Jenama Umno Hebat Tapi Jurujual Tak Kuat

 

DARI FB wall A Kadir Jasin...

Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid?

freemalaysiatoday.com
Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid?
Beberapa ‘tokoh besar’ dikatakan berusaha mempengaruhi anggota Majlis Tertinggi Umno supaya menyokong parti Muhyiddin Yassin.


1. Inti pati berita ini adalah mengenai ketidakpuasan hati sesetengah pemimpin tertinggi Umno dengan kepemimpinan parti itu dan sedang berusaha mengubahnya.

2. Secara khusus mereka tidak mahu Ahmad Zahid Hamidi terus menerajui parti. Mereka mahu beliau mengundurkan diri. Ahmad Zahid pernah "bercuti" selama enam bulan mulai Disember 2018 tetapi kembali menerajui parti itu pada 30 Jun 2019.

3. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa dalam tempoh percutian Ahmad Zahid itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, yang memangku jawatan Presiden, ternyata berkesan dan popular.

4. Setahun setengah selepas kembali menerajui Umno, parti itu menjadi lebih teruk sehingga terpaksa menumpang Bersatu untuk kembali berkuasa.

5. Itu pun tidak membantu mengukuhkan Umno sebaliknya memecahbelahkan lagi parti itu menjadi beberapa feksyen yang antaranya feksyen pro-Bersatu iaitu mereka yang berjawatan Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri dan ahli lembaga GLC; feksyen Najib-Ahmad Zahid dan OKT; dan feksyen Tok Mat.

6. Yang menjadi penghalang kepada penerimaan terhadap Umno dan pemulihan sokongan kepada parti itu bukan jenama Umno. Umno adalah satu jenama yang terkenal dan popular. Yang menjadi masalah adalah jurujualnya. Umno memerlukan "sales team" baru.

7. Jadi gerakan baru yang mahu Ahmad Zahid kembali bercuti atau berhenti terus adalah langkah yang lojik jika Umno mahu kembali menjadi "force" dalam politik Malaysia.

8. Persoalannya adalah sama ada Umno bersedia mengambil pendirian yang realistik demi kelangsungan atau terus setia membuta tuli kepada kepimpinan yang membawa kekalahan kepada parti.

9. Dari segi keahlian, Umno masih parti terbesar yang mustahil boleh ditandingi oleh mana-mana parti tapi ahlinya tidak lagi bermotivasi kerana sukar mempertahankan kepemimpinan yang cemar dan mementingkan diri sendiri.

10. Ini terbukti apabila mereka membuat rundingan dan persetujuan sulit dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim setelah gagal mendapat apa yang mereka harapkan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin.

11. Ini adalah realiti politik Malaysia. Umno telah jadi macam DAP. Tanpa penyertaan salah satu daripada mereka, sukar bagi mana-mana pakatan menang pilihan raya dan menubuhkan kerajaan.

Wallahuaklam. Terima kasih.

- AKJ

 


DAHULUKAN YANG LEBIH DAHULU

 

SURAT | Doktor Hospital Sg Buloh: 'Tolong layan kami dengan manusiawi'

malaysiakini.com
SURAT | Doktor Hospital Sg Buloh: 'Tolong layan kami dengan manusiawi'
SURAT | Bekerja dalam syif on-call, tiada tempat rehat dan tak dapat makan dengan betul, aduan kami pula seolah diremehkan pihak atasan.


BOB KELANANG

Aku tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... walaupun aku belum lagi pergi ke sana... tapi sebelum waktu wabak lagi aku pernah pergi ke sana...

Teringat lagi aku keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ada... nasib baik la masa tu xder wabak yang menyerang... wabak Ebola pun belum ada lagi masa tu...

Jadi bila mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan bekerja di bawah kemudahan yang tidak lengkap... tentunya aku terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.

Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta ni pada aku selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19... pada aku ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...

Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet Pembangunan sedia ada... tapi apa salahnya kita tangguh dulu DAN gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...

Nyawa lebih penting... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental... mereka perlu kita tangani awal... jangan sampai sudah membarah DAN kronik...

