MCA Deputy President Ka Chuan resigns as minister

He hands letter to to MCA president. -The Star -->
Wed, Nov 19, 2008The Star



KUALA LUMPUR: housing and local government minister to MCA president Datuk Seri Ong Ka Chuan has handed in his letter of resignation asDatuk Seri Ong Tee Keat, an aide to Ka Chuan said Wednesday.

According to Bernama, the source said Ka Chuan had submitted an "undated resignation letter" after his defeat in the party elections on Oct 18. Ka Chuan lost to former health minister Datuk Seri Dr Chua Soi Lek in the contest for deputy president.

"Yes, he (Ka Chuan) did submit the resignation letter to Datuk Seri Ong (Tee Keat). That's all I have to say," the aide told Bernama before cutting off the conversation.
It is not immediately known whether Ka Chuan had submitted a resignation letter to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi because, by procedure, a minister should address his resignation letter to the prime minister. Abdullah is currently on an official visit to Uzbekistan and Turkmenistan.


Party sources told Bernama that Ka Chuan decided to submit his resignation letter to Tee Keat first for the party president to recommend a replacement for the cabinet position as well as other posts.


In the MCA elections, Deputy Home Minister Datuk Chor Chee Heung lost in the contest for a post of vice-president while Deputy Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Teng Boon Soon failed to make it to the central committee.
Ka Chuan left for Tehran last Monday on a week-long official visit and is expected back in Malaysia this weekend. Calls to his mobile phone went unanswered.
It is learnt that Tee Keat has yet to act on Ka Chuan?s resignation letter, including informing the prime minister of the matter.


When asked about a news report in Sin Chew Daily that Ka Chuan had tendered his resignation, Tee Keat said, "I did not make any statement on the matter and you will have to ask the sources of the story in Sin Chew Daily."
Tee Keat said it was untrue that he had made his suggestions for the four ministers' posts for MCA candidates to Abdullah.
On whether he had received any resignation letter from Ka Chuan, Tee Keat said: "Once I make the recommendation (for the posts) to the Prime Minister, whether there is a resignation letter or not will not be important anymore."


Ka Chuan won the Tanjung Malim parliamentary seat in the March 8 general election.
He was the party's former secretary-general and Perak MCA chief before the party election on Oct 18. He was appointed the party History and Documentation bureau chief when Tee Keat announced the party?s new lineup on Nov 11.

Otak Umno dalam Pakatan Rakyat

SENGAJA DI ULANGKAN KERANA PEMIKIRAN HISHAM AGAK TAJAM DALAM MENILAI APA YANG SEDANG BERLAKU KINI TERUTAMANYA DI PERMATANG PAUH DAN KHAS NYA DI PULAU PINANG BERHUBUNG ISU TKM1.

SERONOKNYA IALAH AHLI PKR BAGI PELURU DAN SENAPANG SEKALI PADA UMNO UNTUK TEMBAK.WAH...TAK PAYAH KERJA TERUK NAMPAKNYA PILIHANRAYA SEKALI LAGI UNTUK MUSUH-MUSUH BELASAH DI PERMATANG PAUH.

SEBAGAI SEORANG YANG TIDAK MENJADI AHLI PKR,SAYA MELIHAT INI SEBAGAI SATU TINDAKAN AGAK KETERLALUAN,LULUCON,DAN JUGA KURANG BIJAK UNTUK MENANGANI PERMASAALAHAN.

MEMANGLAH DALAM BEBERAPA LAPORAN SEPERTI DI BAWAH INI DIPETIK DARI INDIVIDU YANG MENGHANTAR TENTANG PERMATANG PAUH, NAMUN SAYA KIRA IANYA MUNGKIN LAHIR DARI PERASAAN TIDAK PUAS HATI PIHAK-PIHAK TERTENTU YANG MUNGKIN PUNYA KEPENTINGAN PERIBADI.

