Banyak benda tak masuk akal, Fynn Jamal turun padang
Melihat kepada perkembangan kes yang banyak tak masuk akal, penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu.
Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin meluahkan pandangan bahawa perbicaraan kes tersebut sangatlah pelik jika hendak dibandingkan dengan siri jenayah yang jauh lebih teruk daripadanya sebelum ini.
Macam mana orang takda pekerjaan tetap boleh bayar hampir 10 orang peguam?
Selain itu, wanita berusia 40 tahun itu akui pelik apabila mengetahui tertudvh tidak mempunyai pekerjaan tetap tapi masih boleh membayar khidmat peguam seramai hampir 10 orang itu mengikut logik fikiran, adalah amat mustahil sekiranya Siti Bainun bergantung harap pada duit sumbangan semata-mata bagi membayar peguam atau mereka melakukan pembelaan secara pronona yakni percuma.
“Apakah amalam-amalan defenden sehingga dibela begini sekali dan bukan untuk Bella?”katanya.
Justice For Bella ni macam mustahil di dunia
Pelatun lagu Arjuna Beta itu memberikan pandangan peribadi kepada pengikut k3s tersebut dengan mengatakan pembelaan untuk adik Bella amatlah mustahil untuk ditegakkan.
Hal ini berdasarkan pemerhatiannya, di mana peguam Siti Bainun seolah-olah mahu bukti segala kenyataan saksi pendakwaan kelima iaitu Yasmin Nahar Mahmood tidak layak dipercayai.
Bukan itu sahaja, malah lebih banyak lagi cuba dipertikaikan oleh wakil peguam tersebut seperti meminta saksi yang hanya bersekolah setakat Tingkatan 2 mencari perkataan tersembunyi dalam laporan kesihatan yang sememangnya ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
ada satu part yg aku rasa tak perlu ada dan buat aku cringe teruk sampai aku tak memasal dpt secondhand embarrassment.
perlu diingatkan saksi bersekolah setakat form 2. bring us back to that age. cuba ingat word register utk kita golongan marhaen yg bukan bahasa pengantar dlm rumah adalah BI atau campuran BM BI.
kosa kata kita takat lagu2 omputih yg kita hafal. betul
now imagine at that age, kena ambik test depan semua org. cari perkataan tersembunyi dalam medical report yg fully written in english
cari perkataan “bruised”.
sbb defense nak buktikan takde dlm medical report pun yg mengatakan bella bengkak.
memang la. bengkak tu “swollen”. “bruised” tu lebam. 5 minit habis main hidden word puzzle bila banyak je benda lain patut difokuskan. apa motif yg nak dicapai sbnrnya? bukan susah sgt pun nak cakap “dlm medical report takde pun bengkak”.settle.
tapi tak. the dancing around “awak tau english? awak faham ke?” berulang2. maybe mengharapkan saksi ranap sbb malu dgn public degradation tu, i dont know, aku sekadar berhipothesis.
but saksi mmg champion. kena tuduh soal cane pun— kalau dia setuju, dia jawab setuju, kalau tak, dia jawab tak. kena lekeh cane pun dia rilek je. toya je dia.
dlm pada defense baca makna bruise dari kamus dewan edisi ke berapa tu, telinga cikgu english aku berdesing dgn mispronunciation dia. his arrogance dgn english diction dia tu tidak sahaja gagal intimidate saksi yg tekun mencari perkataan bruise (yg kemudiannya dibetulkan prosecutors kepada swollen), malah ia juga gagal memenangi hati penduduk di kerusi belakang
all it was was a public display of condescending at its best.
it is obviously the fail of the day.
saksi terlalu nak dilukis sbg this character yg sengaja nak memburukkan imej seorang ibu mulia bernama defendan. latar belakang saksi yg tidak pandai dan mental capacity saksi yg tidak stable terlalu hendak dibuktikan tiada kelayakan; in contrast to the ever kind defendan yg berkorban segalanya utk anak2 jagaan dia.
mungkin sbb dia kecewa dgn saksi tuduh2 dia—
ibu mulia tadi instructed the defense to motion—
yang mendera bella bukanlah defendan—
tapi saksi2 yg menuduh dia..