ANWAR TAK LAYAN DESAKAN KARTEL DESAK MOHON MAAF



*Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak melayan tuntutan agar beliau memohon maaf ekoran pemecatan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Zakaria Abd Hamid*.

Anwar berkata kenyataan bersama yang ditandatangani 20 pemimpin parti itu - yang mengandungi desakan itu - *boleh dipertikaikan*.

Beliau mendakwa dua pemimpin yang menandatangani kenyataan itu, *naib presiden Tian Chua dan anggota MPP R Sivarasa, kini mempertikai sebahagian kandungannya.*

*"Mereka tak setuju bahagian yang meminta saya memohon maaf atas pemecatan Zakaria. Bahagian itu tiada dalam draf.*

"Ini bermakna ada sesuatu yang memanipulasi surat itu kerana surat itu tidak betul seluruhnya," katanya ketika sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Ditanya berkenaan siapakah yang memanipulasi kenyataan itu, Anwar berkata: "Saya tak tahu tapi timbalan presiden yang tandatangan."

"Kenyataan perlu dipersetujui semua tetapi ada bahagian yang tiada dalam draf. Biar mereka jelaskan perkara itu dulu," katanya lagi.

Beliau ditanya berkenaan kenyataan bersama oleh Azmin dan 19 anggota MPP yang menyokongnya, yang antara lain menolak pemecatan Zakaria dan mendesak Anwar agar memohon maaf kerana keputusan itu tidak mendapat sokongan dua per tiga ahli MPP.

Selain Azmin, Tian Chua dan Sivarasa, kenyataan itu turut ditandatangani Amiruddin Shaari, Saifuddin Abdullah dan 13 anggota MPP, termasuk Zakaria sendiri.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau terbuka jika lembaga disiplin PKR ingin menilai semula pemecatan Zakaria, kerana ia adalah hak yang dimiliki semua anggota parti.

"Lebih baik Zakaria membuat rayuannya sendiri terhadap pemecatannya," katanya lagi.

Katanya lagi, isu itu bukan persoalan politik atau pergeseran antara kem tetapi PKR ialah sebuah parti yang berasaskan dasar reformasi, termasuk melawan rasuah.

"Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akui mereka tersilap menghantar surat itu kepada PKR, tetapi mereka tidak menyangkal kandungan surat itu, yang membabitkan Zakaria," katanya lagi.

*Surat SPRM dibaca kepada media*

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kadungan surat SPRM berkenaan Zakaria itu dengan membacakannya kepada pemberita.

Saifuddin berkata PKR menerima surat itu pada 23 Oktober lalu, yang mana SPRM secara spesifik menyatakan nama pesalah, kesalahan yang dilakukan, tarikh dan lokasi ia didakwa berlaku, dan maklumat berkenaan individu yang disoal siasat.

Saifuddin Nasution Ismail
Menurut surat itu, Zakaria - yang merupakan bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya Baru Bian - didakwa menawarkan projek kementerian itu yang bernilai RM20,000.

Laporan terdahulu mendakwa ia berlaku ketika beliau bertanding untuk kerusi MPP dalam pemilihan parti yang lalu.

"Ada juga pernyataan tuntutan daripada DPP (timbalan pendakwa raya) yang mengesyorkan tindakan diambil terhadap Zakaria," kata Saifuddin.

Beliau berkata keseluruhan surat itu telah ditunjukkan kepada MPP dan tindakan parti sebelum ini berdasarkan pernyataan tuntutan daripada pihak berkuasa berkenaan siasatan rasuah yang tertinggi di negara ini.

Katanya lagi, sepucuk surat kemudian dihantar kepada Zakaria dan beliau diberi masa dua minggu untuk membuat rayuan.

Jika rayuan dibuat, lembaga disiplin parti akan membuat pertimbangan dan cadangan kepada MPP, katanya lagi.

"Selepas membaca kandungan surat itu, adakah anda fikir kami perlu minta maaf?"

Sebelum sidang media berakhir, Saifuddin ditanya jika PKR sedia berdepan dengan perpecahan besar dalam parti itu ekoran konflik yang berlaku.

"Kami telah menempuhi banyak episod, kami sedia berdepan apa saja," katanya lagi.

Sidang media itu dibuat selepas Anwar menghadiri program "Dialog Peradaban Islam-Konfusianisme" yang diadakan di Bayan Baru.

PATUT PUN....LA...MAK LAMPIR JUGA TELLBAT...Saifuddin: Zakaria tawar peruntukan RM300k dari kementerian perumahan.



Saifuddin: Zakaria tawar peruntukan RM300k dari kementerian perumahan

Peruntukan kedua berjumlah RM300,000 yang didakwa ditawarkan kepada pemimpin parti peringkat pertengahan oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang dipecat Zakaria Abdul Hamid ketika pemilihan parti pada tahun lalu dilaporkan datang dari sumber Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan hal ini semasa membacakan surat SPRM yang secara "khilaf" dihantar kepada parti itu mengenai siasatan terhadap Zakaria.

Menjelaskan latar belakang kes, katanya Zakaria yang juga bekas pegawai Menteri Kerja Raya Baru Bian turut menawarkan kontrak RM20,000 dari Kementerian Kerja Raya.

"(Surat SPRM itu juga menyatakan) beliau juga memaklumkan bakal mendapat peruntukan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dihabiskan sebelum hujung tahun 2018," kata Saifuddin pada sidang akhbar di Pulau Pinang.

Menurut sumber, surat itu juga menyebut Zakaria meminta para pemimpin PKR untuk memohon peruntukan daripada penyelaras parlimen Bera.

Surat itu dilaporkan berkata tindakan tersebut disyaki sebagai usaha untuk mendapatkan undi dalam pemilihan PKR.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan penjelasan.

Zuraida, yang juga naib presiden PKR, merupakan antara 18 individu yang menandatangani surat menuntut pemimpin parti mengemukakan permohonan maaf kerana bertindak "tergesa-gesa" terhadap Zakaria.

Majlis Pimpinan Pusat PKR memetik surat SPRM sebagai alasan untuk menyingkirkan Zakaria.

Ketika dihubungi mengenai perkembangan terkini pada hari ini, SPRM enggan mengulas lanjut.

KAH KAH KAH....TAR SENIK KENA LAGI.....JOM BACA LEBAI NI PUNYA POSTING.



Oleh : Norshidah

Bodohla manusia tu kalau dia p tutup perniagaan yang mendatangkan keuntungan

Ekonomi Msia parah & rakyat belanja berhemat? Aku sendiri x ingin nak p kedai dia walau dekat je dgn rumah. Bukan disebabkan perbezaan fahaman politik, tapi sebab lebai pendek ni jahat. Sanggup fitnah ustaz lain yg sama parti dengan dia disebabkan nak mengampu Presiden, suka buat fitnah & tanggapan buruk pada pihak lawan dlm post2 fb, diri sendiri bermewah dlm masa yg sama dok hulur tin milo konon utk kegunaan pondok. Ni paling celaka skali. 

Restoran Ana Ikan Bakar saban malam penuh pelanggan x kira bangsa. Kerusi meja senantiasa x cukup walau kt area ni sahaja ada 3 cawangan. Ramai tau tokey ni antara penyumbang terbesar Pas kawasan. Tapi xde sape pun kisah perbezaan politik tu asalkan makanan menepati selera. 1 family yg p makan kt kedai tu akan belanja x kurang dari RM 150. Camne lebai pendek ni leh cakap ekonomi Msia makin parah & rakyat takut nak berbelanja?

Sewa kedai tinggi? Choiii...
P tanye bape sewa kedai makan Majid Al-Wahid / month. Kedai makan dia kt tengah bandar Kuantan. Elok je dia berniaga. Makin maju dari hari ke hari. Aku pun slalu p beli lauk kt situ walau jauh dari rumah.

Cakap je la sebenarnya kau nak lancar tabung milo Tar Snake. Xyah nak konar sane sini mintak simpati ramai

Puak2 ni bg la niaga apa pun, mesti lingkup. Jenis niaga pakai modal & simpati org. Jahat lak tu


PEMECATAN ZAKARIA - LATHEEFA KOYA (SPRM) PERLU MOHON MAAF ATAU ANWAR?



Alkisahnya, SPRM hantar surat kepada Lembaga Disiplin Parti Keadilan dan melaporkan tentang salahlaku Ketua Cabang Bera, Sdr Zakaria berkaitan isu rasuah sewaktu pemilihan parti yang lalu. 

Pengerusi Lembaga Disiplin membawa surat tersebut ke mesyuarat MPP yang tidak dihadiri oleh beberapa ahli MPP penyokong Azmin termasuk Azmin serta Sdr Zakaria sendiri, kecuali YB Daroyah yang hadir.  

Lembaga Disiplin mencadangkan pemecatan ke atas Sdr Zakaria kerana menganggap isu rasuah adalah isu besar dan berat buat parti Keadilan, apatah lagi laporan itu datangnya dari SPRM.  Anwar selaku Presiden, beliau mahu melihat sendiri laporan tersebut sebelum MPP membincangkan tindakan selanjutnya.  Laporan itu dibacakan untuk pendengaran semua ahli MPP yang hadir ketika itu.  Anwar secara peribadi mencadangkan hukuman lebih ringan iaitu di'gantung' sahaja keahlian Sdr Zakaria dan beliau boleh membuat rayuan.  Namun, majoriti ahli MPP ketika itu memikirkan bahawa kesalahan yang dilaporkan oleh SPRM itu bukan kesalahan kecil dan ini memalukan parti.  

Majoriti mahu Sdr Zakaria dipecat dan beliau diberi peluang untuk membuat rayuan.  Seandainya kesemua ahli MPP berdisiplin dan bertanggungjawab untuk hadir mesyuarat yang diwajibkan ke atas mereka itu, saya fikir banyak keputusan positif dapat dicapai secara kolektif. Malangnya, ini tidak berlaku sekian lama.  Apa ertinya majoriti tapi majoriti yang tidak berani berhadapan dengan minoriti dalam mesyuarat? 

Apa pilihan yang Anwar ada?  Adakah Anwar hanya mahu mengabaikan laporan SPRM tersebut?  Adakah Anwar mahu memaksa semua ahli MPP ikut cadangannya agar Sdr Zakaria hanya perlu digantung?  Kalau itu berlaku, itu bukan Anwar yang kita kenali.

Adakah parti perlu berdiam diri sehingga Sdr Zakaria dan kawan2nya dari kumpulan Azmin ada kelapangan untuk hadir mesyuarat barulah ianya dibincangkan?  Mana lebih penting, parti atau kumpulan serta puak? Parti harus berjalan terus.