APA PUN IANYA MENJADI MEDAN KETAWA PIHAK YANG SATU LAGI MELIHAT TELATAH AHLI-AHLI YANG KINI BEGITU RAKUS MENGHENTAM.



alahaifairustkmpenang.blogspot




Hishamuddin Rais


Hegemoni ketuanan Melayu yang disebarkan oleh United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli PKR.Ketuanan Melayu ini juga "mencelarukan pandangan agama" sebahagian anggota-anggota PAS. Ketuanan Melayu ini juga memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli DAP.Kelemahan ini jelas terpampang dalam kes pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Pelantikan ini telah mencarikkan kulit ahli-ahli PKR, PAS dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.Semua ini membuktikan bahawa falsafah ketuanan rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat masih belum difahami untuk dihayati secara mendalam.Ketuanan rakyat ialah falsafah yang tidak menobatkan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan rakyat tidak berpaksikan bangsa atau agama. Ketuanan rakyat melihat keupayaan individu. Ketuanan rakyat melihat keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengungguli dan menobatkan seseorang bukan kerana seseorang ini Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan atau apa sahaja.Ketuanan rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India.


Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu dibantu bukan berasaskan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasaskan yang paling layak mendapat bantuan.Ketuanan rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan rakyat mengajukan dasar meritokrasi.Kita melihat selama 50 tahun bagaimana dasar ketuanan Melayu telah memporak-perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti, semuanya merosot.Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lingkup.



Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendak meramaikan Melayu ke pusat pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu dapat belajar tapi nilai ilmunya di bawah sifar.Melantik Melayu menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan keunggulan ilmu. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan, hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan dirasuah.


Apabila terjadi sedemikian, yang dinaikkan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Gejala ini bukan lagi satu rahsia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ia Melayu atau Islam. Pandangan ini salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Perlembagaan dan undang-undang diwujudkan untuk menobatkan keadilan, bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.



Dalam ketuanan rakyat, keadilan milik semua.Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana seseorang itu Islam, Cina atau Melayu tidak akan menjamin apa-apa. Terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan "hidup Melayu" dan "ketuanan Melayu". Hasilnya elek.Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keislaman gerombolan mereka. Hasilnya elek.Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak, yang paling berpengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong.



Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian anggota DAP ini yang masih memiliki faham kecinaan yang tebal. Pandangan kecinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya daripada kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAP-nya, maka muncullah kecinaannya.Pandangan kecinaan ini juga wajib dilawan dan ditentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Kemelayuan dan kecinaan ini buah kelapa berbeza dari tandan yang sama. Kecinaan dan kemelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah ketuanan rakyat.Islam adalah agama yang tidak memandang warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli PAS yang menentang pelantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gendernya, maka amat jelas ia menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli parti jenis Islam ini terhadap agama masih cetek dan amat-amat disangsikan.



Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutbah mengatakan bahawa Islam itu lengkap dan Islam itu sejagat. Islam itu tidak memandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar, maka kelihatan kulit kemelayuannya jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam wajah Islamnya.Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep ketuanan rakyat yang berpedomankan meritokrasi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan Islam, malah meritokrasi diagung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender.



Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kepercayaan, bangsa atau gender, maka pandangan agama ini salah dan wajib dilawan.Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.Kejulingan dan kepencongan pandangan daripada satu jalur kabilah PKR, DAP dan PAS ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini memunculkan kulit Melayunya, kenapa kabilah PAS ini mencuak kulit tidak Islamnya, dan kenapa kabilah DAP memunculkan kulit kecinaannya.Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakluki kesemua jalur dan lembaga budaya tanah air kita.



Kepencongan pandangan yang kita dengar daripada PKR, PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.Dalam kepala mereka ada fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju, seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran seperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah, mereka akan memberatkan saku perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus mengganggu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia baru.Dalam Malaysia baru, ketuanan rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia baru, anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangsa memiliki hak yang sama.Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat.







