KUBAH RM 500 RIBU- MEMUNGKINKAN TIMBUL FITNAH

 NORMAN RADZUAN

Bila org bergama hidup bermewah mewah
SEKOLAH AGAMA JANA PENDAPATAN LUMAYAN
Perasankah kalian awal tahun 2000 hingga skg…org beragama atau bergelar Ustaz kehidupan mereka jauh berbeza dgn guru2 agama sebelum ini. Maksudnya kehidupan mereka penuh kemewahan.
Jika dahulu guru2 agama menaiki basikal, motorsikal atau diambil ke rumah utk ke majlis2 tertentu kini tidak lagi. Rata2 mereka yg popular kini mempunyai Velfire serta driver.
Saya antara insan paling gembira lahir pelbagai sekolah agama terutama pusat2 Tahfiz yg tumbuh bak cendawan. Di Sabah ini byk jugalah yg saya dan rakan2 membantu. Tapi disebalik kemunculan sekolah2 agama ini ada sesuatu yg amat mengecewakan.
Ada antara mereka yg menubuhkan sekolah2 agama ini semata mata utk ‘perniagaan’ mereka. Dlm erti kata lain ada antara mereka tamat pengajian tiada pekerjaan, ada yg tidak mahu makan gaji dan ingin menjadi seperti Mudir mereka mempunyai pusat pengajian agama sendiri dan hidup mewah.
Modus operandi mereka mudah… cari individu yg ingin mewakafkan tanah 2-3 ekar dan bina rangka2 bangunan. Mereka tahu dgn teknologi yg ada dan berdasarkan pengalaman mereka belajar dan mengajar apabila publisiti dibuat mereka akn menerima bantuan puluhan hingga ke ratusan ribu. Malah khabarnya ada berjuta.
Maka iklan pun bermula..”bantulah kami utk siapkan bangunan Tahfiz”. Sebagai org Islam tentulah saya gembira tetapi kecewa kerana ia dibina lebih ke arah kepentingan Mudir dan tenaga2 pengajarnya. Kenapa saya kata begitu?
Sekolah2 yg dibina kebanyakkan tidak mengikut spesifikasi keselamatan. Jika wujud suasana tidak selamat, tiada erti kehidupan kerana pengajian Maqasid Syariah dlm ajaran Islam meletakkan aspek nyawa sebahagian perkara asas.
Dlm hierarki Abraham Maslow pula hal berkaitan fisiologi, kesihatan dan keselamatan adalah hierarki paling utama diperlukan setiap manusia. Namun isu keselamatan tidak pernah dihirau dan bukan menjadi amalan.
Yg penting siap utk menanti derma beribu ribu… bukannya income berdasarkan kpd yuran pelajar2 mereka. Sebab itu ia tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Anak angkat saya yg juga pengajar Tahfiz pernah memberitahu saya… kebanyakkan Mudir2 ini tahu derma akn dtg mencurah curah apabila diiklankan. Tapi ramai Mudir2 sekolah agama telah menyalah gunakan dana2 tersebut utk tujuan peribadi.
Saya ada pengalaman sendiri. Saya dan rakan2 malah saudara mara di KL menghulur derma di beberapa buah pusat Tahfiz. Yg mengecewakan derma kita itu utk kebersihan terutama tandas (kotor dan busuk) tidak dilakukan… yg kita nampak Mudirnya berkereta baru. HP tak mahu mengalah.
Kita yg menderma pun tak pakai kereta baru…mana kita tidak kecewa. Sebab itu saya tidak lagi amalkan beri cash. Beli beras atau bungkuskan makanan.