Gunalah otak untuk fikir...

Sila baca luahan hati mereka di sini... https://m.malaysiakini.com/news/559276

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....

 

SAMAN RM5 JUTA KALAU ENGKAR…

 

Image may contain: indoor


Sepuluh (10) bulan telah berlalu di mana semua tanggungjawab kesihatan berkenaan covid-19 dibebankan kepada perkhidmatan kesihatan awam KKM dan pihak kesihatan swasta berlepas tangan tanpa prihatin.

Tanpa proklamasi darurat memanglah akan terus kekal pihak swasta berlepas tangan. Pihak Insuran lagi awal berlepas tangan.

Kini setelah diarahkan bertanggung jawab pada kadar minima 10% pun pihak kesihatan swasta memberikan macam-macam alasan dan songel.

Nampak sangat selama ini pihak kesihatan swasta hanya pentingkan duit dan untung semata-mata tanpa obligasi kesihatan seperti mana dalam akujanji perkhidmatan kesihatan mereka dahulu.

Siapa disebalik perkhidmatan kesihatan swasta ini? Siapa sebenarnya mereka? Bagaimana mereka mengambil kesempatan atas kenaifan warganegara Malaysia.

Konon perkhidmatan mereka

terbaik

dan professional katanya tapi dalam realiti mereka dengan selambanya memindahkan beban risiko kepada perkhidmatan kesihatan awam setiap kali ada kes.

Sembang ja semuanya ni...

Nanti ada masa gua akan dedahkan satu-satu modus operandi perkhidmatan kesihatan swasta ini... yang kuat sangat sembang konon mereka lebih baik dari perkhidmatan kesihatan awam.

Tunggu...

 

BOLEH PULA MENTERI RENTAS NEGERI, BERKUMPUL MAKAN TIDAK AMAL JARAK…

 

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor


BOB KELANANG


Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Buat kesekian kalinya, orang ramai menganggap kerajaan mengamalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Tular gambar Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikatakan mengadakan pertemuan di Pengerang, Kota Tinggi Johor.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkongsikan foto Ahli Parlimen Gombak yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

“Khabarnya ada makan-makan di Pengerang?

“Bukankah PKP rakyat biasa nak makan di kedai pun tak boleh? Adakah sebab Menteri?” soalnya.

Selangor dan Johor antara enam negeri yang dikenakan PKP selama 14 hari berkuat kuasa 13 Januari lalu.

Secara umumnya pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara di semua negeri yang dikenakan PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 Januari lalu turut menegaskan semua pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di negeri yang dikenakan PKP dan PKPB.

Kelonggaran hanya diberi atas sebab-sebab tertentu seperti kecemasan atau telah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres.

Ribuan individu telah dikompaun dan direman atas kesalahan ingkar SOP PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal, tidak memakai pelitup muka DAN gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

Terbaharu, seramai 608 individu ditahan, 580 daripadanya dikompaun, 27 direman DAN seorang dijamin semalam atas kesalahan ingkar SOP PKP - Fazli Radzi

 

PEMILIHAN TAHUN INI. SIAPA NAK TANDING PRESIDEN BOLEH LAWAN.


Pemilihan UMNO diputus tetap diadakan tahun ini, siapa-siapa  nak berhajat termasuk nak lawan Presiden, bolehlah siap-siap  mulai sekarang...


 No photo description available.

SUMBANGAN HADI DALAM NEGARA

 Image may contain: text that says "ANTARA SUMBANGAN TOKOH2 ISLAM DALAM NEGARA Prof Ungku Aziz- Tabung Haji. Anwar Ibrahim- Perbankan Islam, Institusi Zakat Dan Universiti Islam (UIA). Nik Aziz- Sistem Pajakan Islam (Ar- Rahnu). HAjI Hadi- AMANAT HADI (Tragedi MEMALI)."

Panas! Dap pecat ADUN Malim Nawar berkuatkuasa serta merta

 


Panas! Dap pecat ADUN Malim Nawar berkuatkuasa serta merta

Jawatankuasa Disiplin DAP membatalkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng, selepas laporan media mengaitkannya menyertai MCA sebelum ini.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, pihaknya sudah memberikan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat berkenaan pada 6 Jan lalu, selepas Leong dilihat memilih memaklumkan kepada media untuk tidak akan menjawab surat itu.

