Kenapa bekal komputer tak mesra pengguna kepada sekolah, ahli Parlimen soal kerajaan Sarawak

 


Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii memberitahu bahawa peranti
 yang dibekalkan sukar untuk memuat turun dan mengemas kini
 program. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mempersoalkan kesesuaian pembelian komputer Raspberry Pi oleh kerajaan Sarawak untuk sekolah rendah pada 2020 dengan menyifatkannya sebagai tidak “mesra pengguna”.

“Kami menerima maklum balas ramai guru dan kakitangan sekolah berdepan kesukaran menggunakan peranti ini dan sukar untuk mengemas kini dan memuat turun program yang diperlukan.

“Disebabkan itulah peranti itu dibiarkan dan tidak digunakan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, guru juga tidak diberi latihan sewajarnya untuk mengendalikan peranti itu, dengan sistem yang digunakan amat berlainan daripada apa yang biasa digunakan oleh guru dan murid.

Yii menggesa kerajaan Sarawak dan menteri pendidikan, inovasi dan pembangunan bakat negeri menyediakan laporan berkenaan ketelusan pembelian komputer itu.

Beliau meminta kerajaan negeri memberikan butiran mengenai perolehan peranti itu, termasuk kos, bilangan unit yang dibeli dan syarikat yang memperoleh kontrak untuk membekalkan peranti itu.

No comments: