LESEN UNTUK HENTAM KERAJAAN.



Kepada yang masih berkira-kira sama ada mahu menghentam PH atau tidak atas pelbagai kelemahan dan tidak terkecuali kebodohan seetengah menteri, kini mereka tentunya sudah mula rasa lapang di dada.
Mereka mulai sekarang sudah boleh menghentam kerajaan tanpa rasa berdosa apa-apa.
Ini berikutan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin sendiri memberi laluan ke arah itu.
Kata beliau, masa untuk memberi nasihat sudah tamat dan kini adalah masa untuk menghentam pula.
Bagi yang sudah lama menghentam PH atas pelbagai kelemahan dalam mengurus kerajaan, tentunya seperti blog ini, ciapan Kadir ini adalah ibarat lesen besar untuk melakukan hentaman dengan lebih agresif lagi.
Realitinya, setelah 17 bulan tidak makan nasihat dan masih juga menunjukkan kebodohan, seperti menteri yang tak sudah-sudah dengan projek kereta terbang misalnya, jalan yang tinggal hanyalh dengan menghentam mereka.
Jika Najib Razak sebelum PRU14 telah dihentam kiri dan kanan sehingga akhirnya BN tumbang, kalau tidak berubah, PH juga harus sedia menerima hentaman yang lebih agresif mulai sekarang.
Mudah-mudahan hentaman yang semakin agresif nanti membuka hati untuk mereka berubah.
Jika tak mampu berubah, undurlah secara terhormat.
Dengan Penasihat Media dan Komunikasi PM sendiri memberi laluan serta lampu hijau, takkan nak dibiarkan begitu saja kesempatan yang ada.
Marilah kita hentam PH ini secara berjemaah mulai sekarang. (ShahbudinHusin 22/10/2019)


KENYATAAN MEDIA AMK KEDAH. LAGI KUTUK AZMIN.

Kenyataan Media

Rabu, 23 Oktober 2019

AZMIN ALI JANGAN JADI PENGKHIANAT DAN BATU API

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR hari ini yang bertajuk ‘Kerajaan Pintu Belakang, Biar Tun Dr Mahathir Kekal PM Hingga Selesai Penggal' adalah satu kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau sedang dalam usaha untuk melobi dirinya dan menggagalkan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim serta kenyataan beliau juga untuk memecahbelahkan hubungan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam kenyataan beliau juga, beliau ada menyatakan bahawa ‘mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai kerajaan pintu belakang' adalah satu kenyataan yang agak biadap dan adakah beliau lupa bahawa beliau juga pernah menggunakan 'pintu belakang' semasa jawatan Menteri Besar Selangor dikosongkan pada tahun 2014.

Pada pandangan saya, kenyataan beliau pada hari ini telah membuatkan rakyat yg mengundi Pakatan Harapan marah terutamanya ahli parti sendiri kerana seorang pemimpin berjawatan Timbalan presiden sedang dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. Sepatutnya beliau harus menyokong sepenuhnya untuk mengangkat Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-8 seperti mana perjanjian yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada tahun lalu.

Dalam kenyataan beliau juga ada menyatakan bahawa 'Mana ada kita mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan setiap dua tahun atau satu tahun? Jadi saya harap mereka yang terobsesi dengan kuasa akan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang memutuskan kerajaan selama lima tahun. Dari itu, dua atau tiga tahun atau satu tahun, itulah kerajaan pintu belakang. Kenyataan ini juga menunjukkan seperti beliau tidak faham perjanjian mengenai peralihan kuasa yg telah dibincangkan atau beliau sengaja buat-buat tidak faham apa yg telah dipersetujui oleh keempat-empat parti kompenan dalam Pakatan Harapan.

Beliau tidak perlu menjadi 'Batu Api' dalam isu peralihan kuasa. Seharusnya beliau perlu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Menteri Ekonomi dan beliau sewajibnya menggesa pihak berkuasa agar  menyelesaikan dengan segera siasatan terhadap isu video yang telah menggegarkan negara beberapa bulan lalu yang dikatakan mirip beliau, jika itu merupakan satu fitnah terhadapnya bagi mengembalikan nama baik beliau sendiri. 

Di sini saya ingin bertanya kepada beliau, adakah beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat?

Jika beliau sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan berundur secara baik. Saya yakin semua ahli parti juga mahu satu jawapan yang jelas daripada beliau dan semua ahli parti bersedia menerima jika beliau berundur diri dari Parti Keadilan Rakyat kerana masih ramai yang lebih layak menggantikan tempat beliau. Namun jika beliau masih sayangkan PKR, beliau seharusnya menghormati Presiden dan pimpinan-pimpinan parti serta ahli-ahli akar umbi di bawah.
Jangan jadi 'Duri dalam daging'.

Mohd Syauqi Bin Md Sahimi
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah


KENAPA RM3 JUTA? MANA RM90 JUTA?

REVOLUSI INDUSTRI 4.0: KERAJAAN PERLU DASAR LEBIH MANTAP

LEBIH BANYAK KUOTA RUMAH SEWA BELI DI P PINANG

TUN..JANGAN BODOHKAN RAKYATI

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan beberapa menteri mengumumkan peruntukan pembangunan menjelang pilihanraya kecil di Tanjung Piai.
Katanya, pengumuman itu tidak ada kena mengena dengan cubaan mendapatkan undi dan cuma kebetulan dengan adanya pilihanraya kecil di kawasan itu.
“Memang menjadi amalan kerajaan, pengumuman mengenai sesuai projek atau peruntukan dibuat dari semasa ke semasa.
“Kerajaan meneruskan urusan pentadbiran seperti biasa kerana proses pengumuman calon untuk bertanding di Tanjung Piai belum berlaku.
“Sebelum dinamakan calon, kerajaan menjalankan tugas biasa.
“Waktu mana pun (kita) buat peruntukan, tetapi (sewaktu kita) buat peruntukan (baru-baru ini), secara kebetulan ada PRK di situ,” kata Tun Mahathir lagi.
Betulkah cuma kebetulan?
Tapi, kenapa semua menteri hanya berebut-rebut mengumumkan peruntukan pembangunan untuk Tanjung Piai saja?
Kenapa tidak di kawasan-kawasan lain?
Apakah kawasan-kawasan lain tidak memerlukan pembangunan?
Soal calon belum diumumkan tidak harus dijadikan hujah bahawa ia bukan cubaan untuk membeli undi kerana semua orang tahu tarikh pilihanraya sudah pun ditetapkan pada 16 November depan.
Lagi pula, bukankah sudah diumumkan calon PH yang akan bertanding di Tanjung Piai adalah daripada Bersatu, parti yang dipimpin oleh Tun Mahathir sendiri?
Adakah mentang-mentang calon yang bertanding daripada Bersatu, maka membeli undi jadi halal belaka?
Tun, janganlah cuba perbodohkan rakyat dalam era Malaysia Baru ini? (ShahbudinHusin 23/10/2019)