Bila bicara isu kubah Surau dkt RM 500k itu bagi saya kerja bodoh. Utk apa buat kubah ia bukan syarat wajib solat samada solat sendirian atau berjamaah. Lebih aneh mahu buat kubah yg hebat dan mahal tetapi mengharap bantuan org ramai?
Hidup tak habis meminta minta. Lebih aneh minta bantuan tetapi diri sendiri berkereta mewah yg harga kenderaan tersebut mampu membina kubah yg diimpikan. Itu yg kita rasa geram dkt pengasas sekolah2 agama ini.
Masih saya ingat rakan saya di KL yg merupakan penjual kereta Produa. Dtg lebai ingin memiliki kereta. Ditanya adakah mahu kenderaan besar utk kapasiti tempat duduk 7 org. Katanya dia mahu beli utk kegunaan peribadi.
Bila diminta diberikan dokumen seperti slip gaji, EPF dan lain2… Mudir sekolah agama itu beritahu dia mahu beli cash. Wow beli kereta harga lebih RM 50k cash.
Berbalik kpd isu kubah tersebut adalah lebih baik bajet tersebut digunakan utk tandas bertaraf 4 bintang atau bilik asrama dilengkapi almari dan katil yg baik. Kadang2 kita sedih ke mana duit yg diberikan sdgkan bilik asrama pelajar sgt daif.
Ramai umat Islam menyakini kubah adalah warisan budaya Islam atau ada juga ingatkan ia syarat wajib utk membina surau atau masjid. Ia tanggapan yg salah.
Kubah bukan hanya digunakan pada bangunan masjid, tapi digunakan juga pada bangunan2 rumah ibadah bukan muslim terutama Kristian. Ada buku menulis menyatakan rekabentuk pertama masjid Madinah dahulu belum mengunakan kubah.
Berbalik kpd isu sekolah2 agama yg ingin dibina ia mesti mempunyai proposal yg baik samada pelan bangunan dgn ciri2 keselamatan dan pengurusan yg baik bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yg berkualiti bukan setakat ajar menghafal.
Siapa tenaga pengajar dan siapa pengurus kewangan mesti dipantau dan diaudit oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Daerah. Barulah diluluskan pembinaanya bukan dah siap dibina baru mohon lesen. Tak beri lesen nanti dituduh kafir, kejam dan bermacam mcm lagi.
Saya hairan mengapa lebai tak kiralah Ustaz, Mudir, Pendakwah, NGO2 Islam bila kita bertanya soal audit… mereka melenting marah. Seolah ‘haram’ jika soalan itu ditanya.
Di situ kita tahu sekolah2 agama yg dibina tiada proposal yg baik dari pengurusannya. Ada ‘hanky panky’ yg mereka bimbang jika akaun diaudit. Ada ke patut Nik Abduh berkata, ‘ Derma sahaja jangan ditanya sampai atau tidak.’ 😀
Sebab itu zaman skg netizen menggelar org agama sebagai ‘pedagang agama atau pelacur agama’. Org agama dulu mengajar utk kita bersifat tawaduk dan rajin bersedekah. Zaman skg org agama sibuk bercerita tak salah utk kaya.
Betul Ustaz tak salah jadi kaya. Yg salah kau kaya kau minta derma lagi dgn org ramai. Kalau kehidupan kau mcm Umar Al Khattab tak mengapa… ini yg bersedekah duduk rumah teres yg minta derma duduk banglo dan bercuti ke luar negara main salji.
May be an image of 1 person and text