SEBAGAI MODERATOR SAYA KIRA BLOG INI DI LIHAT OLEH AHLI-AHLI UMNO.BERI KOMEN ANDA



alahaifairustkmpenang.blogspot

JANGAN JADI PEMIMPIN YANG SOMBONG DAN BONGKAK



Sungai Kecil Nibong Tebal- Pada 15 Nov baru-baru ini satu majlis meberi penerangan kepada masyarakt telah diadakan disini.Dalam majlis yang dihadiri oleh YB mohd fairus selaku TKM1, YB Ustaz Mokhtar,ADUN Sungai Bakap,Ajli Parlimen Nibong Tebal YB Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Bayan Baru selaku pengerusi perhubungan Negeri PKR Dato Zahrain menjelaskan bahawa sebagai pemimpin di era baru, zaman baru telah berubah konsep dan pendekatan perlu berubah. Wakil Rakyat tidak perlu memperbodohkan rakyat demi mendapatkan simpati dan juga harus bekerja kuat.

Beliau mengambil contoh beberapa pendekatan yang dibuat oleh pimpinan UMNO dahulu bahwa asal sahaja rakyat tidak menyokong mereka, berbagai-bagai sekatan di gunakan.malah ada pemimpin yang membawa duit berkilo ke luar negara ,apabila di tanya tidak tahu bercakap bahasa Inggeris.

Berbalik kepada bberapa isu yang sedang didedahkan oleh wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat ,nampak sangat semasa di dalam dewan bagaimana peranan mereka masih juga cuba memperbodohkan rakyat.Beliau menjelaskan berhubung soal kemiskinan dimana kerajaan Pakatan Rakyat telah berusaha untuk membasmi kemiskinan melalui pendekatan yang boleh dilakukan jika dibuat dengan ikhlas dan betul.


Kerajaan Pakatan Rakyat harus juga mendekatkan diri dengan pegawai-pegawai kerajaan.Pemimpin dan wakil-wakil rakyat harus mendekat diri dengan pegawai-pegawai kerana menurut Dato Zahrain sistem yang diamalkan terutamanya dari soal rasuah misalnya sudah menjadi amalan dalam sesetengah jabatan dan salama 50 tahun inilah sistem itu harus juga diubah dengan memberi panduan dan pendekatan agar rasuah ini dapat di jauhkan dalam pentadbiran.

“Phak JKKK juga dapat memainkan peranan kerana dengan banyak membaca akan dapat memberi penjelasan yang baik kepada penduduk kampong dan akan menjadikan sistem pentadbiran JKKK bertambah baik.”, demikian jelas Dato Zahrain lagi.


Menurut Dato Zahrain lagi , kerajaan juga perlu sedar bahawa laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, Malaysia mempunyai jurang pendapatan diantara yang kaya dan yang miskin paling tinggi di Asia Tenggra dan kedua tertinggi di Asia selepas Papua New Guinea. Manakala 10% rakyat miskin memiliki 1.7% dari kekayaan negara

Ini berlaku kerana kerajaan megagihkan peluang perniagaan dan kontrak kepada kumpulan yang sama yang sudah kaya raya dan meminggirkan perniagaan atau usahawan-usahawan lainya.Kerajaan juga menurut Dato Zahrain perlu mengaktifkan semula golongan semula golongan rakyat miskin yang sekarang ini terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM690 sebulan dengan tanggunggan 5 orang.Dengan takrifan ini hanya 5.7% tergolong sebagai rakyat miskin,namun hakikatnya garis kemiskinan sekarang ialah yang berpendapatan RM1500 dengan 5 orang tanggungan dianggap miskin. Ini berdasarkan setengah daripada pendapatan seisi keluarga berjumlah RM 300 sebulan.dengan ini lebih kurang 38% daripada rakyat negara ini tergolong dalam kemiskinan!.