Bayangkan kalau parti tidak bertindak langsung ke atas laporan tersebut, apakah pandangan masyarakat terhadap parti yang dipimpin oleh Anwar ini?  Apabila SPRM menyatakan kemudian bahawa pihaknya 'terkhilaf' kerana sepatutnya surat itu tidak dihantar kepada parti kerana itu bukan cara atau kaedah SPRM berurusan dengan kes2 sedemikian, namun SPRM sehingga kini tidak menafikan isi kandungan laporan tersebut.

Apabila isi kandungan itu masih diperakui oleh SPRM, maka wajarlah parti bertindak berpandukan laporan tersebut.  

Sekiranya laporan itu bagi fikiran Sdr Zakaria adalah salah atau fitnah terhadapnya, sewajarnya Sdr Zakaria menfailkan saman terhadap SPRM.  Beranikah beliau berbuat demikian?  

Mengapa Anwar perlu mohon maaf sekiranya dianggap laporan itu palsu atau fitnah? Bukankah sebaiknya mereka menuntut SPRM agar menarik balik kandungan surat itu dan memohon maaf bukan sahaja kepada Sdr Zakaria tetapi kepada parti Keadilan juga kerana kes ini menjejaskan imej parti di mata rakyat.  

Selaku Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang terlalu mengenali Sdr Zakaria dan rapat dengannya sewaktu di dalam parti dulu perlu memohon maaf kepada sahabatnya itu dan bekas partinya dulu kalau laporan SPRM itu tidak betul atau bersifat 'nakal'.   Mengapa Anwar perlu pikul biawak hudup? 

WFAUZDIN NS


Bukan Anwar yang pecat, ia syor lembaga disiplin – Fahmi



Bukan Anwar yang pecat, ia syor lembaga disiplin – Fahmi

KUALA LUMPUR – Soal menyuruh Presiden PKR meminta maaf atas pemecatan Zakaria Abdul Hamid tidak timbul.

Ini kerana Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pemecatan ahli Majlis Pimpinan Pusat itu adalah syor lembaga disiplin parti.

Justeru beliau mempertahankan keputusan memecat Zakaria semasa walaupunn ditolak oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 19 pemimpin tertingginya.

“Ia bukan keputusan presiden (Anwar Ibrahim). Justeru isu minta maaf oleh presiden tidak timbul,” katanya dipetik dari laporan FMT hari ini.

Terdahulu hari ini, Azmin dan 19 ahli MPP, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menolak keputusan memecat Zakaria dengan menyifatkannya sebagai cacat dan tidak sah kerana tidak melalui proses sepatutnya.

Mereka juga meminta Anwar memohon maaf atas “keterlanjuran” keputusan berkenaan yang tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli jawatankuasa pusat parti.

Pada Ahad, PKR memaklumkan pemecatan Zakaria dan seorang ahli di Pahang, Ismail Dulhadi, berdasarkan nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan siasatan ke atas dakwaan rasuah melibatkan mereka berdua.

-MalaysiaGazette

LANGKAH KARTEL SAILANG DSAI




1. Perbezaan Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DIKTATOR dengan Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DEMOKRATIK dalam isu memilih pengganti.

2. Seorang Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DIKTATOR memilih penggantinya berdasarkan siapa yang dia boleh kawal atau sanggup menjadi boneka walau pun tidak layak dan tiada kemahiran,kebijaksanaan dan kependaian.

3. Seorang Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DEMOKRATIK memilih penggantinya berdasarakan merit atau berdasarkan kelayakkan,kebijaksanaan,kepandaian dan kepintaran.

4. Kelebihan memihak kepada Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DEMOKRATIK dalam memilih pengganti kerana dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa berdasarkan merit.

5. Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DIKTATOR memilih penggantinya dengan cara yang salah ia itu berdasarkan siapa yang dia boleh kawal atau sebagai boneka, bukan berdasarkan siapa yang cerdik atau berdasarkan merit, sebab itu Perdana Menteri/Presiden yang berfahaman DIKTATOR tidak dapat melahirkan pemimpin yang bijaksana,sebaliknya memilih pemimpin yang tidak cerdik dan akhirnya merosakkan ekonomi dan kewangan negara akibat salahguna kuasa dan rasuah.

6. Anwar Ibrahim seorang DEMOKRAT yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalakan POLITIK BERSIH mengajak rakyat Malaysia bangkit melawan dan menolak politik kotor yang dibawah oleh PEMIMPIN DIKTATOR yang telah terbukti merosakan negara kerana memilih pemimpin yang salah yang akhirnya merosakkan Ekonomi dan Kewangan negara dengan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa serta adudomba perkauman bangsa dan agama.

7. Setakat ini Anwar Ibrahim berhasil dan berjaya menjatuhkan seorang diktator.

Memperkasa Reformasi Memaknai Demokrasi.

ANWARPM8 MEI10 2020

Pandangan Sains Politik.