“Atas sebab itu, Leong membuatkan Jawatankuasa Disiplin tiada pilihan lain, menamatkan keahlian partinya berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan.

Chong berkata, Perlembagaan DAP sudah jelas tidak membenarkan ahli parti menyertai mana-mana parti politik lain. Disebabkan itu, mana-mana ahli yang diketahui memohon atau memegang keahlian parti politik lain akan dibatalkan keahliannya.

“Memiliki dua keahlian adalah dianggap satu pengkhianatan kepada parti,” katanya.

Sebelum ini, China Press memetik sumber menyatakan MCA sedang dalam proses memuktamadkan keanggotaan Leong.

Presiden MCA Wee Ka Siong secara peribadi juga dilapor akan menyerahkan kad keahlian kepada ADUN berkenaan.

Ditanya mengenai perkara itu, Leong memilih untuk berdiam diri tetapi memberi jaminan kepada pengundi di kawasannya bahawa pusat khidmatnya akan terus beroperasi. 



[LANGSUNG] Pengumuman Pakej Bantuan Khas oleh Perdana Menteri | 18 Janua...

MEREKA TAKUT ANWAR JADI PM?RAKYAT NAK TAU PENYAMUN PENYANGGAK DI KEMENTE...

WAHAI SEMUA ORANG KAMPUNG..MARILAH DENGAR BANTUAN BAIK KONONNYA DARI KERAJAAN...

 

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini

Firdaus Azil
PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai Pakej Bantuan Khas secara langsung pada pukul 4 petang, hari ini
Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.Walaupun tiada perincian mengenai bantuan itu, ia dijangka akan menyentuh mengenai langkah-langkah yang bakal diambil kerajaan bagi meringankan tekanan kesan ekonomi ke atas rakyat, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama dua minggu, bermula 13 Januari lepas.
Baru-baru ini, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA), Perkeso berpandangan kesan ekonomi ke akibat PKP 2.0 itu adalah sederhana.
Bagaimanapun, mereka berkata, bantuan bersasar kepada golongan terjejas terutamanya mereka yang bekerja di sektor tak formal dan pekerja bergaji harian perlu diambil perhatian.
“Sekiranya PKP 2.0 dilanjutkan, pakej rangsangan mini-PENJANA yang bersasar perlu dipertimbangkan. Cadangan pakej rangsangan ini bertujuan untuk menyokong pemulihan sektor ekonomi dan pekerjaan yang terjejas,” menurut EU-ERA lagi.
Sewaktu pelaksanaan PKP 1.0 tahun lepas, Kerajaan telah menyalurkan bantuan menerusi beberapa pakej, antaranya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Selain itu, turut dilaksanakan ialah pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Lestari dan i-Sinar.


DARURAT: KENAPA RAKYAT SALAHKAN PN?


 KERAJAAN TIDAK PERLU KOTAKAN JANJI PERUNTUKAN JIKA DARURAT?

KESIAN BUDAK BUDAK MELAYU....

 Image may contain: 1 person, text that says "Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen @TSDMujeebudeen Negara KAYA RAYA dgn bermacam Hasil (rich with natural resource) slps 63 tahun Merdeka Rakyat masih berebut utk SEEKOR AYAM PERCUMA.!! inilah pencapaian Pemimpin2 Melayu PN/MN Negara.... Puiii"

SAMA SAJA MACAM NAJIB BUAT

 

MAN TOBA


Ingat pengkhianat, ingat Muhyidin, Mahathir dan konco-konco dalam PN.

Ingat lagi dak Mahacibai ni masa PM7 kasi duit 350 juta tak bersebab pada Kelantan? Dan Kelantan tak laporkan kemana dan dimana dana tu digunakan.

Adakah PAS menyokong PN dek pemberian ini? Bukankan komplot ini Mahacibai dan Azmin punya kerja?