Beliau juga menjelaskan tentang bajet Pak Lah melawan bajet Pakatan Dakyat.menurut dato Zahrain jika pendapatan tidak meingkat dan harga barang pula menjadi mahal sudah tentulah tidak menguntngkan rakyat.”ini budak-budak sekolah pun tahu bagaimana untuk menilai jumlah pendapatan yang ada” demikian jelas YB Dato Zahrain lagi.Dalam bajet 2009 yang dibentangkan Pak Lah pada 29 Ogos baru-baru ini ,pendapatan PETRONAS dijangka terus menyumbang kepada 40% pendapatan kerajaan secara keseluruhan.Ketika itu harga petrol dunia mencecah US125 setong.Namun pada masa sekarang harga petrol dunia telah jatuh kurang dari US65 setong.Kos pengeluaran PETRONAS US60 se tan.
Kejatuhan US1 dalam harga petrol dunia akan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM600 milion setahun.

Harga minyak sawit juga telah jatuh sebanyak 65%,Pada Mac tahun ini harga minyak sawit dunia adalah RM 4486 setan.Sekarang sudah jatuh kepada RM1565 setan.kos pengeluaran dianggarkan RM1200-1700.se tan.Jadi untuk 2009 Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 billion berbanding anggaran BN sebanyak RM176 billion. Yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemerosotan global.

Jadi bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan adalah tidak menunjukkan kepada reality masa terkini. Krisis kewangan dunia dan kejatuhan harga teruk pasaran komoditi.Oleh itu pimpinan Pakatan Rakyat menjelaskan bahawa agar kerajaan melakukan peninjauan semula ke atas bajet 2009 yang dibentang pada Ogos lalu mengemukakan bajet baru yang berdasarkan situasi sebenar.


LAWATAN KERJA PRESIDEN PKR KE PERMATANG PAUH










LAWATAN KERJA PRESIDEN PKR KE PERMATANG PAUH

Permatang Pauh –Baru-baru ini 15 dan 16 Nov , preiden PKR , Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail telah melakukan lawatan ke kawasan Permatang Pauh.Walau pun beliau bukan lagi menjadi wakil rakyat.namun keperihatinan dan tanggungjawab sebagai Presiden dan juga membantu suaminya Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau rasa bertanggungjawab untuk melakukan lawatan kerana beliau merupakan wakil 3 penggal bagi penduduk Permatang Pauh.Wan Azizah telah sinonim dengan “bini Anwar”(Isteri Dato Seri Anwar) bagi golongan orang tua-tua di Permatang Pauh.Bagi Golongan orang tua-tua,Wan Azizah atau “bini Anwar” tetap lekat di bibir mereka.Turut hadir ialah pembantu khas beliau Kak Wa,Ketua Wanita Hjh Khatijah bt Yahaya , Ketua AMK Sdr Amir Ghazali,Naib Ketua 1 AMK Sdr Mazlan Mat Zin selaku Ketua UKP Permatang Pauh ,Sdr Zainol Abidin Naib Ketua Bahagian,Sdr Rodzi penyelaras Yayasan Aman,Pembantu khas dato seri Anwar Sdr Surani Ibrahim , dan para penyokong.

Bermula pada 15 November baru-baru ini.Pada jam 5 petang , beliau telah melakukan lawatan ke pusat pengajian Agama An Nahdoh dimana para Jemaah Haji berkumpul dan akan bertolak ke Mekah dimana beliau mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji termasuk YB Hamdan wakil ADUN Permatang Pasir yang akan mengerjakan haji pada tahun ini.Beliau juga menghadiri kenduri penduduk setempat.

Pada 16 November pula , Dato Seri Wan Azizah melawat kerja gotong rayong penduduk Kampung Terus ,dimana beliau melihat kerja-kerja gotong royang penduduk kampong membina gelanggang badminton sumbangan YB Fairus , projek rakyat dibawah peruntukan ADUN Penanti dan juga TKM1 Pulau Pinang.Turut bersama ialah En Zainol pegawai Khas TKM1.