BAYANGKAN JIKA HARI INI AZMIN ADALAH PRESIDEN



Berlakunya pergeseran dalam kepimpinan PKR antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang berterusan sehingga hari ini, salah satu faktornya barangkali adalah kerana tidak tercapainya hasrat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk menjadi Presiden parti itu.
Sesuai kerana sudah dinamakan sebagai calon PM8, hasrat Anwar mengambil alih teraju kepimpinan PKR daripada Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah bertujuan menambah keberkesanan kepimpinannya dalam PH dan kerajaan apabila sampai masanya beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, beberapa bulan menjelang pemilihan PKR pada November 2018, Azmin dikatakan telah berjumpa Anwar di Turki untuk menyatakan hasratnya untuk menjadi Presiden PKR.
Beliau difahamkan telah memujuk agar Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum PKR saja, sementara jawatan Presiden diserahkan kepadanya, meskipun Ahli Parlimen Port Dickson itu telah dipersetujui PH sebagai pengganti Perdana Menteri.
Berikutan Anwar tidak setuju dengan saranan dan pujukan Azmin itu, itulah yang menyebabkan pergeseran mereka berlarutan sehingga ke hari ini.
Jika kita masih ingat, Azmin ketika itu lambat membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan kedudukan nombor duanya dalam PKR atau bertanding jawatan presiden yang dikosongkan oleh Dr. Wan Azizah dan dinyatakan kesediaan oleh Anwar mengambil alihnya.
Dikatakan sehingga saat akhir beliau masih berharap Anwar akan berubah fikiran dan sedia menyerahkan jawatan peneraju parti itu kepadanya.
Beliau akhirnya membuat keputusan hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden setelah Anwar tidak berganjak, tetapi kemudian dicabar oleh Rafizi Ramli dan menang dengan majoriti tipis saja.
Kalau kita lihat kemelut dalam PKR dan mengimbas kembali soal peralihan kuasa yang masih kabur sehingga sekarang ini, bolehkah kita bayangkan apa jadi jika hari ini presiden parti itu adalah Azmin dan Anwar termakan pujukannya?
Di mana agaknya kedudukan Anwar sebagai bakal PM8?
Apa pula jadi kepada PKR dalam soal peralihan kuasa dan sokongan parti itu kepada Tun Mahathir?
Mungkinkah PKR sudah sepenuhnya menyokong Tun Mahathir untuk jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?
Selain itu, sebagaimana yang telah kerapkali saya tulis sebelum ini, satu lagi sebab berlakunya krisis atau pergeseran dalam PKR sehingga sekarang tidak lain adalah disebabkan tindakan Tun Mahathir melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Oleh kerana Azmin sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu, namanya tidak pernah sama sekali dicalonkan oleh PKR untuk menjadi menteri di peringkat kerajaan persekutuan.
Perlantikan Azmin adalah 100 peratus pilihan Tun Mahathir.
Bermakna, kalaulah Azmin tidak dilantik sebagai menteri kanan oleh Tun Mahathir dan dianya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor, kemelut dalam PKR seperti yang ada hari ini tidak mungkin akan berlaku.
Kalaulah tidak dilantik sebagai menteri kanan oleh Tun Mahathir juga, tidak mungkin Azmin sanggup terbang ke Turki untuk memujuk Anwar agar jawatan Presiden PKR diserahkan kepadanya.
Sudah tentu kerana sudah menjadi menteri kanan itulah yang mendorong atau barangkali adanya dorongan juga untuk beliau menjadi Presiden PKR.
Kalaulah Azmin bukan menteri kanan yang dilantik oleh Tun Mahathir, tidak mungkin soal peralihan kuasa kepada Anwar terus kabur seperti sekarang ini.
Kalaulah Azmin masih Menteri Besar Selangor, mungkin hari ini beliau menjadi pemimpin paling lantang menyuarakan agar peralihan kuasa kepada Anwar dipercepat dan tidak lagi dilengah-lengahkan.
Kalaulah…kalaulah…kalaulah dan banyak kali kalaulah kalau mahu difikir dan diungkapkan satu persatu.
Cuma, marilah kita renungkan sejenak dalam semua kalaulah itu, siapakah “pendurjana” sebenar yang bukan saja menyebabkan PKR berpecah, malah menjadikan PH tidak harmoni? (ShahbudinHusin 30/11/2019)

MCA RAKAN TAWAUUN DAH PERSOAL JAWI.TAK KAN LA DIAM KOTTT



MCA dah bersuara pertikaikan Jawi disekolah Jenis Kebangsaan..PAS bila nak bersuara..??
Ke nak tunggu DAP bersuara baru nak bercakap.?

APA KATA MACAIUNS


KENYATAAN MEDIA SEGERA.

Kepada rakan-rakan media:
November 30, 2019

KENYATAAN MEDIA – SEGERA 

Yang Berhormat Presiden parti tidak perlu minta maaf kerana keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin adalah atas sokongan lebih 2/3 ahli MPP. 

Semenjak kebelakangan ini Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Azmin Ali kelihatan sudah hilang adab dan cuba mengeruhkan keadaan kerana terdesak.

Kalau sebelum ini merajuk tak dapat merasmikan Kongres AMK, kali ini hendak mendesak Presiden untuk meminta maaf hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan parti. 

Jika Azmin sering beri alasan tidak hadir mesyuarat kerana tugas menteri, apa pula alasan lagi 19 orang ahli MPP bersamanya? Tapi bila nak berjumpa pihak pembangkang senang saja dipelawa ke kediaman rasmi. 

Nasihat saya kalau dah hilang arah sila buat keputusan yang betul tapi jangan terus menyesatkan ahli parti dengan bersikap munafik.

Saya juga minta Azmin untuk insaf sebelum kongres nasional dan lebih berhemah sebagai penjawat awam.

