Akta Kebebasan Maklumat jadi kenyataan tahun hadapan
Akta baharu berkaitan Kebebasan Maklumat dijangka dijangka akan direalisasikan pada tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata kabinet memberi mandat kepada beliau untuk bekerja bersama-sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk menggubal akta baharu itu.
“Kami dalam proses melihatnya dengan secara aktif bersama-sama pertubuhan masyarakat awam dan mengambil pandangan daripada semua peringkat masyarakat,” katanya.
Liew sebelumnya menyampaikan ucaptama pada Konsultasi Pemegang Taruh Kebangsaan mengenai Hak Perundangan Maklumat di Putrajaya semalam.
Sementara itu jelasnya, penggubalan akta itu akan tertakluk kepada penglibatan mencukupi dijalankan sepanjang dasar dan proses merangkanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai 2019 mengumumkan bahawa Akta Kebebasan Maklumat akan digariskan bagi menggantikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Namun beberapa peruntukan daripada OSA yang akan dimansuhkan itu turut difahamkan akan dimasukkan kedalam akta baharu tersebut.
Menjelas lanjut beberapa peruntukan dalam OSA yang mungkin dikekalkan, Liew berkata ia berhubung dengan pertahanan dan keselamatan negara, yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.
“Penggubalan itu memerlukan satu kajian terperinci dan holistik bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada,” tambahnya lagi