Image may contain: 3 people, text that says "Bagaimana RM35juta Lulus? MOHON SEMAK LULUS ANWAR PRAHIM Ahli Parlimen Pengerusi Badan Perdana Menteri Pagoh PN Perhubungan Negeri PN Kerajaan PN KLEPTOKRASI 2.0"

JOM KITA JUAL SEMUANYA


APMR

Salah Anwar, PH, Mujahid atau DAP? Macai mewaun tak berbunyi langsung. Mungkin makan taik babi banyak sangat sebab dok gua lama-lama kot. Wakakaka..


Image may contain: text that says "T HOME NEWS BERITA OPINION WORLD STRATISTIMES DUSINESS Hotel Royale Chulan milik Boustead dijual RM177.3 juta, 10% lebih rendah Reporters January 17. 2021 PNB sells Menara MIDF for RM140mil? By NST Business January 17, 2021 ® 3:40pm 1.1k Shares ASNB ATkunTnas Permodalan Nasional Bhd (PNB) reportedty selling the f-storey MIDF Chulan Singupore-based JD Hospdality Sdn Bhd aDOuT RM1 million Pambeli Singapura berkata, harga baru tu mengambil kora pasaran dan milai pararan hotel terbabit KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) reportedly selling the 21-storey Menara MIDF Jalan Raja Singapore based JD Hospitality Sdn Bhd for about RM1 40 million."

HAMLAU....

 Image may contain: text that says "Antara dua DARJAT VERSI PKP 2.0 UNTUK RAKYAT LAIN UNTUK MEREKA LAIN Abdul Rani Kulup Fans @Kulu... 1d Budak kena saman kerana mask terletak didagu. Wakt kemas kerusi meja masa kedai dah BERNAMA @bernamadotcom bapak sakit,kerja RM40 sehari sebagai pembantu peralatan sekolah pasal2 polissam1 saman Akal mana Datuk Seri @AzminAli menghadiri program gotong royong pembersihan Surau -Jamaliah Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit Pengerang, Johor ni. Translate Tweet 162104 9:39 AM- 17/01/2021 Twitter Web App Rakyat kena saman Menteri lạnggar SOP terlepas #Darurat109"

ADOIIIIII MAKKKK.....

 

Dulu waktu PH perintah, sibuk dalam parlimen suruh pramugari tutup aurat. Bila 

jadi kerajaan, sibuk dengan artis pulak dah. RUU 355 dengan hudud pun ghaib. 

Adoiii...



Image may contain: 7 people, text




PKP 2.0: Pengusaha bas sekolah hadapi masa depan lebih suram

 


PKP 2.0: Pengusaha bas sekolah hadapi masa depan lebih suram

Selepas membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalani pemeriksaan Puspakom, ramai pengusaha bas sekolah mengeluh panjang dengan pengumuman mengejut kerajaan menutup sekolah kepada sebilangan besar pelajar, sekaligus menjejaskan mata pencarian mereka.

“Sebuah van sekolah membelanjakan lebih RM1,500 untuk penyelenggaraan, pemeriksaan Puspakom, bayaran insurans dan cukai jalan kenderaan,” kata Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah, Amali Munif Rahmat.

“Perbelanjaan untuk bas sekolah mini dan besar pula lebih RM3,000,” katanya.

Amali berkata, ada pengusaha bas sekolah meminjam daripada saudara-mara, manakala yang lain menggadaikan barang kemas keluarga untuk dijadikan modal perniagaan bagi menghadapi sesi persekolahan yang sebelum dijadualkan bermula pada 20 Jan.

Namun kelmarin, Kementerian Pendidikan mengumumkan hanya pelajar yang menduduki peperiksaan utama seperti SPM dan STPM akan ke sekolah mulai tarikh itu.

Selainnya tidak akan ke sekolah, sebaliknya mereka akan mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengumuman itu bermakna sebilangan besar penumpang tradisi bas sekolah akan duduk di rumah, akibat pelbagai sekatan pergerakan dan perisytiharan darurat di seluruh negara untuk memerangi Covid-19.

