dan mungkin menidakkan perjanjian 2 tahun peralihan.

6.Pelbagai muslihat dilakukan bermula dengan pembentukan kabinet yang jelas cenderung untuk kekalkan kuasa Mahathir dan kuatkan musuh2 kepada pengganti Mahathir yang sudah termaktub dalam perjanjian.

7.Malah apabila ada kes jenayah seks songsang yang jelas terhadap seorang anggota kabinet, video menjadi kabur, kes ditutup kerana menteri itu 'berguna' untuk kekalkan kuasa Mahathir sebagai PM.

8.22 bulan kerajaan reformasi diberi mandat rakyat memerintah, isu utama yang berlegar bukan soal reformasi tetapi soal kuasa, peralihan kuasa.

9.Justeru proses reformasi lembap.Perkara paling penting yakni menangkap dan menghukum mereka yang telah mencuri wang negara, salahguna kuasa semuanya berjalan lembap.Makanya selepas 22bulan tidak ada seorangpun penyamun2 negara ini dihumban dipenjara!

10.Dan kemuncaknya ialah kejatuhan kerajaan reformasi.Ianya juga berpunca daripada permainan Mahathir yang mahu kekal berkuasa.Beliau sanggup berkawan dengan musuh yang baru sahaja bertempur dengannya dalam PRU 14 lalu.Bersekongkol atas nama bangsa dan agama.Kesemuanya untuk menidakkan proses peralihan yang lancar dan tepat waktu.Lupakah kita kepada Kongres Maruah Melayu?Ianya adalah langkah pertama merosakkan pelan peralihan dan menjahanamkan kerajaan reformasi.

11.Cukuplah Tun.Kesianlah kepada negara ini.Negara ini sudah hilang puluhan mungkin ratusan billion disamun elit2 korup dan durjana.Negara ini dambakan reformasi yang jujur dan bersungguh2.

12.Ianya hanya boleh berlaku apabila kuasa dijadikan alat untuk menjayakan reformasi bukan menjadikan reformasi sebagai alat untuk menjayakan cita2 peribadi untuk terus berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.(buat kali ke 3)

Mohamad Ezam Mohd Nor
8 Mei 2020, 15 Ramadhan 1441H.

HINA JAWI, LAWAN HUKUM ISLAM & CACI PERJUANGAN ORANG MELAYU MUSLIM, KINI BERKUASA DALAM KERAJAAN



1. MAH HANG SOON
Pernah mengisytihar Jawi merupakan beban kepada murid & kalah dlm PRU14 (Parlimen Tanjung Malim).
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, antara Kementerian yg terpenting di Malaysia.
2. CHONG SIN WOON
Pernah menggesa supaya Hudud dimatikan serta merta & kalah dlm PRU14 (Parlimen Seremban).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang, pelabuhan yg paling sesak & bernilai di Malaysia.
3. TI LIAN KER
Pernah mengisytihar bahawa MCA akan sentiasa membantah Hudud & digigur dlm PRU14.
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.
4. TAN TEIK CHENG
Pernah gesa Tun M jaga hati orang Cina melalui pengiktirafan UEC & kalah dlm PRU14 (DUN Machang Bubok).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Penang, antara pelabuhan terkaya di Malaysia.
5. KOH CHIN HAN
Pernah tuduh UMNO jahat kerana mempercepatkan pembentangan usul RUU355 & digugur dlm PRU14 (DUN Bemban).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Melaka.
6. CHAI KIM SEN
Pernah mendabik dada melaung MCA parti konsisten menentang Hudud & digugur dlm PRU14.
Kini dilantik Senator Dewan Negara.
– – – – – – – – – –
Latar belakang: MCA yg dikuasai dan dianggotai 100% Cina Kafir telah dibungkus oleh PH dalam PRU14. Satu-satunya Ahli Parlimen yg survive adalah Dewa Wee Ka Siong (Ayer Hitam).
Namun, dengan hanya seorang Ahli Parlimen sahaja, MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong telah menambah seorang lagi Cina Kafir, Wee Jeck Seng melalui PRK Tanjung Piai.
Kemudian Dewa Wee Ka Siong mengorak langkah lagi & berjaya melobi tokong-tokong lain menyertai Kerajaan, meskipun mereka semua calon yg digugur atau kalah dlm PRU14. Malah mereka semuanya mempunyai track record cemerlang dalam menghina Jawi, melawan hukum Islam & mencaci perjuangan orang Melayu Muslim.
Kini, MCA mempunyai seorang Menteri iaitu Dewa Wee Ka Siong sendiri dan juga berpuluh-puluh Timbalan Menteri, Senator, Pengerusi Pelabuhan, Pengerusi Lembaga, Pengerusi GLC, Ahli Majlis dan sebagainya yg menjadi sebahagian daripada Kerajaan.
Penghina Jawi, pelawan hukum Islam & pencaci perjuangan orang Melayu Muslim sudah berkuasa dalam Kerajaan.
Itulah kehebatan & kuasa Dewa Wee Ka Siong yg selalu diangkat ke langit oleh Najib, pemimpin2 & macai2 UMNO PAS.
Di manakah telur Melayu Muslim UMNO PAS?
Sudah dipicit ditekan dihempas dipecah oleh dewa-dewa & tokong-tokong MCA?
Tak berani tegur Dewa Wee Ka Siong & tokong-tokong dia?
Dipetik dari FB Adrian Lim Chee En.

(function() { var d = document, w = window; w

ADA DUIT KAH NAK BAYAR GAJI ?

  Pengambilan khas guru: Beri keutamaan anak tempatan, kata kesatuan FMT Reporters  - June 21, 2021  Presiden Kesatuan Guru Sabah STU, Said ...