Pagi ini, seramai 19 daripada 64 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR termasuk timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali menolak pemecatan bekas ketua cabang Bera, Zakaria Abdul Hamid.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka berkata pemecatan itu "tidak sah" kerana tidak melalui proses sewajarnya.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE

THERE is no need for PKR president, Datuk Seri Anwar Ibrahim to apologise over a decision made by the disciplinary committee as it had more than two thirds support from committee members.

Lately, party deputy president, Datuk Seri Mohd Azmin Ali seems to have lost all direction and trying to complicate matters out of sheer desperation.

Earlier, he was sulking after he was not allowed to officiate the party's Youth National Congress and now wants to pressure Anwar into apologising just because he (Azmin) was not in agreement with the party's decision.

If Azmin had constantly given excuses for not attending party meetings due to alleged ministerial work, then what about the 19 MPP members with him?

How come it was so easy for him to find the time to meet opposition members at his official residence?

My advice is if you have lost direction, please do not continue to try and disillusion our members.

I also urge Azmin to repent before the national congress and be more responsible as a holder of public office.

This morning, Azmin led 20 of the party’s central committee to object to the sacking of Bera division chief Zakaria Abdul Hamid who is seen to be from their faction.

The group that also included vice presidents Zuraida Kamaruddin and Chua Tian Chang or Tian Chua went on to press Anwar to apologise over the matter, saying the decision was not formally endorsed by two thirds of the committee.

They said they consequently did not recognise the decision to expel Zakaria.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Political Secretary to Datuk Seri Anwar Ibrahim

APA KATA PIMPINAN KARTEL : KAMI PEMIMPIN DIPILIH. KAMI BERHAK BUAT APA SAHAJA*



Oleh : HAMSINA HAMZAH(Fb)

1⃣. Kami adalah pemimpin PKR yang menang dalam Pemilihan PKR 2018. Kami diundi oleh majoriti anggota PKR. Oleh itu kami mempunyai hak mutlak untuk menentukan halatuju PKR. 

2⃣. *Kami dipilih oleh anggota untuk tidak hadir mesyuarat*. Kami tidak mahu bermesyuarat sekali dengan orang-orang yang kalah dan dilantik oleh Presiden. Mereka tidak layak untuk berada semeja dengan kami. 

3⃣. *Kami dipilih oleh anggota untuk memastikan Tun M kekal sebagai PM*. Tun M perlu diberi masa secukupnya untuk mentadbir negara. Tidak ada sesiapa termasuk Presiden Keadilan berhak mengganggu perkara tersebut. 

4⃣. *Kami dipilih oleh anggota untuk mempertahankan Timbalan Presiden.* Kami menyokong penuh tindakan YB Azmin Ali untuk terus memboikot Mesyuarat MPP Keadilan. YB Azmin Ali berhak berbuat apa sahaja kerana beliau adalah Timbalan Presiden yang menang dalam pemilihan. Beliau ada hak untuk buat pertemuan sulit dengan UMNO. Beliau ada hak untuk lebih utamakan Tun M berbanding Presiden.

5⃣. *Kami dipilih oleh anggota, oleh itu kami berhak buat Kongres berasingan dengan Kongres parti*. Kongres kami adalah untuk yang menang. Kami tak mahu berkongres dengan orang-orang yang kalah. Oleh itu kami akan mengadakan Kongres berasingan pada 7-8 Disember nanti. Kami tidak akan hadir Kongres orang-orang kalah.

6⃣. *Kami dipilih oleh anggota, oleh itu kami berhak menentukan siapa perasmi Kongres AMK* tanpa perlu berbincang dalam mesyuarat. Kami boleh menentukan semua perkara dalam mesyuarat kami sendiri yang menang pemilihan. 

7⃣. *Kami dipilih oleh anggota, oleh itu kami tidak boleh dipecat.* Walaupun SPRM kata pemimpin kami terlibat dengan unsur rasuah, kami tidak boleh dipecat sebab kami menang pemilihan. Mesyuarat MPP Keadilan tidak ada apa-apa kuasa kerana dipenuhi oleh orang-orang kalah. Mesyuarat sulit kami lebih berkuasa kerana dipenuhi oleh orang-orang menang.

Kesimpulannya, kami ini nenang pemilihan. Kami berhak buat apa sahaja sebab kami ini menang Pemilihan. 

Sekian. Terima kasih

Oleh : 

Kami Yang Menang Pemilihan @ _Otak Kartel_

DR WAN AZIZAH RASMI KONGRES AMK, AZMIN WANITA PKR

AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT JADI KENYATAAN TAHUN HADAPAN

SIARAN MEDIA DUIT TABUNG HARAPAN BAYAR HUTANG 1MDB


Ibrahim Mat Isa


Habis semua duit sumbangan kepada Tabung Harapan dibelanjakan untuk membayar hutang 1MDB yang dibuat oleh si keparat bossku pujaan walaun dan macai..


JANGAN TANGGUH PEMISAHAN KUASA PEGUAM NEGARA, PENDAKWA RAYA

PAS SEMAKIN LUPAKAN HUDUD DEMI KUASA?

KISAH LEBAI MAKAN ANGIN BERMAIN SALJI.RAKYAT SEDANG HADAP BANJIR

Oleh : Mohamad Asri AhBakar.



Ketika bah besar mula melanda Kelantan...
Ketika org2 kg mula di pindahkan.
Ketika ekonomi Kelantan mengalami defisit...
Ketika Kelantan juga menghampiri muflis..
Ketika syarikat2 milik Kerajaan negeri terpaksa di jual...
Ketika rakan2 MP mereka berpakat menghina golongan OKU, org2 tua dan kanak2 di Parlimen....

