Kotakan anji Pas gugur menteri tak berprestasi
Antara menteri yang memberikan cadangan kontroversi ketika negara sedang menghadapi wabak Covid-19 sekarang adalah:
Menteri Alam Sekitar dan Air (Mewa). Antaranya beliau mencadangkan agar kementeriannya mengkaji pencemaran virus Covid-19 dalam air kumbahan.
Menteri Kesihatan. Menteri ini berkata meminum air suam boleh mencegahkan Covid-19. Di samping itu beliau telah mendedahkan identiti pesakit Covid-19 yang bercanggah dengan Akta Perubatan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau mencadangkan agar wanita bersolek di rumah seumpama pergi ke tempat kerja serta bersuara Doraemon ketika meleteri suami.
Menteri Dalam Negeri. Beliau mempertikaikan Menteri KDN sebelum ini padahal ia adalah Perdana Menteri sendiri.
Menteri Pengajian Tinggi. Beliau lambat memberikan arahan yang jelas kepada pelajar selepas kerajaan mengarahkan universiti ditutup akibat dari Covid-19. Akibatnya perhentian bas dan keretapi penuh sesak dengan pelajar yang ingin balik kampung yang menjadi salah satu tempat penyebaran Covid-19.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah memakai baju PPE yang sangat bernilai untuk petugas barisan depan untuk berlakon menyembur air sanitizer sambil menulis MENTERI pada dahinya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau mencadangkan agar Penerbangan Malaysia memastikan pakaian pramugarinya menutup aurat ketika masalah yang dihadapi oleh kakitangan Mas terutama pramugari adalah hilang pekerjaan kerana Covid-19.
Perdana Menteri. Ini kerana beliau telah melanggar arahan kerajaan yang membenarkan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli belah. Sedangkan beliau membawa isterinya pergi membeli belah.