Wan Azizah kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak tadika di kampong Guar Jering yang juga turut dihadiri TKM1 sejurus kemudiannya .beliau sempat singgah untuk menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak TADIKA.

Beliau seterusnya melakukan lawatan ke rumah En Abd Latif Bin Mohd Noh. Beliau turut melihat penderitaan kanak-kanak ini kerana sudah 10 tahun adik Nur Iliyani mengalami penyakit ini. Menurut Sdr Amir Ghazali Pihak AMK akan mengambil keluarga ini sebagai anak angkat AMK Permatang Pauh kerana mendapati bahawa mereka memang benar-benar susah dan terpaksa membelanjakan hampir RM1000 sebulan bagi keperluan pampers dan susu khas untuk adik Nur Ilyani ini,malah suami beliau terpaksa bekerja syif malam bagi menampung keperluan dan sebagai buruh kilang ,mereka tidak mampu” demikian jelas Sdr Amir lagi.Pihak AMK Permatang Pauh juga memohon jasa baik pihak Suara Keadilan dan mana-mana pihak yang tertentu yang berkewajipan dan mampu agar dapat tampil ke hadapan membantu keluarga ini dimana nombor akaun khas telah di buka di atas nama 0718003439524 CIMB dan talian nombor telefon 04-3987318 adik Noreliani.


Dato Seri Wan Azizah juga kemudian melawat seorang warga tua yang telah uzur dan menyampaikan sedikit bantuan dan menyampaikan salam dari Dato Seri Anwar.nenek Cahaya binti Arif 73 tahun dan telah mengalami sakit tua selama 13 tahun akibat darah tinggi.Namun nenek Cahaya masih melakukan kerja-kerja rumah yang ringan.Baru-baru ini pihak PKR bahagian permatang pauh telah menyumbangkan bantuan kerusi roda kepada nenek Cahaya. Lawatan susulan ini adalah untuk bertanya khabar.bantuan yang sepatutnya akan disalurkan melalui pihak-pihak agensi-agensi tertentu.



Dato seri wan Azizah kemudiannya melakukan lawatan ke Pusat Khidmat di pekan Permatang pauh dimana pejabat operasi telah dibuka bagi memberi khidmat kepada masyarakat setempat.beliau kemudiannya hadir ke rumah kenduri dan berangkat pulang.

LAWATAN KERJA TKM1 PULAU PINANG







Pulau Pinang-Pada 15 Hb baru-baru ini YB Mohd Fairus sempat menempis serangan keatas peribadi beliau oleh pihak-pihak tertentu berhubung dengan beberapa isu yang dianggap sebagai isu yang cuba menjatuhkan peribadi dan juga imej parti.Oleh yang demikian bersama Setiausaha Pehubungan negeri Pak Mus , YB Mohd Fairuz melakukan beberapa lawatan kerja di beberapa tempat

Bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari beliau dalam satu majlis bersama JIM jemaah Islah Malaysia yang bertempat di Yayasan Aman menyampaikan hadiah di majlis Ihtifal dimana beliau di jemput menyampaikan ucapan dan memberi hadiah kepada murid-murid tadika dibawah kelolaan JIM.

Tepat jam 3 petang YB Mohd Fairus bertolak ke Sungai kecil bersama Pak Mus dan turut hadir ialah ahli parlimen PKR Nibong Tebal YB Tan Tee Beng,YB Dato Zahrain Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Pengerusi Perhubungan PKR negeri Dato Zahrain , dan juga YB Ustaz Makhtar ADUN Sg Bakap bagi menjelaskan isu-isu semasa .

Jam 6 petang di kampong Mengkuang YB Fairus menyampaikan bantuan kepada JKKK kampong tersebut dimana satu set peralatan sukan dan juga mesin memotong pokok untuk kegunaan penduduk kampong diberikan . Beliau juga menyerahkan surat lantikan JKKK kawasan kampung tersebut.