OK...ADA SEDIKIT KILAF

 

Malar Santhi Santherasegapan


Ok lah ok lah!!

😣
Mungkin posting saya sebelum ini agak khilaf apabila saya menggunakan perkataan "doktor pakar mengesahkan Bella didera berkali kali" walaupun apa yang saya baca dan maksudkan adalah "doktor mengesahkan Bella didera dalam jangka masa yang lama"
So "berkali kali" dan "jangka masa yang lama" tak sama dari segi definisi 😪.
Ok lah saya mengaku saya silap di situ. Saya memang tak attend court pada hari perbicaraan doktor pakar memberi keterangan, tapi saya kira gerangan yang menulis di page Bomoh Bursa ini hadir, dan saya dapat info dari sana. Kalau salah, saya mohon maaf.
Taaaapi kan..
Taaapiiiii lah..
Ada sorang sistur ni kata, "Bella hanya dijirus air panas HANYA SEKALI"
Hanyaaaaaa sekali katanya!! 😤
Dan tak sure lah dia ni doktor pakar apa, atau dia ada anak OKU, tapi dia menyebut "Budak Down Syndrome ada yang tak rasa sakit" 🙄
Ada ibubapa anak Down Syndrome boleh bagi input tak? Atau pediatrician boleh bagi input? Tak silap saya, mereka lebih sensitif, ke saya yang salah jugak? 🤔🤔
Korang rasa kalau dijirus hanya sekali, takpe ke?
Tak payah carik pesalah ke?
Dia yang tulis "DIJIRUS" 😣
Boleh pulak tegakkan "HANYA SEKALI"
Sistur, are you okay or not?
So sistur ni hadir ke mahkamah berapa kali ye?
Sistur ni teruja nak tahu siapa yang jirus air ke atas seorang kanak² OKU hanya sekali tu?
Coretan ikhlas daripada,
Mak kepada Yusha&Yushan.
*Nota kaki : Semoga hakim diberi kewarasan dan kebijaksanaan yang tak terhingga sepanjang kes ini.

Kenapa bekal komputer tak mesra pengguna kepada sekolah, ahli Parlimen soal kerajaan Sarawak

 


Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii memberitahu bahawa peranti
 yang dibekalkan sukar untuk memuat turun dan mengemas kini
 program. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mempersoalkan kesesuaian pembelian komputer Raspberry Pi oleh kerajaan Sarawak untuk sekolah rendah pada 2020 dengan menyifatkannya sebagai tidak “mesra pengguna”.

“Kami menerima maklum balas ramai guru dan kakitangan sekolah berdepan kesukaran menggunakan peranti ini dan sukar untuk mengemas kini dan memuat turun program yang diperlukan.

“Disebabkan itulah peranti itu dibiarkan dan tidak digunakan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, guru juga tidak diberi latihan sewajarnya untuk mengendalikan peranti itu, dengan sistem yang digunakan amat berlainan daripada apa yang biasa digunakan oleh guru dan murid.

Yii menggesa kerajaan Sarawak dan menteri pendidikan, inovasi dan pembangunan bakat negeri menyediakan laporan berkenaan ketelusan pembelian komputer itu.

Beliau meminta kerajaan negeri memberikan butiran mengenai perolehan peranti itu, termasuk kos, bilangan unit yang dibeli dan syarikat yang memperoleh kontrak untuk membekalkan peranti itu.

Kerjaya guru hambar kerana kehendak atasan, NUTP gesa KPM bertindak



NUTP menganggarkan lebih 10,000 guru memilih bersara awal sejak
 beberapa tahun kebelakangan ini.

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata profesion itu semakin hambar kerana perlu memenuhi kehendak orang atasan berbanding keperluan murid yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata antara punca utama guru baharu bersara awal kerana amat tertekan dengan budaya kerja yang banyak dicampur aduk tugas lain tidak relevan.

“Guru sedar semua profesion ada beban mereka tetapi apa dimaksudkan dalam konteks ramai guru memilih untuk bersara awal ini ialah guru dibebankan bukan dengan tugas hakiki atau tugasan profesional, tetapi lebih kepada kerja tidak relevan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai guru.

“Mudahnya, peranan guru adalah mendidik anak bangsa, tetapi yang berlaku hari ini guru lebih dibebankan dengan kerja pentadbiran dan pengurusan data,” katanya kepada FMT.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menzahirkan kebimbangan mengenai trend guru memilih bersara awal dan menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelak krisis pendidikan dalam negara.

Ia susulan anggaran NUTP, lebih 10,000 guru memilih bersara awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mohamad berkata, jumlah didedahkan NUTP jauh melebihi angka didedahkan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai persaraan pilihan.

Menurut KPM, ia menerima 4,360 permohonan persaraan pilihan setakat November lalu.

Sementara itu, Aminuddin berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah juga meletakkan pengurusan cemerlang di tempat pertama.

“Sebaliknya pencapaian dan hala tuju murid jatuh ke tangga kedua. Ibu bapa juga ramai memberikan tekanan kepada guru dalam pelbagai aspek sehingga menyebabkan mereka tertekan dalam mendidik murid di sekolah.

“Itu belum lagi ambil kira masa diperuntukkan untuk melayan pelbagai soalan dalam kumpulan WhatsApp sekolah dan kelas masing-masing. Dengan kata lain, guru sekarang seolah-olah bekerja dari pagi hingga malam,” katanya.

Beliau menggesa KPM bertindak segera bagi mengekang guru bersara lebih awal dari tempoh sepatutnya.


MIINIT MESYUARAT YANG DIKATAKAN BOCOR KERANA INGIN BERKHIANAT LAGI....








 

SEKANDEL PAK LEBI APA PULAK NIH ?...KAH..KAH...LEBAI LEBAI PUN ADA SEKANDEL...NAK JATUH MENJATUHKAN....ORANG NI TAK BIJAK NI...

 

Segera nafi jika tak benar, pemimpin Umno desak PN susulan kebocoran minit mesyuarat





Menurut Ahmad Shabery Cheek, tindakan itu perlu kerana PAS dan
 Bersatu yang menganggotai PN adalah parti di dalam kerajaan.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendesak pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan segera sekiranya kebocoran minit mesyuarat yang dikatakan telah merancang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu, tidak benar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan itu perlu kerana PAS dan Bersatu yang menganggotai PN adalah parti di dalam kerajaan.

“Oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

“Wikileak ialah pendedahan dokumen-dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006.

“Apakah akan wujud ‘Pasleak’ pula kalau tidak ada penafian dari MB Terengganu (Ahmad Samsuri Mokhtar) sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?,” soalnya.

Sejak beberapa hari lalu, keratan minit mesyuarat serta agenda untuk menjatuhkan pemimpin Umno termasuk mempercepatkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjadi tular di media sosial.

Antara kandungan lain, ialah rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah.

Beberapa watak utama didakwa terlibat dalam plot menjatuhkan Umno ketika ini antaranya Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dan beberapa individu lagi.

Fynn Jamal pelik macam mana orang takde kerja boleh bayar sampai 10 orang peguam?

 

Fynn Jamal pelik macam mana orang takde kerja boleh bayar sampai 10 orang peguam?

Banyak benda tak masuk akal, Fynn Jamal turun padang

Melihat kepada perkembangan kes yang  banyak tak masuk akal, penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu.

Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin meluahkan pandangan bahawa perbicaraan kes tersebut sangatlah pelik jika hendak dibandingkan dengan siri jenayah yang jauh lebih teruk daripadanya sebelum ini.


Macam mana orang takda pekerjaan tetap boleh bayar hampir 10 orang peguam?

Selain itu, wanita berusia 40 tahun itu akui pelik apabila mengetahui tertudvh tidak mempunyai pekerjaan tetap tapi masih boleh membayar khidmat peguam seramai hampir 10 orang itu mengikut logik fikiran, adalah amat mustahil sekiranya Siti Bainun bergantung harap pada duit sumbangan semata-mata bagi membayar peguam atau mereka melakukan pembelaan secara pronona yakni percuma.

“Apakah amalam-amalan defenden sehingga dibela begini sekali dan bukan untuk Bella?”katanya.

Justice For Bella ni macam mustahil di dunia

Pelatun lagu Arjuna Beta itu memberikan pandangan peribadi kepada pengikut k3s tersebut dengan mengatakan pembelaan untuk adik Bella amatlah mustahil untuk ditegakkan.

Hal ini berdasarkan pemerhatiannya, di mana peguam Siti Bainun seolah-olah mahu bukti segala kenyataan saksi pendakwaan kelima iaitu Yasmin Nahar Mahmood tidak layak dipercayai.