“Pelajar tidak hadir ke sekolah bermakna tiada pendapatan untuk kami,” kata Amali.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah ibarat jatuh ditimpa tangga kerana belum pulih daripada impak perintah kawalan pergerakan (PKP 1.0) tahun lalu.

“Ahli persatuan terpaksa menanggung kerugian sepanjang PKP 1.0 kerana pelajar tidak dibenarkan hadir bersemuka di sekolah. Meskipun begitu, mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman dengan syarikat kredit kerana tidak ada kemudahan moratorium diberikan.”

Katanya, pengusaha bas sekolah mengharapkan bantuan kerajaan untuk mengharungi PKP 2.0.

Beliau berharap kerajaan peka dengan beban pengusaha bas sekolah dan akan membela mereka kerana bas sekolah merupakan sumber pengangkutan utama lebih sejuta pelajar di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya, 80% pelajar daripada keluarga B40, justeru kerajaan perlu memastikan rangkaian bas sekolah diberikan bantuan demi kelangsungan perkhidmatan itu dan kebaikan golongan miskin.

DESAKAN ZAHID HAMIDI BERUNDUR ADALAH TINDAK BALAS KARTEL MUHYIDDIN UNTUK BERSATU LEBIH MUDAH MENELAN UMNO


 Desakan secara tiba-tiba yang muncul agar Zahid Hamidi berundur daripada jawatannya dengan jelas menunjukkan Muhyiddin Yassin dan kartel di sekelilingnya sudah mula bertindak balas terhadap Presiden UMNO itu.

Ia tidak lain adalah disebabkan UMNO telah membuat keputusan melalui usul di peringkat bahagian-bahagian untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Walaupun MT UMNO telah mengambil kata putus bersetuju dengan ketetapan usul tersebut, ia bagaimanapun dipersetujui untuk dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 31 Januari depan.

Sementara menunggu PAU diadakan, dua Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin, selain sebelum itu, Tengku Razaleigh Hamzah enggan mengiktiraf Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri yang sah.

Secara mudahnya, jika tiada ketetapan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu, pasti tiadalah desakan berundur dilakukan terhadap Zahid Hamidi itu.

Begitu juga, kiranya UMNO bersetuju kekal bersama Bersatu, disertai dengan lapang dada memberikan Geng Hamzah Zainuddin terus bertanding di semua kerusi lompat mereka, sudah tentu tiada juga akan muncul desakan berundur terhadap Zahid Hamidi.

Lebih daripada itu, kiranya UMNO setuju menyokong lagi Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri, tiadalah sebab darurat dicadang untuk dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos depan.

Memetik kenyataan bekas Setiausaha Agung BN yang dipecat kerana pro Bersatu, Annuar Musa semalam, beliau berkata, keadaan politik yang tidak stabil adalah antara punca kerajaan mencadangkan darurat di seluruh negara kepada Yang Dipertuan Agong.



Keadaan politik yang tidak stabil itu pula, tambahnya, bertembung dengan penularan Covid19 yang semakin meningkat.

Dengan itu, penafian bahawa darurat ini bukan bersifat politik secara langsung telah disangkal oleh Annuar Musa.

Apakah keadaan politik yang tidak stabil itu?

Tidak diragui ia adalah berikutan keputusan UMNO enggan bekerjasama, tidak mahu berkongsi kerusi dengan Bersatu dan tidak sedia lagi mengekalkan Muhyiddin, disusuli beberapa Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan menjelang kata muktamad diputuskan dalam PAU 31 Januari ini yang mana risiko paling besar daripadanya ialah jatuhnya Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri.

Makanya, munculnya desakan secara tiba-tiba agar Zahid Hamidi berundur sangat mudah difahami adalah suatu bentuk serangan balas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Sangat malang dalam hal ini, di ketika UMNO beriltizam mahu kembali merebut kuasanya yang hilang menjelang PRU akan datang, ada pula segelintir pemimpin sayap Pemuda bahagian-bahagian yang seolah-olah sanggup diperalatkan untuk mengkhianati parti sendiri dan berjuang untuk kepentingan parti lain.