Nah Tuan2 dan Puan2 sekalian....lihatlah bila gambar berbicara. Iman mereka terlalu kuat untuk meraikan kemenangan calon eM Cee A di Tg piai dan mereka menerima hadiah berupa percutian di luar negara. 
Nah...betapa bahagianya MB, exco2 dan TITM yg bergembira di Norway. Satu minggu mereka di sana, konon2nya mengadakan mesyuarat bagi memperkasakan ekonomi Kelantan katanya.

Memperkasakan ekonomi? 🤣🤣🤣🤣🤣

Pemimpin Islamkah mereka2 itu? Pemimpin rakyat? atau....mereka pemimpin 'buruk perut' yg patut di jahanamkan dan debunya di tabur di lautan hindi? Saya tanya jer nih.

P/s: Bukan gambar di Genting Highland.

KENYATAAN MEDIA BIRO GUAMAN AMK

KENYATAAN MEDIA

Oleh:

BIRO GUAMAN DAN UNDANG-UNDANG ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

29HB NOVEMBER 2019

PERLUCUTAN PENGERUSI TETAP DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP BAGI MEMPERBETULKAN KEKHILAFAN PEMILIHAN INDIVIDU YANG MELEBIHI HAD UMUR MENJADI ANGGOTA AMK

Pemilihan Muhamad Mizan Adli Mohd Noor sebagai Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (“AMK”) dan Mohd Ramly bin Ahmad sebagai Timbalan Pengerusi Tetap AMK pada 16 November 2018 adalah tidak sah dari awalnya (void ab initio). 

Fasal 25.1 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat meletakkan had umur bagi anggota AMK pada 35 tahun. Selain itu, Perkara 5.1 Peraturan AMK juga menjelaskan bahawa anggota AMK tidak boleh melebihi umur 35 tahun pada 31 Disember pada tahun berkenaan. Perkara 5.3 Peraturan AMK turut menjelaskan bahawa hanya anggota AMK (iaitu seorang yang tidak melebihi umur 35 tahun) boleh dilantik untuk memegang jawatan AMK.

Fakta yang diketahui umum ialah tarikh lahir Muhamad Mizan Adli Mohd Noor adalah pada 3 Oktober 1983 manakala Mohd Ramly bin Ahmad pada 13 Mei 1980. Muhamad Mizan Adli Mohd Noor telah berusia 35 tahun 2 bulan dan Mohd Ramly bin Ahmad ialah berusia 38 tahun 7 bulan pada tarikh 31 Disember 2018. 

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjadi anggota AMK apatah lagi memegang apa jua jawatan AMK atas faktor usia mereka yang telah melebihi 35 tahun pada 31.12.2018.

Perkara 5.2 Peraturan AMK yang dirujuk oleh Y.B. Muhammad Hilman Bin Idham adalah tidak tergunapakai dalam kes ini. Peraturan tersebut hanya terpakai kepada seseorang anggota AMK yang dipilih selaras dengan Perkara 5.1 dan 5.3 Peraturan AMK (berusia di bawah 35 tahun pada tahun pemilihan) di mana dia akan dibenarkan untuk memegang jawatan sehingga tamat tempoh khidmat walaupun telah melebihi usia 35 tahun.

Pelucutan jawatan-jawatan tersebut perlu dibuat bagi memperbetulkan pemilihan yang tidak sah dan juga secara jelas melanggar perlembagaan parti. Sekiranya tindakan tidak diambil, kekhilafan ini berkemungkinan akan menjejaskan status pendaftaran parti dengan ROS.

CHIEW CHOON MAN
Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Parti Keadilan Rakyat

KISAH TAR SENIK DENGAN RESTORANNYA



Oleh : Norshidah Mohd Daud




Alkisahnya sejak pemerintahan DAP di negeri Pahang, Al Padil Ostad Tar Snake ni terpakse menutup restoran dia.

Tlg pesan kt lebai pendek ni, kt area Peramu ni ada banyak kedai makan yg masih kekal beroperasi & x penah surut pelanggan walau negara dilanda masalah ekonomi

Restoran Mabiq tiap2 hari penuh pelanggan smpaikan ada 2 cawangan kt Peramu & Tg Lumpur

Sama gak dengan Ana Ikan Bakar. Dlm kawasan ni je ada 3 cawangan & tokey Ana Ikan Bakar ni mmg banyak menyumbang utk aktiviti Pas 

Utk makluman, area Peramu ni mmg lubuk walaun. Kedai Tar Snake ni lak berdepan dengan masjid Peramu. Dah kalau walaun sendiri jijik nak p kedai dia, nak harapkan sape lg p makan kt situ? 

Xyah nk sembang bab ekonomi la. Dah tutup tu ade ati lg nak bukak kt Pantai Sepat. Pastu dok hulur tabung milo sane sini konon utk bukak Kolej Islam. Gampang!!!

ALHAMDULILLAH, BAJET LULUS WALAUPUN BEBERAPA MP BANGSAT CUBA KHIANAT



Bodo punya lebai.  Alasan tak sokong tambahan bajet untuk OKU, orang tua dan Kanak-kanak adalah kononnya mahu beri pengajaran kepada MP dari kerajaan agar datang Parlimen.  Korang sanggup khianat kepada OKU, orang-orang tua dan kanak-kanak hanya kerana politik korang?  Apa hasilnya?  Berjayakah nawaitu jahat korang tu?