Bukan itu sahaja, malah lebih banyak lagi cuba dipertikaikan oleh wakil peguam tersebut seperti meminta saksi yang hanya bersekolah setakat Tingkatan 2 mencari perkataan tersembunyi dalam laporan kesihatan yang sememangnya ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

ada satu part yg aku rasa tak perlu ada dan buat aku cringe teruk sampai aku tak memasal dpt secondhand embarrassment.

perlu diingatkan saksi bersekolah setakat form 2. bring us back to that age. cuba ingat word register utk kita golongan marhaen yg bukan bahasa pengantar dlm rumah adalah BI atau campuran BM BI.
kosa kata kita takat lagu2 omputih yg kita hafal. betul

now imagine at that age, kena ambik test depan semua org. cari perkataan tersembunyi dalam medical report yg fully written in english

cari perkataan “bruised”.
sbb defense nak buktikan takde dlm medical report pun yg mengatakan bella bengkak.

memang la. bengkak tu “swollen”. “bruised” tu lebam. 5 minit habis main hidden word puzzle bila banyak je benda lain patut difokuskan. apa motif yg nak dicapai sbnrnya? bukan susah sgt pun nak cakap “dlm medical report takde pun bengkak”.settle.

tapi tak. the dancing around “awak tau english? awak faham ke?” berulang2. maybe mengharapkan saksi ranap sbb malu dgn public degradation tu, i dont know, aku sekadar berhipothesis.

but saksi mmg champion. kena tuduh soal cane pun— kalau dia setuju, dia jawab setuju, kalau tak, dia jawab tak. kena lekeh cane pun dia rilek je. toya je dia.

dlm pada defense baca makna bruise dari kamus dewan edisi ke berapa tu, telinga cikgu english aku berdesing dgn mispronunciation dia. his arrogance dgn english diction dia tu tidak sahaja gagal intimidate saksi yg tekun mencari perkataan bruise (yg kemudiannya dibetulkan prosecutors kepada swollen), malah ia juga gagal memenangi hati penduduk di kerusi belakang

all it was was a public display of condescending at its best.
it is obviously the fail of the day.

saksi terlalu nak dilukis sbg this character yg sengaja nak memburukkan imej seorang ibu mulia bernama defendan. latar belakang saksi yg tidak pandai dan mental capacity saksi yg tidak stable terlalu hendak dibuktikan tiada kelayakan; in contrast to the ever kind defendan yg berkorban segalanya utk anak2 jagaan dia.

mungkin sbb dia kecewa dgn saksi tuduh2 dia—
ibu mulia tadi instructed the defense to motion—
yang mendera bella bukanlah defendan—
tapi saksi2 yg menuduh dia..

LUPAKAN KHEMAH BESAR, MANFAATKAN KELEBIHAN RAFIZI UNTUK MENANG PRU15

 

Secara prinsipnya, tujuan khemah besar ialah supaya blok pembangkang dapat bertanding satu lawan satu menentang BN dalam PRU15 akan datang.

Berdasarkan keputusan PRN Melaka dan Johor, pertandingan tiga penjuru – BN, PH dan PN – hanya akan menguntungkan BN serta lebih memudahkan gabungan tersebut meraih kemenangan.

Maka, sebab itulah khemah besar itu tidak henti-henti didendangkan.

Tetapi, di sebalik berdegar-degar menjerit tentang keinginan mewujudkan khemah besar dan perlunya menumbangkan BN melalui pertandingan satu lawan satu, DAP awal-awal lagi menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dan Pas.

Amanah juga tidak ingin bekerjasama dengan parti-parti yang ada dalam kerajaan sekarang, khususnya Bersatu dan Pas meskipun kedua-dua parti itu terang-terang bermusuh dengan UMNO.

Dengan demikian, apakah khemah besar itu hanya ingin membawa parti kecil yang kurang pengaruh seperti Pejuang, Warisan dan Muda saja untuk diberi tempat bernaung?