Harus disedari bahawa Zahid Hamidi menang selesa bertanding dalam pemilihan UMNO 2018 lalu dan jika ada pemimpin lain, baik yang kalah atau yang lari daripada perjuangan sebelum ini, tetapi tiba-tiba ingin menguasai kepimpinan UMNO setelah berada dalam kerajaan semula, mereka sepatutnya menunggu pemilihan parti yang dijadual diadakan hujung tahun ini.

Kenapa perlu didesak beliau berundur?

Takutkah untuk bertanding dan bersaing dengan Zahid Hamidi?

Kalau kes mahkamah yang sedang dihadapinya dijadikan alasan, bukankah Zahid Hamidi belum lagi dijatuhi bersalah dan dengan itu beliau tidak harus dianggap telah bersalah sehingga perlu melepaskan jawatannya?

Kalau pun benar mereka yang mendesak Zahid Hamidi berundur itu kerana beranggapan kes mahkamah yang sedang dihadapinya menjejaskan nama UMNO, kenapa mereka tidak berkata apa-apa ketika Bung Mokhtar Radin yang juga sedang berdepan perbicaraan mahkamah, bertanding dalam PRN Sabah dan seterusnya dilantik Timbalan Ketua Menteri tidak lama sebelum ini?

Apa bezanya Bung Mokhtar dengan Zahid Hamidi?

Satu perkara yang harus disedari oleh pemimpin sayap Pemuda UMNO yang ghairah mahu mendesak Zahid Hamidi berundur di mana ia adalah sama dengan kecenderungan sesetengah pemimpin tua dalam parti itu yang terang-terang pro Bersatu, kecenderungan mereka itu bermakna mereka sebenarnya rela dan setuju UMNO ditelan serta dimatikan oleh Bersatu.

Memberi laluan kepada Muhyiddin untuk terus berkuasa lagi, dibantu pula dengan UMNO kemudiannya diambil alih oleh pemimpin yang pro Bersatu, hasrat parti itu untuk kembali berkuasa akan hanya jadi angan-angan saja.

Lebih malang, tidak mustahil selepas itu, UMNO pun hanya tinggal batu nesan sebagai kenang-kenangan perjuangan

(Shahbudindotcom 18/01/2021)



Annuar Musa jadikan Dap ‘punching bag’ untuk tutup kelemahan PN, kata Sheikh Omar

 


Annuar Musa jadikan Dap ‘punching bag’ untuk tutup kelemahan PN, kata Sheikh Omar


Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa masih menjadikan DAP alasan kelemahan pentadbiran kerajaan.

Kenyataan itu hadir selepas kenyataan Annuar yang memberikan tiga sebab Umno perlu menolak DAP seperti yang dilaporkan muka hadapan Sinchew Daily, semalam.

“Tindakan parti yang menunggang nama Melayu ini sangat melucukan. Selepas ‘Langkah Shareton’, parti DAP sudah bukan lagi sebahagian dari kerajaan.

“Tetapi tiap kali berlaku pergaduhan antara parti-parti Perikatan Nasional (PN) ini, setiap kali itu jugalah nama DAP diperalatkan.

“Ini gambaran bahawa mereka sangat lemah. Kononnya hebat, tetapi terpaksa bersandar pada DAP untuk dijadikan ‘punching bag’ bagi menutup kelemahan pentadbiran mahupun perbalahan dalaman.

“Apatah lagi dalam keadaan kerajaan yang ditadbir tanpa majoriti ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Annuar yang merupakan ahli parlimen Ketereh baru-baru ini dipecat dan dari jawatan setiausaha agung BN.

Dia merpakan antara pemimpin Umno yang menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan DAP dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Annuar menggesa Umno untuk kekal sebagai parti yang memperjuangkan perpaduan parti Melayu dan Islam dan menangani perselisihan parti mereka dengan Bersatu.

Sementara itu, Sheikh Omar yang juga Adun Paloh dalam kenyataan sama menambah bahawa pemimpin dan petugas akar umbi DAP sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat pada masa kritikal ini.

Jelasnya, rakyat terpaksa berhadapan dengan banjir, Covid-19 dan tekanan ekonomi.