Waktu usul kjaan untuk beri peruntukan kpd pejabat parlimen korang, tak nak pulak berfikir macam tu, laju je korang sokong sbb duit masuk kat korang kan?  

Sanggup jadikan OKU, orang-orang tua dan kanak-kanak  sebagai mangsa mainan politik bangsat lebai.  Sembang agama lebat, tapi hati busuk.  Alhandulillah, bajet lulus juga walaupun MP bangsat tu menentangnya.

WFAUZDIN NS

MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH





Seorang peguam wanita sabah berpandangan yang PAS seharusnya meninggalkan Sabah agar kejadian di Tawau baru baru ini tidak berulang di masa akan datang dan tidak menular kepada rakyat sabah yang selama ni hidup harmoni tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berpendapat yang parti seperti PAS tidak sesuai berada di Sabah kerana Sabah adalah tempat yang mana budaya saling menghormati antara kaum dan agama adalah sangat tinggi.

Oleh demikian mana mana parti yang hanya memperjuang satu kaum atau agama tidak sesuai berada di Sabah.

Berikut adalah tulisan yang disebarkan melalui aplikasi whatsapp.

-------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Setiap tahun, setiap kali kita merayakan sambutan xmas bersama teman dan keluarga, pasti ada viral mengenai haram dan kurang Islamnya jika umat Islam mengucapkan "Merry Christmas" pada saudara dan sahabat. Setiap tahun, kita di Sabah tidak mengendahkan golongan ini dan kita teruskan senyuman dan ucapan ikhlas pada keluarga dan sahabat yang meraihkan xmas. Kejadian di Tawau baru2 ini tidak boleh dibiarkan. This is where we should put a proactive move to say, ENOUGH!

Of course kita maafkan. Tapi itu bukan bermakna kita harus tunggu setahun lagi untuk mereka berkembang lebih besar, lebih kuat dan lebih lantang tahun hadapan. Sabah dirahmati dengan pelbagai kaum dan agama yang hidup harmoni. Parti yang berlandaskan satu bangsa atau satu agama tidak boleh dibiarkan bertapak di Sabah.

Kita (orang Islam) DEMAND orang lain hormat pada kita tapi sebaliknya kita tunjukkan sikap angkuh dan prejudis. Ingatlah, Islam adalah agama global. Apa yang kita lakukan di sini (Malaysia) sebagai negara majoriti Islam, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perspektif orang kristian (dan agama lainnya) di negara di mana mereka adalah majoriti. Apa mereka akan buat pada  saudara Islam kita di tempat lain bila mereka lihat kita di sini pun bersikap prejudis? Spread the love, not hatred. And it should start with ourselves.

Saya, secara peribadi, boleh maafkan PAS. But I strongly support that PAS should leave Sabah.

95% silent majority is irrelevant. I am voicing my opinion and I urge the rest do too.

Humbly me,
Mazliwati AMC

Kisah benar yang perlu anda baca.Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen*



Kisah benar yang perlu anda baca

MP Pembangkang yang bangang memang 🐷🐷🐷🐷.. 😤😤

*Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen*

Kejadian ini berlaku pada malam Selasa 26 November 2019 di dalam Dewan Rakyat jam kira-kira 9.30 malam.Ketika itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat (KPWKM) YB Hannah Yeoh (PH Segambut) baru sahaja menggulung anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM2,259,671,400 dan RM213,703,100 untuk perbelanjaan pembangunan Kementerian KPWKM di peringkat jawatankuasa.

2.Dengan tidak semena-mena seperti dirancang ahi-ahli parlimen Barisan Nasional datang mencurah-curah masuk ke dalam Dewan Rakyat sebaik sahaja sebelum Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon memanggil pengundian untuk meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian KPWKM tersebut.

3. Saya yang berada di dalam Dewan mula cemas.YB Tebrau yang duduk di sebelah kiri saya juga cemas.Begitu juga YB Putatan di sebelah kanan saya kekihatan cemas.Kami berpandangan sesama sendiri.Saya lihat YB Bukit Bendera dan YB Jelutong yang duduk sebaris dengan kami mulai gelisah.Kami tak senang duduk.Saya berdiri cuba mengira berapa jumlah ahli parlimen PH yang ada, berapa BN dan berapa PAS.PAS ada tiga orang ahli parlimennya ketika itu.

4.Ketua Pembangkang dari BN bangun dan minta undian dijalankan secara belah bagi.Hampir semua MP BN bangun untuk menunjukkan mereka ada lebih daripada 15 orang untuk menuntut pengundian secara belah bagi.Saya mula gementar.Saya rasa Kerajaan PH akan kalah malam itu.Dalam saat yang genting itu Speaker Tan Sri Mohd Arif masuk.Beliau segera menggantikan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid (YB Batu Pahat) untuk membolehkan Ahli Parlimen Batu Pahat mengundi.Saya kasihan tegok Datuk Rashid, dengan berjubah dan bersongkok dia segera mengambil tempatnya sebagai ahli parlimen untuk selamatkan Kerajaan PH daripada tewas pengundian pada malam yang mencemaskan itu.

5.Tetapi akhirnya niat jahat, mala fide 25 orang MP BN (23 Umno, 1 MCA dan 1MIC) kalah juga.

6.Saya mulanya mengharap dalam hati 3 orang MP PAS yang ada di dalam Dewan yang sering bercakap nilai-nilai murni- membantu orang miskin, orang kurang upaya OKU, golongan asnaf, warga tua akan menyokong Kerajaan PH pada malam itu untuk meluluskan anggaran belanjawan Kementerian yang menjaga kebajikan orang miskin, kanak-kanak, orang tua, OKU, wanita ibu tunggal yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah.Tetapi ternyata tidak.Saya amat kecewa. 3 ahli parlimen PAS itu mengundi menentang belanjawan untuk menolong orang miskin, orang daif, wanita, kanak-kanak.Jika kita bercakap soal dosa dan pahala, adakah tindakan ahli-ahli parlimen PAS yang bersubahat dengan Umno, MCA dan MIC untuk menggagalkan belanjawan tersebut merupakan satu jihad yang mendapat pahala?

7.Saya lihat persekongkolan Umno, PAS, MCA dan MIC pada malam 26 November itu yang menyerang secara ambush untuk menggagalkan anggaran belanjawan Kerajaan PH untuk kementerian yang menjaga kebajikan masyarakat,kebajikan kanak-kanak, Wanita, OKU dan Golongan Orang tua adalah tidak beretika, politik yang bangkerap dan tidak bermoral.

8.Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PH bukan dengan cara seragan hendap yang memalukan itu.Tunggulah pada PRU ke-15 nanti.Apa jadi kalau Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2020 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak lulus? Dari mana Kerajaan yang ada sekarang hendak cari RM2,473,374,500 untuk bantu rakyat yang amat memerlukan.Ini yang gagal difikirkan baik-baik oleh 25 ahli parlimen BN dan sekutunya 3 ahli parlimen PAS.Bagi saya dua parti politik ini yang bergabung atas nama Muafakat Nasional adalah tidak layak menggunakan istilah itu.Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka pada malam itu mendekati perbuatan anti-nasional.

*Hassan Abdul Karim*
Ahli Parlimen Pasir Gudang
29 November 2019.


BERUBAH SEBELUM DIUBAH... SLOGAN UNTUK PH



Walaupun sudah 18 bulan menjadi kerajaan, keyakinan rakyat terhadap PH nampaknya masih ditahap rendah dan membimbangkan.
Sebuah kajian oleh Emir Research, kepunyaan Dr Rais Hussin, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik Bersatu yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu baru-baru ini antara lain mendapati:-
⁃ Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable),
⁃ 30% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan,
⁃ 46% tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable).
⁃ Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh,
⁃ 30% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan,
⁃ 44% tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh atau tidak.
⁃ Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara berada pada trek yang betul,
⁃ 24% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul dan,
⁃ 50% tidak pasti sama ada masa depan negara berada pada trek yang betul atau tidak.
Kajian juga mendapati, mereka yang berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) atau tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable) adalah terdiri 81% Melayu, 78% India dan 63% Cina.
Kajian atau kaji selidik ini diketuai oleh tiga orang pensyarah dari sebuah universiti awam tempatan, UIA, iaitu:
(1) Professor Dr Mohamad Sahari Nordin dari Kulliyyah of Education.
(2) Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences dan,
(3) Assistant Professor Dr Margarita Peredaryenko (Dr Rais Hussin Mohamed Ariff) dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences.
Kaji selidik ini dijalankan antara 5 September hingga 10 Oktober 2019 lalu dengan membabitkab 1,992 responden.
Berdasarkan apa yang selalu kita dengar, lihat dan perhati di sekeliling sekarang ini, hasil kajian ini ternampak sangat munasabah dan berpijak di bumi nyata.
Dalam erti kata kain, inilah keadaan yang sedang berlaku di negara kita.
Apa yang harus dilakukan oleh PH?
Tidak lain, PH harus mengambil positif hasil kajian ini dan mesti segera berubah jika ingin terus kekal sebagai kerajaan.
PH harus menyemak kembali janji-janji manifesto mereka dan bandingkan dengan perlakuan mereka sendiri sebagai kerajaan sejak 18 bulan lalu.
Berubah sebelum rebah – slogan BN dahulu adalah sesuai sekali menjadi pegangan kerajaan PH sekarang ini.
Harus diingat, kesatuan rakyat berubah menolak BN dalam PRU14 lalu adalah kerana mereka yakin PH mampu menjadi kerajaan yang lebih baik berdasarkan janji-janji manifesto yang diungkapkan.
Selain itu, ada juga tanggapan, selain menteri-menteri yang tidak meyakinkan, masalah utama PH sekarang ialah Tun Mahathir Mohamad yang nampak keberatan untuk berubah sesuai dengan aspirasi reformasi Malaysia Baru, sebaliknya lebih cenderung berundur merindui zaman PM4 dahulu.
Ia antara lain, walaupun rakyat diyakinkan sebelum PRU14 dahulu beliau hanya mahu jadi Perdana Menteri untuk dua tahun saja, malangnya setelah kuasa dalam genggaman, sehingga sekarang tarikh peralihan kuasa masih lagi dalam kekaburan.
Dalam hal ini, Tun Mahathir tiada pilihan lain melainkan segera berubah, bukan saja berkaitan kerajaan dan pentadbiran, malah juga mengubah dirinya.
Jika enggan dan tidak mengambil iktibar daripada Najib Razak dahulu yang enggan berubah, maka rebahlah jawapannya. (ShahbudinHusin 29/11/2019)