Jika hanya tiga parti itu saja yang ingin dibawa dalam naungan khemah besar PH, sudah pasti ia tidak akan ke mana kerana dalam PRN Johor misalnya, Pejuang dan Warisan telah hilang wang deposit semua kerusi yang mereka tandingi.

Muda pula hanya menang satu kerusi iaitu Puteri Wangsa, itu pun kerana diberikan kerusi yang selamat oleh PH.

Selain tidak ke mana-mana dengan tiga parti kecil itu, menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dan Pas juga menjadikan keinginan agar berlaku hanya pertandingan satu lawan satu menentang BN tidak menjadi kenyataan.

Bersatu dan Pas bersama beberapa parti dalam PN pasti tetap bertanding menggunakan logo mereka sendiri.

Jadi, di mana munasabahnya lagi khemah besar itu jika awal-awal DAP dan Amanah sudah menolak untuk bekerjasama dengan parti-parti tertentu?

Sebab itu, secara realistiknya, lebih baik PH lupakan saja hasrat mahu membina khemah besar itu dan jangan lagi bercakap mengenainya.

Terimalah realiti bahawa pertandingan tiga penjuru atau lebih pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan dalam PRU15 akan datang.

Persoalannya, mampukah PH menang atau memenangi lebih banyak kerusi dalam pertandingan tiga atau banyak penjuru itu nanti?

Selain PH perlu kembali agresif memperjuangkan isu rakyat sebagaimana sebelum ini, di sinilah juga pentingnya Rafizi Ramli harus menang sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bersama kembalinya beliau dalam arena politik yang dilihat telah berjaya menarik minat serta keterujaan rakyat, melalui Ayuh Malaysia yang diperkenalkannya dengan dikelolakan oleh Nurul Izzah Anwar juga adalah medium yang dipercayai berkesan untuk membantu PH meraih lebih banyak kerusi untuk dimenangi.

Jika Rafizi menang nanti, turut dipercayai beliau akan lebih agresif menarik sokongan rakyat melalui pelbagai program yang diperkenalkannya, selain mungkin banyak lagi pendedahan mengenai penyelewengan dalam kerajaan akan dibongkarnya sebagaimana itulah kelebihan yang dilakukannya sebelum PRU14 dahulu.

Sebaliknya, jika calon lain yang memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR, tidak akan berlaku perubahan, tiada nilai tambah dan tiada peningkatan dalam gerak kerja PH ke arah memenangi PRU15 akan datang.

Segala-galanya akan kekal statik sebagaimana sekarang dan Anwar Ibrahim terus ternampak sendirian dan keseorangan ke sana sini untuk berkempen dan mencari sokongan.

PH hanya mungkin lebih berpeluang dalam PRU15 akan datang jika semua pihak kembali menerima realiti, bekerja keras menyantuni rakyat dan memilih orang yang betul di jawatan yang betul bagi menarik sokongan rakyat.

Pemimpin yang asyik dengan cerita nostalgia dan bangga dia setia semata-mata, tetapi tiada perancangan ke hadapan untuk diprogramkan kepada rakyat, tidak mampu menyumbang apa-apa ke arah kemenangan.

Bak kata Najib Razak mengenai pasukan media sosialnya setelah beliau hilang kuasa – mereka itu menghabiskan beras saja.

Apakah PKR yang merupakan tunjang PH mahu memilih orang sebegitu sebagai pemimpin di barisan hadapannya? – ShahbudinHusin 20/04/2022.



DAERAH PALING MISKIN DI MALAYSIA.-JADI WAKIL RAKYAT BUAT APA ? KAKAU TAK BOLEH MEMAJUKAN PENDUDUK.


 

MENGAPA MEMBISU ? BISING SEBELUM BERKUASA.MEMBISU BILA ADA KUASA. PAK LEBAI PEMBOHONG...TAMBRIN TUN GHAFAR

 

MENGAPA MEMBISU ?