“Fokus DAP ketika ini ialah untuk istiqamah membantu rakyat dan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Bukan mencari pihak ketiga untuk dipersalahkan, bagi menutup kelemahan diri sendiri,” katanya. 



Covid Gagal, Darurat Gagal, PKP Pun Gagal. PN Kerajaan Yang Gagal?

[[LIVE]]16.1.2021 4000 Lebih kes. PN Gagal. Kisah Arwah Tun Salleh Abbas...

Pas kerajaan bakhil & kedekut! Parking di Kb, Pengkalan Chepa, Machang l...

Isu semasa: Masa depan rakyat Malaysia yang kelam?

Kenapa Perlu Darurat? Kau Paham Tak?

(Live) Adly Zahari, Amiruddin Hamzah & Steven Sim: Bicara Negara - PKP &...

Inilah yg dikatakan lebai munafik..merosakkan nama isle saja...moga Allah laknat puak ni

 

BOB KELANANG

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎1977.. PAS menentang dan tolak pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977, anggap tidak demokratik 15 Jan 2021, 9:00 pm ANTARA DUA WAJAH PAS 2021.. Ulama PAS dakwa mereka yang tak setuju perisytiharan darurat adalah penderhaka 13 Jan 2021 10:40 am SR aاه adt Waktu Nak Hilang Kuasa Waktu Nak Pertahan Kuasa‎"‎‎

Gempar! Anwar akan cabar Muhyiddin, kerajaan PN atas perisytiharan darurat di mahkamah

 


Gempar! Anwar akan cabar Muhyiddin, kerajaan PN atas perisytiharan darurat di mahkamah


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar perisytiharan darurat yang disifatkannya tidak berasas.

Langkah itu menyusul tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan perisytiharan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini.

“Saya sudah mengumumkan hasrat kami untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertahankan Perlembagaan dan rakyat daripada penyalahgunaan kuasa amat dahsyat ini.

“Juga, pasukan undang-undang kami sudah diarah menyiapkan permohonan untuk mencabar perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas perisytiharan darurat yang tidak berasas,” tulisnya di Facebook.

Selasa lalu, Agong mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.

Anwar pada Khamis lalu dilaporkan berkata, surat yang dihantar kepada semua Ahli Parlimen itu perlu disesuaikan mengikut pertimbangan wakil rakyat dan parti masing-masing.


Beliau mencadangkan semua Ahli Parlimen mengemukakan rayuan itu kepada Agong sebelum Jumaat lalu.

Hari ini, Anwar berkata, perisytiharan darurat secara semborono dan terdesak, tanpa asas rasional, menyebabkan wujud jurang antara rakyat dan kerajaan.

Beliau berkata, kepercayaan terhadap Muhyiddin semakin hilang setiap hari seperti yang ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen menarik balik sokongan mereka terhadapnya.

“Bolehkah kepercayaan dirayu walaupun sudah jelas darurat ini tiada kaitan dengan memerangi pandemik berbanding berpaut kepada kuasa yang, kita perlu ingat, dicapai melalui kerajaan pintu belakang tidak sah?

“Adakah kita harus mempercayai kata-kata individu yang mengkhianati perdana menterinya, partinya (dan gabungannya), serta kepercayaan dan mandat rakyat?” soalnya.

Katanya, rakyat memerlukan pentadbiran berkesan untuk terus bertahan ketika krisis.

Presiden PKR itu turut membidas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak membawa sebarang pemulihan buat negara.

Ini kerana katanya, apa yang diperlukan rakyat ialah ketelusan dan jaminan semula ketika krisis Covid-19.

“Bukan apa yang diberikan kerajaan minoriti ini. Bukan pengumuman yang dirancang secara tiba-tiba yang tidak memberikan sebarang kejelasan, tiada perancangan dan tiada simpati terhadap keperluan rakyat.” 



(function() { var d = document, w = window; w

BENARKAH JENTERA UMNO TERSUSUN ? KECUALI KEMPEN KERAJAAN MENGGUNAKAN TV DAN MEDIA ARUS PERDANA

  Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka October 27, 2021  Veteran UMNO mendakwa ...