Pada sebelah malamnya YB Mohd Fairuz bersama YB Sim ADUN Pantai Jerjak,YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau , Pak Mus dan juga Ketua Wanita Negeri Pn Norhayati menjelaskan isu-isu semasa berkaitan kerajaan yang perlu di ketahui oleh orang ramai.

Pada 16 Nov pula YB Mohd Fairus sempat menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak TADIKA bersama-sama dengan Dato Seri Wan Azizah di kampong Guar Jering.Beliau seterusnya melakukan lawatan ke tapak projek dibawah peruntukan ADUN dan TKM1 yang telah disiapkan dan sedang dalam pembinaan.Antara projek-projek ialah gelanggang permainan Badminton di kampong Terus yang turut di lawati oleh Dato seri Wan Azizah yang dalam rangka lawatan ke Permatang Pauh.

YB Fairus kemudiannya melawat projek di bawah JKKK kampong Kubang Semang iaitu pembaipuluh jambatan dan juga projek saliran juga di kampong Kubang Semang dimana ianya hamper disiapkan.



Dalam ucapan beliau ,bersama JKKK kampong Sungai Kecil Nibong Tebal, YB Mohd Fairus menjelaskan beberapa isu semasa iaitu berhubung dengan belanjawan negeri yang telah di luluskan baru-baru ini dimana ada 4 perkara penting yang telah berjaya di perolehi iaitu jambatan kedua Pulau Pinang ,dimana projek yang di biayai oleh kerajaan Pusat ini diberikan semula kepada kerajaan negeri setelah dihentikan pembinaannya selama beberapa bulan lalu.

Projek kedua pula ialah berhubung dengan Empangan Mengkuang yang akan dibesarkan kerana mengalami kekurangan pada musim-musim kemarau dan dijangkakan dalam tahun 2012 jika Empangan Mengkuang ini tidak di besarkan ianya akan menjejaskan sumber bekalan air penduduk Pulau Pinang dan tidak dapat menampungnya berikutan penambahan jumah penduduk. Pembesaran Empangan ini yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan ke 9 seharusnya telah memulakannya proses pembesarannya kerana semua tanah milik penduduk yang berdekatan telah disukat dan dikenalpasti, tetapi sehingga penggumuman yang dibuat kerajaan Pusat untuk menangguhkan pebinaannnya sehingga tarikh yang tidak pasti menggusarkan kerajaan negeri.Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PBA Pulau Pinang pembesaran ini dalah perlu kerana mengikut kajian Lembaga Penduduk Pulau Pinang , pertambahan penduduk akan bertambah dalm masa 10 tahun akan datang iaitu dari 1.52 juta penduduk pada tahun 2007 kepada 2.06 juta penduduk pada tahun 2020 berdasarkan kepada peningkatan purata tahunan jumlah kelahiran dan pertambahan penduduk dengan kadar 2.36% setahun.

Manakala projek ketiga yang diluluskan oleh kerajaan negeri pula ialah bantuan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu sekolah agama rakyat di Pulau Pinang di mana sebanyak 11 SABK (sekolah agama bantuan kerajaan) dan 4 buah SAR akan diberikan bantuan.Jika dahulunya dizaman Mahathir bantuan telah ditarik, kini kerajaan negeri telah kembalikan semula.Kerajaan negeri juga menjelaskan bahawa mulai tahun hadapan kerajaan negeri telah melancarkan bulan dakwah islamiah iaitu di bulan Februari dan Mac adalah bulan dakwah , manakala bulan Ogos pula dikenali sebagai bulan “menghormati agama”

Manakala projek keempat pula ialah kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membina projek earobas .Projek ini telah di kenaloasti tidak akan mengganggu lalulintas dan telah di kenalpasti dikawasan mana yang akan dibina dan ini memudahkan rakyat negeri Pinang Pinang mengatasi masaalah pengangkutan.