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Ahad - 17/04/2022

(1 - 22)

 

 

1. Nama Tim Leissner , suami kepada pergawati terkenal Kimora Lee tidak asing lagi kepada umum

 

2. Selain dari terlibat dengan skandal kewangan 1MDB , yang terbesar didunia , beliau juga membuat pengakuan dalam Mahkamah Persekutusn di Brooklyn , New York pernah mengadakan hubungan dengan 3 wanita Islam di Malaysia

 

3. Ini semua dilakukan semasa perbicaraan seorang rakyat Malaysia Roger Ng , yang turut terlibat dengan skandal tersebut ketika berkhidmat dengan Goldman Sachs yang berpengkalan di New York juga

 

4. ROHANA ROZHAN

 

Anak kepada Rozhan Kuntum kini berumur 50 tahun , pernah berkhidmat di ASTRO sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif ;

bersekedudukan dengan Leissner selama 10 tahun , akirnya berpisah dengan bayaran USD10 juta dengan wang 1MDB 

 

ANIS ATAU NUR ANIS JAMALUDDIN JARJIS

 

Kini berumur sekitar 37 tahun , merupakan salah seorang anak kepada arwah Jamaluddin Jarjis yang meninggal akibat nahas helikopter

 

ELLA ATAU ELIA GENEID

 

Anak Saudara Tun Taib Mahmud , Yang Di Pertua Serawak , penyedap Leissner yang termuda , kini berumur sekitar 30 tahun

 

ketiga - tiga nama diatas telah didedahkan Leissner dalam Mahkamah ; mereka SANGGUP berkongsi bagi mengecapi nikmat dunia bersama Tim Leissner

 

5. Tidak disebut dimana kehinaan tersebut berlaku - samada di Kuala Lumpur , Selangor atau di Serawak atau pun diluar negara

 

6. Walaupun dalam perkara ini tempat tidak begitu penting namum rakyat ingin tahu MENGAPA JAWI atau agensi lain yang berkaitan hanya berpeluk tubuh mendiamkan sahaja perzinahaan tersebut berlaku walaupun pendedahan telah dibuat

 

7. Rakyat juga hairan berbagai lapuran dibuat beserta bahan bukti kepada JAWI berkaitan hubungsn seks Mahiaddin dengan Nika Gee , yang ketika itu merupakan isteri orang namun JAWI MENUTUP kes tersebut begitu saja

 

8. Sebagai umat Islam , dan kebetulan dalam bulan Ramadhan ini , apakah ALLAH SWT mengizinkan perbuatan terkutuk itu

 

9. Apakah tangan JAWI terikat dek kerana pangkat dan kedudukan mereka ?

 

10. Selain dari 'Makan Gaji Buta' sahaja apakah mereka menggangap akan terlepas dari hukum ALLAH SWT disana nanti ?

 

11. Menteri Agama , Idris Ahmad dan Timbalan beliau pun sama - hanya bising ketika tidak ada jawatan dan kuasa

 

12. Apakah Hadi dan PAS akan keluarkan fatwa baru menghalakan perbuatan tersebut

 

13. Kan Idris pernah berkata PAS hanya perlu 5 hari sahaja berkuasa untuk menjadikan Malaysia ini negara Islam yang sebenar

 

18. Takkan PAS termasuk Hadi tak boleh fikir 17 Ahli Parlimennya BOLEH melakukan apa sahaja TERMASUK RUU355 , pengharaman segala jenis perjudian dan arak seperti yang mereka laungkan dulu

 

19. Apa guna 3 Wakil PAS dalam Kabinet dengan dibantu 5 orang Timbalan dari mereka - apakah wang ringgit dan segala kemudahan yang diperolehi lebih penting dari dunia disana nanti ?

 

20. HENDAK SERIBU DAYA

TAK HENDAK SERIBU

DALEH

 

21. RAKYAT SUDAH KENAL JANTAN BETINA IKAN DI AIR

 

22. Selamat Berpuasa dan Berbuka 

 

Wassalam

Terima Kasih