SEKANDEL PAK LEBI APA PULAK NIH ?...KAH..KAH...LEBAI LEBAI PUN ADA SEKANDEL...NAK JATUH MENJATUHKAN....ORANG NI TAK BIJAK NI...

 

Segera nafi jika tak benar, pemimpin Umno desak PN susulan kebocoran minit mesyuarat





Menurut Ahmad Shabery Cheek, tindakan itu perlu kerana PAS dan
 Bersatu yang menganggotai PN adalah parti di dalam kerajaan.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendesak pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan segera sekiranya kebocoran minit mesyuarat yang dikatakan telah merancang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu, tidak benar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan itu perlu kerana PAS dan Bersatu yang menganggotai PN adalah parti di dalam kerajaan.

“Oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

“Wikileak ialah pendedahan dokumen-dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006.

“Apakah akan wujud ‘Pasleak’ pula kalau tidak ada penafian dari MB Terengganu (Ahmad Samsuri Mokhtar) sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?,” soalnya.

Sejak beberapa hari lalu, keratan minit mesyuarat serta agenda untuk menjatuhkan pemimpin Umno termasuk mempercepatkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjadi tular di media sosial.

Antara kandungan lain, ialah rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah.

Beberapa watak utama didakwa terlibat dalam plot menjatuhkan Umno ketika ini antaranya Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dan beberapa individu lagi.

No comments: